Tuesday 17 July 2012

MENGURUSKAN BARANG KES


1. Apakah Barang Kes ?
a. Perkakas-perkakas / peralatan yang digunakan untuk melakukan jenayah
b. Dokumen-dokumen yang berkaitan dengan jenayah yang dilakukan.
Ex: Resit, segala catatan da dokumen yang berkatan kes.
c. Jentera.
d. Gambar dan plan
e. Peralatan membina

2. Laporan Pakar / Kimia
a. Laporan Pakar / Kimia sebaiknya hendaklah diserahkan oleh IO sendiri pada OKT
sebelum 10 hari dari tarikh perbicaraan.
b. Lantikan pakar boleh dilantik dari pegawai Jabatan sendiri berdasar kepada
pengalaman dan pengesahan dari Ketua Pengarah.
c. Di Mahkamah Pakar tersebut perlu memberi pembuktian bahawa dirinya adalah
pakar dengan memberi keterangan secara lisan/verbal.

2.1 Laporan JUPEM. 
a. Pelan-pelan bekaitan
b. Surat Pengesahan lokasi kejadian.

2.2. Loporan Pentadtar
a. dokumen hakmilik
b. Pengesahan tanah kerajaan.

3. Pengendalian Barang Kes
a. Mengambil gambar di tempat dijumpai atau berlakunya kes tersebut
b. Gambar diambil secara sistematik
c. Membuat penandaan pada barang kes
d. Membuat catitan kedudukan Barang Kes dalam Sketch Plan / Rajah Kasar
e. Rekodkan masa, tarikh dan tempat dijumpai dalam ID
f. Barang-barang kes yang bersaiz kecil disimpan dalam bekas, sampel plastik dan
labelkan.
g. Kesan tapak kaki, kesan tayar, kasut perlu diambil sampel dengan plaster casts
h. Bahan cecair disimpan dalam botol dan seal.
i. Kesan darah boleh ditulis atau diambil dengan menggunakan kapas / cotton bud
j. Dokumen-dokumen ditandakan dan disimpan.
k. Barang Kes yang boleh / mudah rosak diambil gambar / boleh dimusnahkan
mengikut Sek. 413 KAJ
l. Barangan berharga disimpan dalam peti besi.

4. Penyimpanan Barang Kes
Barang Kes yang disimpan dalam stor dan perlu dicatat rekod:
a. Nombor Siri f. Bila akan dibawa ke Mahkamah
b. Tarikh g. Siapa yang mengambil
c. Balai Polis No. Report h. No. Kes Mahkamah
d. No. IP i. Arahan Mahkamah
e. Tanda / Pengecaman

5. Perkara-perkara penting semasa mengendali barang kes.
a. Satu barang kes dibubuh dalam satu plastik dan dilabelkan (setiap satu dalam
satu plastik)
b. Gambar mesti beserta negatif
c. Barang Kes yang dihantar ke Jabatan Kimia perlu ditanda dengan nombor
exibit dan di seal.
d. Barang Kes yang diterima dari Jabatan Kimia yang telah diseal tidak boleh
dibuka.
e. Ianya hanya boleh dibuka semasa perbicaraan.

6. bon jamanan/ lepas sementara barang kes.
a. Terima permohonan melepaskan sementara barng kes
b. Rujuk kepada PTD dan DPP
c. Dapatkan nilaian dari JKR
d. Pengesahan pemilik dari JPJ
e. Pengesahan jenis ketulinan dari Jabatan Kimia
f. Tandatangan borang-borang berkaitan
g. Terima bon jaminan/Bank draf
h. Tandatangan akuan.

7. Semasa Perbicaraan
a. Barang Kes ditender kepada orang yang membuatnya oleh PO
- Jika barang kes adalah gambar ia perlu ditender kepada Penangkap gambar
- Jika barang kes adalah senapang ia perlu ditender kepada IO yang
menguruskannya.
- Jika barang kes adalah kenderaan, dapatkan gambar dan tender kepada IO.

8. Rampasan Barang Kes
a. Selepas rampasan dilakukan:
- perlu keluarkan Borang Rampasan dalam dua salinan.
- dapatkan tandatangan dua belah pihak.
- serahkan satu salinan kepada pihak OKT dan satu salinan disimpan dalam IP.
- buatkan 'scatch plan' dalam buku perjalanan /diari.
- kemudian buatkan plan baru dan lampirkan bersama plan kasar dalam IP.
- borang rampasan hendaklah dilampirkan sebagai "D" di dalam IP.

TAMBAHAN


Sekiranya ada perampasan barang, prosedur berikut hendaklah diikuti:

                        i.            Senaraikan barang-barang yang dirampas dalam Borang Bongkar dan Notis Sita.

                       ii.            Barang-barang yang disita hendaklah ditanda serta disimpan di tempat yang selamat, barang-barang kecil hendaklah dibungkus dan dimeteraikan.

                     iii.            Jika sekiranya apa-apa benda yang dirampas adalah bersifat boleh binasa atau jika sekiranya penjagaan benda itu melibatkan perbelanjaan tidak munasabah dan menyukarkan Pengarah Negeri, Ketua Pengarah Tanah Dan Galian atau Pihak Berkuasa berkenaan mengikut mana-mana yang berkenaan bolehlah mengarahkan supaya benda itu dijual pada bila-bila dan hasil jualan itu dipegang menanti keputusan apa-apa dakwaan atau tuntutan di bawah Seksyen 426C(6) KTN.

                     iv.            Jika ada barang-barang yang perlu dirujuk kepada pakar-pakar tertentu (seperti ahli geologi) hendaklah dihantar segera dan dapatkan laporan.

                      v.            Hantarkan satu salinan senarai barang yang dirampas kepada tuan punya dan;

                     vi.            Barang-barang yang dirampas hendaklah disimpan mengikut seksyen 426A (1)(b), 426B(2)(a) dan (b) 426C(6) KTN mengikut kategori barang.


*         Jika dalam kehadiran pesalah, pemilik, pekerja atau ejen, borang senarai rampasan / borang bongkar hendaklah diserahkan kepada mereka dan ia hendaklah ditandatangani. Satu salinan mestilah disimpan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat kemudian.

3 comments:

  1. aku ada kes , dan kes tu dah takde cerita aku dah dibebaskan , reman sehari pun takde , tapi phone aku dua biji masih dalam simpanan polis , aku tak faham , aku tak bersalah dalam kes ni...jadi macam mana saya boleh claim balik barang yg dirampas tuh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat surat tuntutan barang tersebut hantar kepada IO kes, salinan kepada ketua polis daerah dan mahkamah.. cuba hubungi IO kes dahulu untuk tanyakan berkenaan barang tsbt. Jika takda respon baru htr surat.

      Delete
    2. Dimanakah Nak Buat Surat tuntutan? Adakah Dimahkamah ?

      Delete