Sunday 29 September 2013

CONTOH DIARI PEGAWAI PENYIASAT

                                                (Polis 51 B- Pindaan 2/66)
Diari Siasatan
POLIS DIRAJA MALAYSIA
BANTING REPOT : 3434/08
Pegawai Penyiasat : Inspektor I/13568 Adam Bin Ahmad



Tarikh
Bil
Butir-butir penyiasatan
23/6/2008
9.20am
1
Dimaklumkan F.I.R
Semasa saya berada di pejabat, Kpl XXXX s/o Arumugam dari pejabat pertanyaan Balai Bnting memaklumkan kepada saya berkenaan satu kes bunuh yang berlaku di Estet Alami, Lot XX, Divisyen Tiga, banting. Saya kemudiannya memaklumkan kejadian ini kepada ASP XXXXXX XXX XXXXX, KBSJD, T/KPD,KPD Banting. Laporan polis itu dimaklumkan oleh En. XXXXX XXX XXXXX ( pengawal estet ) yang menjumpai mayat (1)(l) Indonesia yang ditemui terbaring berlumuran darah di kawasan kelapa sawit. Repot kejadian ialah Banting Rpt: 3434/08

23/6/2008
9.30am
2
Ke Tempat Kejadian
Saya bersama-sama Asp XXXXXX XXX XXXXX, jurugambar L/kpl XXXXXX XXX XXXXX serta beberapa orang anggota detektif cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (D6 ) pergi ke tempat kejadian di Lot XXXX, Divisyen Tiga, Estet Alami, Banting dengan kenderaan polis

23/06/2008
1000am
3
Sampai Di Tempat Kejadian
Pada jam 1000hrs, kami telah sampai di tempat kejadian. Setibanya di tempat kejadian, pasukan kami telah menemuramah En. XXXXXX XXX XXXXX  dan beberapa orang saksi yang nampak kejadian. Maklumat daripada En. ahmad ialah pada 23/6/08 jam lebih kurang 0900hrs, semasa dia sedang membuat rondaan menggunakan motosikal di tempat kejadian telah ternampak sebuah motorsikal yang diletakkan di belakang pondok pengawal, lalu membuat pemeriksaan di kawasan sekitarnya. hasil pemeriksaan , En.Ahmad telah menjumpai satu mayat (l) yang berlumuran darah terbaring di kawasan kelapa sawit. Dia kemudiannya menghubungi pihak polis dan memaklumkan kejadian ini. Saksi pula memberitahu terdapat pergaduhan berlaku pada sebelah malam di antara suspek dengan mangsa. Suspek menyerang mangsa dengan sebilah pisau kerana suspek marah dengan mangsa yang menggangu adik suspek.

23/06/2008
10.10am
4
Arahan
Setelah menemuramah pengadu dan saksi kejadian, saya memberi arahan kepada jurugambar L/Kpl Tamby bin Kechik dan anggota detektif.
I.                    jurugambar-merakam gambar jarak jauh, jarak dekat,  gambar mangsa, gambar pisau dan merakam cap jari pada pisau
II.                  anggota detektif-mendapatkan maklumat lanjut daripada saksi-saksi lain,mengesan dan menangkap suspek
III.                Saya sebagai I.O bagi kes ini melukis rajah kasar dan mengumpul bahan bukti di tempat kejadian serta merakam percakapan saksi-saksi yang berkenaan.

23/06/2008
2.00pm
5
Selesai Tugas dan balik ke balai
Lebih kurang jam 2.00pm, pasukan saya selesai menjalankan tugas penyiasatan di tempat kejadian. kami semua balik ke ipd banting. kesemua barang kes iaitu sebilah pisau berhulu hitam dan mayat dibawa balik ke IPD Banting.Setibanya di balai, saya mengisi POL 61   (borang permintaan pemeriksaan mayat )dan apabila selesai, kami menghantar mayat ke hospital umum klang untuk bedah siasat.

23/06/2008
2.30pm
6
Ke Hospital Umum Klang
Saya bersama jurugambar L/Kpl Tamby bin Kechik bertolak ke Hospital Umum Klang untuk menghantar mayat untuk bedah siasat. Walaubagaimanapun,  bedah siasat hanya boleh dijalankan pada keesokan hari pada 24/06/2008 pada jam 1000am.

23/06/2008
2.30pm
7
Isi Borang Ke Jabatan Kimia
Saya mengisi borang ke Jabatan Kimia dengan meteri PDRM

23/06/2008
2.45pm
8
Maklum KBSJD dan Arahan Lanjut
Saya menghubungi dengan Tuan KBSJD dan memaklumkan para 1 hingga 6 di atas. Selain itu, saya telah menerima beberapa arahan lisan daripadanya berkaitan kes bunuh ini. arahan-arahan tersebut ialah :
I.                    rakam percakapan saksi yang berkenaan
II.                  rakam gambar bedah siasat
III.                hantar barang kes ke jabatan kimia dengan segera
IV.                kesan dan tangkap suspek
V.                  jalankan kawad cam
VI.                edarkan kertas siasatan lengkap dengan minit pertama
VII.              kepilkan gambar tempat kejadian di dalam k/siasatan dan buka kertas
             siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

23/06/2008
2.50pm
9
Rakam Percakapan En.Ahmad (A1)
Saya meminta bantuan daripada Inspektor Suzana untuk merakam percakapan En.Ahmad ( pengawal keselamatan estet ) .Rakaman percakapan dijalankan di pejabatnya di bawah peruntukkan undang-undang Sek.112 KPJ

23/06/2008
3.00pm
10
Buat Sitrep, RJH dan buka fail
Saya buat sitrep dan RJH  kes bunuh bersabit Banting Repot 3434/08 @ 23/06/2008, IP No:1009/08. Saya juga membuka kertas siasatan dengan minit pertama daripada saya ada di dalamnya.

23/06/2008
4.00pm
11
Rakam Percakapan Peg.Penyiasat (A3)
Percakapan saya telah dirakam oleh C/Inspektor Khairulnajmy di pejabatnya di bawah peruntukkan undang-undang Sek.112 KPJ

23/6/2008 4.00pm
12
Rakam Percakapan ASP Awang (A4)
Percakapan ASP Awang telah dirakam oleh ASP Khairil di pejabatnya di bawah Sek.112 KPJ

23/6/2008
4.10pm
13
Hantar Cap Jari ke Bukit Aman
Saya  ke Bahagian D2 Bukit Aman untuk menghantar cap jari saspek yang ditemui di tempat kejadian.

23/6/2008
4.15pm
14
Hantar Cap Jari ke Bukit Aman
Saya  ke Bahagian D2 Bukit Aman untuk menghantar cap jari saspek yang ditemui di tempat kejadian.

23/6/2008
4.30pm
15
Rakam Percakapan Jurugambar (A5)
Percakapan jurugambar L/Kpl Tamby dirakam oleh C/Inspektor Dazrin Darbi di pejabatnya di bawah Se.112 KPJ

24/6/2008
9.00am



16




Rakam Percakapan Kpl Ayapah (A2)
Percakapan Kpl Ayapah yang menerima panggilan telefon daripada En.Ahmad berkenaan penemuan mayat telah dirakam oleh Inspektor Suzana di pejabatnya di bawah Sek.112 KPJ

24/6/2008
9.30am
17
Rakam Percakapan Yanti Saporo (A11)
Percakapan Yanti Saporo dirakam oleh Sarjan Khalid di pejabatnya di bawah Sek.112 KPJ. Hadir sekali ialah jurubahasa daripada Kedutaan Indonesia En.Bambang Muliato

24/6/2008
10.00am





18
Ke Hospital Umum Klang dan ke Jabatan Kimia, Petaling Jaya
Saya bersama jurugambar dan isteri si mati Alminah Karno ke Hospital Umum Klang untuk merakam gambar bedah siasat dan untuk mengecam mayat
.Selesai pembedahan mayat, saya dan jurugambar ke Jabatan Kimia, Petaling Jaya untuk menghantar eksibit iaitu sehelai baju kuning berkesan darah, contoh darah, contoh kuku, dan sebilah pisau berkesan darah untuk penganalisaan.

24/6/2008
3.00pm
19
Rakam Percakapan Doktor (A10)
Percakapan Dr. Chong Chai Chee yang menjalankan pembedahan ke atas si mati dirakam oleh saya di bilik mayat Hospital Umum Klang di bawah Sek.112KPJ. Laporan awal mendapati si mati mati akibat tikaman benda tajam di dadanya

25/6/2008
9.30am
20
Rakam Percakapan D/Kpl Amir Bin Ajoi (A6)
Percakapan D/Kpl Amir Bin Ajoi telah dirakam oleh C/Inspektor Sharul di pejabatnya di bawah peruntukkan undang-undang Sek.112 KPJ.

25/6/2008
2.30pm

21
Rakam Percakapan Kontraktor En.Arumugam Pillai (A7)
Percakapan daripada Kontraktor Arumugam Pillai telah dirakam oleh C/Inspektor Sharul di pejabatnya di bawah peruntukkan undang-undang Sek.112 KPJ.

27/6/2008
10.00am
22
Rakam Percakapan Isteri Si mati ( Alminah Karno )(A8)
C/Inspektor Khairulnajmy telah merakam percakapan isteri si mati iaitu Alminah Karno di pejabatnya di bawah Sek.112 KPJ .

27/6/2008
8.00pm
23
Tangkapan Bong Karno
Saya bersama-sama anggota detektif pada 27/6/2008 jam lebih kurang 8.00 malam telah pergi ke rumah kongsi di Estet Alami, Banting dan membuat tangkapan ke atas Bong Karno. Repot tangkapan adalah Banting Repot 3460/08 dan ditampal pada jam 9.15 pm. OYDS ditangkap bagi membantu siasatan kes bunuh bersabit Banting Repot 3434/08.

28/6/2008
12.00pm
24
Perintah Tahanan Reman Sek.117 KPJ
Saspek Bong Karno dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Langat untuk mendapatkan perintah tahanan reman di bawah Sek.117 KPJ. Perintah tahanan reman dibenarkan oleh Majistret Zarina Bt Abdullah selama 5 hari dan ditahan di lokap Balai Banting.

28/6/2008
2.00pm
25
Rakam Percakapan Bong Karno (A13)
Percakapan saspek Bong Karno telah dirakam oleh Sarjan Khalid bin Sokri di pejabatnya di bawah peruntukkan undang-undang Sek.112 KPJ.

29/6/2008-3/7/2008







1/7/2008
10.00am
26








27
Jalankan soal-siasat ke atas Bong Karno
Oyds di bawa keluar dari lokap Balai Banting untuk disoal-siasat oleh anggota detektif D/KpL Amir dan pasukannya di pejabat D6. Daripada soal-siasat yang dijalankan mendapati pada malam kejadian, dia bersama si mati telah pergi ke estet Alami untuk melihat pertunjukkan pentas. Kedua-dua mereka telah berkenalan dengan adik suspek dan suspek marah dengan tindakan mereka berdua yang menggangu adiknya. Suspek marah lalu menikam si mati manakala Bong Karno yang berada kira-kira 20 kaki dari tempat kejadian melarikan diri ke rumah adiknya.
Rakam Percakapan Ahli Kimia Albert Sinappa (A9)
Percakapan daripada Ahli Kimia Mr. Albert Sinappa telah dirakam oleh ASP Awang Bin Kechil di Jabatan Kimia mengikut peruntukkan undang-undang di bawah Sek.112 KPJ.

1/7/2008
1.00pm
28
Rakam percakapan Fatimah Binti Bujang (A12)
C/Inspektor Khairulnajmy telah merakam percakapan Fatimah Binti Bujang di pejabatnya mengikut peruntukkan undang-undang di bawah Sek.112 KPJ.

3/8/2008
10.30pm
29
Tangkapan Rahim Bin Bujang
Pada 3/8/2008 jam lebih kurang 10.30 pm, saya bersama-sama anggota detektif dari Cawangan D6 JSJ IPD Banting telah pergi ke sebuah gerai di Batu 11, Jalan Kapar,Klang untuk membuat tangkapan ke atas Rahim Bin Bujang,KPT :801115-14-5371. Saspek dibawa ke balai Klang dan saya membuat repot tangkap ini iaitu Klang Repot 9905/08 dan repot ditampal pada jam 11.15 malam . Saspek ditangkap bagi membantu satu siasatan kes bunuh bersabit Banting Repot 3434/08.

4/8/2008
12.00pm
30
Perintah Tahanan Reman di bawah Sek.117 KPJ
Suspek bernama Rahim Bin Bujang di bawa ke Mahkamah Kuala Langat untuk mendapatkan perintah tahanan reman di bawah Sek.117 KPJ. Perintah tahanan reman dibenarkan oleh Majistret Zarina Bt Abdullah selama 10 hari dan suspek ditahan di lokap Balai Banting.

4/8/2008
2.00pm
31
Jalankan soal-siasat dan rakam percakapan Rahim Bin Bujang (A14)
Suspek Rahim Bin Bujang di bawa keluar dari lokap Balai Banting untuk disoal-siasat oleh anggota detektif dan juga untuk rakaman percakapan oleh C/Inspektor Khairulnajmy di pejabatnya di bawah Sek.112 KPJ.


32
Ke Mahkamah Kuala Langat untuk pertuduhan
Suspek Rahim bin Bujang dibawa ke Mahkamah Kuala Langat untuk pertuduhan di bawah Sek.302 Kanun Keseksaan. Suspek tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.

3 comments:

  1. Salam
    Saya nak tanya sedikit, bagaimana biasanya proses rakaman percakapan antara pegawai polis dan OKT? adakah rakaman percakapan itu hanya berdasarkan soalan yg di ajukan oleh pegawai penyiasat dan jawapan yg diberikan oleh OKT dirakamkan dalam bentuk penulisan sahaja?

    ReplyDelete