Monday 16 July 2012

KAEDAH TANGKAPAN DAN LAPORAN POLIS



KAEDAH TANGKAPAN DAN LAPORAN POLIS

1. Proses tangkapan bermula apabila wujudnya /berlakunya suatu kesalahan/
melakukan kesalahan sehingga pesalah itu ditangkap -Sek. 425 dan 426
2. Melihat sendiri kesalahan dilakukan
3. Mendapat maklumat sesuatu kesalahan telah berlaku
4. Mensyaki sesuatu kesalahan telah atau mencuba melakukan.
5. Mensyaki bermaksud dengan undang-undang dan secara "bone fide" atau suci hati
syak yang munasabah.
6. Oleh itu pesalah itu boleh ditangkap tanpa waran digunakan.
7. Penjawat awam ( Sek. 426A (2)) perlu memperkenalkan diri sebelum tangkapan
dilakukan.
8. Memperkenalkan diri adalah wajib - Sek. 426A(2)
ini adalah untuk mengelak jabatan disaman dengan dikaitkan pertuduhan palsu tanpa
memperkenalkan diri (dengan menunjukkan Kad Kuasa).
9. Perlu memberitahu kesalahan yang mereka lakukan kepada orang yang kena tangkap (Perlembagaan)
B. PEMERIKSAAN / PENGELEDAHAN DAN RAMPASAN
Pemeriksaan terbahagi kepada 3: (CPC)
1. Pemeriksaan orang dalam bangunan
2. Pemeriksaan tempat dan kediaman
3. Pemeriksaan badan orang (Body search)
1. Pemeriksaan orang dalam bangunan
- Perlu ada waran geledah atau waran tangkap ( bagi renjer) untuk memasuki dalam
bangunan untuk menangkap jika dipercayai orang itu berada disitu.
- Boleh pecah masuk jika tidak dibenarkan
- Polis/Penghulu boleh masuk tanpa waran jika orang itu dipercayai akan lari
- Bagi Penolong Pengarah ke atas boleh memasuki dan menggeledah tanpa waran
Seksyen terlibat:
TangkapanTanpa Waran Oleh siapa ..... Sek. 426A
Sek. 54 KAJ
Sek. 55 KAJ
Sek. 56 KAJ
Sek. 60 KAJ
Sek. 61 KAJ
Sek. 63 KAJ
Sek. 62 KAJ
Sek. 62 (2) KAJ
Sek. 62(A)/(B) KAJ
Sek. 116 KAJ


2. Pemeriksaan tempat dan kediaman
Pegawai yang diwarta bawah sek.12 KTN boleh memasuki kawasan sesuatu tempat/tanah tanpa waran seperti:
- tanah kerajaan
- tanah rizab
- tanah milik (sek. 426 sahaja)
- tanah lombong

3. Seksyen terlibat:
Sek. 425 dan 426 KTN

4. Pemeriksaan badan orang (Body search)
Seksyen yang terlibat:
- Sek. 17 KAJ - Sek. 21 KAJ
- Sek. 19(2) KAJ - Sek. 22 KAJ
- Sek. 20 KAJ
jika perempuan, perlu bawa ke Balai Polis dan minta Polis Wanita menjalankan
pemeriksaan badan.
C. RAMPASAN
1. Penggeledahan yang dilakukan untuk membuat perampasan perlu dihadiri oleh
pesalah sendiri.
2. Senaraikan barang rampasan kedalam borang - borang bongkar
3. Senarai dibuat ditempat kejadian dengan disaksikan sendiri oleh pesalah tersebut
dalam 2 salinan.
4. Bacakan semula senarai barang-barang yang dirampas kepada pesalah bagi tujuan
Akuan Terima.
5. Barang-barang tersebut mestilah barang-barang yang boleh diambil iaitu peralatan yang diguanakan untuk tujuan melakukan kesalahan.
6. Tandatangan pesalah/disyaki WAJIB diturunkan dalam borang bongkar tersebut
untuk tujuan pengecaman semasa kejadian.
7. Jika pesalah tidak mahu menurunkan t/tangan , RO mesti catatkan
dalam borang 
8. Serahkan satu salinan borang bongkar kepada pesalah tersebut.
9. Jika barang-barang yang tidak boleh diambil/tidak boleh alih (inmobile exibit) perlu
dicatitkan didalam bongkar dan dapatkan perintah 413 - bond of undertaking dari
Majistret. Serahkan satu salinan kepada pesalah, kemudian bawa ke Balai Polis
isikan No. Report Polis  di bongkar.


*         Laporan polis seharusnya mempunyai maklumat berikut

*         1. TARIKH,

*         2. MASA,

*         3. WILAYAH DAN TEMPAT,

*         4. KEJADIAN YANG BERLAKU,

*         5. KANUN YANG DIGUNAKAN

*         6. KESALAHAN YANG DILAKUKAN

*         7. SENARAI RAMPASAN,


*         8.  TEMPAT SIMPAN RAMPASAN




BERTINDAK ATAS MAKLUMAT ADUAN, PADA XX.XX.XXXX JAM LEBIH KURANG XX.XX PAGI, DI KAWASAN RIZAB SUNGAI XXXXXX. BERHAMPIRAN JALAN XXXXXX DI LOKASI XXXXXX, SAYA BERSAMA ANGGOTA ROMBONGAN DARI PDRM DAN MAJLIS PERBANDARAN TAIPING TELAH MENYIASAT ADUAN PEMBINAAN PAGAR DI ATAS TANAH RIZAB JPS. HASIL SIASATN DIDAPATI WUJUD BINAAN PAGAR DI ATAS RIZAB JPS SUNGAI XXXXXX. BINAAN TERSEBUT SEDANG DIJALANKAN DAN BELUM SIAP. TIADA PEKERJA DITEMUI SEMASA SERBUAN. PEKERJA PEMBINAAN PAGAR HANYA DIKESAN PADA PERINGKAT AWAL SERBUAN TETAPI PINTU PAGAR XXXXXX BERKUNCI MENYEBABKAN TINDAKAN MENAHAN PEKERJA TIDAK DAPAT DIJALANKAN APABILA SEMUA PEKERJA MENGHILANGKAN DIRI. SAYA TELAH MENYITA PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENDIRIKAN PAGAR SEPERTI TIANG KONKRIT 9 BATANG, BEBERAPA GUNI SIMEN DAN PERBAGAI PERALATAN UNTUK MEMBINA PAGAR. SENARAI BARANG SIASATAN AKAN DISERAHKAN KEPADA PEMILIK ATAU WAKIL MELALUI POS ATAU KEPADA PEMILIK YANG DATANG MENUNTUT. TINDAKAN SITAAN DIBUAT MENGIKUT SEKSYEN 426A(1)(c) KERANA KESALAHAN MENGIKUT SEKSYEN 425 (1) KANUN TANAH NEGARA.


TUJUAN SAYA MEMBUAT LAPORAN ADALAH SEBAGAI COVERING REPORT BAGI MENGELAKAN APA-APA TOHMAHAN DAN UNTUK REKOD BAHAWA TINDAKAN TELAH DIJALANKAN.

CONTOH 2

Contoh laporan polis :

Pada 16/07/2012 jam lebih kurang 10.25 pagi, saya telah menjalankan rondaan rutin bagi tujuan penguatkuasaan kesalahan di bawah Seksyen 426(1) Kanun Tanah Negara 1965 di KM 23 Jalan Pekan Nanas ke Gelang Patah. Saya bersama anggota penguatkuasa kemudiannya telah menahan sebuah lori jenis HINO dengan nombor pendaftaran JCG 618 dengan muatan pasir lebih kurang 15 meter padu yang  melalui jalan tersebut menghala ke Gelang Patah. Selepas pemeriksaan dibuat, saya mendapati pemandu lori tersebut iaitu CXXXXXXXXXXXXXX (No KP: 771211-01-9999) gagal mengemukakan permit mengalih bahan batuan (Permit 4C) seperti yang diminta oleh saya. Dengan itu saya mengarahkan agar pemandu lori dan lori NO XXXXXX tersebut ditahan dan dibawa ke balai polis kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 426. Sekian aduan saya.

No comments:

Post a Comment