Business
Plan sebagai alat pengurusan organisasi yang berkesan
Business Plan bertujuan untuk merancang
pelaksanaan program yang telah ditetapkan untuk sesebuah organisasi berjaya
dengan suksesnya. Perancangan aktiviti yang dilaksanakan dalam business plan
mencakupi penetapan matlamat dan arahan-arahan yang akan dilaksanakan oleh
jabatan atau organisasi. Matlamat yang hendak dicapai hendaklah realistik (dapat
dicapai): spesifik, dapat diukur, dan adanya time frame (batasan waktu). Ianya
memerlukan commitment dari semua staf yang terlibat dalam perancangan aktiviti
tersebut. Pelan perancangan aktiviti yang dibuat haruslah fleksibel supaya jika
berlakunya kekangan ia boleh diubahsuai dengan merangka strategi dan cadangan
(alternatif) baru supaya perancangan aktiviti dapat disusun semula.
Apa itu business plan ?
Business Plan adalah sebuah dokumen
bertulis yang memperincikan segala aktiviti yang dirancang sepanjang tahun.
Dokumen tersebut seharusnya lengkap dan mencakupi informasi-informasi tentang
aktiviti yang hendak dilaksanakan. Setiap aspek aktiviti perlu dinyatakan.
Penerangan berkaitan dengan aktiviti yang dirancangkan akan memberi gambaran
yang lebih jelas tentang aktiviti yang menjadi core business sesuatu
organisasi. Kemana arah tuju organisasi tersebut akan dibawa, dan bagaimana
mencapainya jelas dapat digambarkan dalam business plan tersebut. Kegunaan
business plan dilihat dari berbagai demensi bergantung kepada organisasi
berkenaan. Bagi organisasi yang berorientasikan business ia adalah sebuah
proposal perniagaan atau pun prospectus pelaburan. Walau apa pun penggunaanya
sebuah business plan adalah mendokumentasikan idea aktiviti yang rancang. Sebuah
garis panduan perlaksanaan aktiviti. Mengukur prestasi dan perlaksanaan
aktiviti dan sebagainya. Sebagai contoh Pejabat Setiusaha Kerajaan Terengganu (
Pembangunanan Manusia ) mendokumentasikan business plan untuk merangcang
aktiviti tahunan setiap unit dan bahagian. Ia akan menjadi garis panduan kepada
kakitangan agar tidak terlepas pandang dalam melaksanakan aktivi yang
dirancang.
Idea bagi mengadakan business plan di
Bahagian Pembangunan Manusia Pejabat Setiusaha Kerajaan Terengganu telah
dimulakan oleh Tuan Hj Wan Nawawi bin Hj Wan Ismail, Timbalan Setiusaha
Kerajaan (Pembangunan Manusia). Keberkesanan perlaksanaan business plan sebagai
alat pengurusan boleh dijadikan garis panduan kepada jabatan lain.
No comments:
Post a Comment