Thursday 8 May 2014

Kanun acara jenayah membantu pengamal undang-undang menjalankan prosiding

Kanun acara jenayah membantu pengamal undang-undang menjalankan prosiding

Selasa, 6 Julai 2010
Nota Rujukan Prosidur Jenayah
Tatacara/Prosedur Jenayah Syariah
Oleh:
Shamsuddin B. Hussain
KPS JAWI
Apa yang paling penting diketahui
Akta/Enekmen Prosedur Jenayah bukanlah undang-undang substantif yang mana ketidakpatuhan mana-mana prosedur, tidak lah menyebabkan prosiding menjadi batal dan tidak sah kecuali kegagalan tersebut menyebabkan berlaku ketidakadilan. LIHAT S. 205-207 A560. Ia hanya membantu pengamal undang-undang menjalankan prosiding kes jenayah syariah dengan teratur, kemas dan seragam.
Samb…
Perbezaan antara “aduan” dan “maklumat”. Yang dimaksudkan oleh “aduan” oleh A560 adalah yang dibuat kepada Hakim. Manakala “maklumat” adalah yang dibuat kepada PPA.
Keperluan kepada izin KPS untuk menjalankan kuasa-kuasa siasatan bagi kesalahan tak boleh tangkap.- s. 55 ( 2 ).
Kerpeluan kepada izin KPS untuk pendakwaan kesalahan s. 35-40 Akta 303 dan s. 4,8,9,12 dan 13 A559.
Samb…
Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menururt budibicara untuk memula dan menjalankan prosiding bagi suatu kesalahan di hdp Mahkamah Syariah. – S. 58 ( 2 ) A 505
Ketua Pendakwa Syarie mempunyai kuasa kawalan dan arahan ke atas Pendakwaan dan prosiding jenayah di bawah Akta Prosedur ini. – S. 181 A560
Samb…
Perbezaan antara kesalahan boleh tangkap dan tak boleh tangkap-
Kesalahan boleh tangkap tanpa waran iaitu kesalahan yang hukumannya adalah penjara satu tahun atau lebih.- s. 2 ( 1 )
Manakala kesalahan tak boleh tangkap tanpa waran adalah kesalahan yang hukumannya penjaranya kurang dari satu tahun atau hukuman denda sahaja. – s. 2 ( 1 )
Samb…
CPC bukan sahaja membahagikan kes kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh tangkap tetapi juga menkatagorikan kes jenayah kepada 2 jenis iaitu kes saman dan kes waran. Kes waran diberikan definasi sebagai kes yang berhubungan dengan kesalahan yang boleh dihukum mati atau hukuman penjara yang melebihi 6 bulan. Manakala kes saman adalah kes selainnya.
Di bawah Akta 560 terdapat perkataan “kes saman” iaitu di bawah s. 74 ( 2 ). Secara tersirat, wujud kes waran, iaitu lawan kepada kes saman. Malangnya tiada takrif mengenainya diberikan oleh A560. Tafsiran ini penting untuk menentukan cara memaksa kehadiran tertuduh ke Mahkamah sama ada melalui saman atau waran tangkap.
PROSEDUR YANG MELIBATKAN PPA
PROSEDUR SIASATAN TERMASUK PENGELEDAHAN DAN PENYITAAN
PROSEDUR TANGKAPAN
SIASATAN
Umumnya, semua kes jenayah syariah bermula dengan siasatan.
Di bawah A560, kuasa menyiasat bukan sahaja diberikan kepada PPA tetapi juga kepada Hakim dalam kes-kes tertentu.
Kuasa PPA menyiasat adalah bermula apabila dia menerima maklumat mengikut s. 54.
Manakala Hakim boleh membuat siasatan secara sendiri atau mengarahkan PPA melakukannya apabila dia memutuskan untuk mengambil tahu mengenai kesalahan yang diadukan kepadanya. Siasatan dilakukan apabila setelah dia memeriksa pengadu, dia ragu-ragu terhadap kebenaran aduan mengenai sesuatu kesalahan. Tujuan siasatan adalah bagi maksud pengeluaran saman ke atas orang yang diadu. Jika dia berpuashati terhadap kebenaran aduan pengadu, maka dia boleh terus mengeluarkan saman tanpa perlu menyiasat aduan tersebut. Justeru itu jika PPA memohon untuk saman dikeluarkan, maka kuasa Hakim untuk mengambil tahu aduan ini adalah terhenti. Proses siasatan ini dari sudut-sudut undang-undang dikenali sebagai judicial inquiry. LIHAT S. 74-77.
Objektif/tujuan diberi kuasa siasatan kepada Hakim, adalah jika maklumat yang diberikan oleh pengadu kepada PPA tidak diambil tindakan. Justeru itu pengadu boleh pergi kepada Hakim supaya Hakim sendiri mengambil tindakan.
Samb…
Peruntukkan-peruntukkan di bawah Bab Aduan Kepada Hakim yang tidak ada di bawah Akta 560 ini jika dibandingkan dengan CPC adalah –
1. Kuasa pendakwaraya untuk mengarahkan Polis membuat siasatan dan melaporkan hasil siasatan kepadanya. Tujuan kuasa ini diberikan adalah untuk menghentikan prosiding siasatan oleh Majistret.
2. Peruntukkan yang menghendaki majistret menyampaikan notis tentang hasratnya untuk menyiasat sendiri kepada pendakwaraya sebelum siasatan dijalankan dan pendakwaraya boleh hadir membantu Majistret menjalankan siasatan.
- LIHAT S. 133 ( 1A ), ( 1B ) & 134 ( 2 )
3. Mengeluarkan saman jika aduan itu mengenai kes yang termasuk di dalam kes saman atau mengeluarkan waran tangkap jika aduan termasuk dalam kes waran atau boleh mengeluarkan saman sahaja.
4. Prosiding selepas kehadiran orang yang disaman sama ada perlu diwakili peguam tatacara jika orang yang di saman mengaku salah.
LIHAT S. 136 & 137 CPC
Samb…
Ketiadaan peruntukkan seperti yang ada di bawah CPC ini menyebabkan prosiding yang berkaitan dengan aduan kepada Hakim ini sukar difahami dan juga sukar dilaksanakan.
Cara Menyiasat
1. Menyiasat di lokasi/tempat kesalahan yang disebut di dalam maklumat
– LIHAT S. 57.
2. Menyiasat melalui saksi-saksi yang mengetahui fakta
– LIHAT S. 59.
3. Mengeledah untuk mendapat dokumen dan benda
- LIHAT S. 63.
Maklumat 
Prosedur awal – terima maklumat mengenai perlakuan atau kesalahan – prosedurnya ditetapkan di bawah s. 54 Akta 560.
Kepentingan Maklumat
Syara’ mengharamkan tajassus ( Firman Allah: “…dan janganlah kamu mencari-cari keburukan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain”…al-Hujurat: 12 ).
Fuqaha mengecualikan tajassus dalam keadaan apabila wujud zan al-ghalib mengenai pelakuan maksiat antaranya seperti ia di khabarkan oleh seseorang yang boleh dipercayai tidak berdusta – lihat Dr. Abdul Kadir Audah dalam al-Tasyri’ al- Jinaaie al-Islami, juz 1, hlm 504.
Kewajipan Orang Awam Memberikan Maklumat
Orang awam mesti melaporkan kepada PPA jika mengetahui tentang pelakuan kesalahan atau niat seseorang untuk melakukan kesalahan – LIHAT S. 9.
Cuma tiada peruntukkan mengenai penalti jika mereka gagal berbuat demikian. Jadi peruntukkan dari segi undang-undangnya tidak mempunyai efek.
Berbanding CPC, ia menjadi kesalahan mengikut s. 152 Penal Code.
Cara Menerima Maklumat
1. Maklumat hendaklah di dalam borang 5 sama ada ia dibuat dalam bentuk bertulis atau lisan – lihat s. 54 ( 1 ) dan ( 2 ).
2. Jika lisan – diubah kepada bentuk bertulis dan ditandatangani oleh pemberi maklumat setelah dibacakan kepadanya.
3. Jika bertulis hendaklah ditandatangani sahaja oleh pemberi maklumat.
Isu -- bolehkah PPA melaksanakan kuasa-kuasa menyiasat jika maklumat diperolehi melalui telefon, media massa dsb – lihat s.57 ( 1 )
Maklumat Kesalahan Tak Boleh Tangkap
1. Jika maklumat mengenai kesalahan tak boleh tangkap – PPA hendaklah merujuk pemberi maklumat kepada Hakim Mahkamah Rendah Syariah – lihat s. 55 ( 1 ) di baca bersama s. 74-77
*** Sukar dilaksanakan kerana Mahkamah Syariah tidak mempunyai hakim khusus yang semata-mata membicarakan kesalahan jenayah sebagaimana Mahkamah Sivil.
***Subseksyen ini bersamaan dengan s. 108 ( 1 ) CPC.
2. PPA dikehendaki mendapatkan Perintah daripada KPS, jika mahu menjalankan kuasa-kuasa menyiasat terhadap maklumat mengenai kesalahan tak boleh tangkap – lihat s. 55 ( 2 ).
Maklumat Kesalahan Boleh Tangkap
3. Nilai sama ada maklumat yang diterima itu boleh menimbulkan syak mengenai kesalahan tersebut.
4. Jika menimbulkan syak, lapor kepada KPS, jika mahu menyiasat ditempat kesalahan ( to the spot ) yang disebut di dalam maklumat tersebut.
5. Pergi sendiri ke lokasi atau mempertanggungjawabnya kepada pegawai bawahannya.
- LIHAT S. 57 ( 1 )
Note:semua maklumat yang diterima perlu dilaporkan kepada KPS kecuali yang diarahkan oleh KPS tidak perlu dilaporkan kepadanya.
Samb…
6. Jika tiada alasan untuk bertindak ( tidak menimbulkan syak ), PPA tidak perlu perlu melakukan perkara 4 dan 5 tetapi dengan syarat direkodkan dalam laporannya sebab-sebab dengan sepenuhnya – LlHAT S. 57 ( 1a ).
7. Jika maklumat itu mengenai kesalahan boleh tangkap yang serius dia hendaklah pergi dengan serta merta ke tempat tersebut. Jika mengenai kesalahan yang tidak serius, tidak perlu pergi dengan serta merta dengan syarat dia perlu merekodkan sebab-sebab dalam laporannya – LIHAT S. 57 ( 1 b ).
***S. 57 ( 1 b ) ini telah dipinda kepada “membuat siasatan serta merta ditempat kesalahan dilakukan” untuk menyesuaikan dengan versi Inggerisnya “on the spot” melalui Akta A1252.
Kuasa PPA Memanggil dan Memeriksa Saksi
PPA ada kuasa untuk perintahkan ( secara bertulis ) mana-mana orang yang ada pengetahuan tentang kes yang disiasat.
Jika enggan hadir, PPA boleh melaporkannya kepada Hakim untuk pengeluaran w. tangkap ke atas orang tersebut.
- LIHAT S. 58 ( 1 ) & ( 2 ).
***Proses siasatan tergangu apabila orang tersebut berada di luar W. Persekutuan kerana disebut dengan jelas kuasa PPA dalam hal ini hanya sekiranya orang itu berada di W.P.
Cara Merekodkan Pernyataan Saksi/Lain-Lain Orang
Pemeriksaan boleh dibuat secara lisan dan diubah ke dalam bentuk bertulis, dibacakan kepada orang yang diperiksa dan kemudian ditandatangani oleh orang yang diperiksa dihadapan 2 orang saksi setelah dibuat pindaan atau pembetulan ( jika ada ) – LIHAT S. 59 ( 1 ) di baca bersama subseksyen ( 4 )
Semua soalan wajib dijawab oleh yang diperiksa dan PPA mesti memaklumkan tentang kewajipan tersebut sebelum mengemukakan soalan ( LIHAT S. 59 ( 2 ) dibaca bersama subseksyen ( 3 ) . Jika enggan, ia akan menjadi satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s. 215.
Semua jawapan hendaklah benar dan PPA hendaklah memaklumkan kewajipan tersebut kepadanya sebelum memeriksanya ( LIHAT S. 59 ( 3 ). Jika sebaliknya ia menjadi satu kesalahan yang boleh dikenakan penalti di bawah s.211.
Samb…
“mana-mana orang” yang disebut di bawah s. 59 itu termasuk juga orang yang disiasat ( suspek ).
Tiada peruntukkan mengenai pernyataan beramaran ( caution statement ) sebagaimana yang terdapat di dalam s. 113 [ 1 a ( ii ) ] CPC.
Dorongan, Ancaman atau Janji
PPA atau pihak berkuasa tidak boleh melakukan ketiga-tiga perkara tersebut terhadap tertuduh bagi mendorongnya membuat apa-apa pernyataan yang ada kaitan dengan pertuduhan terhadapnya. – LIHAT S. 61 ( 1 ).
Semasa proses siasatan PPA atau orang lain tidak boleh memberi amaran atau selainnya bagi menghalang atau tidak mengalakkan mana-mana orang daripada membuat sesuatu pernyataan yang mana orang itu mungkin bersedia melakukannya secara sukarela. – LIHAT S. 61 ( 2 ).
Kesan Perundangan Pernyataan Saksi dan Orang Yg Disiasat
Pernyataan OYDS tidak boleh digunakan sebagai keterangan semasa perbicaraan.- LIHAT S. 60 ( 2 ). Sebabnya mungkin kerana tidak ada peruntukkan mengenai caution statement.
Pernyataan saksi juga tidak boleh digunakan kecuali untuk mencabar kebolehpercayaannya ( impeach ).- LIHAT S. 60 ( 2 ) A560 kerana s. 111 Akta 560 menghendaki keterangan direkodkan di hdp OKT.
Pengecualian 1: Pernyataan saksi boleh digunakan sebagai keterangan bagi prosiding di bawah s. 211 iaitu pendakwaan terhadap saksi kerana memberikan pernyataan palsu. – LIHAT S. 60 ( 3 ) A560.
Samb…
Pengecualian 2 : Pernyataan saksi juga boleh digunakan sebagai keterangan menyokong testimoni yang telah diberikan di hadapan Mahkamah mengikut s. 110 Akta 561.
Impeachment prosiding terhadap saksi dalam kontek ini boleh dibuat sama ada oleh OKT atau oleh pihak Pendakwaan tetapi pihak pendakwaan hanya boleh berbuat demikian dengan kebenaran Mahkamah – LIHAT S. 108 Akta 561.
Sungguhpun begitu, prosiding merekodkan pernyataan saksi dan suspek masih releven untuk tujuan pihak pendakwaan memutuskan sama ada kes kukuh untuk prosiding pendakwaan.
Samb..
Isu perbincangan –
1. Di bawah s. 61 ( 1 ) perkataan yang digunakan adalah tertuduh. Ini dapat difaham bahawa siasatan telah selesai dan suspek telah dituduh di mahkamah. Ini bermakna juga bahawa dorongan, ancaman atau janji berkenaan adalah bertujuan untuk tertuduh membuat apa-apa pernyataan di Mahkamah dan bukan semasa siasatan kerana pernyataan suspek tidak boleh diterima sebagai keterangan.
2. Di bawah s. 61 ( 2 ) pula adalah merujuk kepada semasa proses siasatan. Persoalannya kenapa dikait dengan persoalan kemahuan. Apakah jika dia tidak mahu membuat apa-apa pernyataan, PPA boleh menghalangnya daripada membuat pernyataan. Ini mungkin ada kaitannya dengan peruntukkan mengenai penalti di bawah s. 212 di mana jika dia berkemungkinan dalam keadaan tidak free will, halangan tersebut tidak menjadi satu kesalahan bagi PPA.
Kuasa PPA Untuk Saksi & Pengadu Menyempurnakan Bon
PPA boleh perintahkan saksi & pengadu sempurnakan bon releven dalam situasi di mana PPA yang merekodkan pernyataan mereka mendapati hanya mereka sahaja saksi dalam kes tersebut dan keterangan mereka adalah sebegitu kukuh untuk mensabitkan kesalahan OKT.
Tujuannya adalah sebagai jaminan mereka hadir pada tarikh perbicaraan. Ia dilakukan pada tarikh mereka hadir di hdp PPA memberikan kenyataan.
Bon yang disempurnakan itu hendaklah dihantar ke Mahkamah.
Jika mereka enggan menyempurnakan bon, PPA boleh mengadu kepada Hakim bagi tujuan saman atau waran dikeluarkan sebagai suatu jaminan untuk mereka hadir pada tarikh perbicaraan.
- LIHAT S. 64 ( 1 ), ( 2 ) & ( 3 ).
Kuasa Merekod Pengakuan Salah
Pengakuan atau pernyataan salah hanya boleh direkod oleh Hakim yang tidak membicarakan kes itu pada bila-bila masa sebelum prosiding perbicaraan dengan syarat ia direkod dihadapan 2 orang saksi.
Prosedur ini hanya boleh dibuat sebelum prosiding perbicaraan berjalan – Bab 4 di bawah Bahagian V Akta 560 perlu dirujuk untuk memahami maksud perbicaraan.
- LIHAT S. 62.
Samb…
Apa bezanya pengakuan ini dengan pengakuan yang direkodkan oleh PPA dihadapan 2 orang saksi di bawah s. 59 ( 5 ).
Persoalan ini berbangkit apabila tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim yang membicarakannya. Adakah rekod yang dibuat oleh Hakim di hadapan 2 orang saksi juga tidak boleh diterima sebagai sebagai keterangan terhadap tertuduh sebagaimana yang direkod oleh PPA.
Samb…
S. 17 ( 2 ) Akta 561 menyebutkan bahawa iqrar hendaklah di buat dalam dua keadaan iaitu jika di dalam Mahkamah, ia hendaklah dibuat di hadapan Hakim. Jika di luar Mahkamah, ia hendaklah dibuat di hadapan 2 orang lelaki yang aqil, baligh dan adil.
Seksyen tersebut hanya menyebut mengenai cara membuat iqrar tetapi tidak menyatakan dengan jelas mengenai penerimaan kepada kedua-dua jenis iqrar yang dibuat itu sebagai keterangan.
Apa yang jelas dari perbincangan Fuqaha’ iqrar seseorang boleh diterima sebagai keterangan kerana ia adalah hujah yang kuat. Syarat penerimaannya adalah dibuat di dalam Majlis al-Qadha’. Jika di luar, ia boleh dibuktikan melalui shahadah 2 orang saksi.
Oleh itu s. 17 ( 2 b ) juga boleh diterima sebagai keterangan atau hujah menentang pihak tertuduh, jika dia kemudian mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim yang membicarakannya.
Samb…
Persoalannya, kenapa dalam konteks iqrar suspek yang direkodkan oleh PPA di hadapan 2 orang saksi tidak boleh diterima sebagai keterangan?
Jika diandaikan tidak mengaku bersalah OKT itu adalah bersamaan dengan penarikan balik iqrar, ia berlawanan dengan pandangan Fuqaha dalam kitab-kitab turath bahawa iqrar hanya boleh ditarik balik dalam kes hudud sahaja ( contohnya Dr. Abdul Karim Zaidan dalam Kitabnya Nidzam al-Qadha Fi Syariat al-Islamiah, di bawah topik hukm al-iqrar )
Samb…
Dr. Abdul Kadir Audah dalam kitabnya al-Tasyri’ al-Jinaaie al-Islami, juz 1 hlm 216 menjelaskan sebab penarikan balik iqrar tidak menyebabkan uqubah takzir gugur. Berbeza dengan penarikan balik kesaksian di mana orang yang dituduh dilepaskan ( ibra’ ) dari tuduhan. Asas perbezaan ini adalah adalah bahawa sesungguhnya manusia pada adatnya tidak menohmahkan dirinya sendiri ( berikrar ) dengan sesuatu jenayah yang tidak dilakukannya. Akan tetapi amat mudah manusia itu menohmahkan ( naik saksi ) manusia lain secara dusta dengan sesuatu jenayah yang tidak dilakukannya. Sungguhpun begitu jika jelas bahawa sesuatu iqrar itu adalah natijah dari paksaan, maka pembebasan adalah menjadi wajib kerana iqrar yang disebabkan oleh paksaan atau ancaman adalah iqrar yang batal berdasarkan Hadis Ibn Umar ( tiada seseorang lelaki terhadap dirinya dengan kepercayaan sekiranya dirinya itu dalam keadaan lapar atau takut ) dan kerana iqrar adalah hujah untuk mentarjih sudut benar padanya. Justeru itu apabila orang yang beriqrar enggan untuk beriqrar sehingga ia diancam atau dipaksa, maka pada zahirnya dia adalah orang yang berdusta dalam iqrarnya. Dalam kes hudud, tertolak hukuman dengan penarikan balik iqrar yang sahih. Akan tetapi apa yang ditarjihkan sudut benar padanya berkekalan walaupun iqrar tersebut ditarik balik. Maka ia boleh menjadi hujah untuk dia dikenakan hukuman takzir walaupun ia tidak boleh menjadi hujah untuk hukuman hudud. Pokok pangkalnya sama ada iqrar yang boleh ditarik balik itu boleh mensabitkan hukuman takzir adalah terpulang kepada penentuan hakim, jika dia berpuasahati bahawa iqrar itu adalah iqrar yang sahih, maka dia boleh menjatuhkan hukuman takzir, jika tidak orang yang dituduh berhak kepada pembebasan.
Pengeledahan s.63
Ia adalah sebahagian kuasa PPA dalam perjalanan proses siasatan sama ada dilakukan sendiri PPA atau mengarahkan orang bawahannya dengan perintah bertulis yang menamakan dokumen atau benda serta tempat yang hendak digeledah jika dia tidak dapat melakukannya sendiri.
Tujuan adalah untuk mendapatkan apa-apa dokumen atau benda yang ada dalam milikan seseorang yang ada kaitan dengan kes yang disiasat.
Pengeledahan boleh dibuat jika perintah kepada mana-mana orang untuk mengemukakan dokumen atau benda berkenaan telah dikeluarkan tetapi dia enggan atau mungkin enggan untuk mengemukakannya.
Samb…
Pengeledahan juga boleh jika dibuat jika perintah belum dikeluarkan tetapi dipercayai dia mungkin enggan untuk mengemukakannya.
Pengeledahan juga boleh dilakukan jika dokumen atau benda tersebut tidak diketahui dalam pemilikan siapa ( dalam situasi ini perintah hadir tidak diperlukan ).
Pengeledahan tidak boleh dilakukan melainkan melalui satu waran geledah yang dikeluarkan oleh Mahkamah mengikut Borang 4 Akta.
Waran geledah mempunyai tempoh luput dan ia hendaklah dilaksanakan dalam tempoh tersebut sahaja.
Jenis Pengeledahan
Jenis Pengeledahan:-
1. Pengeledahan mencari suspek ( search body ) – LIHAT S. 11, 14 ( 2 ), 15 & 44 ( 1d ) termasuk juga pengeledahan untuk mencari orang yang ditahan secara salah – LIHAT S. 48.
2. Pengeledahan mendapatkan benda atau dokumen ( search document ) – LIHAT S. 12& 44 ( 1a, 1b )
3. Pengeledahan am untuk maksud siasatan, perbicaraan atau prosiding lain atau bagi maksud mencapai keadilan. – LIHAT S. 44 ( 1c ).
Ketiga-tiga jenis pengeledahan tersebut melibatkan pengeledahan premis ( search premis ).
Syara’ melarang masuk rumah orang lain tanpa izin
Masuk ke rumah orang lain tanpa izin adalah suatu yang dilarang keras oleh Syarak – surah al-Nur: ayat 27-29. “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumah kamu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya, yang demikian itu lebih baik bagimu agar kamu ( selalu ) ingat. Jika kamu tidak menemui seorang pun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin dan jika dikatakan kepada kepadamu “kembali sajalah”, maka hendaklah kamu kembali, itu adalah lebih baik bagimu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Tidak ada dosa atasmu memasuki rumah yang tidak disediakan untuk didiami, yang di dalamnya ada keperluanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.”
Dalam hadis Ibn Umar yang diriwayatkan seorang perempuan yang diperiksa badannya kerana menyimpan surat rahsia di dalam sanggulnya.
Pengeledahan dibenarkan kerana prinsip darurat iaitu untuk mencegah kemungkaran sebagaimana Nas “kamu adalah sebaik-baik umat dikeluarkan bagi manusia dan kamu menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran”. Kemungkaran tidak dapat dicegah melainkan dengan wujud keterangan yang mencukupi.
Kerana itu pengeledahan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya melainkan dengan perintah atau waran Hakim.
Undang-Undang memberikan kuasa kepada Hakim untuk mengawal perjalanan proses pengeledahan.
Samb…
Dalam hadis Ibn Umar yang diriwayatkan seorang perempuan yang diperiksa badannya kerana menyimpan surat rahsia di dalam sanggulnya.
Pengeledahan dibenarkan kerana prinsip darurat iaitu untuk mencegah kemungkaran sebagaimana Nas “kamu adalah sebaik-baik umat dikeluarkan bagi manusia dan kamu menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran”. Kemungkaran tidak dapat dicegah melainkan dengan wujud keterangan yang mencukupi.
Kerana itu pengeledahan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya melainkan dengan perintah atau waran Hakim.
Undang-Undang memberikan kuasa kepada Hakim untuk mengawal perjalanan proses pengeledahan.
Pra-syarat Waran Geledah
Bagi search document atau benda, pada prinsipnya dikeluarkan saman terlebih dahulu. – LIHAT S. 42
S. 42 ini tidak meluas pemakaiannya kerana ia dibataskan oleh subseksyen 3 yang mana jika ada undang-undang yang menghalang pegawai pos daripada di saman untuk mengemukakan dokumen atau benda pos, s. 42 ( 1 ) ini tidak terpakai.
Sebaliknya s. 52 CPC, Hakim Mahkamah Sesyen diberi kuasa untuk keluarkan saman kepada pegawai pos. Malah Pendakwaraya jika pada pendapatnya barang pos itu dikehendaki dalam siasatan, dia boleh mengarahkan pegawai pos menyerahkannya atau mendapatkannya melalui pengeledahan sementara menunggu saman dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen.
Waran Geledah
Dikeluarkan berdasarkan peruntukkan s. 44.
Di bawah seksyen tersebut waran geledah bukan sahaja dikeluarkan atas permohonan PPA tetapi juga dikeluarkan oleh Mahkamah sendiri. Ini adalah kerana Mahkamah bukan sahaja mempunyai kuasa untuk menjalankan prosiding perbicaraan ( trial ), bahkan juga boleh menjalankan prosiding siasatan ( inquiry ) – LIHAT S. 42, 72 & 74.
Bentuk Waran Geledah
Dikeluarkan mengikut Borang 4 dan ditandatangani oleh Hakim serta mengandungi meterai Mahkamah.
Mempunyai tarikh luput dan hanya boleh dilaksanakan dalam tempoh berkenaan.
-LIHAT S. 47
Hakim boleh mengarahkan secara lisan supaya pengeledahan dibuat dihdpnya.
- LIHAT S. 51
Pelaksana Waran
Pada lazimnya waran geledah diarahkan kepada KPPA dan PPA ( mesti sebut nama ).
Boleh diarahkan kepada KPN dan pegawai polis yang lain ( mesti nyatakan nama ).
- LIHAT S. 44 ( 2 ) ( 3 ).
Pembatasan Waran Geledah
Syarat-syarat yang boleh dimasukkan ke dalam waran geledah:-
- di tempat tertentu sahaja.
- di bahagian tempat tertentu sahaja.
Tujuan supaya orang yang melaksanakan waran tidak menyalahgunakan waran tersebut untuk mengeledah tempat-tempat yang tidak berkenaan.
Perluasan waran geledah
Mahkamah ada kuasa untuk mengeluarkan waran bukan bagi maksud mencari dokumen atau barang tertentu secara khusus tetapi secara umum untuk mencari benda atau keterangan.
Waran seperti itu hanya boleh dikeluarkan jika Hakim menerima maklumat dan selepas membuat apa-apa siasatan yang perlu, dia mempercayai tempat tersebut mempunyai benda atau keterangan yang ada kaitan dengan kesalahan atau yang boleh digunakan untuk menjalankan siasatan.
Jika ditemui, apa-apa barang itu hendaklah disita dan diserahkan kepada Hakim berkenaan atau Hakim lain untuk diuruskan mengikut Undang-Undang.
- LIHAT S. 46.
Nota: Pengeledahan ini berkaitan dengan perjalanan proses inquiry yang dijalankan oleh Hakim sendiri.
Kehadiran Hakim Semasa Pengeledahan
Demi memastikan arahan-arahan dalam waran yang dikeluarkan itu dipatuhi, Hakim boleh hadir semasa pengeledahan dijalankan.
- LIHAT S. 49.
Penyitaan
Senarai segala benda yang disita dalam sesuatu pengeledahan hendaklah disediakan oleh orang yang membuat pengeledahan.
Senarai tempat barang-barang ditemui juga mesti dibuat
Senarai tersebut hendaklah ditandatangani oleh orang yang menyita
- LIHAT S. 52
Nota: Penghuni tidak dikehendaki menurunkan tandatangan kerana dari sudut undang-undang jika ditandatangan, seolah-olah ia mengaku salah.
Samb…
Barang atau benda yang dijumpai pada badan orang yang ditangkap semasa melaksanakan sesuatu tangkapan dengan waran atau tanpa waran boleh disita jika barang berkenaan digunakan untuk melakukan kesalahan dan senarai barang-barang yang disita itu juga perlu disediakan.
-LIHAT S. 15.
Kesan Perundangan Pengeledahan Yang Tak Sah
Kes Kuruma Lwn PP – Lord Godard memutuskan dokumen yang diperlolehi melalui pengeledahan yang tak sah, tidak boleh diterima sebagai keterangan.
Dari sudut Hukum Syara’, waran geledah adalah suatu siasah syariah dalam mengawal dan mentadbir perkara yang berkaitan memasuki rumah orang lain tanpa izin. Justeru itu tidak sah mengeledah rumah orang lain tanpa waran.
Kewajipan Pemilik/Penjaga Premis
Membenarkan orang yang melaksanakan waran memasuki premis apabila diminta dan setelah ditunjukkan waran.
Jika tidak dibenarkan masuk, maka s. 11 ( 2 ) terpakai ( mutatis mutandis ) iaitu prosedur untuk memecah pintu atau tingkap.
-LIHAT S. 49
Pengeledahan Pada Badan
Orang-orang yang berada di dalam premis yang digeledah boleh ditahan dengan sah sehingga pengeledahan selesai dan jika benda dari jenis yang diboleh disembunyikan pada badan, mereka boleh diperiksa di hadapan PPA atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor.
- LIHAT S. 12
Hendaklah diperiksa oleh orang yang sama jantina dan tidak boleh melakukan perbuatan yang tidak sopan semasa pemeriksaan badan.
- LIHAT S. 14 ( 2 )
Buku Harian
PPA dikehendaki mencatat pada setiap hari dalam Buku Hariannya perkara-perkara berikut:-
- Waktu perintah menyiasat;
- Waktu mula dan akhir siasatan;
- Tempat-tempat yang dilawati;
- Orang-orang yang disoal
- Pernyataan tentang penemuannya mengenai hal keadaan kes yang disiasat.
Ia adalah bersifat peribadi dan ekslusif. OKT tidak berhak untuk melihat atau memeriksa buku tersebut kecuali PPA merujuk kepada catatannya itu semasa memberikan keterangan di Mahkamah tetapi hanya bahagian yang dirujuk sahaja yang boleh dilihat atau diperiksa oleh OKT.
- LIHAT S. 65 ( 1 ), ( 2 ) & ( 3 ).
Kepentingan Buku Harian
Supaya PPA tidak terlupa mengenai prosiding penyiasatan yang telah dilakukannnya dan sebagai tempat rujukan semasa dia memberikan keterangan di Mahkamah.
Justeru itu undang-undang menghendaki PPA sentiasa mencatat prosidingnya pada setiap hari untuk mengelakkan PPA tersilap mengenai tindakan yang telah dilakukannya.
Masaalah Buku Harian
Masaalah yang selalu berlaku adalah PPA yang menjalankan siasatan sering tidak mencatat dan kadang-kadang catatan dalam buku hariannya sebaris atau dua baris sahaja dan kadang-kadang tidak ada Buku Harian pun.
Ianya berlaku disebabkan pada kebanyakan kes, PPA ( selalunya disebut Pegawai Penyiasat ) yang menjalankan siasatan hanya berfungsi sebagai pegawai yang merekodkan kenyataan saksi dan suspek. Menyebabkan siasatan itu hanya berlaku di dalam bilik siasatan sahaja.
Sebagaimana yang disebut terdahulu bahawa siasatan terbahagi kepada 2 iaitu siasatan di lokasi kesalahan dan siasatan melalui pengambilan pernyataan saksi-saksi.
Samb…
Tugas menyiasat di lokasi diberikan kepada sekumpulan PPA, manakala tugas mengambil dan merekodkan kenyataan saksi diberikan kepada seorang PPA yang lain pula yang disebut pegawai penyiasat.
Jika dirujuk kepada seksyen 57, proses siasatan bermula dari waktu maklumat diterima. Kerana itu, Buku Harian pegawai penyiasat ini menunjukkan waktu dia memulakan siasatan adalah apabila dia menerima orang yang ditangkap. Ini menyebabkan mahkamah, peguambela melihat pegawai penyiasat tidak mematuhi prosedur bilamana didapati catatan hanya sebaris atau dua baris sahaja.
Justeru itu dicadangkan PPA yang bertindak sebagai pegawai penyiasat adalah pegawai yang bertindak atas maklumat yang diterima dan jangan dibahagikan-bahagikan tugas menyiasat lokasi kepada PPA tertentu, manakala tugas mengambil dan merekodkan diberikan kepada PPA lain pula dan begitu juga dengan tugas pengeledahan.
Laporan PPA Kepada KPS
Laporan ini adalah setelah PPA menyelesaikan siasatan dan ia adalah laporan yang kedua selepas laporan yang pertama iaitu selepas maklumat diterima untuk memulakan siasatan.
Semua hasil siasatan perlu dilaporkan tanpa kelengahan yang tak perlu kepada KPS, kecuali yang diarahkan oleh KPS tidak perlu dilaporkan kepadanya dan KPS boleh melalui perintah bertulis boleh membatalkan pengecualian tersebut.
Samb…
Laporan itu mengandungi –
- nama pihak-pihak ( suspek );
- jenis maklumat ( kesalahan boleh tangkap/ tak boleh tangkap ); dan
- nama saksi-saksi.
LIHAT S. 66 ( 1 ) & ( 2 )
Samb..
Laporan dalam maksud difahami pada masa kini adalah IP ( investigation paper ). Di bawah Akta 560 tidak ada borang khusus untuk membuat laporan. Di bawah CPC, terdapat borang khusus untuk pegawai polis mengemukakan laporannya kepada Pendakwaraya ( PP ). Di W.Persekutuan sekarang, laporan ( IP ) ini berbentuk fail.
Buat masa sekarang di W.Persekutuan, semua kes yang telah disiasat dikehendaki dilaporkan kepada KPS. Tidak ada lagi yang dikecualikan.
Pengecualian bermakna, KPS tidak lagi ada kuasa kawalan atas prosiding pendakwaan. Jadi atas prinsip kuasa dan tanggungjawab mengawal prosiding pendakwaan, peruntukkan mengenai pengecualian jarang atau tidak pernah digunakan langsung.
Isu Utama Dalam Siasatan
Sering kali dipersoalkan oleh Mahkamah mengenai kelemahan dari aspek siasatan kes terutamanya melibatkan kes-kes seperti serius seperti melibatkan akidah, pelacuran, khalwat dll.
Faktor utamanya bukan masaalah ketidakcekapan PPA tetapi kerana kelemahan dari sudut undang-undang. Umpamanya dari sudut kuasa menyiasat. Sehingga ke hari ini, tidak ada satu negeripun yang ada peruntukkan mengenai tahanan reman untuk tujuan siasatan.
Samb…
Dalam kes-kes tertentu terutamanya melibatkan kesusilaan, kadang-kadang memerlukan pemeriksaan fizikal seperti untuk membuat ujian DNA. Ia tidak mungkin dapat dilakukan dalam tempoh 24 jam. Begitu juga dalam kes melibatkan akidah seperti ajaran sesat amat perlu tahanan reman kerana apabila suspek dilepaskan selepas ditangkap, proses siasatan akan menjadi rumit kerana mereka akan cuba menghalang dan mengancam saksi-saksi yang mungkin sedia
TAJUK KURSUS YANG DI TAWARKAN

1. PENGENALAN KEPADA KTN
2. SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
3. KUASA MENANGKAP DAN MENAHAN MENGIKUT KTN DAN CPC
4. PROSEDUR TANGKAPAN DAN PENAHANAN
5. LAPORAN POLIS DAN FIR
6. PENGURUSAN BARANG KES
7. INTIPATI KESALAHAN MENGIKUT SEKSEN 425
8. INTIPATI KESAHAN MENGIKUT SEKSEN 426
9. PERAMPASAN DAN LUCUT HAK BARANG KES
10. KUASA MENYIASAT DAN KTN DAN CPC
11. KAEDAH MERAKAM PERCAKAPAN
12. MENGURUSKAN OKT DARI AWAL HINGGA AKHIR
13. PENYEDIAN KERTAS SIASATAN
14. PENYEDIAAN FAKTA KES DAN PERTUDUHAN
15.RUJUKAN KES KEPADA TPR
16. PENDAFTARAN KES DAN BORANG-BORANG MAHKAMAH
17. AKTA KETERANGAN 
18. TUGAS DAN PERANAN PEGAWAI PENDAKWA
19. TEKNIK BERHUJAH
20. PENGHUKUMAN.
21. OPERASI MEMUSNAH DAN PELAN KONTIGENSI.
22. PENCEROBOHAN TANAH MILIK DAN MENYELESAIANNYA
23. BONOS - PECEROBOHAN TANAH MILIK DAN PENYELESAIAN
                  PELAN A, PELAN B, PELAN C, PELAN D, PELAN E, PELAN F.
                  AFFIDAVIT DAN KES –KES DULUAN MAHKAMAH

A.    SASARAN PESERTA

1.      PENOLONG PEGAWAI TANAH
2.      KAKI TANGAN PEJABAT TANAH
3.      PEGAWAI PENYIASAT SPRM
4.      PEGAWAI PENYIASAT PDRM
5.      PELAJAR UNIVERSITI YANG BERKAITAN
6.      PERUNDING HARTA TANAH
7.      LAIN-LAIN PEGAWAI YANG DILANTIK DI BAWAH S. 12 KTN
8.      LAIN-LAIN YANG BERMINAT .

B.    JANGKA MASA – HUJUNG MINGGU SABTU DAN AHAD/RUNDINGAN
C.   TEMPAT – TAIPING ATAU DITENTUKAN PEMOHON

D.   BAYARAN 1 HARI RM 1000.00.

No comments:

Post a Comment