Wednesday, 16 October 2013

ISU KONFLIK TANAH ADAT BAGI ORANG ASLI DI MALAYSIA

ISU KONFLIK TANAH ADAT BAGI ORANG ASLI DI MALAYSIA

Zainal Zulhilmi Zainal Abidin1 & Seow Ta Wee2

1Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja, Johor, Malaysia.
zainal_zulhilmi@yahoo.com.my1,t
awee@uthm.edu.my2
ABSTRAK
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia telah menerima kira-kira 500 aduan berkaitan isu tanah adat, di sepanjang
11 hari Konsultasi Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Adat yang dijalankan di negeri Sabah. Pembangunan
di luar bandar telah mewujudkan konflik tanah dalam kalangan pihak pemaju dan masyarakat setempat.
Objektif utama kertas kerja ini adalah menerangkan kerangka teori bagi mencapai kesamarataan hak bagi
Orang Asli dalam konteks pembangunan orang asli. Kertas kerja ini adalah berdasarkan kepada kupasan
literatur yang telah dijalankan bagi menerangkan kerangka teori yang tertumpu kepada kesamarataan
hak bagi Orang Asli. Di antara isu-isu yang dibincangkan adalah isu tanah adat di Malaysia, sistem
perundangan mengenai pengurusan tanah dan tanah adat dan langkah-langkah yang telah dijalankan oleh
pihak berkuasa dalam menangani isu tanah adat yang berlaku. Hasil kajian dijangka dapat menambah
pengetahuan mengenai isu tanah adat yang berlaku dan melihat kepada keberkesanan penyelesaian
konflik yang berlaku di antara pihak kerajaan dan masyarakat yang terlibat.
Kata kunci : Tanah Adat, Konflik, Kesamarataan.
PENDAHULUAN
Mengikut kronologi perundangan tanah di
Malaysia, terdapat empat sumber undangundang
tanah negara iaitu undang-undang adat,
undang-undang Islam, undang-undang Inggeris,
Kanun Tanah Negara yang berteraskan kepada
Sistem Torrens dan beberapa undang-undang
bertulis yang lain. Kanun Tanah Negara mula
digubal sebelum merdeka dan diasaskan kepada
undang-undang terdahulu yang sedia ada iaitu
Land Code 1926 serta telah dikemaskini dan
ditambah beberapa bahagian baru. Semenjak
kanun ini dikuat kuasa pada 1 Januari 1966, ia
telah dipinda sebanyak 30 kali bermula dari 1968
sehinggalah ke tahun 2008 (Haji Salleh Buang,
2003). Pindaan yang dilakukan adalah bertujuan
untuk memastikan sistem pentadbiran tanah di
Semenanjung Malaysia dapat memenuhi keperluan
dasar dan pembangunan sosioekonomi semasa
manakala asas bentuk dan isinya masih kekal
seperti asal. Kini, perundangan tanah di Malaysia
terbahagi kepada empat perundangan yang utama
iaitu Kanun Tanah Negara (Pulau Pinang dan
Melaka)1963 yang berkuat kuasa di negeri Pulau
Pinang dan Melaka, Kanun Tanah Negara 1965
yang berkuat kuasa di Semenanjung Malaysia,
Kanun Tanah Sarawak 1958 yang berkuat kuasa
di negeri Sarawak dan Ordinan Tanah Sabah
yang berkuat kuasa di negeri Sabah. Sebarang
pemberian tanah di bawah Kanun Tanah Negara
dan Kanun Tanah Sarawak adalah menggunakan
sistem Torrens.
Kajian-kajian lepas mendapati bahawa terdapat
beberapa kelemahan dalam sistem perundangan
yang terdapat di Malaysia yang perlu digubal
semula seiring dengan perkembangan semasa.
Sebagai contoh, penggunaan Akta Orang Asli
134 yang bertujuan untuk mengelakkan komuniti
ini terlibat dan membantu aktiviti komunis perlu
digubal semula selepas negara ini telah mencapai
kemerdekaan. Akta ini dilihat kurang sesuai untuk
digunapakai dan perlu digubah semula kerana
dilihat cenderung untuk mengawal kehidupan
Orang Asli yang terdapat di Semenanjung Malaysia.
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk menerangkan
kerangka teori bagi mencapai kesamarataan hak
bagi Orang Asli di Malaysia. Kertas kerja ini adalah
berdasarkan kepada kupasan literatur yang telah
dijalankan bagi menerangkan kerangka teori yang
tertumpu kepada kesamarataan hak bagi Orang
Asli dan Bumiputera di Malaysia.
Rajah 1 menunjukkan kerangka teoritikal isu
tanah adat dan keadilan Orang Asli di Malaysia.
Gambar tersebut menunjukkan isu dan masalah
berkaitan tanah adat masih wujud walaupun
terdapat undang-undang dan pentadbiran tanah
bagi menyelesaikan isu ini. Ini menunjukkan
bahawa Kanun Tanah Negara dan Majlis Tanah
Negara masih belum mencapai objektif penubuhan
secara menyeluruh.
Anjuran Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
578 PERSIDANGAN KEBANGSAAN GEOGRAFI & ALAM SEKITAR KALI KE 4
ISU DAN MASALAH
Pembangunan yang dijalankan oleh pihak kerajaan
di kawasan tanah adat telah menimbulkan konflik
di antara pihak pemaju dan masyarakat setempat.
Keadaan ini telah menyebabkan Orang Asli yang
terlibat telah kehilangan tempat tinggal dan
kawasan pencarian hasil dan sumber hutan bagi
menyara kehidupan mereka. Terdapat beberapa
masalah yang telah dikenal pasti iaitu undangundang
sukar difahami, hak milik yang tidak boleh
disangkal, permohonan tanah yang tertunggak dan
pengiktirafan hak ke atas tanah.
Kanun Tanah Negara (KTN) merupakan satu
kodifikasi undang-undang yang merangkumi
pelbagai aspek penting mengenai tanah. KTN
merangkumi skop yang amat luas dan terdiri daripada
isinya yang pelbagai, mulai seksyen 1 sehingga
seksyen 447 serta 14 Jadual dan puluhan borang
berkenaan. Untuk memudahkan sesuatu undangundang
dilaksanakan dengan berkesan, undangundang
itu sewajarnya wujud dalam keadaan
yang mudah difahami, tidak berbelit-belit sehingga
hanya segelintir anggota masyarakat yang faham
apa maksudnya. Kesukaran memahami maksud
peruntukan KTN yang ada sekarang ini bertambah
lagi apabila mahkamah tempatan telah pergi jauh
dari teks undang-undang yang sedia ada dengan
membuat pentafsiran secara liberal dan meluas
kerana terpengaruh dengan undang-undang
Inggeris, khususnya prinsip ekuiti. Misalnya, dalam
jualbeli tanah antara A dengan B, yang disudahi
dengan pindahmilik dari A kepada B, mengikut KTN
status B sebagai pemilik tanah itu wujud hanya
setelah Borang 14A ditandatangani, diserahkan
kepada Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar
berkenaan dan kemudian sempurna didaftarkan.
Namun begitu, mahkamah telah mencipta (apabila
hal keadaan tertentu terbukti wujud) satu status
baru di mana B diiktiraf sebagai “pemilik benefisial”
(walaupun ia belum lagi menjadi “pemilik berdaftar”
yang baru), manakala A hanya dianggap sebagai
“bare trustee” (pemegang amanah kosong), tidak
lagi bertaraf sebagai “legal and registered owner”:
lihat Borneo Housing Mortgage Finance lwn. Time
Engineering Bhd [1996] 2 AMR 1537. Hal-hal lain
berhubung urusniaga penyewaan dan pajakan,
gadaian, lien dan ismen, di mana perlindungan dan
pengiktirafan undang-undang terus diberi walaupun
tidak sah mengikut prosedur Kanun Tanah Negara
(Haji Salleh Buang, 2003).
Di bawah sistem Torrens, terdapat dua perkara
penting yang perlu dipatuhi iaitu prosedur yang
melibatkan borang dan proses tertentu dan hak
milik yang tidak boleh disangkal. Prinsip hak milik
yang tidak boleh disangkal ini terkandung dalam
KERANGKA TEORI ISU TANAH ADAT DAN KEADILAN ORANG ASLI DI MALAYSIA
Rajah 1 : Kerangka Teorikal Isu Tanah Adat dan Keadilan Orang Asli
Di Malaysia.
PERSIDANGAN KEBANGSAAN GEOGRAFI & ALAM SEKITAR KALI KE 4 579
Anjuran Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
seksyen 340(1) di bawah Kanun Tanah Negara.
Walau bagaimana pun, di bawah seksyen 340(2)
menyatakan sekiranya terdapat hal keadaan
tertentu seperti penipuan, pemalsuan, salah
nyata dan sebagainya, hakmilik atau kepentingan
berkenaan masih lagi boleh disangkal dan dipersoal
di mahkamah. Sekiranya mahkamah mendapati
bahawa terdapat bukti berlakunya penipuan semasa
urusan niaga yang telah dilakukan, mahkamah
boleh mengisytiharkan urusniaga berkenaan tidak
sah dan batal, manakala harta yang dipindahmilik
atau digadai itu hendaklah diserahkan kembali
kepada pemilik asalnya: lihat kes Chiew Lip Seng
lwn. Perwira Habib Bank Malaysia Sdn Bhd [1999]
1 AMR 789. Dalam kes terkini yang diputuskan oleh
Mahkamah Persekutuan, Adorna Properties Sdn
Bhd lwn. Boonsom Boonyamit [2001] 1 AMR 665,
tanah milik A telah dijual dan dipindah milik oleh B
(menerusi penipuan dan pemalsuan) kepada C, yang
membelinya dari B selaku bona fide purchaser for
value without notice (BFP). Mahkamah Persekutuan
telah memutuskan bahawa disebabkan negara ini
mengamalkan immediate indefeasibilit, hakmilik C
pada tanah itu tidak boleh disangkal disebabkan
statusnya sebagai BFP di bawah s. 340(3) KTN.
Sistem Torren yang diamalkan oleh Malaysia
melalui Kanun Tanah Negara 1965 hanya memberi
kepentingan terhadap tanah yang didaftarkan
di Pejabat Pendaftaran Tanah dan tanah orang
Asli yang diwarisi dari generasi ke generasi tidak
termasuk dalam sistem pendaftaran mengikut
undang-undang tanah Malaysia. Kerajaan Negeri
mempunyai kuasa untuk mengambil sebarang
tanah termasuk tanah yang didiami oleh orang Asli
seperti yang diperuntukkan oleh Akta Pengambilan
Tanah 1960 (Noor Ashikin, 2011).
Bagi membolehkan seseorang memperoleh
hak milik ke atas tanah, individu tersebut hendaklah
memohon untuk mendapatkan geran terhadapa
pejabat tanah dan dikehendaki supaya mengisi
borang dan melalui pelbagai prosedur sebelum
diberikan hak milik secara sah di sisi undangundang
iaitu melalui geran pemilikan tanah
tersebut. Akan tetapi, permohonan ini hendaklah
melalui prosedur yang kompleks dan kebiasannya
mengambil masa yang lama sebelum permohonan
tersebut diluluskan oleh pejabat tanah. (Brian
Long et. al, 2003). Kelewatan ini berlaku semasa
proses permohonan bagi mendapatkan kelulusan
permohonan tanah di mana borang permohonan
perlu ditandatangan oleh pihak berkuasa negeri
sebelum borang tersebut dibawa ke jawatankuasa
pengagihan tanah. Selepas itu, Jabatan Tanah
dan Ukur bertanggung jawab untuk mengukur dan
melakukan survei ke atas tanah yang dipohon.
Akan tetapi, proses ini memakan masa yang
lama akibat daripada kekurangan kaitangan dan
sekiranya pemohon mahu proses ini dilakukan
segera, mereka boleh mendapatkan khidmat
daripada pihak swasta dengan kos perkhidmatan
yang mahal. Pejabat Tanah dan Ukur Sabah telah
mengadakan satu taklimat berkaitan pemberian
milik tanah kepada anak negeri pada 21 Jun 2012
lalu telah menyatakan bahawa faktor utama yang
menyebabkan berlakunya tunggakan permohonan
tanah adalah ulasan teknikal daripada jabatan yang
berkenaan lambat diterima, permohonan tanah
yang bertaburan dan pertindihan permohonan
tanah.
Dalam kes Adong bin Kuwau & Ors lwn
Kerajaan Negeri Johor [1997] 1 MLJ 418, tanah yang
selama ini menjadi kampung halaman dan tempat
tinggal mereka telah diambil bagi tujuan pembinaan
empangan. Apabila kes ini dirujuk ke mahkamah,
Mahkamah Tinggi Johor Baru memutuskan bahawa
hak Orang Asli pada tanah berkenaan hendaklah
dihormati, lalu memerintahkan Kerajaan Negeri
Johor membayar pampasan kepada masyarakat
tersebut. Terkilan dengan keputusan ini, Kerajaan
Negeri Johor telah merayu ke Mahkamah Rayuan,
di mana akhirnya rayuan ini ditolak: sila lihat [1998]
2 AMR 1233. Dalam keputusannya, Mahkamah
Rayuan menyatakan bahawa hak Orang Asli yang
diiktiraf itu merangkumi hak untuk terus tingal pada
tanah yang telah sekian lama didukui oleh nenek
moyang mereka, dan hak ini tidak hilang atau
dimansuhkan oleh undang-undang moden. Dalam
kes Sagong bin Tasi & 6 Ors lwn. Kerajaan Negeri
Selangor [2002] 2 AMR 2028, Orang Asli telah
diusir keluar dari kawasan mereka di Kampung
Bukit Tampoi, Dengkil, Selangor. Tanah mereka
ini dikehendaki untuk membina sebahagian dari
lebuhraya menuju ke KLIA dan Mahkamah telah
memutuskan bahawa hak Orang Asli pada tanah
mereka termasuklah hak bergerak dengan bebas
pada tanah mereka, tanpa dihalang atau diganggu
dan untuk mencari kehidupan dari tanah (Haji
Salleh Buang, 2003).
Selain itu, di bawah Akta Orang Asli,
perlindungan ke atas tanah rizab Orang Asli boleh
dibatalkan dengan mudah oleh Pihak berkuasa
Negeri (PBN). Ini sebenarnya bercanggah dengan
Fasal (85)(5) Perlembagaan Malaysia kerana
tanah rizab Orang Asli adalah tanah Persekutuan,
yang mana pembatalannya hanya boleh dilakukan
dengan persetujuan Kerajaan Persekutuan. PBN
boleh memilih untuk tidak membuat pengisytiharan
rezab Orang Asli dan berkuasa untuk menentukan
kelayakan untuk Orang Asli tinggal secara kekal
di sesuatu kawasan rizab Orang Asli. Keadaan ini
boleh menyebabkan masalah kesilapan ataupun
salahguna tafsiran kelayakan tersebut dan boleh
menjejaskan kawasan tanah rizab Orang Asli.
Perkataan boleh di dalam Akta ini juga bermakna
peruntukan tersebut bersifat membenarkan dan
tidak mewajibkan perlindungan ke atas tanah
Anjuran Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
580 PERSIDANGAN KEBANGSAAN GEOGRAFI & ALAM SEKITAR KALI KE 4
rizab Orang Asli membolehkan ianya ditarik balik
pada bila-bila masa dan menyebabkan Orang Asli
kehilangan tanah serta apa sahaja yang terdapat
dalam di dalam kawasan rizab itu. Seksyen 12 di
bawah Akta ini juga ada menyebutkan mengenai
pampasan terhadap pokok dan tanaman yang
diusahakan oleh Orang Asli tetapi perkataan
boleh ini sekali lagi tidak menjamin pembayaran
pampasan kerana ianya ditentukan secara mutlak
oleh PBN. (Anthony Williams-Hunt, 2005).
KESAN KONFLIK TANAH ADAT
Kesan yang dijangkakan daripada perubahan yang
berlaku kepada masyarakat yang terlibat dengan
konflik tanah adat ini boleh dibahagikan kepada dua
iaitu perubahan dalam jangka masa pendek dan juga
jangka masa panjang. Perubahan ini merangkumi
tiga perubahan utama iaitu daripada aspek
perubahan fizikal dan persekitaran, perubahan
sosioekonomi dan perubahan sosiobudaya yang
bersifat positif dan negatif. Kesan kepada aspek
fizikal dan persekitaran dapat dilihat melalui aspek
kedudukan petempatan atau kawasan kejiranan,
reka bentuk kejiranan dan perumahan, penyediaan
elemen kemudahan awam dan perolehan hak
milik tanah secara individu. Kesan kepada aspek
sosioekonomi pula dapat dilihat melalui aspek
perubahan dalam aktiviti ekonomi dan pekerjaan,
peningkatan pendapatan dan peningkatan kos
sara hidup telah dikenal pasti. Manakala kesan
kepada aspek sosiobudaya merangkumi daripada
perubahan nilai, sosial, motivasi, kepenggunaan
dan budaya kerja Orang Asli yang terlibat.
Menurut Suki Mee & Yahaya Ibrahim, 2009
kesan perubahan yang berlaku kepada Orang Asli
akibat daripada pengambilan tanah mereka dapat
dibahagikan kepada dua iaitu kesan jangka pendek
dan kesan jangka panjang. Kesan perubahan
dalam jangka masa pendek dapat dilihat melalui
beberapa aspek iaitu perubahan fizikal di kawasan
penempatan yang melibatkan perubahan reka
bentuk susun atur perumahan dan alam sekitar
yang tidak bercirikan desa, penglibatan ramai
masyarakat kepada bentuk ekonomi yang baru,
peningkatan taraf hidup daripada masyarakat
desa kepada satu kelompok masyarakat yang
lebih maju. Kesukaran masyarakat Orang Asli
untuk menerima perubahan secara mendadak
hingga menyebabkan ketidakserasian mereka
dengan pembangunan yang dijalankan. Perubahan
mendadak ke atas aktiviti ekonomi Orang Asli
kerana mereka tidak lagi dapat menjalankan aktiviti
ekonomi tradisional. Kemusanahan sumber semula
jadi komuniti ekonomi Orang Asli seperti hasil pokok
yang ditanam di sekililing rumah mereka serta
haiwan yang menjadi sumber makanan mereka
dan kehilangan hak pemilikan tanah rizab yang
menyebabkan pergerakan mereka terbatas.
Manakala kesan perubahan dalam jangka
masa panjang pula ialah perubahan nilai-nilai
atau perilaku sosial masyarakat yang berubah
kepada masyarakat desa atau komuniti bandar,
semakin hilang nilai-nilai tradisi dan kepercayaan
amalan nenek moyang mereka, tidak bebas
untuk melakukan kegiatan seharian mereka yang
berasaskan alam semulajadi seperti bermain di
dalam hutan, berkebun dan memburu, hilang hak
milik individu terhadap tanah dan terdedah kepada
kos sara hidup yang tinggi.
KAEDAH PENYELESAIAN KONFLIK TANAH
ADAT
Konflik merupakan sesuatu yang tidak dapat
dielakkan tetapi ia boleh menjadi sumber yang
produktif kepada tingkah laku manusia. Walau
bagaimana pun, setiap konflik yang berlaku boleh
diselesaikan sekiranya semua pihak yang terlibat
bekerjasama dan saling menghormati di antara
satu sama lain.Konflik tanah adat yang berlaku ini
dapat diselesaikan melalui lima pendekatan iaitu
melalui perundangan, ketelusan pihakpentadbiran
, penganugerahan geran komunal dan juga
sokongan padu semua pihak.
Perundangan
Mengikut Perkara 13 di dalam Perlembagaan
Malaysia, seseorang individu tidak boleh dilucutkan
hartanya kecuali mengikut undang-undang. Ini
bermakna semua orang berhak untuk mengumpul
sebanyak harta untuk kegunaan peribadi. Namun
begitu, sekiranya harta yang dikumpul itu jika
didapati tidak sah oleh undang-undang maka
harta tersebut adalah boleh untuk dilucutkan
secara sah. Tiada sesuatu undang-undang pun
boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau
menggunakan harta-harta dengan tiada pampasan
yang mencukupi. Perkara 13 adalah adalah sebagai
satu cara untuk melindungi kepentingan harta
rakyat. Perlembagaan Malaysia juga menjamin
hak asasi manusia seperti kebebasan daripada
ketakutan, kebebasan bersuara dan kebebasan
untuk beragama.
Di bawah Akta 134 Orang Asli ada menyatakan
mengenai Tanah Rizab Orang Asli. Pihak Berkuasa
Negeri boleh mengistiharkan mana-mana kawasan
yang diduduki oleh Orang Asli sebagai suatu
kawasan rizab Orang Asli. Kawasan ini tidak boleh
diwartakan sebagai Rizab Orang Melayu, tidak
boleh diisytiharkan sebagai kawasan perlindungan
binatang dan burung liar, tidak boleh diistiharkan
sebagai hutan simpan, tidak boleh diberi milik,
PERSIDANGAN KEBANGSAAN GEOGRAFI & ALAM SEKITAR KALI KE 4 581
Anjuran Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
dipajak atau dilepaskan kecuali kepada Orang
Asli. Akan tetapi, akta ini juga menyatakan Pihak
Berkuasa Negeri boleh membatalkan atau
mengubah mana-mana kawasan rizab Orang Asli.
Undang-undang ini dilihat perlu digubal semula
bersesuaian dengan undang antarabangsa seperti
Deklarasi Orang Asli Pertubuhan Bangsa- Bangsa
Bersatu, di bawah artikel 25 sehingga 32 yang
menyatakan hak Orang Asli secara tradisional
terhadap tanah yang mereka duduki dan jaminan
perlindungan undang- undang oleh Negara untuk
memberi pampasan yang setimpal sekiranya tanah
mereka di ambil.
Ketelusan Pihak Pentadbiran Tanah
Di bawah seksyen 9, Kanun Tanah Negara (KTN)
ada menyatakan bahawa badan induk yang
menentukan dasar pentadbiran tanah negara
dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan juga
Kerajaan Negeri manakala institusi yang memberi
nasihat terhadap purusan pentadbiran tanah ini
adalah Majlis Tanah Negara. Majlis Tanah Negara
diberi tugas untuk membentuk sesuatu dasar
negara untuk memaju dan mengawal penggunaan
tanah bagi tujuan perlombongan, pertanian,
perhutanan dan lain-lain serta bertanggung
jawab untuk mentadbir apa-apa undang berkaitan
pentadbiran tanah. Semasa menjalankan tugas,
setiap ahli hendaklah telus, tidak tunduk kepada
tekanan dari luar atau dalam,serta tidak mengambil
langkah yang mendatangkan kesan buruk kepada
kepentingan negara. Majlis Tanah Negara hendaklah
berupaya menerangkan dengan jelas matlamat
sesuatu polisi diperkenalkan supaya rakyat dapat
menerima dengan hati terbuka dan tidak meragui
kepada polisi yang diperkenalkan. Selain itu, pihak
pentadbiran tanah hendaklah melaksanakan dasar
dan polisi pentadbiran dengan adil, jujur dan telus
supaya dapat mengelakkan daripada melakukan
penyelewengan serta penyalah gunaan kuasa dan
memastikan supaya setiap individu diberikan hak
mereka.Ketelusan pelaksanaan undang-undang
dan polisi dapat membantu dalam pengagihan
kekayaan sumber asli negara dapat dilakukan
dengan seadil-adilnya (Noor Ashikin et al. 2011).
Penganugerahan hak tanah secara komunal
Penganugerahan hak tanah secara komunal
bermaksud sekumpulan individu yang dijamin
keselamatan dan jaminan hak untuk memiliki,
mengurus dan menggunakan tanah serta sumber
alam semulajadi. Terdapat dua jenis pengurusan
tanah secara komunal iaitu pengurusan secara
tradisional dan pengurusan secara wakil.
Pengurusan secara wakil adalah kerajaan masih
mempunyai hak ke ata tanah dan diberi kepada
sesuatu kelompok individu untuk diusahakan
dalam tempoh yang telah dipersetujui manakala
pengurusan hak tanah secara tradisional diuruskan
melalui adat, mereka mempunyai hak sepenuhnya
ke atas tanah tersebut dan segala keputusan yang
dibuat adalah berdasarkan kepada majoriti komuniti
yang terlibat.
Konsep hak tanah secara komunal bukanlah
merupakan sesuatu yang baru. Di Thailand,
masyarakat di sana telah mengamalkan hak tanah
secara komunal lebih 15 tahun lepas sebelum
perundangan mengenai hak tanah secara komunal
dilaksanakan. Penandaan kawasan ini dilakukan
secara ritual oleh oleh sami dengan mengikat
jubah safron di sekelilin sempadan hutan sebagai
penanda kawasan hak komunal bagi masyarakat
setempat. Begitu juga di Kemboja, sami juga terlibat
dalam menyokong penduduk kampung dalam
usaha perlindungan hutan dan usaha kepada
penghutanan (Kiersten Ewers Andersen, 2011).
Selain itu, interaksi yang baik di antara pihak
kerajaan dan masyarakat Orang Asli perlu bagi
membolehkan pelaksanaan konsep ini dijalankan
dan pembangunan yang hendak dijalankan
hendaklah melibatkan perbincangan bersama di
antara pihak kerajaan dan Orang Asli setempat yang
terlibat. Di antara kelebihan pengeluaran geran
secara komunal adalah melindungi kepentingan
masyrakat yang terlibat, menyelesaikan isu
tuntutan hak tanah tanpa melalui siasatan tanah,
menyelesaikan isu pertindihan permohonan tanah
dan pemberian milik tanah secara seimbang dan
adil serta cukai tanah tidak dikenakan terhadap
pemegang geran tanah secara komunal ini.
Sokongan padu semua pihak
Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusian Malaysia
(SUHAKAM) telah mendengar dan mendapatkan
pandangan dan masalah bumiputera di Sarawak
dan Sabah mengnenai konflik tanah adat yang
berlaku. Oleh itu, Suhakam telah menubuhkan
Inkuiri Nasional mengenai konflik tanah adat yang
berlaku dan menubuhkan jawatankuasa yang
terdiri daripada beberapa ahli serta kementerian
yang berkenaan bagi menyelesaikan konflik tanah
adat ini. Selain itu, Pihak Jabatan Ukur Dan Survei
Sabah juga telah mengadakan seminar berkaitan
tanah adat bagi menambahkan pemahaman
masyrakat terlibat mengenai prosedur yang
sebenarnya dan masalah yang dihidapi oleh mereka
dalam menyelesaikan konflik tanah adat ini. Di
antara masalah utama dalam penganugerahan hak
milik tanah adat ini adalah kekurangan kakitangan,
pertindihan permohonan, permohonan tanah yang
berterabur. Jabatan Ukur Dan Survei Sabah juga
telah menyatakan langkah penyelesaian yang telah
di ambil oleh jabatan tersebut bagi melancarkan
Anjuran Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
582 PERSIDANGAN KEBANGSAAN GEOGRAFI & ALAM SEKITAR KALI KE 4
proses permohonan tanah seperti menggunakan
kaedah pengukuran berkomputer, ulasan teknikal
dikurangkan, kerja lebih masa dan pengeluaran
geran komunal secara fast track.
MAT LAMAT
Di peringkat antarabangsa, pelbagai usaha
yang telah dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu seperti Deklarasi Hak Orang Asli
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau dikenali
sebagai United Nation Declaration on the Right of
Indigenous Peoples (UNDRIP) bagi menggalakkan
masyarakat dunia mengiktiraf kedudukan dan hak
orang Asli atau peribumi yang terdapat di seluruh
dunia. Deklarasi ini dibahagikan kepada sembilan
tema yang utama dan hak ke atas tanah merupakan
salah satu tema yang terdapat di bawah deklarasi
ini seperti yang terdapat pada artikel 25 sehingga
32. Penggubalan semula undang-undang berkaitan
Orang Asli seperti Akta Orang Asli 134 mampu
menjamin kesamarataan hak Orang Asli seterusnya
membolehkan pengiktirafan terhadap hak mereka
tidak boleh disangkal.
Seterusnya, ketelusan pihak pentadbiran
tanah mampu menghindari daripada menyebabkan
konflik akibat daripada rasa tidak puas hati
masyarakat atau individu yang terlibat di dalam
konflik tersebut. Akhirnya, sokongan padu semua
pihak seperti daripada Jabatan Kemajuan Orang
Asli dan Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusian
Malaysia (SUHAKAM) dilihat mampu membawa
kepada perkembangan positif pengiktirafan hak
Orang Asli di Malaysia.
KESIMPULAN
Mengikut Deklarasi Orang Asli Pertubuhan Banga
Bersatu, setiap orang Asli di dunia ini mempunyai
hak yang sama rata terhadap kehidupan mereka
yang terdiri daripada hak pendidikan, sosial dan juga
hak terhadap tanah. Hak terhadap tanah adalah
sangat penting kerana majoriti orang asli yang
terdapat di seluruh dunia masih lagi mengamalkan
cara kehidupan tradisional yang sangat bergantung
kepada sumber alam semulajadi yang terdapat di
persekitaran mereka. Terdapat juga usaha bagi
penganugerahan atau hak milik secara komunal telah
diperkenalkan di luar negara dan juga diamalkan
di negara jiran seperti Thailand dan Kemboja.
Walaupun konsep ini masih belum dilaksanakan
di negara ini, tetapi ianya masih boleh diperkemas
lagi seiring dengan pentadbiran negara ini yang
mempunyai perundangan tanah yang tersendiri.
Dalam konteks Orang Asli di Malaysia,
masyarakat Orang Asli sering dilihat sebagai
keciciran dan tidak mahu menerima perubahan
kepada kehidupan yang lebih moden. Keadaan ini
sebenarnya bercanggah dengan kehendak Orang
Asli dan mereka tidak terlibat secara langsung
mengenai pembangunan tanah yang akan dilakukan
terhadap kawasan petempatan mereka. Walau pun
terdapat akta yang melindungi kepentingan Orang
Asli di negara ini, tetapi masih terdapat beberapa
kelemahan yang perlu diperbaiki seperti peruntukan
mengenai kawasan rizab Orang Asli dan bayaran
pampasan oeh kerajaan terhadap tanaman mereka
yang musnah akibat daripada pembangunan yang
dijalankan di kawasan petempatan asal mereka.
RUJUKAN
Andersen, K. E. 2011. Communal Tenure And The
Governance Of Common Property Resources In
Asia, (April).
Anthony Williams-Hunt, 2005. Bengkel Membincang
Pindaan Akta 134. Port Dickson2011.
Asian Indigenous & Tribal Peoples Network. 2008. The
Department Of Orang Asli Affairs, Malaysia : An
Agency for Assimilation. New Delhi: India.
Ganason, A. 1965. Land Administration System In
Malaysia : A Proposal for Rebranding the Functions
of the Federal Lands Commissioner and the
Department of Director General of Lands and Mines,
1965, 1–7.
Hafner-Burton, E. M., Von Stein, J., & Gartzke,
E. 2008. International Organizations Count.
Journal of Conflict Resolution, 52(2), 175–188.
doi:10.1177/0022002707313687
Kenney-lazar, M. (n.d.). Land Concessions, Land Tenure,
and Livelihood Change : Plantation Development in
Attapeu Province, Southern Laos.
Long, B., Henriques, J., Andersen, H. S., Gausset, Q., &
Egay, K. 2003. Land Tenure In Relation To Crocker
Range National Park. (March), 1–11.
Lorenzo Cotula & James Mayers. (nd). Tenure in
REDD Start-point or afterthought? United Kingdom
: International Institute for Environment and
Development (IIED).
Mile Kenney-Lazar. (nd). Land Concession, Land Tenure
and Livelihood Change : Plantation Development in
Attapeu Province, Southern Laos. Laos : National
University of Laos.
Marcus Colchester, Fergus MacKay, Tom Griffiths & John
Nelson. 2001. A Survey of Indigenous Land Tenure.
United Kingdom : Food and Agriculture Organization
of the United Nations.
Miswan, H., Hakim, A., Sr, P., Hamid, A., Iman, M., &
Madya, P. 2009. Seminar Pembangunan Harta
Tanah Kebangsaan Menurut Perspektif Islam,
Dewan Besar Institut, 1–22.
Noor Ashikin Hamid, Noraida Harun & Nazli Ismail. 2011.
Pengambilan Tanah bagi Pembangunan Ekonomi
: Isu dan Penyelesaian. Jurnal Undang-Undang &
Masyarakat. 135-148.
Salleh Buang. 2003. Kanun Tanah Negara 1965 dan
Pelbagai Undang-Undang Berkaitan Tanah: Satu
Tinjauan. 98–112.
PERSIDANGAN KEBANGSAAN GEOGRAFI & ALAM SEKITAR KALI KE 4 583
Anjuran Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Suki Mee & Yahaya Ibrahim. 2009. Komuniti
Pembangunan & Transformasi. Bangi : Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Toh, S. M., & Grace, K. T. 2007. Case study : Sabah
forest ownership Food and Agriculture Organization
of the United.
Zaki, P. H., Hamzah, M. Z., Ismail, M. H., Wahidin, K.,
& Hamid, H. A. 2010. Malay customary tenure and
conflict on implementation of colonial land law in
Peninsular Malaysia 2(2), 33–45.

A.        TAJUK KURSUS YANG DI TAWARKAN

1. PENGENALAN KEPADA KTN
2. SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
3. KUASA MENANGKAP DAN MENAHAN MENGIKUT KTN DAN CPC
4. PROSEDUR TANGKAPAN DAN PENAHANAN
5. LAPORAN POLIS DAN FIR
6. PENGURUSAN BARANG KES
7. INTIPATI KESALAHAN MENGIKUT SEKSEN 425
8. INTIPATI KESAHAN MENGIKUT SEKSEN 426
9. PERAMPASAN DAN LUCUT HAK BARANG KES
10. KUASA MENYIASAT DAN KTN DAN CPC
11. KAEDAH MERAKAM PERCAKAPAN
12. MENGURUSKAN OKT DARI AWAL HINGGA AKHIR
13. PENYEDIAN KERTAS SIASATAN
14. PENYEDIAAN FAKTA KES DAN PERTUDUHAN
15.RUJUKAN KES KEPADA TPR
16. PENDAFTARAN KES DAN BORANG-BORANG MAHKAMAH
17. AKTA KETERANGAN 
18. TUGAS DAN PERANAN PEGAWAI PENDAKWA
19. TEKNIK BERHUJAH
20. PENGHUKUMAN.
21. OPERASI MEMUSNAH DAN PELAN KONTIGENSI.
22. PENCEROBOHAN TANAH MILIK DAN MENYELESAIANNYA
23. BONOS - PECEROBOHAN TANAH MILIK DAN PENYELESAIAN
                  PELAN A, PELAN B, PELAN C, PELAN D, PELAN E, PELAN F.
                  AFFIDAVIT DAN KES –KES DULUAN MAHKAMAH

A.    SASARAN PESERTA

1.      PENOLONG PEGAWAI TANAH
2.      PENOLONG PENTADBIR TANAH
3.      KETUA PENOLONG PENTADBIR TANAH
4.      PENTADBIR TANAH
5.      PEGAWAI PENYIASAT SPRM
6.      PEGAWAI PENYIASAT PDRM
7.      PELAJAR UNIVERSITI YANG BERKAITAN
8.      PERUNDING HARTA TANAH
9.      LAIN-LAIN PEGAWAI YANG DILANTIK DI BAWAH S. 12 KTN
10.  LAIN-LAIN YANG BERMINAT DAN PEMILIH TANAH YANG BERMASALAH.

B.    JANGKA MASA – HUJUNG MINGGU SABTU DAN AHAD/RUNDINGAN
C.   TEMPAT – TAIPING ATAU DITENTUKAN PEMOHON
D.   BAYARAN 1 HARI RM 1000.00.

No comments:

Post a Comment