Manual
Prosedur Kerja dan Fail Meja dapat meningkatkan Delivery System jabatan
Banyak jabatan mendapat teguran audit
kerana tidak menyediakan manual prosedur kerja dan fail meja . Pekeliling
Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.8 1991 dikeluarkan khusus mengenai garis panduan
bagi menyediakan manual prosedur kerja (MPK) dan fail meja . Kedua-dua dokumen
ini merupakan alat pengurusan yang dapat menyumbangkan kepada peningkatan
kecekapan serta keberkesanan jabatan / pejabat dalam melaksanakan delivery
system kepada pelanggan. Namun begitu ianya selalu diabaikan oleh jabatan
sehingga mendapat teguran audit. Jika ada pun sesetengahnya tidak mengemaskini
mengikut keperluan terkini.
Ketua jabatan perlu melaksanakan
tindakan segera bagi mengelakan tegoran audit yang berulang-ulang .
Bengkel
penyediaan MPK dan FM perlu dilaksanakan dengan segera. MPK dan FM disediakan
bertujuan untuk : Merekodkan semua prosedur dan pengaturan kerja untuk dijadikan
rujukan rasmi. Mewujudkan keseragaman dalam cara menjalankan kerja. Menentukan
peraturan jabatan / pejabat dipatuhi. Mengurangkan kesilapan-kesilapan operasi
semasa menjalankan tugas. Memendekkan masa latihan bagi pekerja-pekerja baru.
Menyenangkan pertukaran staf dari satu jabatan ke jabatan yang lain.
Menyenangkan kajian keatas sistem kerja dan membolehkan pembaikan dibuat
Mengurangkan arahan lisan. Menjelaskan kuasa dan hubungan kerja dengan pegawai
lain.
Manual prosedur kerja merupakan dokumen rasmi diperinkat jabatan
menyatakan secara terperinci mengenai Latar belakang jabatan/pejabat , Objektif
jabatan/pejabat, Carta jabatan/pejabat, fungsi-fungsi utama jabatan/pejabat ,
aktiviti-aktiviti bagi fungsi-fungsi utama, pProses kerja aktiviti-aktiviti
utama, carta aliran kerja aktiviti-aktiviti utama dan senarai borang-borang
yang digunakan .
Setiap pegawai hendaklah menyediakan
fail meja masing-masing bagi meningkatkan kecekapan & keberkesanan dalam
menjalankan tugas harian. Fail meja dapat memberi panduan terperinci mengenai
semua tugas. Ianya akan melancarkan dan memudahkan kerja-kerja harian. Ianya
juga akan menjadikan seseorang individu itu bertanggungjawab dalam jabatan.
Setiap pegawai akan mengetahui kedudukan individu di dalam jabatan.
Kandungan
sebuah fail meja terdiri daripada , Objektif jabatan/pejabat , Objektif
bahagian/unit, Carta organisasi jabatan/pejabat , Carta organisasi kedudukan
pegawai , Senarai tugas/kuasa dan hubngan , Peraturan-peraturan pentadbiran
,Proses kerja ,Carta aliran kerja ,Senarai semak/checklist,Senarai
undang-undang/peraturan , Senarai jawatankuasa yang dianggotai ,Senarai
borang-borang yang digunakan ,Norma kerja ,Senarai tugas harian.
Mana-mana jabatan yang ingin
menganjurkan bengkel bolehlah berhubung dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan
Terengganu, Bahagian Latihan atau berhubung terus dengan saya melalui e-mail : jahani.ismail@gmail.com. Telefon
: (0199539402).
No comments:
Post a Comment