Monday 7 October 2013

ENAKMEN RIZAB MELAYU

ENAKMEN RIZAB MELAYU

NEGERI MELAYU BERSEKUTU Bab 1421

Satu Enakmen untuk meminda dan menyatukan undang-undang berhubung dengan Rizab Melayu dan untuk mengadakan  jaminan kepada orang-orang Melayu berhubung dengan kepentingan-kepentingan mereka ke atas tanah.



(i)            Enakmen ini bolehlah dinamakan sebagai Enakmen Rizab Melayu.2
(ii)           Tiada apa jua pengistiharan bagi satu Rizab Melayu boleh disifatkan sebagai telah terbatal dengan sebab lulusnya Enakmen ini.
(iii)          Tiada apa-apa yang terkandung di dalam Enakmen ini boleh menyentuh peruntukan-peruntukan Enakmen Tanah Adat Negeri Sembilan

HURAIAN 1

i)              Oleh kerana Enakmen ini terpakai di negeri-negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Wilayah Persekutuan yang dahulunya dikenali dengan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Wilayah Persekutuan ketika itu merupakan sebahagian daripada Negeri Selangor) maka ianya dinamakan Enakmen Rizab Melayu, N.M.B Bab 142. (Untuk tujuan tafsiran perkataan-perkataan Enakmen Rizab Melayu, 1933 sahaja akan digunakan).
Memandangkan tarikh berkuatkuasa Enakmen ini tidak dinyatakan maka tarikh pengwartaannya iaitu 15hb. Disember 1933, hendaklah disifatkan sebagai tarikh mula berkuatkuasanya Enakmen ini kecuali Wilayah Persekutuan di mana tarikh kuatkuasanya ialah pada 1hb. Februari 1974 mengikut P.U.(A) 60 (Rujuk Warta Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Bil.26 Jilid XXV, Pemberitahu  No:8790)
ii)             Mana-mana pengistiharan bagi satu Rizab Melayu yang dibuat di bawah Enakmen Rizab Melayu 1913 akan terus berkuatkuasa dan tidak perlu dibatalkan atau diistiharkan semula bila Enakmen Rizab Melayu 1933 mula berkuatkuasa.
iii)            Perkara 90 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa tiada apa pun dalam Perlembagaan Persekutuan boleh menyentuh sahnya apa-apa sekatan yang dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai pindahmilik atau pajakan Tanah Adat di Negeri Sembilan dan Melaka, atau mengenai apa-apa kepentingan di atas tanah itu. Oleh Itu seksyen 1(iii) ini menegaskan bahawa  peruntukan-peruntukan Enakmen Rizab Melayu 1933 ini tidak sedikit jua pun boleh menyentuh peruntukan-peruntukan Enakmen Tanah Adat Negeri Sembilan, 1926.
Di bawah Enakmen Tanah Adat Negeri Sembilan, 1926 urusan berkenaan dengan Tanah Adat hanya boleh dikuatkkuasakan untuk faedah ahli-ahli perempuan dari Suku yang sama sahaja. Oleh itu bila berlaku kematian, tanah itu hendaklah diturunmilikkan kepada waris-waris perempuan. Tanah Adat bagi Negeri Sembilan hanya terdapat di Daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin sahaja dan tidak semua tanah milik yang terdapat di daerah-daerah berkenaan merupakan Tanah Adat.


Didalam Enakmen ini melainkan jika kandungannya menghendaki sebaliknya :
" Melayu ”  ertinya seorang yang berasal dari mana-mana bangsa ‘Malayan’ yang kelazimana bertutur dalam bahasa Melayu atau mana-mana bahasa Malayan dan menganuti Ugama Islam.3
Pegangan Melayu “ termasuk :
(a)           mana-mana kepentingan berdaftar  seorang Melayu sebagai tuan punya atau tuanpunya bersama dalam mana-mana tanah milik yang dimasukkan ke dalam satu Rizab Melayu yang telah di Istiharkan dan diwartakan dengan sempurna dibawah peruntukan-peruntukan Enakmen ini:
Dengan syarat bahawa kepentingan tersebut tidak boleh disifatkan sebagai pegangan Melayu sehingga didafterkan di dalam dokumen hakmilik daftar bagi tanah itu satu permintaan dalam Borang A di Jadual Pertama sebagaimana yang diperuntukan dalam Seksyen 6.
(b)        mana-mana kepentingan  berdaftar bagi seorang Melayu sebagai tuanpunya atau tuanpunya bersama dalam mana-mana tanah milik yang dimasukkan ke dalam satu Rizab Melayu yang telah di istihar dan diwartakan dengan sempurna di bawah peruntukan-peruntukan Enakmen Rizab Melayu, 1933
Rizab Melayu ertinya satu Rizab Melalyu lyang diistiharkan dan diwartakan dengan sempurna di bawah peruntukan-peruntukan Enakmen ini atau Enakmen Rizab Melayu 1913.
            Kesemua perkataan dan ungkapan yang digunakan di dalam Enakmen ini telah ditafsirkan di bawah seksyen 2 Kanun Tanah4 hendaklah membawa pengertian yang diberikan kepadanya di bawah seksyen berkenaan.
Satu pindahmilik, gadaian atau pajakan bagi pegangan Melayu, termasuklah satu pindahmilik, gadaian atau pajakan mana-mana kepentingan tuanpunya bersama bagi tanah yang di pegang secara bersama.
Bagi tujuan-tujuan Enakmen, sebuah syarikat yang didaftarkan di bawah Enakmen Syarikat5 hendaklah jika selagi tiap-tiap ahlinya adalah orang Melayu dan pindahmilik syer-syernya dihadkan oleh Artikel Persatuannya kepada orang-orang Melayu adalah disifatkan sebagai orang Melayu, dan sebarang kepentingan berdaftar di atas tanah yang dimiliki oleh syarikat itu disifatkan sebagai satu pegangan Melayu.

HURAIAN 2

Melayu

Melayu dalam kontek Enakmen ini hendaklah mempunyai tiga unsur iaitu:
(a)           berasal dari mana-mana bangsa Malayan;
(b)           lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu atau bahasa Malayan; dan
(c)           menganut Ugama Islam.

Persoalannya sekarang siapakah yang dikatakan bangsa Malayan itu? Apakah mereka yang berketutunan China, India, Pakistan, Arab dll seperti yang terdapat di Tanah Melayu sebelum tahun 1913 itu tergolong dalam maksud bangsa Malayan itu? Dalam pengertian hariannya mereka adalah bangsa Malayan, kerana tekanan diberi kepada bangsa-bangsa yang berasal daripada kawasan kepulauan Melayu yang berada di dalam alam budaya Melayu yang sama.
Konsep bangsa Malayan dan bahasa Malayan itu hendaklah selaras dengan semangat, falsafah dan sejarah pengujudan Enakmen itu sendiri.
Idea hendak mengadakan Enakmen ini timbul apabila pihak penjajah Inggeris ketika itu mendapati sudah banyak tanah-tanah orang Melayu dijual kepada orang-orang bukan Melayu. Inggeris khuatir kalau amalan ini tidak disekat orang melayu akhirnya tidak mempunyai tanah. Inggeris bimbang kepentingan jangka panjang mereka di Tanah Melayu tergugat andainya pindahmilik ini dibiarkan berleluasa.
Oleh itu mukadimah Enekmen Rizab Melayu 1913, iaitu Enakmen Rizab Melayu yang julung-julung kali dikuatkuasakan oleh Penjajah Inggeris di Tanah Melayu pada 1hb. Januari 1914 berbunyi “Satu Enakmen bagi mengadakan jaminan kepada orang-orang Melayu berhubung dengan kepentingan mereka ke atas tanah” .
Dengan ini jelaslah bahawa “Malayan race” yang dimaksudkan pada Enakmen Rizab Melayu ini ialah bangsa-bangsa dari kepulauan Melayu yang terdapat di Tanah Melayu ketika itu (sehingga sekarang) seperti orang-orang Jawa, Banjar, Mendiling, Minangkabau, Bugis, Kampar, Panai, Petani dan sebagainya disamping orang Melayu sendiri, tetapi tidak termasuk mereka yang berketurunan Arab, Pakistan, India, India Muslim dan lain-lain.
Oleh itu tidak timbul persoalan samda bukan Melayu yang sudah tinggal di Malaysia 4 – 5 keturunan, lazim bertutur bahasa Melayu dan berugama Islam boleh disifatkan sebagai Melayu sekali pun mereka menggunakan  bin atau binti pada Kad Pengenalan atau lain-lain dokumen resmi mereka dan berkahwin dengan orang Melayu. Mereka tetap bukan Melayu kecuali anak yang lahir hasil daripada perkahwinan mereka dengan wanita / lelaki Melayu yang boleh ditafsirkan sebagai Melayu.

Pegangan Melayu

            Tafsir ‘Pegangan Melayu’  ke atas mana-mana kepentingan berdaftar seorang Melayu sebagai tuanpunya atau tuanpunya bersama ke atas mana-mana tanah milik yang termasuk ke dalam satu Rizab Melayu yang diistiharkan dan diwartakan dengan sempurna di bawah Enakmen ini mewajibkan satu peringatan (memorial) ke atas dokumen hakmiliknya yang dibuat melalui satu permintaan dalam Borang A di Jadual Pertama. Tanpa memorial tanah itu tidak boleh disifatkan sebagai tanah Pegangan Melayu dan ianya boleh dibuat berbagai urusan (dealings) dengan bukan Melayu. Pegangan Melayu ini juga termasuk mana-mana tanah milik yang dipunyai oleh orang Melayu yang termasuk dalam satu Rizab Melayu yang diistiharkan dan diwartakan dengan sempurna di bawah Enakmen Rizab Melayu 1913.

Rizab Melayu

            Ramai orang, termasuk Pentadbir Tanah tidak memahami akan konsep Rizab Melayu ini sepenuhnya. Akibatnya banyak, kalaupun tidak kesemuanya, tanah-tanah milik di dalam kawasan Rizab Melayu yang telah terlibat dengan proses pengambilan balik tanah di bawah Akta Pemgambilan Balik Tanah, 1960 atau tanah milik yang telah diserah balik (surrender) oleh tuan-tuanpunya  berdaftarnya kepada Kerajaan Negeri untuk satu-satu tujuan seperti perwakafan umpamanya, telah tidak tidak diambil tindakan susulan oleh pihak Pentadbir Tanah Daerah apabila tanahmilik yang diambil atau di serahkan itu bertukar tarafnya kepada tanah kerajaan semula. Secara tidak langsung ianya merugikan orang-orang Melayu sendiri.
Rizab Melayu seperti yang dinyatakan pada seksyen 2 itu bererti satu kawasan yanah yang telah di istihar dan diwartakan dengan sempurna sebagai Rizab Melayu , samada pengistiharan itu dibuat di bawah ERM 1913 atau pun peruntukan ERM ini.
Ini bererti satu-satu kawasan yang telah menjadi Rizab Melayu itu menerusi proses pengistiharan dan penwartaan itu akan kekal sebagai Rizab Melayu selagi pengistiharannya sebagai Rizab Melayu itu tidak dibatalkan terlebih dahulu oleh Raja Negeri Dalam Mesyuarat seperti yang diperuntukan di lbawah Seksyen 4(1)(b) ERM ini.
Dengan ini jelaslah bahawa taraf tanahmilik yang telah diambil atau diserahkan itu tetap kekal sebagai tanah Rizab Melayu sekalipun taraf tanahmilik itu telah bertukar menjadi tanah kerajaan.
Oleh itu Pentadbir Tanah Daerah hendaklah mengambil tindakan susulan dengan segera supaya pengistiharan tanahmilik yang diambil atau diserahkan itu sebagai Rizab Melayu dibatalkan dan keluasan tanah yang sama luasnya dicari untuk diistiharkan sebagai Rizab Melayu sebagai ganti seperti yang di peruntukan di bawah Perkara 89 Fasal 3, Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 5 Kanun Tanah

Seksyen 5 Kanun Tanah NMB Bab 138 adalah bersamaan dengan Seksyen 5 Kanun Tanah Negara. Oleh itu kesemua perkataan dan ungkapan yang digunakan di dalam Enakmen ini hendaklah memberi pengertian yang diberikan oleh Seksyen 5 Kanun Tanah Negara itu.

Syarikat Melayu

Kesemua Pentadbir Tanah dan Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanahyang sepatutnya hendaklah memahami sepenuhnya konsep syarikat Melayu seperti yang ditafsirkan di bawah enakmen ini agar ianya tidak disalah mengertikan dengan konsep syarikat Melayu seperti di fahamkan di bawah Akta Syarikat-Syarikat 1965 (Akta 125) atau Akta Syarikat-Syarikat Kerjasama 1948 (Akta 287) di mana seperti yang difahamkan oleh orang awam bahawa yang dikatakan Syarikat Melayu  itu ialah diantara lain, orang Melayu mempunyai ekuiti sebanyak 51% atau lebih.
Bagi maksud Enakmen ini sebelum sesebuah slyarikat itu hendak disifatkan sebagai Melayu, ianya hendaklah mempunyai tiga unsur penting  iaitu:
a)             syarikat itu didaftarkan di bawah Akta Syarikat-Syarikat, 1965 (Akta 125) dan bukan didaftarkan di bawah Akta Syarikat-Syarikat  Kerjasama 1948 (Akta 287)  atau lain-lain Akta Syarikat, jika ada.
b)             kesemua 100% ahlinya hendaklah terdiri daripada orang-orang Melayu iaitu orang Melayu yang ditafsirkan di bawah Enakmen ini (tidak termasuk kakitangan atau pegawai yang dibayar gaji dan bekerja dengan syarikat seperti kerani, Pengarah dan sebagainya).
c)             pindahmilik syer-syernya dihadkan oleh Artikel Persatuannya kepada orang-orang Melayu sahaja.
Oleh itu adalah penting penyemakan yang teliti dibuat ke atas Artikel Persatuan sesebuah syarikat itu bagi memastikan ketiga-tiga unsur di atas benar-benar ujud dan tertulis dengan jelas dan nyata pada Artikel Persatuan yang dikemukakan.
Kepentingan berdaftar di atas tanah yang dimiliki oleh mana-mana syarikat yang hendak disifatkan sebagai Melayu ini hendaklah disifatkan sebagai pegangan Melayu.
Perlu ditegaskan disini bahawa penyemakan ketiga-tiga unsur di atas adalah perlu bagi menentukan status samada syarikat itu boleh disifatkan sebagai Melayu atau tidak bila syarikat ini mengemukakan permohonan untuk mendapatkan tanah kerajaan di kawasan Rizab Melayu.
Sekiranya yang memohon itu adalah Syarikat Kerjasama yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat-Syarikat Kerjasama, 1948 (Akta 287), samada ianya 100% kepunyai Melayu atau bukan Melayu, atau dianggotai bersama oleh Melayu dan bukan Melayu (bagi Negeri  Selangor sahaja ahlinya mesti 100% Melayu – Rujuk S.L PU 47 – bertarikh 27-8-1987 dan berkuatkuasa mulai 1-1-1987), pihak Pentadbir Tanah Daerah berkenaan janganlah menolak permohonan seperti ini dengan alasan Syarikat Kerjasama berkenaan bukannya Melayu mengikut tafsiran seksyen 2, ERM ini.
Syarikat Kerjasama adalah salah satu daripada badan-badan yang termasuk ke dalam senarai Jadual Ketiga iaitu badan-badan  yang boleh diberimilik tanah kerajaan di dalam Kawasan Rizab Melayu. Oleh itu permohonannya boleh diterima dan didaftarkan dengan syarat Artikel Persatuannya membenarkan syarikat Kerjasama ini memohon  atau memiliki harta takalih, termasuk tanah.

(i)             Menteri Besar6 dengan kelulusan Raja Negeri dalam Mesyuarat boleh dengan pemberitahuan di dalam Warta mengistiharkan mana-mana kawasan tanah di dalam Negeri sebagai satu Rizab Melayu.
(ii)            Pengistiharan itu hendaklah menghuraikan seberapa tepat yang munasabah akan had-had dan sempadan-sempadan  sesuatu kawasan tanah, samada dengan cara merujuk kepada bentuk-bentuk semulajadi atau sebaliknya, sebagaimana yang difikirkan sesuai-manfaat (expedient) oleh Menteri Besar, tetapi bagi tujuan pengistiharan itu kawasan yang di maksudkan itu tidak perlu disukat atau diukur.
(iii)           Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Enakmen ini pengistiharan itu hendaklah berkuatkuasa  dari masa penerbitan Warta itu, kecuali dinyatakan yang ianya akan berkuatkuasa pada tarikh yang kemudian maka ianya hendaklah berkuatkuasa pada tarikh kemudian yang disebutkan itu.

HURAIAN 3

Apabila diluluskan oleh Raja Negeri dalam Mesyuarat7, Menteri Besar boleh mengistiharkan mana-mana kawasan tanah di dalam Negeri sebagai satu Rizab Melayu. Sepintas lalu kuasa ini  adalah amat luas dan tiada batasannya terutama sebelum diujudkan Perlembagaan Persekutuan yang terpakai kini. Ketika itu tanah-tanah kepunyaan orang bukan Melayu atau orang-orang bukan Melayu mempunyai kepentingan boleh diistiharkan sebagai satu Rizab Melayu tetapi tetapi urusan-urusan (dealings) seperti pindahmilik, gadaian dan sebagainya masih boleh dibuat dengan bukan Melayu. Dengan lain-lain perkataan walaupun tanah mereka diistiharkan sebagai Rizab Melayu  dibawah Enakmen Rizab Melayu 1913, namum jual beli, gadaian dan sebagainya boleh dibuat kepada sesiapa sahaja, Melayu atau bukan Melayu.
Walau bagaimana pun apabila tanah itu  dipindah milikkan  kepada orang Melayu atau  orang Melayu mempunyai kepentingan berdaftar di atas tanah itu, maka urusan-urusan dengan bukan Melayu sudah tidak boleh dibuat lagi kerana ianya sudah menjadi tanah pegangan Melayu.

Tanah Rizab Melayu sebelum ujudnya Perlembagaan Persekutuan.
Sebelum Perlembagaan Persekutuan dikuatkuasakan, tidak ada syarat yang mewajibkan tanah lain dicari  sebagai ganti kepada mana-mana tanah Rizab Melayu yang telah dibatalkan, atau dicari satu kawasan lain yang sama luas untuk diberi pada umum jika Menteri Besar mengistiharkan satu kawasan tanah sebagai Rizab Melayu. Dalam ertikata lain, tatacara  pengistiharan atau  pemilihan mana-mana tanah adalah terlalu longgar malah luntuk tujuan pengistiharan  tanah-tanah itu tidak perlu disukat ataupun  diukur. Tetapi kebiasaannya tanah-tanah ini diukur terlebih dahulu.

Tanah Rizab Melayu mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Apabila Perlembagaan Persekutuan8 mula dikuatkuasakan maka beberapa syarat terpaksa dipatuhi sebelum Menteri Besar boleh membuat pengistiharan ke atas mana-mana tanah sebagai satu Rizab Melayu.
Perkara 89 Fasal (2)(a) umpamanya mensyaratkan bahawa bila mana-mana tanah di sesuatu Negeri diistiharkan sebagai tanah Rizab Melayu maka satu tanah lain yang sama luas dengan tanah itu yang belum dimajukan atau dicucuk tanam hendaklah di adakan untuk diberimilik kepada umum.
Di bawah Perkara 89 Fasal 3 pula di antara lain di nyatakan bahawa apabila mana-mana tanah terhenti menjadi tanah Rizab Melayu maka mana-mana tanah lain yang serupa keadaannya (similar character) dengan yang tanah itu, dan seluas tidak lebih daripada luas tanah itu, hendaklah dengan serta merta diistiharkan sebagai Rizab Melayu.
Di sini terdapat beberapa sekatan yang terpaksa di patuhi oleh Menteri Besar sebelum proses sesuatu pengistiharan itu dapat dilaksanakan yang mana sekatan-sekatan seperti lini ditak dialami oleh Menteri Besar yang terdahulu, atau sebelumnya, Resident.
Bagi menunaikan kehendak Perkara 89 Fasal 2 itu, iaitu mencari tanah yang sama luas dan yang belum dimajukan atau di cucuk tanam untuk diberimilik kepada umum, (termasuk orang-orang Melayu tentunya) tidaklah begitu sukar kerana sekiranya kawasan tanah yang dimaksudkan itu tidak terdapat di daerah mana  sesuatu tanah itu diistiharkan sebagai satu Rizab Melayu, maka kawasan itu boleh dicari di daerah-daerah lain asalkan ianya tanah yang belum dimajukan atau di cucuk tanam sahaja yang diwajibkan untuk dicari.
Yang menjadi agak sukar bagi Pentadbir Pentadbir Tanah Daerah ialah untuk melaksanakan kehendak Perkara 89 Fasal 3 iaitu mencari tanah ganti kepada kawasan-kawasan Rizab Melayu yang terhenti menjadi Rizab Melayu kerena kawasan ganti itu hendaklah tanah yang serupa keadaannya dan seluas tidak lelbih daripada tanah yang terhenti itu untuk diperakukan kepada Menteri Besar sebelum pengistiharan tanah ganti itu dibuat oleh Menteri Besar.
Pentadbir Tanah Daerah sebenarnya tidak mempunyai apa-apa garis panduan bagi mendapatkan tanah yang serupa keadaannya itu. Oleh itu Pentadbir Tanah Daerah tidak ada pilihan lain selaindaripada menggunakan pertimbangan dan budibicaranya sahaja untuk diperakukan kepada Menteri Besar bagi diistiharkan sebagai satu Rizab Melayu.

Apakah tanah yang dikatakan “tanah yang serupa keadaannya” itu?
Apakah ianya perlu sama dalam serba serbi? Atau hampir sama atau seakan-akan sama? Mungkin agak sukar untuk mendapatkan dua keping tanah yang benar-benar sama dalam serba-serbi. Oleh itu dua tanah yang hampir sama atau seakan-akan sama bolehlah dipertimbangkan. Panduan dibawah bolehlah digunakan sebagai asas:
(a)           tanaman di atasnya hendaklah memberi nilai ekonomi yang sama atau hampir sama. Kalau satu ditanam dengan kelapa dan koko manakala satu lagi dengan padi sudah pasti tidak mempunyai nilai ekonomi yang sama.
(b)           Kedudukan tanah juga perlu sama atau hampir sama. Jangan satu berdekatan dengan jalan dan yang satu jauh ke dalam.
(c)           Potensi untuk dimajukan, sama.
(d)           Keadaan mukabuminya perlu sama atau hampir sama. Jangan satu pamah dan kering manakala satu lagi berpaya dan mudah ditenggelami air.
(e)           Dan lain-lain yang difikirkan sesuai.
Walau bagaimana pun dari segi keluasan ianya tidak menimbulkan banyak persoalan kerana dinyatakan dengan jelas bahawa luas tanah ganti itu hendaklah tidak lebih daripada luas tanah yang dibatalkan itu. Satu persoalan mungkin timbul, kalau sekeping tanah Rizab Melayu seluas 8 hektar terhenti menjadi Rizab Melayu, boleh atau tidak dua keping tanah lain masing-masing seluas 5 dan 3 hektar dicari diistiharkan sebagai ganti? Apakah ianya tidak selaras dengan maksud tanah yang serupa keadaaan yang diterangkan di atas tadi? Sebenarnya perkara ini tidak timbul asalkan keluasannya tidak lebih daripada 8 hektar.

Di bawah konsep mana-mana tanah pula, walaupun Menteri Besar boleh mengistiharkan mana-mana tanah seperti tanah Kerajaan, hutan rizab, tanah rizab bagi maksud awam atau tanah milik sebagai satu Rizab Melayu, namun Menteri Besar terpaksa juga berhadapan dengan beberapa sekatan.
Tanah milik yang tuanpunya tunggalnya adalah orang bukan Melayu, atau orang-orang bukan Melayu mempunyai hak atau kepentingan ke atas mana-mana tanah milik, maka tanah milik sedemikian itu tidak boleh diistiharkan oleh Menteri Besar sebagai satu Rizab Melayu kerana ianya bertentangan dengan Pekara 89 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan.
Tanah Rizab Orang-Orang Asli juga tidak boleh diistiharkan oleh Menteri Besar sebagai satu Rizab Melayu kerana ianya bertentangan dengan seksyen 7(2)(1) Akta Orang Asli, 1954 (Akta 134)9.

Di bawah Seksyen 3(ii) dinyatakan bahawa bagi menentukan sempadan kawasan tanah yang diistiharkan itu maka pengukuran adalah tidak perlu kerana ianya memadai rujukan kepada sempadan-sempadan tanah milik yang telah diukur atau merujuk kepada bentuk-bentuk semula jadi seperti sungai, parit dan sebagainya.
Peruntukan ini sebenarnya tidakpraktikal lagi dan perlu dipinda. Kawasan yang diistiharkan itu perlu di ketahui keluasannya dengan tepat bagi membolehkan ianya ditanda dengan jelas dan terang di atas syit litho Pejabat Tanah atau Pejabat Ukur agar kesahihannya tidak boleh dipertikaikan samada di dalam atau di luar Mahkamah.
Telah diterangkan di atas tadi bahawa apabila Menteri Besar mengistiharkan mana-mana tanah sebagi satu Rizab Melayu maka satu keluasan tanah yang sama luasnya yang belum dimajukan atau dicucuk tanam hendaklah diadakan untuk diberimilik umum atau bila mana tanah terhenti daripada menjadi tanah Rizab Melayu maka satu tanah lain yang serupa keadaannya dengan tanah itu dan seluas tidak lebih daripada luas tanah titu hendaklahl diadakan. Kedua-dua keperluan ini boleh dilaksanakan melalui satu proses pengukuran yang tepat, yang dibuat oleh Jurukur yang bertauliah.

Pentadbir Tanah Daerah hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengarah Tanah dan Galian Negeri bagi mengecualikan daropada bayaran ukur di bawah Perenggan 4(2) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965 dan selepas pengecualian ini  diperolehli barulah permohonan ukur disediakan. Jika pengecualian itu tidak dipohon, bayaran ukur terpaksa ditanggung oleh Kejajaan Negeri kerana bayaran ukur merupakan hasil Kerajaan Persekutuan.

Lihat Lampiran B.

(i)            Menteri Besar10 boleh pada bila-bila masa sahaja denga kelulusan Raja Negeri dalam Mesyuarat denga pengistiharan yang disiarkan di dalam Warta:
(a)           meminda had-had atau sempadan-sempadan bagi mana-mana Rizab Melayu, atau
(b)          membatalkan mana-mana pengistiharan yang kerananya mana-mana tanah itu telah diistiharkan sebagai satu Rizab Melayu samada keseluruhannya atau mana-mana bahagian kawasan yang dirujukkan di situ atau
(c)           memasukkan kedalam mana-mana Rizab Melayu mana-mana tanah yang terkeluar darinya.
(ii)           Mana-mana pengistiharan itu hendaklah mula berkuatkuasa seperti yang diperuntukan di dalam seksyen kecil (iii) kepada seksyen 3.

Di antara kuasa yang kerapkali digunakan oleh Kerajaan Negeri ialah seksyen (i)(b). Seksyen kecil ini melibatkan tanah-tanah Rizab Melayu yang di ambil bagi melaksanakan projek-projek pembangunan Kerajaan terutama di kawasan-kawasan luar bandar di mana banyak terdapat tanah Rizab Melayu.
Tanah milik yang diambil di bawah Akta Pengambilan Balik Tanah, 1960 ini telah menjadi tanah Kerajaan sebelum projek-projek pembangunan itu di laksanakan. Oleh kerana tanah itu merupakan tanah Rizab Melayu maka Pentadbir Tanah Daerah terpaksalah memperakukan kepada pihak Kerajaan Negeri supaya dibatalkan pengistiharan dan mengistiharkan sebahagian daripada kawasan Rizab Melayu yang berkenaan itu iaitu berhubong dengan  tanah milik yang terlibat dengan projek pembangunan  itu sahaja.
Kawasan ganti tidak lebih daripada luas yang dibatalkan itu hendaklah dicari untuk diistiharkan sebagai Rizab Melayu seperti yang dijamin oleh Perkara 89 Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan.
Adalah disyorkan supaya Pentadbir Tanah Daerah  tatkala memperakukan pembatalan pengistiharan mana-mana tanah Rizab Melayu itu hendaklah dalam Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan yang sama memperakukan juga satu kawasan ganti seluas tidak lebih daripada keluasan yang dibatalkan itu, supaya pengertian serta merta yang terdapat pada Perkara 89 Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan dapat dipatuhi.
Untuk Prosedur Pembatalan lihat Lampiran C.

Mana-mana tanah Kerajaan, rizab hutan, tanah yang dirizabkan bagi maksud awam atau tanah milik bolehlah dimasukkan ke dalam satu Rizab Melayu.
           
Tanah yang dipegang dibawah Pajakan atau Perakuan Lombong tidak termasuk ke dalam senarai ini. Tetapi seksyen ini tidak pula melarang perusahaan perlombongan dijalankan ke atas mana-mana tanah yang termasuk ke dalam satu Rizab Melayu.11

(i)            Dengan tersiarnya di dalam Warta bagi mana-mana pemberitahuan yang mengandungi mana-mana pengistiharan di mana sesuatu tanah milik itu termasuk ke dalam satu Rizab Melayu , Pemungut13 daerah dimana tanah itu terletak hendaklah megemukakan kepada Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanahyang sepatutnya satu permintaan dalam Borang A di Jadual Pertama yang mengandungi satu senarai kesemua tanah milik yang termasuk dan terlibat dengan pengistiharan itu dan meminta beliau membuat catitan mengenainya di dalam daftar-daftar hakmiliknya perihal kemasukan tanah-tanah itu ke dalam Rizab Melayu itu.
(ii)           Dengan pendaftaran mana-mana dokumen hakmilik baru bagi mana-mana tanah yang termasuk ke dalam mana-mana Rizab Melayu, samada tanah tiu dimasukkan ke dalamnya sebelum atau sesudah bermulanya kuatkuasa Enakmen ini, Pemungut daerah di mana tanah itu terletak hendaklah menyerahkan kepada Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanahyang sepatutnya satu permintaan dalam Borang A di Jadual Pertama, meminta beliau membuat catatan di dalam daftar hakmiliklnya perihal kemasukkan tanah itu ke dalam Rizab Melayu itu.
(iii)          Dengan penyerahan satu permintaan dalam Borang A di Jadual Pertama Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanahyang sepatutnya hendaklah membuat satu peringatan darinya ke atas tiap-tiap dokumen hakmilik daftar yang dimasukkan ke dalamnya.
(iv)          Bila mana-mana peringatan telah dibuat ke atas mana-mana dokumen hakmilik daftar bagi mana-mana tanah di bawah peruntukan seksyen kecil (iii) Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanahaygn sepatutnya hendaklah dengan notis dalam Borang B di Jadual Pertama meminta tuanpunya bagi tanah itu atau sesiapa saja yang menyimpan doklumen hakmilik keluaran bagi tanah itu menyerahkannya dan dengan penyerahan itu hendaklah membuat peringatan yang serupa ke atas dokumen hakmilik keluarannya seperti yang telah dibuat ke atas dokumen hakmilikl daftar bagi tanah itu.
(v)    Kalau pada bila-bila masa Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanahyang sepatutnya mendapati:
(a)           mana-mana dokumen hakmilik daftar atau hakmilik keluaran bagi mana-mana tanah yang termasuk ke dalam mana-mana Rizab Melayu yang diistiharkan di bawah peruntukan-peruntukan Enakmen Rizab Melayu 1913 belum lagi dituliskan dengan perkataan ‘Rizab Melayu’ seperti yang diperuntukan oleh Seksyen 12 Enakmen itu, atau
(b)          bahawa berhubung dengan mana-mana tanah yang termasuk ke dalam satu Rizab Melayu yang diistiharkan di bawah Enakmen ini tiada apa jua peringatan   telah dibuat ke atas dokumen hakmilik daftar atau keluaran berhubugan dengan kemasukkan tanah itu ke dalam Rizab Melayu itu,
beliau bolehlah menyerahkan satu permintaaan dalam Borang A di Jadual Pertama dan hendaklah membuat satu peringatan darinya ke atas dokumen hakmilik daftar atau keluarannya. Untuk tujuan membuat peringatan ke atas mana-mana dokumen hakmilik keluaran itu beliau bolehlah dengan notis dalam Borang B di Jadual Pertama meminta tuanpunya atau sesiapa saja yang menyimpannya menyerahkan dokumen itu.
(vi)          Walau apa saja yang terkandung di dalam seksyen ini Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanahyang sepatutnya hendaklah jangan membuat apa-apa peringatan  di bawah seksyen ini ke atas dokumen  hakmilik daftar atau hakmilik keluaran bagi mana-mana tanah di mana tuanpunya tunggalnya bukanya seorang Melayu aau tidak seorang jua pun daripada tuanpunya-tuanpunya bersamanya orang Melayu.
(vii)         Bila mana-mana tanah atau mana-mana syer yang tidak dipecahkan bagi mana-mana tanah itu seperti yang disebutkan pada seksyen (iv) dipindahmilikkan kepada seorang Melayu Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanahyang sepatutnya hendaklah menyerahkan satu permintaan dalam Borang A di Jadual Pertama berhubung dengan tanah itu dankemudian hendaklah mengambil tindakan seperti yang ditetapakan pada seksyen (v).
(viii)        Tiada apa jua fee perlu dikenakan bagi membuat apa-apa peringatan atau penyampaian apa-apa notis di bawah peruntukan-peruntukan ini.
(ix)          Mana-mana orang yang dengan sengaja gagal mematuhi peruntukan-peruntukan  sesuatu notis yang telah diserahsampaikan sendiri kepadanya di bawah seksyen kecil (iv) dan(v) hendaklah dikenakan denda sebanyak seratus ringgit.

HURAIAN 6
Membuat Peringatan (memorial).
Seksyen ini memberi kuasa kepada Pentadbir Tanah Daerah untuk mengemukakan kepada Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanahyang sepatutnya satu permintaan dalam Borang A pada Jadual Pertama meminta beliau membuat satu peringatan (memorial) untuk diendorskan ke atas dokumen hakmilik daftar bagi tiap-tiap tanah milik yang termasuk ke dalam satu Rizab Melayu yang diistiharkan samada di bawah Enakmen Rizab Melayu 1913 atau pun Enakmen Rizab Melayu 1933.
Permintaan itu hendaklah dibuat dalam empat keadaan:
(a)           sebaik-baik saja tanah milik litu termasuk ke dalam satu Rizab Melayu yang baru diistiharkan oleh Menteri Besar di bawah Seksyen 3:
(b)           dengan pendaftaran mana-mana dokumen hakmilik baru ke atas mana-mana tanah yang telah termasuk ke dalam satu Rizab Melayu yang diistiharkan di bawah Enakmen ini atau Enakmen Rizab Melayu 1913.
(c)           pada bila-bila masa saja Pentadbir Tanah Daerah menyedari bahawa mana-mana tanah yang termasuk ke dalam satu Rizab Melayu belum lagi ditulis dengan perkataan ‘Rizab Melayu’  di atas mana-mana bahagian permukaan dokumen hakmiliknya seperti yang di peruntukan oleh seksyen 12, Enakmen Rizab Melayu 1913 atau memorial di bawah seksyen ini belum lagi diendorskan.
(d)           Tanah atau syer yang tidak dipecahkan ke atas tanah kepunyaan bukan Melayu yang terdapat di kawasan satu Rizab Melayu dipindahmilikkan kepada orang Melayu.

Walau bagaimana pun terdapat satu pengecualian di mana peringatan di bawah seksyen ini tidak boleh dibuat iaitu bagi mana-mana tanah milik di mana:
(a)   tuan punya tunggalnya bukannya seorang Melayu, atau
(b)   tidak seorang jua pun daripada tuanpunya-tuanpunya bersamanya (co-proprietors) orang Melayu.
Dengan lain perkataan tanah milik yang dipunyai oleh bukan Melayu, tetapi sekiranya ada saja di antara tuanpunya-tuanpunya bersama itu terdiri daripada seorang atau lebih orang Melayu maka peringatan adalah wajib.

Membuat memorial di atas dokumen hakmilik keluaran.
Setelah peringatan diendorskan ke atas dokumen hakmilik daftar, Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanahyang sepatutnya hendaklah menghantar satu notis dalam Borang B di Jadual Pertama meminta tuanpunyanya menyerahkan dokkumen hakmilik keluaran bagi tanah berkenaan untuk diendorskan peringatan yang serupa. Tiada apa jua fee dikenakan bagi penghantaran notis ini dan mana-mana tuan tanah yang tidak mengindahkan kehendak notis litu hendaklah dikenakan denda tidak lebih daripada seratus ringgit.

Peringatan ini adalah perlu kerana dengannya mana-mana tanah milik yang termasuk ke dalam satu Rizab Melayu akan menjadi tanah pegangan Melayu (selain daripada pengecualian yang dinyatakan pada seksyen 6 ini) dan tanah pegangan Melayu sahaja yang terikat dengan sekatan-sekatan yang dinyatakan pada seksyen-seksyen 8 hingga 19 Enakmen ini.
Tanpa peringatan ini urusan-urusan (dealing) dengan bukan Melayu adalah dibolehkan sekali pun tanah ini termasuk ke dalam satu Rizab Melayu yang diistiharkan dengan sempurna di bawah Enakmen Rizab Melayu 1913. Tetapi jika tanah itu termasuk ke dalam satu Rizab Melayu  yang diistiharkan di bawah Enakmen Rizab Melayu 1913 dan pelupusannya di buat semasa Enakmen Rizab Melayu 1913 ini berkuatkuasa, iaitu sehingga 14hb. Disember 1913, maka tanah milik itu secara otomatis menjadi tanah pegangan Melayu.

Kedudukan tanah bukan Melayu dalam kawasan Rizab Melayu.
Berhubung dengan tanah milik yang dipunyai oleh orang-orang bukan Melayu yang dikecualikan di bawah Seksyen 6(vi) itu, urusan-urusan dengan   bukan Melayu dibolehkan tetapi apabila  tanah itu dipindahmilik kepada orang Melayu maka urusan dengan bukan Melayu sudah tidak dibolehkan lagi (dengan syarat seksyen 6(vii) dikuatkuasakan oleh Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanahyang sepatutnya) kerana tanah itu sudah menjadi pegangan Melayu secara mutlak.14
Bagi tanah milik yang terdapat orang Melayu sebagai salah seorang daripada tuanpunya-tuanpunya bersamanya maka tanah itu juga akan menjadi pegangan Melayu iaitu sesudah memorial diendoskan ke atas dokumen hakmiliknya tetapi kuatkuasa pegangan Melayu itu hanya melibatkan syer yang dipegang oleh orang Melayu itu sahaja. Syer-syer  yang tidak dipecahkan yang didaftarkan atas nama bukan Melayu itu masih boleh diurusniagakan dengan bukan Melayu, sehinggalah orang Melayu membeli syer bukan Melayu itu barulah ianya tidak boleh dijualkan semula kepada bukan Melayu kerana seluruh tanah  itu sudah menjadi tanah pegangan Melayu secara mutlak.

(i)             Dengan tersiarnya di dalam Warta bagi mana-mana pemberitahuan berhubung dengan pembatalan pengistiharan di mana sesuatu tanah itu telah diistiharkan sebagai satu Rizab Melayu, Pemungut daerah di mana tanah itu terletak hendaklah mengemukakan kepada Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanahyang sepatutnya satu permintaan dalam Borang C di Jadual Pertama yang mengandungi satu senarai kesemua tanah milik yang terlibat dengan pembatalan itu dan meminta beliau membuat peringatan-peringatan di atas daftar-daftar hakmiliknya serta membatalkan peringatan-peeringatan yang telah dibuat di bawah seksyen 6.
(ii)            Dengan penyerahan satu permintaan dalam Borang C di Jadual Pertama Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanahyang sepatutnya hendaklah membuat satu peringatan darinya ke atas tiap-taip dokumen hakmilik daftar yang dimasukkan ke dalamnya.
(iii)           Bila mana-mana peringatan telah dibuat  ke atas dokumen hakmilik daftar bagi mana-mana tanah di bawah peruntukan-peruntukan  seksyen kecil (ii) Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanahyang sepatutnya hendaklah dengan notis dalam Borang B di Jadual Pertama meminta tuan punya tanah-tanah itu  atau sesiapa saja yang menyimpan dokumen hakmilik keluaran bagi tanah itu menyerahkannya dan selepas penyerahan itu hendaklah membuat peringatan yang serupa ke atas dokumen hakmilik keluaran itu seperti yang telah dibuatnya ke atas dokumen hakmilik daftar.
(iv)           Tiada apa jua fee perlu dikenakan bagi membuat apa-apa peringatan atau penyampaian apa-apa notis di bawah peruntukan-peruntukan seksyen ini.
(v)            Mana-mana orang yang dengan sengaja gagal mematuhi peruntukan-peruntukan sesuatu notis yang telah diserahsampaikan setelah disabitkan kesalahannya di kenakan denda tidak lebih daripada seratus ringgit.

Jika berlaku pembatalan pengistiharan ke atas mana-mana tanah yang telah diistiharkan sebagai Rizab Melayu  maka satu peringatan mengenainya hendaklah dibuat ke atas kedua-dua dokumen hakmilik daftar dan keluaran bagi tanah itu serta membatalkan peringatan yang dibuat di bawah seksyen 6 Enakmen ini atau memotong perkataan ‘Rizab Melayu’ yang ditulis di bawah seksyen 12 Enakmen Rizab Melayu 1913. Dengan ini tanah-tanah berkenaan tidak lagi menjadi tanah pegangan Melayu.
Pada seksyen 6 (ix) dan seksyen 6A ceraian (v) ada dinyatakan mengenai notis iaitu mana-mana orang yang dengan sengaja tidak mematuhi kehendak sesuatu notis itu iaitu menyerahkan geran tanah atau dokumen hakmilik keluaran (yang sepatutnya berada di dalam simpanan mereka selaku tuanpunya tanah) kepada Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanahyang sepatutnya, hendaklah diambil tindakan bagi di bawa ke Mahkamah, dan setelah disabitkan kesalahannya, dikenakan denda tidak lebih daripada RM100.00.
Kedudukan Rizab Melayu yang pengistiharannya dibatalkan ini juga perlu ditanda di atas syit litho Pejabat Tanah / Ukur. Oleh itu kawsan yang terlibat juga perlu diukur. Proses pengukuran adalah sama dengan yang telah disebutkan di bawah tafsiran seksyen 3.
Notis-notis ini dendaklah disampaikan mengikut tatacara yang dinyatakan pada seksyen 431 dan 432 Kanun Tanah Negara, 1965.

 Tiada apa jua tanah kerajaan yang termasuk ke dalam satu Rizab Melayu boleh dijual, dipajak atau dilupuskan dengan cara lain kepada mana-mana orang yang bukan Melayu :
“ Dengan syarat Raja Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan  boleh memberi milik tanah Kerajaan yang termasuk ke dalam satu Rizab Melayu kepada mana-mana pertubuhan, perbadanan atau syarikat yang dipertetapkan di dalam Jadual Ketiga, di mana Raja Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan  Negeri boleh, dengan perintah yang diterbitkan di dalam Warta, menambah kepada , memotong daripada, atau meminda dari masa ke semasa.15
Dan disyaratkan selanjutnya bahawa mana-mana tanah Kerajaan yang telah diberimilik itu hendaklah disifatkan sebagai pegangan Melayu.16
Seksyen ini menekankan bahawa mana-mana tanah kerajaan yang termasuk ke dalam satu Rizab Melayu tidak boleh dijual, dipajak atau dilupuskan dengan cara lain (seperti  pengeluaran Lesen Tumpangan Sementara, Permit mengeluarkan bahan batu iaitu pasir, tanah merah, rumput dan sebagainya, dan pajakan untuk melombong) kepada bukan Melayu.
Walau bagaimana pun di bawah satu proviso, Kerajaan Negeri boleh memberi milik mana-mana tanah Kerajaan yang termasuk di dalam satu Rizab Melayu (yang diistiharkan di bawah kedua-dua Enakmen Rizab Melayu 1913 dan 1933) kepada mana-mana pertubuhan, perbadanan atau syarikat yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga sahaja, tetapi tidak termasuk syarikat atau syarikat-syarikat kerjasama tertentu yang diluluskan oleh Menteri Besar di bawah seksyen 17.
Pengecualian yang diberikan di bawah proviso ini hanya untuk  pemberimilikan sahaja dan tidak lebih daripada itu dan tanah-tanah yang diberimilik itu hendaklah disifatkan sebagai pegangan Melayu, walaupun pertubuhan perbadanan atau syarikat itu sendiri tidak boleh disifatkan sebagai Melayu.
Oleh kerana pemberimilikan sahaja dibenarkan maka syarikat atau pertubuhan perbadanan ini didak dibenarkan menerima pajakan, gadaian atau pindahmilik mana-mana tanah pegangan Melayu daripada sesiapa sahaja samada Melayu atau pun  syarikat-syarikat dan pertubuhan perbadanan yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga itu sendiri, malah pindahmilik daripada syarikat itu kepada dirinya sendiri juga tidak boleh (rujuk konsep pindahmilik kesemua bahagian di bawah KTN dimana A boleh jual ½ syer kepada B, dan ½ syer kepada A sendiri).
Walaupun syarikat atau pertubuhan perbadanan ini tidak boleh menerima pindahmilik, gadaian atau pajakan bagi mana-mana tanah pegangan Melayu (kerana mereka tidak disifatkan sebagai Melayu) tetapi mereka boleh memberi pajakan, atau gadaian serta boleh memindahmilik tanah pegangan Melayu yang diberimilik kepada mereka di bawah   proviso ini kepada    Melayu atau syarikat yang disifatkan sebagai Melayu sahaja.
Rasionalnya pemberimilikan tanah-tanah pegangan Melayu kepada syarikat atau pertubuhan perbadanan yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga ini ialah kerana syarikat-syarikat atau pertubuhan perbadanan itu sendiri diujudkan di antara lain kerana hendak membantu dan memantapkan iktisad orang-orang Melayu khususnya. Sehingga kini badan-badan seperti MARA,KPNS, Majlis Ugama, Bank Islam Malaysia, Bank Bumiputra Malaysia Bhd., Kewangan Bumiputra Bhd. dan sebagainya itu telah, sedang dan akan memainkan peranan yang aktif membantu orang-orang Melayu bukan sahaja dalam lapangan ekonomi, malah pelajaran, sosial dan sebagainya.
Jika diteliti senarai badan yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga bagi kelima-lima negeri yang berkenaan maka kita dapati ada badan atau syarikat yang tidak ada kaitan dengan orang Melayu atau tidak mendatangkan apa-apa keuntungan  kepada orang Melayu. Sebagai contoh ialah Syarikat Kerjasama. Ia adalah terlalu umum. Ianya mungkin Syarikat Kerjasama yang ahli-ahlinya 100% bukan Melayu. Begitu juga dengan ‘Local Education Authorities’, Housing Trust, building Societies dan lain-lain. Adalah disyorkan Kerajaan-Kerajaan Negeri masing-masing mengkaji semula senarai yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga ini supaya badan-badan yang tidak memberi faedah kepada orang Melayu dikeluarkan.
Senarai yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga ini boleh dari masa ke semasa ditambah, dipotong atau dipinda oleh kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan bagi Wilayah Persekutuan samada atas inisiatif Kerajaan tersebut atau atas permintaan badan-badan itu sendiri.

(i)     Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen kecil (ii) dan seksyen 16 dan 17, tiada apa jua pegangan Melayu boleh dipindahmilik17, digadai, dipajak atau dilupuskan dengan cara lain kepada mana-mana orang yang bukannya seorang Melayu dan tiada apa jua memorendum pindahmilik, gadaian atau pajakan yang bertentangan dengan seksyen ini layak untuk perdaftaran di mana-mana  Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftaran Hakmilik.
(ii)    Jika mana-mana tanah yang termasuk kedalam satu Rizab Melayu dipecah bahagi dan hakmilik-hakmilik yang dipecah bahagikan itu didaftarkan, sesudah itu seorang atau lebih tuan punya bagi tanah itu adalah orang-orang Melayu dan seorang atau lebih tuanpunya  bagi tanah itu bukannya orang-orang Melayu dan kesemuanya diserahkan serentak kepada Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanahyang sepatutnya pindahmilik-pindahmilik bersilang18 bagi hakmilik-hakmilik yang di pecahbahagi itu bolehlah didaftarkan oleh Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanahyang sepatutnya itu, walau apa pun jua yang terkandung di dalam seksyen kecil (i).

Seksyen ini  menyatakan bahawa mana-mana tanah pegangan Melayu tidak boleh dipindah milik, digadai, dipajak atau dilupuskan dengan cara lain kepada bukan Melayu melainkan ianya dibuat di bawah kuatkuasa seksyen 8 ceraian (ii), seksyen  16 dan 17.
Dibawah ceraian (ii), sekiranya sekeping tanah milik dil bawah pegangan Melayu dimiliki bersama oleh orang-orang Melayu dan bukan Melayu dan tanahitu dipecahbahagikan (subdivide) maka nama-nama Melayu dan bukan Melayu itu akan didaftarkan sebagai tuanpunya bersama di atas tiap-tiap dokumen hakmilik yang diperolehi hasil daripada pecah bahagian itu. Untuk membolehkan tiap-tiap tuanpunya itu memiliki dokumen hakmilik yang berasingan yang di daftarkan di atas nama mereka masing-masing maka pindahmilik bersilang adalah dibenarkan dan boleh didaftarkan oleh Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanahyang sepatutnya dengan syarat kesemua memorandum pindahmiliknya diserahkan serentak. Sekiranya tidak diserahkan serentak, maka Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanahhendaklah menolaknya.
Sebagai ilustrasi lihat gambarajah-gambarajah di bawah:
Gambarajah I

Lot 123 mempunyai keluasan 4 hektar. Ianya dimiliki bersama oleh A seorang Melayu dan B bukan Melayu. Masing-masing memiliki syer ½ syer setiap seorang iaitu seluas 2 hektar

Gambarajah II

Lot 123 telah dipecah bahagi kepada dua lot yang berasingan iaitu lot 456 dan 789. oleh kerana A dan B masing-masing mempunyai ½ syer, iaitu 2 hektar, maka keluasan lot 456 dan 789 ialah 2 hektar setiap satu. Dibawah konsep pecah lot (sub-division) yang terdapat di dalam Kanun Tanah Negara, 1965 nama-nama A dan B terpaksa didaftarkan sebagai tuanpunya bersama juga di atas tiap-tiap dokumen hakmilik yang diperolehi hasil daripada proses pecah bahagi kepada lot asal itu.
Gambarajah III
Gambarajah III menunjukkan bagaimana proses pindahmilik bersilang itu dilakukan. A yang mempunyai ½ syer di atas lot 456 memindahmilikkan syernya yang seluas 1 hektar itu kepada B. B yang mempunyai ½ syer di atas lot 789 memindahmilikkan 1 hektar itu kepada A. Pindahmilik ini dibuat dihadapan Pentadbir Tanah Daerah dengan menggunakan Borang 14A, Kanun Tanah Negara, 1965.
Gambarajah IV
Setelah pindahmilik itu didaftarkan secara rasmi oleh Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanahmaka lot 456 berkeluasan 2 hektar itu dimiliki oleh A, seorang Melayu dan lot 789 dimiliki oleh B, bukan Melayu.
Pindahmilik bersilang ini boleh diterima dan didaftarkan dengan syarat kedua-dua memorendum pindahmiliknya diserahkan serentak.
Kedudukan lot 789
Satu perseoalan timbul, bagaimanakah kedudukan lot ini yang dimiliki sepenuhnya oleh B seorang bukan Melayu kerana tanah ini terletak di dalam Kawasan Rizab Melayu. Adakah ia masih menjadi tanah pegangan Melayu sepertimana lot asalnya, lot 1234?
Jawabnya tidak, takrif pegangan Melayu di bawah seksyen 2 Enakmen Rizab Melayu 1933 (NMB Bab 142) menyatakan bahawa tanah itu metilah dipegang oleh orang Melayu (sebagai tuanpunya atau tuanpunya bersama). Dalam kes ini sudah tidak dipegang oleh orang Melayu lagi. Oleh itu ia sudah tidak menjadi pegangan Melayu.

Tiap-tiap memorandum pindahmilik, gadaian atau pajakan bagi satu pegangan Melayu yang telah disempurnakan bagi pihak tuanpunyanya oleh seorang bukan Melayu yang bermaksud untuk bertindak sebagai wakil kepada tuanpunya itu adalah tidak sah dan tiada apa jua memorandum pindahmilik, gadaian atau pajakan itu layak untuk pendaftaran di mana-mana Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar Hakmilik.19

Seksyen ini melarang penyempurnaan (execution) mana-mana suratcara urusan berkaitan dengan pegangan Melayu oleh mana-mana orang bukan Melayu yang bertindak di bawah surat kuasa wakil.
Sehubungan dengan ini ada baiknya jika di kaitkan sedikit mengenai tatacara pengakusaksian (attestation) mana-mana suratcara urusan berkenaan dengan tanah pegangan Melayu kerana jika tidak dipatuhi bukan sahaja penyempurnaan yang di buat oleh bukan Melayu menerusi suratkuasa wakil bagi pihak orang melayu boleh ditolak, malah penyempurnaan oleh orang Melayu sendiri akan terpaksa ditolak oleh Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanahyang sepatutnya.
Di bawah Jadual Kelima KTN, mana-mana penyempurnaan suratcara yang melibatkan tanah pegangan Melayu yang di buat oleh seorang manusia (a natural person) hendaklah disempurnakan di hadapan seorang  Pentadbir Tanah Daerah kecuali :
1.             mana-mana suratcara gadaian bagi mana-mana tanah yang dimaksudkan pada perenggan di atas disempurnakan oleh orang di bawah surat kuasa wakil bagi pihak  sebuah pertubuhan perbadanan atau sebuah syarikat, dengan syarat pertubuhan perbadanan atau syarikat itu dibenarkan mengadi pemegang gadaian (chargee) di bawah Enakmen Rizab Melayu yang bersesuaian.
2.             mana-mana suratcara untuk melepaskan gadaian, maka penyempurnaannya bolehlah dibuat di hadapan bukan Pentadbir Tanah Daerah seperti Peguam dan sebagainya.
Pentadbir Tanah Daerah yang dimaksudkan bagi tujuan pengakusaksian ini ialah Pentadbir Tanah Daerah yang berkhidmat di mana-mana Pejabat Tanah di Semenanjung Malaysia sahaja. Tidak termasuk Pentadbir Tanah Daerah yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak, kerana Pentadbir Tanah Daerah di kedua-dua negeri ini bukanlah Pentadbir Tanah Daerah yang ditafsirkan di bawah Kanun Tanah Negara, 1965 yang mana kuatkuasanya hanya di Malaysia Barat sahaja.
Oleh kerana penyempurnaan tanah pegangan Melayu yang dibuat oleh seorang manusia itu boleh dibuat di hadapan mana-mana Pentadbir Tanah Daerah maka keraguan mungkin timbul samada seorang Melayu itu layak atau tidak mengikut Enakmen di negeri-negeri lain. Oleh itu adalah dinasihatkan supaya Pentadbir Tanah Daerah dari  Selangor,  Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Wilayah Persekutuan mengelakkan diri daripada mengakusaksikan penyempurnaan suratcara-suratcara berkenaan, kerana ditakuti berlaku kesalahanyang tidak disengajakan yang tidak diketahui oleh pihak pendaftaran yang sepatutnya bagi satu-satu Pejabat Pendaftar Hakmilik Daerah itu.

Tiada apa jua lien dengan menyerahsimpan dokumen hakmilik keluaran sebagai jaminan satu hutang bagi mana-mana pegangan Melayu layak untuk diujudkan bagi faedah mana-mana orang, dan tiada apa jua kaveat bagi menyokong  lien itu layak untuk pendaftaran di mana-mana Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar Hakmilik.

Seksyen ini melarang Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanahdaripada menerima dan mendaftarkan lien yang melibatkan tanah pegangan Melayu  yang dimasukkan oleh sesiapa saja bagi faedah mana-mana orang (termasuk Melayu atau syarikat yang disifatkan Melayu) serta menerima dan mendaftarkan kaveat pemegang lien.
Walau bagaimana pun larangan ini bukanlah merupakan satu larangan yang mutlak kerana di bawak seksyen 17, lien boleh dibuat bagi faedah Menteri Besar, mana-mana syarikat kerjasama yang diluluskan oleh Menteri Besar serta mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan yang disenaraikan dalam Jadual Kedua.
Bagi syarikat-syarikat kerjasama tertentu yang diluluskan oleh Menteri Besar itu, Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanahhendaklah meminta pihak syarikat mengemukakan salinan asal kelulusan rasmi yang diberikan itu sebelum menerima dan mendaftarkan lien atau kaveat pemegang lien.

Tiada apa jua kaveat selain daripada satu kaveat yang dirujuk di seksyen terdahulu terhadap hakmilik bagi mana-mana pegangan Melayu boleh didaftarkan di mana-mana Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar Hakmilik dalam mana-mana kes dimana pemasuk kaveat atau dalam mana-mana kes pemasuk kaveat bertindak sebagai ejen, prinsipalnya adalah bukan Melayu, dengan syarat tiada apa-apa yang terkandung di dalam seksyen ini boleh menghalang pendaftaran satu kaveat yang telah diserahkan di bawah peruntukan-peruntukan seksyen 230(f) Kanun Tanah Negara, 1965.21

Seksyen ini menyekat pemasuk kaveat yang bertindak sebagai ejen di mana prinsipalnya adalah bukan Melayu. Walau bagaimana pun jika prisipalnya adalah Melayu, kaveat yang dimasukkan oleh pemasuk kaveat bukan Melayu boleh didaftarkan, samada kaveat itu kaveat persendirian atau kaveat amanah.
Perhatikan perkataan prinsipal Melayu digunakan dalam seksyen ini, Melayu di sini termasuk syarikat-syarikat yang disifatkan sebagai Melayu tetapi tidak termasuk Menteri Besar, Syarikat-Syarikat Kerjasama yang diluluskan oleh Menteri Besar atau mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan yang disenaraikan dalam Jadual Kedua atau Ketiga.

Tiada apa jua pegangan Melayu boleh terletakhak kepada Pegawai Pemegang Harta di atas kebankrapan tuanpunya darinya.
Tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menyentuh perletakanhak mana-mana pegangan Melayu kepada Pegawai Pemegang Harta apabila petisyen kebankrapan yang menyebabkan tuanpunya dihukum bankrap difailkan sebelum bermulanya kuatkuasa Enakmen ini.

Seksyen ini menyekat perletakanhak pegangan Melayu kepada Pegawai Pemegang Harta apabila tuanpunya diputuskan bankrap oleh Mahkamah.
Oleh itu Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanahyang menerima permohonan untuk pendaftaran daripada Pegawai Pemegang Harta untuk meletakhak tanah pegangan Melayu kepadanya di bawah seksyen 349 Kanun Tanah Negara, 1965, maka permohonan itu hendaklah ditolak kecuali petisyen kebankrapan itu difailkan sebelum 15 Dis 1933.

Tiada apa jua pegangan Melayu boleh ditahan (attached) di dalam menyempurnakan satu dekri atau perintah mana-mana Mahkamah melainkan guaman atau prosiding yang memungkinkan dekri itu dibuat dimulakan sebelumnya kuatkuasa Enakmen ini.

Seksyen ini menyatakan bahawa tiada apa jua pegangan Melayu boleh ditahan di dalam menyempurnakan dekri (hukuman) atau perintah mana-mana Mahkamah melainkan prosiding itu dimulakan sebelum 15 Dis. 1933.

Tiap-tiap amanah atau kenyataan amanah, samada amanah itu dinyatakan, tersirat atau konstruktif,  yang bermaksud untuk diujudkan bagi mana-mana pegangan Melayu oleh tuanpunyanya untuk kepentingan atau faedah mana-mana orang bukan Melayu hendaklah batal dan tidak sah dan hendaklah tidak upaya untuk dikuatkuasakan oleh mana-mana Mahkamah.

Seksyen ini memperuntukkan bahawa mana-mana amanah berkenaan dengan pegangan Melayu adalah batal dan tidak sah dan Mahkamah tidak berkeupayaan untuk menguatkuasakannya.
Oleh itu Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanahyang sepatutnya hendaklah menolah  pendaftaran sebagai pemegang amanah yang diujudkan ke atas tanah pegangan Melayu untuk faedah orang bukan Melayu.

Tiada apa jua probate atau pemberian surat warisan yang telah disahkan atau surat-surat kuasa mentadbir boleh berkuasa meletakkan mana-mana pegangan Melayu kepada mana-mana wasi atau pentadbir yang bukannya seorang Melayu.

Seksyen ini menyekat perletakanhak mana-mana pegangan Melayu kepada mana-mana wasi (pelaksana) atau Pentadbir yang bukannya seorang Melayu di bawah pemberian surat warisan yang telah disahkan dan surat kuasa mentadbir. Oleh itu jika ada permohonan untuk mendaftarkannya di bawah seksyen 346 KTN yang dikemukakan oleh wakil diri yang bukannya seorang Melayu berkenaan dengan pegangan Melayu, Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah hendaklah menolaknya.

(i)             Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan sekyen kecil (ii) jika mana-mana tanah yang termasuk dalam satu Rizab Melayu dibebankan, tanah itu boleh dijual di atas permintaan pemegang bebanan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang  yang berkuatkuasa pada masa itu.
(ii)            Tiada apa jua tanah itu boleh dijual kepada mana-mana orang yang bukannya seorang Melayu jika pada tarikh pendaftaran bebanan itu tuanpunya tunggal atau tiap-tiap tuanpunya bersama bagi tanah itu adalah seorang Melayu dan
(a)           tanah itu pada tarikh dimasukkan ke dalam satu Rizab Melayu yang diistiharkan dan diwartakan dengan sempurna sebelum bermulanya kuatkuasa Enakmen ini, atau
(b)           tanah itu pada tarikh dimasukkan ke dalam satu Rizab Melayu yang diistiharkan dan diwartakan dengan sempurna selepas bermulanya kuatkuasa Enakmen ini dan kepentingan tuanpunya tunggal litu atau tiap-taip tuanpunya bersama itu mengikut kes yang berkenaan, adalah satu pegangan Melayu mengikut pengertian perenggan (a) kepada seksyen (2).
(iii)           Didalam seksyen ini satu ‘bebanan’ termasuk satu gadaian, satu kaveat bagi menyokong satu lien dengan menyerahsimpankan dokumen hakmilik, satu penahanan di dalam menyempurnakan satu dekri atau lain-lain perintah Mahkamah dan satu penahanan sebelum penghakiman dan seorang ‘pemegang bebanan’ termasuk seorang pemegang gadaian, pemasuk kaveat yang menyebabkan kaveat itu didaftarkan, seorang pemiutang yang menahan dan seorang plaintif yang telah mendapat satu penahanan sebelum penghakiman.

            Seksyen ini bermaksud bahawa mana-mana tanah (samada tanah itu dipunyai oleh Melayu atau bukan Melayu) yang termasuk dalam satu Rizab Melayu (yang diistiharkan samada dibawah Enakmen Rizab Melayu 1913 atau 1933) boleh dibebankan kepada :
(i)             orang Melayu,
(ii)            syarikat yang disifatkan sebagai Melayu,
(iii)           syarikat-syarikat kerjasama tertentu yang diluluskan oleh Menteri Besar,
(iv)          badan-badan yang disenaraikan dalam Jadual Kedua, dan
(v)           Perbadanan Menteri Besar.
dengan cara mendaftarkannya sebagai:
(i)             satu gadaian,
(ii)            satu kaveat pemegang lien,
(iii)           satu penahanan di dalam  menyempuranakan dekri atau lain-lain perintah Mahkamah (an attachment in execution of a decree or other order of  Court), dan
(iv)          satu penahanan sebelum penghakiman (an attachment before judgement).
dan atas sebab-sebab tertentu pemegang bebanannya (encumbrancer) iaitu:
(i)             seorang pemegang gadaian (chargee),
(ii)            seorang pemasuk kaveat (kaveat pemegang lien sahaja),
(iii)           seorang pemiutang yang menahan (an attaching creditor), dan
(iv)          seorang pendakwa (plaintif) yang telah mendapat satu penahanan (attachment) sebelum penghakiman
boleh meminta samada kepada pihak Mahkamah di bawah seksyen 259 KTN atau kepada Pentadbir Tanah Daerah di bawah seksyen 265 KTN menjual tanah itu secara lelongan awam.
Walau bagaimana pun tanah berkenaan tidak boleh dijual kepada orang bukan Melayu sekiranya pada tarikh pendaftaran bebanan tanah itu dipunyai oleh oranga Melayu keseluruhannya dan taha itu telah menjadi pegangan Melayu.
Oleh itu Pentadbir Tanah Daerah atau  Mahkamah di akhir penyiasatannya hendaklah mengeluarkan perintah supaya tanah itu dijual kepada orang Melayu atau syarikat yang disifatkan sebagai Melayu sahaja.
Sekiranya pada tarikh pendaftaran bebanan itu tanah yang termasuk dalam satu Rizab Melayu ini dipunyai oleh orang bukan Melayu keseluruhannya, maka ianya boleh dijual samada kepada orang Melayu atau bukan Melayu. Juka pada hari lelongan awam itu tanah tersebut dibeli oleh orang Melayu perseorangan atau berkongsi dengan bukan Melayu, maka Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanahhendaklah mengambil tindakan serta merta di bawah seksyen 6 supaya hakmiliknya diendoskan sebagai pegangan Melayu.
Perhatikan bahawa satu daripada bebanan-bebanan yang disenaraikan itu ialah kaveat pemegang lien. Seksyen  10 menyatakan bahawa kaveat pemegang lien tidak boleh diujudkan oleh mana-mana orang. Orang mengikut Akta Tafsiran 1967 termasuk badan-badan atau syarikat-syarikat.
Oleh itu perlu diingatkan bahawa Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanahboleh mendaftarkan kaveat pemegang lien  yang dibuat oleh syarikat kerjasama  yang diluluskan oleh Menteri Besar atau badan-badan yang disenaraikan dalam Jadual Kedua, tetapi mana-mana kaveat pemegang lien  yang dibuat oleh mana-mana orang perseorangan samada Melayu atau bukan Melayu, hendaklah ditolak mengikut seksyen 10 Enakmen ini.

(i)     Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana peruntukan di dalam Enakmen ini tuanpunya tanah  bagi mana-mana pegangan Melayu boleh
(a)           menggadaikan pegangan itu kepada  Menteri Besar26 atau mana-mana Syarikat Kerjasama  yang berdaftar dengan Enakmen Syarikat Kerjasama27  dan diluluskan oleh Menteri Besar samada secara am atau untuk tujuan-tujuan kes tertentu atau kepada mana-mana orang yang ditetapkan dalam Jadual Kedua, dan boleh untuk faedah Menteri Besar atau mana-mana Syarikat Kerjasama  itu atau mana-mana orang yang ditetapkan itu mengujudkan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen 134 Kanun Tanah Negara, 1965,28 satu lien dengan menyerahsimpankan dokumen hakmilik keluaran bagi pegangan itu, atau
(b)           memajakkan pegangan itu kepada Menteri Besar.
(ii)    Raja Negeri Dalam Mesyuarat boleh dari masa ke semasa melalui perintah yang disiarkan didalam Warta menambah kepada, memotong daripada atau meminda Jadual Kedua. (Bagi Selangor kuasa telah diwakilkan kepada MB- SLPU 48/27-08-1987)

Walaupun seksyen 8 melarang tanah pegangan Melayu digadai atau dipajakkan kepada mana-mana orang yang bukan Melayu dan seksyen 10 melarang diujudkan lien bagi faedah mana-mana orang, namum seksyen ini membolehkan tanah pegangan Melayu digadaikan kepada:
(a)            Menteri Besar,
(b)           Syarikat-Syarikat Kerjasama  tertentu yang diluluskan oleh Menteri Besar, dan
(c)            Mana-mana orang yang ditetapkan dalam Jadual Kedua,
dan untuk faedah ketiga-tiga kategori orang di atas, lien dan kaveat pemegang lien  boleh diterima dan didaftarkan oleh Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah.
            Tanah pegangan Melayu boleh dipajakkan kepada Perbadanan Menteri Besar dan Syarikat Melayu. Menteri Besar yang dimaksudkan boleh menerima gadaian atau pajakan itu adalah Perbadanan Menteri Besar. Negeri Pahang dan Selangor tidak mempunyai  Perbadanan Menteri Besar.
            Manakala Menteri Besar yang yang terdapat pada ayat “Syarikat Kerjasama  yang diluluskan oleh Menteri Besar” ialah Menteri Besar bagi negeri-negeri berkenaan.
            Syarikat Kerjasama  yang diluluskan oleh Menteri Besar itu mungkin dianggotai 100% oleh orang Melayu atau bukan Melayu atau campuran Melayu dan bukan Melayu. Menteri Besar akan menggunakan budibicara dan pertimbangannya serta menimbang nasihat dan perakuan yang diberikan oleh Pentadbir Tanah Daerah, Pengarah Tanah dan Galian atau Penasihat Undang-Undang Negeri.
            Jika pegangan Melayu yang digadaikan kepada Syarikat Kerjasama  ini terpaksa di lelong, maka Pentadbir Tanah Daerah hendaklah memerintahkan supaya ianya dijual kepada Melayu atau syarikat yang disifatkan sebagai Melayu sahaja.
           
Bilamana sesuatu tanah atau mana-mana syer yang tidak dipecahkan di atas tanah yang termasuk ke dalam satu Rizab Melayu dipindahmilikkan kepada Pemegang Amanah Raya  selaku pemegang amanah bagi seorang Melayu atau mana-mana penurunanmilikan (tranmission) bagi mana-mana pegangan Melayu kepada Pemegang Amanah Raya  atau kepada Pegawai Pemegang Harta sebagai wakil kepada seorang Melayu diserahkan untuk pendaftaran kepada mana-mana Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah, pindahmilik atau penurunanmilik itu bolehlah didaftarkan dan berkaitan dengan tanah atau pegangan Melayu itu Pemegang Amanah Raya atau Pegawai Pemegang Harta , mengikut kes yang berkenaan, hendaklah disifatkan sebagai seorang Melayu.

Dibawah seksyen ini mana-mana tanah atau mana-mana syer yang tidak dipecahkan (termasuk yang dimiliki oleh bukan Melayu) yang termasuk kedalam mana-mana satu Rizab Melayu boleh dipindahmilik kepada Pemegang Amanah Raya (PAR) sebagai pemegang amanah untuk orang Melayu.
Kalau tanah atau mana-mana syer yang tidak pecahkan itu didaftarkan atas nama bukan Melayu sebelum dipindahmilik kepada PAR sebagai pemegang amanah untuk orang Melayu maka selepas pindahmilik itu didaftarkan Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah hendaklah dengan serta-merta mengambil tindakan di bawah seksyen 6  bagi membolehkan menjadi tanah pegangan Melayu.
Seksyen ini juga membenarkan penurunanmilikan (transmission) mana-mana pegangan Melayu kepada Pemegang Amanah Raya atau Pegawai Pemegang Harta sebagai sebagai wakil orang Melayu. Kedua-dua Pemegang Amanah Raya dan Pegawai Pemegang Harta  hendaklah disifatkan sebagai Melayu.

(i)            Kesemua urusan atau apa saja pelupusan dan kesemua percubaan untuk mengurus atau melupuskan mana-mana pegangan Melayu yang bertentangan dengan peruntukan-peruntukan Enakmen ini adalah batal dan tidak sah dan tiada apa jua cukai yang telah dibayar berhubung dengan urusan atau percubaan itu boleh dituntut kembali dari mana-mana Mahkamah.
(ii)           Tiada apajua tindakan kerana kemungkiran kontrak boleh diambil berhubung dengan mana-mana urusan atau pelupusan atau percubaan untuk berurusan atau melupuskan mana-mana pegangan Melayu yang bertentangan dengan peruntukan-peruntukan Enakmen ini.29

Seksyen ini melarang apa saja urusan atau pelupusan atau percubaan untuk menguruskan atau melupuskan pegangan Melayu kepada bukan Melayu dan tiada apa jua tindakan kerana kemungkiran kontrak boleh di bawa ke Mahkamah.
Di antara cara yang biasa dilakukkan ialah membuat perjanjian atau suratkuasa wakil. Dalam kes Idris lawan Ng Ah Seng30 Mahkamah telah memutuskan bahawa Suratkuasa Wakil yang ada kaitan dengan hak dan kepentingan keatas tanah Rizab Melayu boleh dibatalkan di bawah seksyen 8(ii)  Enakmen Rizab Melayu 1913 dan bahawa perjanjian yang telah ditandatangani itu adalah bertentangan dengan seksyen 8(i). Diputuskan selanjutnya bahawa keseluruhan transaksi yang dibuat melalui Suratkuasa Wakil dan perjanjian adalah satu percubaan untuk mengelak peruntukan-peruntukan Enakmen Rizab Melayu 1913, dan oleh itu adalah batal dan tidak sah dibawah seksyen 13 (seksyen 13 Enakmen Rizab Melayu 1913 bersamaan dengan seksyen 19 Enakmen Rizab Melayu 1933).
Dalam kes Sakinan lawan Kua Teong How31, Mahkamah telah memutuskan bahawa Suratkuasa Wakil yang telah disempurnakan (executed) oleh penggadai bagi faedah pemegang gadai bukan Melayu adalah batal dan tidak sah dan defendan yang memasuki tanah yang digadaikan itu untuk tujuan memilikinya dianggap sebagai penceroboh (tresspasser).

Jika apa-apa keraguan timbul samada seseorang itu Melayu di dalam lingkungn pengertian Enakmen ini atau cara perlaksanaannya atau cara mana peruntukan-peruntukan ditafsir atau dilaksanakan secara berkesan atau sebaliknya, di dalam hubungan itu keraguan-keraguan itu hendaklah dirujuk kepada Raja Negeri dalam Mesyuarat melalui Menteri Besar32  untuk dibuat keputusan, dan tiap-tiap keputusan itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan atau dikaji semula oleh mana-mana Mahkamah.

Anak yang dilahirkan hasil daripada perkahwinan seorang Melayu dengan seorang bukan Melayu adalah Melayu. Jika berlaku perceraian, bukan Melayu ini balik ke negeri asalnya misalnya India, dan di ikuti oleh anaknya itu. Anaknya ini dibesarkan dalam suasana masyarakat India tetapi kemudiannya berulang-alik di antara Malaysia dan India. Semasa di India beliau menggunakan bahasa Tamil tetapi semasa di Malalysia menggunakan bahasa Malaysia. Beliau masih berugama Islam. Bagi maksud Enakmen Rizab Melayu, adakah anak ini dikira sebagai Melayu atau tidak. Jika keraguan ini timbul, maka ianya hendaklah dirujuk  kepada Raja Negeri dalam Mesyuarat melalui Menteri Besar  untuk keputusan muktamad dan tidak boleh dipersoal atau dikaji semula oleh Mahkamah.
Persoalannya benarkah keraguan seperti di atas tidak boleh dibawa ke Mahkamah? Dalam kes Hanisah lawan Tuan Mat,33 satu persoalan dibangkitkan di Mahkamah untuk menentukan samada seorang kanak-kanak perempuan cina yang dilahirkan di Singapura dan kemudiannya diambil oleh satu keluarga Melayu Kelantan sebagai anak angkat sebaik sahaja anak ini di lahirkan. Kanak-kanak ini dipelihara dan dibesarkan oleh keluarga Melayu Kelantan ini dan diberi nama Hanisah.
Walaupun Mahkamah Tinggi Kota Bahru pada mulanya telah memutuskan bahawa Hanisah adalah bukan Melayu, namun Mahkamah Persekutuan kemudianya memutuskan sebaliknya..
Apakah akan terjadi jika Hanisah tidak membawa ke Mahkamah?
Dengan ini jelaslah bahawa walaupun seksyen 20 ini dengan jelah menyatakan keputusan yang dibuat oleh Raja Negeri dalam Mesyuarat dikira muktamad dan tidak boleh dibawa ke Mahkamah, tetapi sebenarnya untuk keadilan, ianya masih boleh  dibawa ke Mahkamah seperti yang dibuktikan dalam kes Hanisah lawan Tuan Mat.

Jika dalam mana-mana kes timbul apa-apa perselisihan di antara peruntukan-peruntukan Enakmen ini dan peruntukan-peruntukan Kanun Tanah, atau Kanun Acara Sivil, atau Enakmen Suratkuasa Wakil, peruntukan-peruntukan Enakmen hendaklah mengatasi segala-galanya.
Enakmen ini hanya boleh mengatasi peruntukan-peruntukan 3 Undang-Undang ini sahaja, iaitu:
a)     Kanun Tanah Negara, 1965,
b)    Kanun Acara Sivil (Pemansuhan) Ordinan 1957, dan

c)     Ordinan Suratkuasa Wakil, 1949.

CAPAIAN DALAM TALIAN.COM

A.        TAJUK KURSUS YANG DI TAWARKAN

1. PENGENALAN KEPADA KTN
2. SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
3. KUASA MENANGKAP DAN MENAHAN MENGIKUT KTN DAN CPC
4. PROSEDUR TANGKAPAN DAN PENAHANAN
5. LAPORAN POLIS DAN FIR
6. PENGURUSAN BARANG KES
7. INTIPATI KESALAHAN MENGIKUT SEKSEN 425
8. INTIPATI KESAHAN MENGIKUT SEKSEN 426
9. PERAMPASAN DAN LUCUT HAK BARANG KES
10. KUASA MENYIASAT DAN KTN DAN CPC
11. KAEDAH MERAKAM PERCAKAPAN
12. MENGURUSKAN OKT DARI AWAL HINGGA AKHIR
13. PENYEDIAN KERTAS SIASATAN
14. PENYEDIAAN FAKTA KES DAN PERTUDUHAN
15.RUJUKAN KES KEPADA TPR
16. PENDAFTARAN KES DAN BORANG-BORANG MAHKAMAH
17. AKTA KETERANGAN 
18. TUGAS DAN PERANAN PEGAWAI PENDAKWA
19. TEKNIK BERHUJAH
20. PENGHUKUMAN.
21. OPERASI MEMUSNAH DAN PELAN KONTIGENSI.
22. PENCEROBOHAN TANAH MILIK DAN MENYELESAIANNYA
23. BONOS - PECEROBOHAN TANAH MILIK DAN PENYELESAIAN
                  PELAN A, PELAN B, PELAN C, PELAN D, PELAN E, PELAN F.
                  AFFIDAVIT DAN KES –KES DULUAN MAHKAMAH

A.    SASARAN PESERTA

1.      PENOLONG PEGAWAI TANAH
2.      PENOLONG PENTADBIR TANAH
3.      KETUA PENOLONG PENTADBIR TANAH
4.      PENTADBIR TANAH
5.      PEGAWAI PENYIASAT SPRM
6.      PEGAWAI PENYIASAT PDRM
7.      PELAJAR UNIVERSITI YANG BERKAITAN
8.      PERUNDING HARTA TANAH
9.      LAIN-LAIN PEGAWAI YANG DILANTIK DI BAWAH S. 12 KTN
10.  LAIN-LAIN YANG BERMINAT DAN PEMILIH TANAH YANG BERMASALAH.

B.    JANGKA MASA – HUJUNG MINGGU SABTU DAN AHAD/RUNDINGAN
C.   TEMPAT – TAIPING ATAU DITENTUKAN PEMOHON

D.   BAYARAN 1 HARI RM 1000.00.

4 comments:

  1. salam tuan, mohon diberikan alamat email atau no. hp untuk dihubungi. sy mempunyai beberapa persoalan berhubung post ini. sebaliknya, tuan juga blh menghubungi sy di kenneth@unimap.edu.my atau melalui hp 0126011974. segala kerjasama dihargai dan sebarang kesulitan dikesali. PM Ir. Dr. Kenneth.

    ReplyDelete
  2. boleh tak..tanah berstatus perindustrian atau bangunan di istiharkn rizab melayu..boleh email jawapan kepada saya tak..iwanaccaAtgmaildotcom

    ReplyDelete
  3. boleh email saya tak jyeusoffe@gmail.com?
    saya ada beberapa soalan.terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Saya x jumpa dalam ni berapa sepatutnya jumlah luas yg perlu kerajaan negeri sediakan untuk rizab melayu. Mungkin dalam bentuk peratus

    ReplyDelete