Thursday 7 November 2013

Kategori, Syarat dan Sekatan Tanah



(Sumber dirujuk daripada : Institut Tanah Dan Ukur Negara (INSTUN) )

Apabila permohonan tanah diluluskan, mengikut seksyen79, Pihak Berkuasa Negeri (PBN) akan menentukan (keluasan/kawasan tanah; tempoh; jenis hakmilik sementara; jenis hakmilik muktamad; kadar cukai; kadar premium-dikena / tidak dan kadar; kategori-bebas/dikenakan; syarat nyata dan sekatan).
Kategori dibawah Kanun Tanah Negara (KTN) terbahagi kepada :-

 Pertanian
 Bangunan
 Perindustrian

Penetapan kategori boleh ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melalui warta yang dinyatakan didalam dokumen hakmilik dan dibawah seksyen52(5), Pihak Berkuasa Negeri (PBN) boleh tidak mengenakan kategori jika dapat dikawal melalui Syarat Nyata.

Syarat Nyata

Syarat Nyata adalah suatu arahan atau larangan yang dikenakan dan dinyatakan didalam hakmilik bagi maksud mengawal penggunaannya. Contohnya seperti " Tanah yang diberimilik ini hendaklah digunakan bagi maksud sebuah kilang kicap sahaja".

Bersesuaian dengan undang-undang dalam seksyen 120(1), bahawa penentuan Syarat Nyata dibuat semasa meluluskan pemberimilikan dibawah seksyen120(2) dan ia dinyatakan /ditulis dan dokumen hakmilik dibawah seksyen120(3). Namun begitu penggunaannya mesti tidak berlawanan dengan syarat tersirat / tetap dibawah seksyen120(4). Catatan seperti 'Padi', 'Getah'/Dusun disiftakan sebagai syarat nyata dibawah seksyen119 dan ia boleh dikenakan , dipinda atau dimansuhkan atas permohonan tuan punya sebagaimana dalam seksyen124 dan pelanggaran syarat nyata boleh mengakibatkan tanah boleh dirampas.

Jika tanah tertakluk kepada jenis pertanian , Pihak Berkuasa Negeri (PBN) boleh mengenakan syarat seperti berikut : (PBN boleh menentukan jenis tanaman; melarang tanaman tertentu; menetapkan masa; menghadkan kawasan untuk membina rumah)

Jika tanah tertakluk kepada jenis bangunan/industri , Pihak Berkuasa Negeri (PBN) boleh mengenakan syarat seperti berikut : (Kawasan/bahagian yang boleh dibina; jenis/rekabentuk/bahan yang diguna; tetapkan tarikh bina/siap; dan kegunaan)

Syarat Tersirat

Suatu arahan atau larangan terhadap penggunaan tanah. Ciri-ciri Syarat Tersirat adalah seperti :-

 Tidak tertulis dalam hakmilik
 Bukan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN)
 Tidak boleh dipinda atau dimansuh

Jenis Syarat Tersirat adalah seperti (Syarat Tersirat Tanda Sempadan - s114; Syarat Tersirat Pertanian - s115; Syarat Tersirat Bangunan - s116; Syarat Tersirat Perindustrian - s117)

Syarat Tersirat Tanda Sempadan - s114

Tuan tanah mengambil langkah untuk mencegah kerosakan, musnah dan mengalih tanda sempadan dan jika rosak, musnah atau dialih tuan tanah perlu menmberitahu Pejabat Tanah / Penghulu / Pengawa. Tuan tanah akan membayar kos pembaikan/penggantian. Sekiranya tanda sempadan ini sengaja dimusnahkan , rosak atau dialihkan, denda tidak lebih RM500 dan sebagai tambahan atau menggantikan penalti sebanyak tidak lebih 3 kali ganda kos mengukur (seksyen403). Selain itu, tuan tanah akan membersihkan, jika diminta oleh Pejabat Tanah (kos ditanggung sendiri) mengikut (seksyen 400).

Syarat Tersirat Pertanian - s115

Syarat Tersirat Pertanian bermaksud tidak boleh didirikan apa-apa bnagunan selain dari sebuah bangunan / bangunan-bangunan untuk digunakan bagi maksud:-

 Sebuah rumah kediaman tuan punya tanah/orang lain yang duduk secara sah / orang gaji untuk pekerja, tuan tanah. Dengan syarat keluasan maksima tidak lebih 1/5 keluasan / 2 ha - mana yang kurang
 pertanian
 mengeluar/memproses bahan mentah dari hasil pertanian
 Menyediakan untuk pengedaran apa-apa bahan/hasil pertanian/hasil madu lebah, ternakan darat /air yang dipelihara
 kemudahan pendidikan, perubatan, kebersihan/lain-lain kemudahan kebajikan
 Ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN)

Syarat Tersirat Pertanian menetapkan supaya menanam secara jujur dalam tempoh 12 bulan dari tarikh tanah itu diberimilik tertakluk kepada kategori tersebut. Tanaman ditanam seluruh dalam masa 3 tahun, kecuali tempat untuk diri rumah dan hendaklah ditanam secara berterusan.

Syarat Tersirat Bangunan - s116

Syarat Tersirat Bangunan adalah melainkan sebuah bangunan telah ada, hendaklah dalam tempoh 2 tahun didirikan sebuah bangunan yang sesuai bagi maksud :-

 Kediaman
 Pentadbiran/ perniagaan / pengangkutan
 Pameran, jualan, membaiki, berniaga, perkhidmatan
 Pendidikan/perubatan
 Hiburan, makan minum dan rekreasi
 Difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN)

Syarat Tersirat Bangunan menetapkan setiap bangunan hendaklah dijaga dan dibaiki dan tidak boleh dimusnah / ubah / tambah tanpa kebenaran bertulis pihak berkuasa.

Syarat Tersirat Perindustrian - s117

Syarat Tersirat Perindustrian adalah bagi maksud industri sahaja seperti kilang, bengkel, foundries, gudang, limbungan, jeti, keretapi atau pemasangan bagi maksud:

 Peleburan
 Pengeluaran dan dan pengedaran tenaga
 Pemasangan , Pemprosesan, Penyimpanan, Penghantaran, Pengedaran barang
 Ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN)

Syarat Tersirat Perindustrian menetapkan bangunan mesti mula beroperasi dari tempoh 3 tahun dan setiap bangunan hendaklah dijaga baiki. Bangunan dan pemasangan tidak boleh dimusnah, ubah, tambah tanpa kebenaran bertulis. Menyelenggara / bina apa-apa bangunan maksud pendidikan, perubatan dan kebajikan.

ihsan bloger


A.        TAJUK KURSUS YANG DI TAWARKAN

1. PENGENALAN KEPADA KTN
2. SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
3. KUASA MENANGKAP DAN MENAHAN MENGIKUT KTN DAN CPC
4. PROSEDUR TANGKAPAN DAN PENAHANAN
5. LAPORAN POLIS DAN FIR
6. PENGURUSAN BARANG KES
7. INTIPATI KESALAHAN MENGIKUT SEKSEN 425
8. INTIPATI KESAHAN MENGIKUT SEKSEN 426
9. PERAMPASAN DAN LUCUT HAK BARANG KES
10. KUASA MENYIASAT DAN KTN DAN CPC
11. KAEDAH MERAKAM PERCAKAPAN
12. MENGURUSKAN OKT DARI AWAL HINGGA AKHIR
13. PENYEDIAN KERTAS SIASATAN
14. PENYEDIAAN FAKTA KES DAN PERTUDUHAN
15.RUJUKAN KES KEPADA TPR
16. PENDAFTARAN KES DAN BORANG-BORANG MAHKAMAH
17. AKTA KETERANGAN 
18. TUGAS DAN PERANAN PEGAWAI PENDAKWA
19. TEKNIK BERHUJAH
20. PENGHUKUMAN.
21. OPERASI MEMUSNAH DAN PELAN KONTIGENSI.
22. PENCEROBOHAN TANAH MILIK DAN MENYELESAIANNYA
23. BONOS - PECEROBOHAN TANAH MILIK DAN PENYELESAIAN
                  PELAN A, PELAN B, PELAN C, PELAN D, PELAN E, PELAN F.
                  AFFIDAVIT DAN KES –KES DULUAN MAHKAMAH

A.    SASARAN PESERTA

1.      PENOLONG PEGAWAI TANAH
2.      PENOLONG PENTADBIR TANAH
3.      KETUA PENOLONG PENTADBIR TANAH
4.      PENTADBIR TANAH
5.      PEGAWAI PENYIASAT SPRM
6.      PEGAWAI PENYIASAT PDRM
7.      PELAJAR UNIVERSITI YANG BERKAITAN
8.      PERUNDING HARTA TANAH
9.      LAIN-LAIN PEGAWAI YANG DILANTIK DI BAWAH S. 12 KTN
10.  LAIN-LAIN YANG BERMINAT DAN PEMILIH TANAH YANG BERMASALAH.

B.    JANGKA MASA – HUJUNG MINGGU SABTU DAN AHAD/RUNDINGAN
C.   TEMPAT – TAIPING ATAU DITENTUKAN PEMOHON
D.   BAYARAN 1 HARI RM 1000.00.


2 comments:

  1. what if status syarat nyata: TIADA?

    ReplyDelete
  2. Assalam....macam nak tahu dalam geran tanah samada tanah pertanian atau bangunan ...sebab dalam geran hanya ditulis - kategori penggunaan tanah - tiada

    ReplyDelete