Thursday 8 May 2014

BEBAN PEMBUKTIAN UNDANG-UNDANG

BEBAN PEMBUKTIAN UNDANG-UNDANG

Attorney General's Chambers
HomePublicGovernmentBusinessAGC Staff
Breadcrumbs
AGC Portal  Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan
Status of Latest Cases & Decisions
 
 
Disediakan oleh : Aimi Syazwani binti Sarmin
Diluluskan oleh : MOHD AZARI B HARUN
CORUM : PN NORSHARIDAH AWANG
DPP : AIMI SYAZWANI SARMIN & SITI NOORBAYA JAMIL
P/BELA : GERARD LAZARUZ
 
DALAM MAHKAMAH SESYEN KLANG
DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
KES TANGKAP NO. SA3-62-66-2010
 
PENDAKWA RAYA
LAWAN
UDIN BIN SINOR (NO. K/P : 600910-71-5259)
 
HUJAHAN PIHAK PENDAKWAAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN
 
(A) PENDAHULUAN
 
1.      Udin Bin Sinor (selepas in dirujuk sebagai OKT) telah dituduh dengan pertuduhan seperti dibawah :
 
Pertuduhan Pindaan
“Bahawa kamu bersama-sama dengan seorang yang telah meninggal dunia pada 17/10/2009 jam lebih kurang 8.10 malam bertempat di dalam sebuah sampan SLS 004 di kedudukan perairan Kuala Tg Karang, di dalam daerah Kuala Selangor, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dengan niat yang sama seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan telah mendapatkan keuntungan dengan membawa dan melindungi ke atas orang yang diperdagangkan iaitu :
 
1.      Mohd Ali S/O Sultan No Passport : OR 976625;
2.      Mohd Amin S/O Sultan No Passport : OR 784033;
3.      Hussain Ali S/O Ewaz Ali No Passport : OR 759048;
4.      Ahmad S/O Jan Ali No Passport : OA 181631;
5.      Mohammad Ayoub S/O Mohd Ali No Passport : OR 1064642;
6.      Shahgul S/O Sayfali No Passport : OR 732867;
7.      Ghulam Salkhi S/O Anwar No Passport : SE 097538;
8.      Abrahim S/O Charman No Passport : OA 239941;
9.      Ghulam Haidar A/O Yosouf Ali No Passport : OA 182147;
10. Mr. Mohammad Reza S/O Hussain Ali No Passport : OR 735172;
Warganegara Afghanistan
11. Aris Sugiono warganegara Indonesia No. Passport : tiada
12. Jumadi Sugiono warganegara Indonesia No Passport : tiada
Dan dengan yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 23(2)(a) Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (Akta 670) dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.
 
2.      Pihak Pendakwaan telah memanggil4 orang saksi untuk membuktikan pertuduhan terhadap OKT.  Mereka adalah :
 
·        SP1 – Kopral Shafeai BinTukiman (Pengadu/ Anggota Tangkapan)
·        SP2 – L/ Kopral Fazlilah (Anggota tangkapan)
·        SP3 – Kopral Fahmi (Jurufoto)
·        SP4 – Insp Rozaini Bin Rosmin (Pegawai Penyiasat Kes)
 
 
(B) BEBAN PEMBUKTIAN UNDANG-UNDANG
1.      Adalah dihujahkan bahawa beban pembuktian yang harus diguna pakai di akhir pendakwaan adalah beban prima facie setelah pindaan dibuat pada Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). Menurut Seksyen 180 KTJ, pihak pendakwaan perlu membuktikan satu kes prima facie di akhir kes pendakwaan. Begitu juga didalam Seksyen 173 (h) (i) KTJ. Peruntukan tersebut menyatakan bahawa apabila kes pendakwaan berakhir, mahkamah akan menimbangkan samada pendakwaan telah membuat suatu prima facie kes terhadap tertuduh.
 
2.      Maksud perkataan prima facie tidak ditakrifkan di dalam KTJ. Pengujian kes secara prima facie telah diputuskan di dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu Balachandran vs PP (2005) 2 MLJ 302 di m/s 316 di mana Mahkamah telah memutuskan bahawa:
 
“The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any of such there can be no prima facie. As the accused can be convicted on the prima facie evidence it must have reached a standard which is capable of supporting a conviction beyong reasonable doubt”
 
3.      Begitu juga di dalam kes Looi Kow Chai & Anor v PP (2003) 1 CLJ 734 di muka surat 736 dan 737 dinyatakan sebagai:
 
“ A judge sitting alone must subject the prosecution evidence to the maximum evaluation and ask himself the question” If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contain in the prosecution case? If the answer was in the negative, then no prima facie case had been made out and the accused would be entitled to an acquittal…”
 
4.      Berdasarkan kepada kes-kes di atas, jelas, prima facie bermaksud penilaian kepada keterangan saksi-saksi pendakwaan hendaklah dilakukan secara maksimum.
 
5.      Berdasarkan kepada prinsip di atas, adalah dihujahkan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes di tahap prima facie sepertimana yang diperuntukan oleh undang-undang. Pembuktiannya telahpun dilakukan melalui hujahan-hujahan seperti di bawah.
 
(C) KEPERLUAN UNDANG-UNDANG DI BAWAH SEKSYEN 14 AKTA   ANTIMEMPERDAGANGAN ORANG 2007 (ATIP)
1.      Seksyen  23(2)(a)ATIP memperuntukkan bahawa :
“(2) Mana-mana pemunya, operator atau nakhoda mana-mana pengangkut yang disebut dalam subseksyen (1) yang –
 
(a) Dengan diketahuinya membenarkan atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa pengangkut itu digunakan bagi maksud membawa seseorang ke dalam Negara penerima atau Negara transit tanpa dokumen perjalanan yang dikehendaki bagi kemasukan sah orang itu ke dalam Negara penerima atau Negara transit itu;”
(b) ….
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
 
2.      Manakala Seksyen 23(1) Akta yang sama menyatakan bahawa :
 
“(1) Mana-mana orang yang merupakan pemunya, operator, atau nakhoda mana-mana pengangkut, yang mengambil bahagian dalam pengangkutan barang atau orang bagi keuntungan komersial hendaklah memastikan bahawa setiap orang yang menaiki pengangkut memiliki dokumen perjalanan bagi kemasukan sah orang itu ke dalam negara penerima atau Negara transit.”
 
3.      Bagi kesalahan memperdagangan kanak-kanak, berikut adalah elemen-elemen yang perlu dipenuhi oleh pendakwaan bagi mensabitkan OKT dengan pertuduhan ini:
 
                                i.            OKT merupakan pemunya, operator atau nakhoda mana-mana pengangkut;
                             ii.            OKT mengambil bahagian dalam pengangkutan orang;
                           iii.            seseorang atau orang yang di bawa tersebut tiada / tanpa dokumen perjalanan yang dikehendaki bagi kemasukan sah orang itu ke dalam Negara penerima atau Negara transit itu.
 
 (D) PENILAIAN KETERANGAN BERDASARKAN ELEMEN-ELEMEN
1.      Bagi membuktikan OKT adalah orang yang telah melakukan jenayah ini, pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan saksi-saksi pendakwaan SP1 hingga SP4 dan juga keterangan deposisi mangsa-mangsa yangn terlibat mengikut keterangan lisan dan keterangan keadaan yang kukuh “strong circumstantial eveidence” kes ini.
 
2.      Keterangan saksi-saksi pendakwaan berdasarkan elemen-elemen adalah seperti berikut :-
 
                    i.            OKT merupakan pemunya, operator atau nakhoda mana-mana pengangkut
 
·        Keterangan SP1 dan SP2 jelas menunjukkan bahawa OKT berperanan sebagai “awak-awak” yang berada di sebelah Tekong iaitu Abdul Aziz Bin Sidin (yang mana telah meninggal dunia)(selepas ini dirujuk sebagai Si Mati) yang sedang mengemudi sampan tersebut.
 
·        Keterangan menunjukkan semasa tangkapan, sampan SLS 004 yang dikemudi oleh Si Mati dengan bantuan OKT tersebut sedang membawa 12 orang lelaki yang mana 10 orang daripada mereka adalah warganegara Afghanistan dan 2 orang warganegara Indonesia menuju ke perairan Indonesia. Kesemua mereka ditangkap di kedudukan Latitud 03 23.3’ (N), Longitud : 101 6.5’ (E ) yang merupakan 1.5 batu nortika dari pantai Kuala Tanjong Karang.

 
·        Keterangan dari saksi menunjukkan OKT berperanan membantu tekong untuk mengemudi sampan tersebut. Maka, adalah jelas OKT adalah sebagai awak-awak disifatkan sebagai operator sampan tersebut.
 
                 ii.            OKT mengambil bahagian dalam pengangkutan orang
 
·           Keterangan menunjukkan bahawa dalam sampan tersebut terdapat 12 orang yang sedang di bawa untuk ke perairan Indonesia. Keterangan juga menyatakan bahawa mereka ingin masuk ke Indonesia dan seterusnya akan di bawa ke Australia.
 
·           Jelas, OKT yang bertindak sebagai awak-awak ini memngambil bahagian dalam pengangkutan kesemua penumpang tersebut. Walaupun hanya berperanan sebagai awak-awak, namun penglibatan beliau tidak dapat dinafikan kerana beliau turut ditangkap bersama-sama semasa tangkapan Tekong dan juga 12 penumpang tadi.
 
·           Malah, dalam keterangan Mangsa deposisi juga dapat menyatakan bahawa mereka telah berada di dalam sampan tersebut. Kesemua mereka dapat camkan gambar dan menerangkan gambar-agambar yang telah ditunjukkan pada mereka. Malah mereka juga dapat pastikan sampan mana yang mereka naiki. Memandangkan OKT ditangkap di sampan SLS 004 tersebut, jelas menunjukkan bahawa sememangnya, OKT terlibat dalam kes ini.
 
 
               iii.            seseorang atau orang yang di bawa tersebut tiada / tanpa dokumen perjalanan yang dikehendaki bagi kemasukan sah orang itu ke dalam Negara penerima atau Negara transit itu.
 
·        Berdasarkan keterangan yang ada, kesemua 10 orang warga Afghanistan tersebut mempunyai passport untuk masuk ke Malaysia. Walaubagaimanapun mereka tidak mempunyai apa-apa dokumen perjalanan yang sah untuk membolehkan mereka masuk ke Indonesia. Begitu juga dengan 2 orang warganegara Indonesia tersebut yang mana telah ditangkap tanpa sebarang dokumen yang sah.
 
·        Tambahan pula, kesemua mereka ini telah melalui jalan laut yang mana tidak diwartakan oleh Malaysia. Sepatutnya, mereka seharusnya melalui laluan yang telah diwartakan yang mana harus melalui pemeriksaan dan proses dari pihak Imigresen Malaysia.
 
·        Maka, jelas keterangan yang ada menunjukkan bahawa kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yamg sah. Ini jelas dapat dilihat di mana mereka tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen yang menunjukkan mereka sah untuk dihantar ke sana.
 
·        Samada, mereka ingin ke Indonesia ataupun Australia tidak menjadi isu memandangkan mereka semua tiada sebarang dokumen untuk masuk dengan sah bagi mana-mana Negara pun.
 
3.      Pihak pendakwaan berhujah bahawa segala elemen bagi seksyen kesalahan telah dipenuhi. Malah elemen-elemen pertuduhan juga telah dipenuhi di mana :-
 
                                i.            Kejadian berlaku pada 17/2/2009 pada jam lebih kurang 8.10 malam di dalam sebuah sampan SLS 004 di kedudukan perairan Kuala Tanjong Karang,
 
                             ii.            OKT telah mendapat keuntungan dengan membawa :
1.      Mohd Ali S/O Sultan No Passport : OR 976625;
2.      Mohd Amin S/O Sultan No Passport : OR 784033;
3.      Hussain Ali S/O Ewaz Ali No Passport : OR 759048;
4.      Ahmad S/O Jan Ali No Passport : OA 181631;
5.      Mohammad Ayoub S/O Mohd Ali No Passport : OR 1064642;
6.      Shahgul S/O Sayfali No Passport : OR 732867;
7.      Ghulam Salkhi S/O Anwar No Passport : SE 097538;
8.      Abrahim S/O Charman No Passport : OA 239941;
9.      Ghulam Haidar A/O Yosouf Ali No Passport : OA 182147;
10.Mr. Mohammad Reza S/O Hussain Ali No Passport : OR 735172;
Warganegara Afghanistan
11.Aris Sugiono warganegara Indonesia No. Passport : tiada
12. Jumadi Sugiono warganegara Indonesia No Passport : tiada
 
 
4.      Maka, adalah dihujahkan bahawa, segala elemen dalam pertuduhan telah berjaya dibuktikan.
 
(E) HUJAHAN
1.      Adalah dihujahkan bahawa semua elemen-elemen pertuduhan telah berjaya dibuktikan secara prima facie. Ini adalah kerana terdapat keterangan keadaan dan lisan yang kuat yang menunjukkan bahawa OKT telah terlibat dalam kes ini bersama-sama dengan Si mati.
 
2.      Di dalam kes ini SP1 dan SP2 sendiru telah menangkap okt dan Si MAti bersama dengan 12 penumpang tersebut sedang menuju ke perairan Indonesia. Walaupun pihak pembelaan menyatakan bahawa mereka masih di perairan Malaysia namun keadaan mereka yang ditangkap pada waktu tersebut adalah amat-amat mencurigakan. Adalah amat tidak munasabah penumpang-penumpang tersebut hanya bertujuan untuk bersiar-siar pada waktu malam dalam keadaan gelap tersebut.
 
3.      Justeru, sememangnya kesemua penumpang telah di bawa menaiki sampan tersebut bagi tujuan untuk ke Indonesia.
 
4.      Seterusnya, isu sampan tersebut samada mampu untuk menampung kesemua penumpang dan OKT dan Si Mat, pihak pendakwaan menyatakan bahawa sememangnya kesemua mereka berada di dalam sampan tersebut. SP1 dan SP2 mengesahkan bahawa sampan tersebut cukup untuk memuatkan kesemua mereka. Malah, dalam rakaman deposisi tersebut saksi-saksi sahkan bahawa mereka telah menaiki sampan berkenaan.
 
5.      Pihak pendakwaan berhujah sememangnya terdapat 12 orang penumoang pada waktu tersebut. Walaupun, hanya terdapat 3 sahaja penumpang yang Berjaya dirakam deposisi namun pihak pendakwaan menghujahkan bahawa kehadiran dan kewujudan penumpang yang lain sememangnya ada. Ini dapat di sokong dengan keterangan SP1 dan SP2 malah laporan polis yang dibuat juga menyatakan kesemua nama penumpang yang terlibat seperti di ekshibit P1. Mengapa keterangan bagi penumpang yang lain tidak dapat dirakam telah dijelaskan oleh SP4 di mana kesemua penumpang yang lain telah melarikan diri semasa diletakkan dalam Depoh tahanan perlindungan.
 
6.      Seterusnya, berkenaan terdapatnya penumpang yang lain dalam sampan tersebut telah juga dijelaskan oleh SP1, SP2 dan SP4. Pada masa tangkapan tersebut, sememangnya terdapat satu tangkapan lain yang mana terdapat satu lagi sampan bermuatan penumpang-penumpang yang juga ingin di bawa ke perairan Indonesia juga. Malah, telah diterangkan bahawa mereka telah ditangkap oleh pasukan yang lain.
 
7.      Berkenaan dengan gambar-gambar yang dikemukan tersebut juga telah dijelaskan oleh SP3 dan SP4. SP3 telah jelaskan bahawa negative bagi gambar kes ini sebenarnya telah dikemukakan di kes SA3-62-313-09 yang merupakan kes bagi tangkapan sampan yang satu lagi.
 
8.      Keterangan juga menunjukkan bahawa OKt telah dibayar oleh pihak ketiga. Ini adalah berdasarkan keterangan SP4. Malah, penumpang juga telah menyatakan bahawa mereka telah membayar sejumlah wang sebagai bayaran untuk di bawa ke Indonesia tersebut. OKT sendiri telah membantu untuk penumpang di bawa. Sekiranya tiada sebarang bayaran dibuat, mana mungkin OKT akan mengambil sebarang peranan dalam kes ini. Sememangnya OKT telah menerima bayaran dan keuntungan dengan membawa penumpang-penumpang ini.
 
9.      Pihak mendakwaan berhujah bahawa segala isu yang timbul tersebut bukanlah satu isu yang material memandangkan segala isu tersebut telah diperjelaskan oleh saksi-saksi yang ada.
 
10.Keterangan lisan adalah “the best evidence rule” yang mana di dalam seksyen 59 Akta Keterangan menyatakan bahawa segala fakta boleh dibuktikan keterangan lisan. Seksyen 60 Akta yang sama juga adalah berkaitan memandangkan SP1 dan SP2 ini sendiri yang telah melalui segala kejadian ini maka keterangan daripada SP1 dan SP2 ini adalah keterangan yang boleh diterima. Malah, keterangan SP1 dan SP2 adalah merupakan keterangan bersumpah.
 
11.Keterangan lisan daripada SP1 dan SP2 ini sendiri adalah mencukupi menunjukkan bayaran telah dijelaskan memandangkan seksyen 134 Akta Keterangan 1950 sendiri menyatakan bahawa tiada bilangan tertentu bagi saksi dikehendaki dalam mana-mana kes untuk membuktikan sesuatu fakta.
 
12.Maka adalah dihujahkan bahawa segala elemen-elemen pertuduhan telah berjaya dipenuhi dan segala isu-isu yang timbul bukanlah satu isu yang material hingga mematahkan kes pendakwaan.
 
(F) KESIMPULAN
1.      Berdasarkan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan, maka adalah jelas pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan secara prima facie kesemua intipati-intipati pertuduhan terhadap OKT. Pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah untuk menafikan keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan. Beban bukti di tahap prima facie jelas terbukti di akhir kes pendakwaan terhadap tertuduh atas kesalahan di bawah Seksyen 23(2)(a) ATIP.
 
2.      Oleh itu, pihak pendakwaan dengan rendah diri memohon kepada Mahkamah Yang Mulia ini untuk memanggil OKT untuk memasukkan pembelannya selaras dengan Seksyen 173(h)(i) Kanun Tatacara Jenayah.
 
HUJAHAN PIHAK PEMBELAAN
 
1)    OKT dalam kes ini bukanlah dalam kategori master, conveyance ataupun operator. Peranan OKT dalam kes ini tidak boleh disamakan dengan Tekong yang mengemudi sampan tersebut.
 
2)    Saksi yang dipanggil tidak dapat memastikan kedudukan tangkapan tersebut walaupun telah berpengalaman selama sepuluh tahun dalam marin. Ini kerana apabila ditanya berapa jauh lagi dari kedudukan tersebut dari Perairan Indonesia, saksi tidak dapat menjawabnya.
 
3)    Terdapat keraguan samada sampan yang digunakan tersebut dapat menampung penumoang-penumpang yang ada. Gambar yang ditunjukkan tidak menerangkan peranan gambar tersebut diambil. Walaupun saksi menyatakan sampan boleh dibuka dalamnya untuk memuatkan penumpang, namun gambar yang ada tidak mencerminkan keadaan itu.
 
4)    Terdapat watak-watak lain yang telah ditimbulkan semasa perbicaraan serta semasa deposisi di ambil yang mana kesemua mereka tidak dipanggil untuk memberikan keterangan.
5)    Dikatakan terdapat 2 tangkapan pada hari berkenaan menimbulkan keraguan samada penumpang yang telah diambil deposisi tersebut adalah penumpang yang sama.
 
6)    Tiada bukti bahawa OKT menrima wang atau bayaran daripada mana-mana pihak berdasarkan deposisi yang di ambil. Keterangan yang ada, wang hanya dibayar pada pihak yang bernama Hassan.
 
ALASAN PENGHAKIMAN
 
1)    Terdapat kelompongan dalam kes pendakwaan yang mana beberapa persoalan yang tidak terjawab.
 
2)    Timbul beberapa watak yang ada kena mengena dengan kes ini di peringkat kes pendakwaan namun tiada siasatan dibuat oleh pegawai penyiasat terhadap nama-nama tersebut. Ini jelas dinyatakan dalam deposisi dan menunjukkan bahawa siasatan pegawai siasatan adalah lemah dan tidak lengkap.
 
3)    Tiada keterangan yang menunjukkan bahawa OKT terima apa-apa duit atau orang yang terlibat dalam kes ini.
 
 
HUKUMAN : LEPAS DAN BEBAS TANPA OKT DIPANGGIL MEMBELA DIRI

TAJUK KURSUS YANG DI TAWARKAN

1. PENGENALAN KEPADA KTN
2. SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
3. KUASA MENANGKAP DAN MENAHAN MENGIKUT KTN DAN CPC
4. PROSEDUR TANGKAPAN DAN PENAHANAN
5. LAPORAN POLIS DAN FIR
6. PENGURUSAN BARANG KES
7. INTIPATI KESALAHAN MENGIKUT SEKSEN 425
8. INTIPATI KESAHAN MENGIKUT SEKSEN 426
9. PERAMPASAN DAN LUCUT HAK BARANG KES
10. KUASA MENYIASAT DAN KTN DAN CPC
11. KAEDAH MERAKAM PERCAKAPAN
12. MENGURUSKAN OKT DARI AWAL HINGGA AKHIR
13. PENYEDIAN KERTAS SIASATAN
14. PENYEDIAAN FAKTA KES DAN PERTUDUHAN
15.RUJUKAN KES KEPADA TPR
16. PENDAFTARAN KES DAN BORANG-BORANG MAHKAMAH
17. AKTA KETERANGAN 
18. TUGAS DAN PERANAN PEGAWAI PENDAKWA
19. TEKNIK BERHUJAH
20. PENGHUKUMAN.
21. OPERASI MEMUSNAH DAN PELAN KONTIGENSI.
22. PENCEROBOHAN TANAH MILIK DAN MENYELESAIANNYA
23. BONOS - PECEROBOHAN TANAH MILIK DAN PENYELESAIAN
                  PELAN A, PELAN B, PELAN C, PELAN D, PELAN E, PELAN F.
                  AFFIDAVIT DAN KES –KES DULUAN MAHKAMAH

A.    SASARAN PESERTA

1.      PENOLONG PEGAWAI TANAH
2.      KAKI TANGAN PEJABAT TANAH
3.      PEGAWAI PENYIASAT SPRM
4.      PEGAWAI PENYIASAT PDRM
5.      PELAJAR UNIVERSITI YANG BERKAITAN
6.      PERUNDING HARTA TANAH
7.      LAIN-LAIN PEGAWAI YANG DILANTIK DI BAWAH S. 12 KTN
8.      LAIN-LAIN YANG BERMINAT .

B.    JANGKA MASA – HUJUNG MINGGU SABTU DAN AHAD/RUNDINGAN
C.   TEMPAT – TAIPING ATAU DITENTUKAN PEMOHON

D.   BAYARAN 1 HARI RM 1000.00.

No comments:

Post a Comment