Monday 16 July 2012

LAPORAN POLIS SECARA RINGKAS



1. Laporan Polis
Kenapa perlunya membuat Laporan Polis ?
a. Peruntukan Undang-undang dibawah Seksyen 107 KAJ
b. Sebagai pembelaan dan pembuktian di Mahkamah
c. Laporan Polis adalah sebagai permulaan untuk siasatan yang akan dijalankan.
2. Jenis Laporan Polis
a. Laporan Polis ( Polis 41) - Laporan pengaduan ditulis oleh pihak Polis
sendiri
b. Laporan Polis ( Polis 55) - Laporan pengaduan ditulis oleh pengadu
sendiri.
- Berlakunya kesalahan diluar daerah
- Pengaduan dibuat dicawangan-cawangan lain.
Hanya dua (2) bahasa sahaja yang boleh diterima:
1. Bahasa Malaysia
2. Bahasa Inggeris
3. Pengkelasan Laporan Polis
NOD - No Offence Disclosed
Laporan yang dibuat pada polis yang tiada berlaku apa-apa kesalahan
NFA - No Further Action
Laporan Polis yang dibuat di Balai Polis jika sesuatu serbuan dibuat
setelah disiasat tetapi pesalah telah lari atau tiada hanya tinggal bahanbahan
bukti
RTM - Refer To Magistret
Bagi kes tak lazim ditangkap (Non-seizable)
MANUAL TATACARA PENYIASATAN DAN PENDAKWAAN

4. Kandungan Laporan Polis
a. Masa
b. Tarikh Kandungan mesti ;
c. Tempat Kejadian - Pendek
d. Kesalahan yang berlaku - Padat
e. Butir peribadi OKT - Relevan
f. Tandatangan Pengadu
g. Peruntukan undang-undang.
h. Kuada undang-undang.

5. Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian
** Bahagian akhir Laporan Polis mesti ditandatangani oleh Pengadu. Jika tidak
ditandatangani Laporan Polis tersebut maka adalah menjadi satu kesalahan
dibawah Seksyen 108 KAJ / 180 KK
** Penghujung Laporan Polis . di galakkan menggunakan.
( tulis " Sekian laporan saya." )
Rasional :
Untuk kegunaan menyambung semula laporan jika ada yang tertinggal
** Jangan klasifikasikan akta dan seksyen dalam laporan polis
** Akhir laporan polis pengadu mesti turunkan tandatangan, jika tidak
tandatangan laporan polis tersebut maka adalah satu kesalahan di bawah
Sek. 108/180 KK
** Dapatkan tandatangan/pengesahan laporan polis dari Ketua Balai /lain-lain
pegawai Polis

35 comments:

  1. Saya ingin bertanya apakah maksud cover report?sy disarankan untuk membuat cover report kerana penyewa rumah telah diberi notis keluar rumah tetapi telah mengoyak notis tersebut dan tidak mahu bayar sewa.apa yg harus sy lakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bkan cover report.. Counter report adalah istilah yg betul yg bermaksud laporan utk mempertahankan hak

      Delete
  2. apakah tindakan lanjut yang pengadu harus ambil jika kes polis klasifikasikan sebagai RTM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengadu seharusnya dgn kadar segera mendapatkn khidmat guaman agar haknya dapat dilindungi dgn adil

      Delete
  3. Nak tnye. Kalo nk buat counter report kena adaa ape sebab eh . Mksod ye .. Kes yg macam mana . Yg buleh kte buat counter report . And perlu kn bukti yg mcm mana

    ReplyDelete
  4. Bekas suami telah membuat report palsu yg mengatakan saya tidak membenarkan dia berjumpa anak.Sedangkan saya tidak pernah berbuat bergitu.Adakah saya perlu membuat counter report untuk melindungi diri saya,kerana bekas suami membuat tuntutan hak penjagaan anak dgn menggunakan report tersebut.

    ReplyDelete
  5. Hi assalam, sya tau sekiranya org membuat report polis megenai sesuatu perkara dan perkara tersebut tidak betul dan report tersebut di klafikasikan sebagai report palsu dan polis boleh mengambil tindakan undang undang terhadap pereport. Persoalannya sekarang orang yg cuba menganiaya tidak berpuas hati.. sebaliknya cuba membawa kes ke mahkamah. Punca disebabkan perselisihan paham dan tidak sebulu antara jiran. Jiran cuba menjadi dominant megawal semua perbuatan saya walaupun saya memainkan muzik pada siang hari selebihnya hanya youtube dan tv sahaja. Jiran juga tidak menghormati agama saya setiap kali saya memasangkan surah melalui tv atau cd jiran akan panas seperti syaiton terbakar sendiri. Walau bagaimanapun mereka berkomplot megenakan saya. Apa yang perlu saya lakukan?

    ReplyDelete
  6. salam sejahtera minta cadangan suami saya buat laporan yang mengatakan anak dalam kandungan saya bukan kepunyaan dia dan kami tidak pernah menjalinkan hubungan, saya akan bersalin bulan depan dana saya takut akan hadapi masalah dalam proses mendaptkan sijil lahir anak saya. minta tolong bantu saya bagi cadangan menangani masalah ini.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Macam mana nx buat surat cover report untuk lindungi diri sye dri di tuduh kalau keluar dri rumah n lari dia tuduh saya curi barang macam saya nx buat. Lepas tu paksa saya kahwin. Kalau x dia pukul

    ReplyDelete
  9. saya nak tanya, bolehkah buat report untuk cover diri.. nak keluar dari rumah atas alasan masalah family. tapi nak buat report terlebih dahulu supaya pihak family tak dapat cari saya dengan menggunakan polis. bolehkah untuk buat report tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam akak. Boley contact saya tak? Sebab saya ada soalan berkaitan benda ni jugak

      Delete
    2. saya perlukan jawapan untuk soalan yang sama dgn akak nih ? ada sape sape boleh bgtahu ?

      Delete
  10. sy nk tnye nfa mcam mne erkk .sy pnh buat kesalahan jenayah and then ad record pstu nk mintk kje dorg surh amek surt nfa sy x pham laa

    ReplyDelete
  11. SALAM SEJAHTERA,saya ingin tanya jika saya telah buat laporan polis dan operasi telah dibuat, adakah butiran pengadu akan didedahkan kepada sesiapa? jika mereka ingin mengena atau membalas dendam kepada pengadu?
    adakan semua pengadu butiran akan DIRAHSIAKAN?

    ReplyDelete
  12. Kenapa bahasa dalam laporan polis dibuat mesti berterabur? Kadang-kadang baca macam ayat pelajar sekolah rendah buat karangan pun ada.

    ReplyDelete
  13. kenapa report Masa kini mnjadi tular, bukankah ianya satu kesalahan jika tersebar?

    ReplyDelete
  14. Blhkam kita buat report cave skiranya kita telah buat perjanjian skranya ada, lg byran atau tntutan slpas buat perjanjian mgtakan ini adalah byran terakhir jka ada, lg byran kita tk perlu buat byran dan wang dikembalikn report skranya, ada byran lg atau brlaku prkara tdk diingin cth duit yg tlh dibyr didikembalikn n jka, ada cave report blh mbntu tuk bwa kpda yg berkuasa

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum nk tye ni....ade kwn sy tye sy stu soalan.bolehkah sseorg itu hendak mmbtulkn lporn polis yg dbuat..krna trdpt kslhn.kwn sy dia bru kmlgn n ddlm rport plis dia ade mnytakn msk hsptl ttpi dia tdk msuk hsptl.tlg sy mnyelesaikn knflik ni

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum. Tkasih untuk info yang berguna. Saya nak tanya. Kalau saya ambil statement report pada hari lain boleh ke? Atau kena ambil pada hari yang sama dengan aduan yang dibuat. Tkasih

    ReplyDelete
  17. Saya nak tanya sekiranya kita dah buat laporan polis atas kes ugutan membunuh. Bagaimana nak tau samada pihak polis dah ambik tindakan atau belum.

    ReplyDelete
  18. Saya nak tanya sekiranya majikan/bisnes partner kita secara lisan mengatakan "SIAPA BUAT DIA DAPAT". boleh tak saya nak buat counter report. Kerna saya tak menerima 1 sen pun daripada apa yg di janjikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semasa mula2 buat bisnes dgn partner tu ada buat perjanjian keuntungan secara hitam putih?klu ada boleh buat repot kot

      Delete
  19. Salam.. sy nk tanya
    Sekiranya anggota polis membuat repot tentang sesuatu kes, dan tiada tangkapan dibuat hanya bahan bukti sperti kenderaan. Dlm repot tersebut anggota polis yg mereka2 cerita dan memalsukan kejadian sebenar..serta pengadu sendiri tiada di tempat kejadian.. pengadu sengaja memberi maklumat dn laporan palsu dgn niat utk utk dikenakan tindakan kpd org yg dinyatakan didalam laporan. Boleh lah org yg di tuduh itu membuat repot mgatakan laporan yg dibuat anggota polis tersebut adalah palsu..dan org yg di tuduh mempunyai bukti yg kukuh mgatakan repot yg dibuat oleh polis tersbut adalah palsu

    ReplyDelete
  20. Apakah maksud bertindak atas maklumat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertindak atas maklumat bermaksud tangkapan atau operasi yang dilakukan oleh pihak polis adalah berdasarkan repot yg dibuat atau maklumat yg polis dapat

      Delete
  21. Maksud oyds? Ada tarik tempoh taj

    ReplyDelete
  22. Hi ... Saya ingin bertanya , saya meminjam Wang daripada along ,kerana terdesak masatu MCO , bila Hari sepatutnya utk membayar interest sya tidak dpt membuat bayaran , jadi along memaksa saya utk memberi kad bank kepada mereka,saya terpaksa serahkan ATM card sya kepada mereka ,patutkah sya membuat cover report berkenaan HAL ini, sya risau

    ReplyDelete
  23. Asalamualaikum saya mohd farid shamil saya ada sewa satu kereta sewa untuk kawan mak saya ok bila..tiba2 kereta yg saya sewa kan atas nama saya excident bukan saya bawak anak kawan mk saya la saya tlg sewa kan dan saya suruh anak kawan mk saya tanggung jawab atas kerosakan kereta tersebut ke pemilik kereta tu..ok dan saya dah setel kn pemilik kereta sewa tu dgan anak kawan mk saya (pemandu kereta sewa yg rosak kn kereta sewa tersebut)jadi saya rasa betul x saya dh x ad kaitan sebab saya dh bawak org yg patut bertanggung jawab atas kerosakkan kereta sewa bila tiba masa saya dh bgi smua location n dia dh ckp kat kawan mk saya mk kepada budak yg rosakkn kereta atas nama penyewa mohd farid shamil iaitu saya x ada kena mengena dgan kes kereta sewa excident dia sruh saya desak budak tu buat report untuk pemilik kereta nk clim atas kerosakkn kereta itu ok saya dh setel kn dia pon dah dpat smua dia nk atas bantuan saya yela saya ada rasa bertanggung jawab la sebab sewa atas nama saya bila setel pemilik kereta itu pusing cerita dia dh dpat apa dia nk atas bantuan saya dia ckp nk saman saya la nk report saya la sedangkan dia tahu n saya dh hantar bukti mengatakan yg bwak kereta masa excident bukan saya tpi kawan mak saya yg mintak tlg sewa atas nama saya saya x kena mengena apa pon cuma nama sahaja smua bukti saya ada jadi saya nk bertanya apa tindakan patut saya buat cik...nk di pendekkan cerita saya hanya sekadar nama penyewa untuk kawan mk saya dan kereta di pandu oleh anak nya..excident dan saya x lari walau bukan saya bawak n saya x ada dlm excident tu siap saya bawak org yg pandu kereta tu sampai excident jadi patut si pemandu yg patut pemilik kereta sewa ambk tindakan ni saya yg hnya nama siap bukti ckup dlm hnfon saya masih simpan pmilik ckp saya x ada mengena dh dlam urusan ni tiba saya pulak nk saman la apa la jadi apa tuan patut saya ambk tindakan..

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum..saya ada satu soalan berkaitan report. Dalam rumah family saya ada seorang penagih dadah tegar(abg sy). Bukan biasa2 tapi ketagihan yang teruk sampai buat kasar pada orang tua. Pernah buat report polis dan dah ditgkap tp dilepaskan sbb kawan dia byr ikat jamin. Lepas tu dia keluar dr rumah. Sekarang dia balik semula dan keadaan dalam rumah jadi huru hara. Apa perlu saya buat untuk cover fmly lain dlm rumah tu? Sbb dia mmg agresif. Mohon bantuan.Terima kasih.

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum. sy nak share cerita dan soalan? sy syak bahawa gejat peribadi sy telah di godam. dan semua isi kandung di dalam nya termasuk apa sy yg sy buat telah di kongsi kepada semua yg ade berdekatan dgn sy dan di mana sj sy berada. seperti ada arahan yg mendorong ramai pihak mahu turut serta memantau setiap gerak geri sy. apa yg ketara sekali setiap kali sy berpindah tempat atau pergi ke mana² sy seperti di ancam dengan sindiran sehingga menggangu mental sy dan membuat sy jd hilang semangat nak buat semua benda dan terasa terperangkap dalam situasi. punca yg membuat sy tahu sy kena godam. setiap apa yg sy buat seperti whatsup, buka apa² app utk berkomunikasi, msti akan ada pihak yg menyindir apa yg sy kongsi di dalam app tersebut. yg sy pasti itu adalah app private dan bukan status kongsian. dan sy telah buat byk kali pertukaean email dan sim number tetapi ttp sama situasinya. soalan sy adakah covering report polis ni boleh membantu mencari punca si penggodam data peribadi sy?

    ReplyDelete
  26. Hi saya nak tanya, polis report ada tarikh luput tak? Utk kegunaan urusan Bank dll

    ReplyDelete