Friday, 11 October 2013

“succession planning” bagi melahirkan Pegawai Tadbir yang dihormati dan disegani


Dalam pembangunan organisasi “succession planning” adalah proses mengenalpasti dan menyediakan pemimpin yang sesuai melalui pemantauan, latihan dan job rotation untuk mengambil alih tugas kepimpinan dan pengurusan apabila pemimpin yang ada bersara atau tidak ada lagi dalam organisasi. Sukar kita bayangkan sekiranya tiada pemimpin pelapis yang sesuai bagi menggantikan atau mengambil alih tugas pemimpin yang bersara.
Apabila “Succession Planning” dilaksanaknakan pegawai yang memimpin sesebuah organisasi perlu mengenalpasti pegawai bawahan untuk di “grooming” sebagai pemimpin pelapis organisasi tersebut. Ini penting kerana untuk membangunkan seorang pengurus dan pemimpin yang berpotensi mengambil masa bertahun-tahun lamanya.
Pegawai tinggi yang akan meninggalkan perkhidmatan adalah pakar dalam pelbagai disiplin, sama ada dalam bidang pentadbiran dan pengurusan mahupun dalam bidang ikhtisas. Pengalaman dan kepakaran mereka adalah tidak ternilai dan sudah tentu kita akan kehilangan satu aset paling penting kepada pentadbiran awam. Namun demikian ada di antara mereka terus berkhidmat dengan Kerajaan untuk beberapa ketika.

Seharusnya tempat mereka ini dapat diganti oleh pemimpin pelapis yang akan mengambil alih tempat pegawai yang akan bersara tadi. Kepakaran dan pengalaman yang terkumpul selama bertahun ini dapat dimanfaatkan dan dipindahkan kepada pegawai pegawai muda lebih awal sekiranya Succession Planning dapat dilaksanakan .

Pemimpin pelapis yang dilantik bagi megang jawatan yang lebih tinggi dan menerajui pelbagai jabatan adalah atas prestasi cemerlang yang melayakkan mereka dinaikkan pangkat serta melangkah ke satu lagi tahap yang lebih tinggi dalam kerjaya masing-masing. Jika perancangan untuk peralihan ini telah dilaksanakan lebih awal ia nya tidak mempunyai kesukaran untuk meneruskan usaha-usaha yang telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin sebelum ini. Malah ada antara pegawai-pegawai ini telah bersama dengan bos masing-masing sama ada sebagai timbalan atau immediate subordinate dan sekarang mengambil alih tugas dan tanggungjawab mereka.

Dalam konteks Pentadbiran Awam Negeri Terengganu “Succession Planning” seharusnya dilaksanakan keatas Pegawai Tadbir Negeri. Walaupun pemimpin datang dan pergi namun pemimpin yang telah dikenalpasti bagi mengambil alih sesuatu jawatan seharusnya di “groom” dari awal. Perancangan teliti perlu dilaksanakan bagi melahirkan pemimpin dan Pengurus yang dihormati dan disegangni.

Kuala Terengganu. 1 Julai 2008 Seramai 15 orang Pegawai Tadbir Negeri Terengganu telah menghadiri Seminar Leadership Grid yang dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu selama tiga hari bermula 29 Julai yang lalu bertempat di Grand Continetal Kuala Terengganu. Seminar dikendalikan oleh En Abd Malik dan En Azahar dari Grid International Malaysia. Perasmian penutup disempurnakan oleh KPSU (Strategik) pada jam 9.00 malam.

Gaya kepimpinan yang diasaskan oleh Blake dan Mouton mengenal pasti empat gaya asas yang keterlaluan (tiap-tiap satu dinyatakan mengikut suatu kontinum berdasarkan skala dan 1 hingga 9). Mengikut nya 1,1, (juga disebut pengurusan laissez-faire) pengurus-pengurus kurang menitikberatkan hal-hal pekerja ataupun pengeluaran dan memegang peranan yang minimum sebagai pemimpin dan pengurus. Yang paling bententangan dengan ini terletaknya gaya 9, 9, (pengurusan berpasukan atau yang demokratik) yang menunjukkan melalui kegiatan pengurus, terdapat peningkat dedikasi yang tertinggi terhadap kedua-duanya, iaitu pekerja dan pengeluaran.

 Blake dan Mouton menegaskan bahawa gaya ini merupakan kelakuan kepimpinan yang paling berkesan yang dapat mempertingkatkan prestasi, merendahkan ketidakhadiran dan pusing ganti pekerja, serta memupuk kepuasan yang tmggi.

Suatu lagi ialah gaya pengurusan 1, 9, disebut juga pengurusan country club, di mana pengurus-pengurus tidak ataupun paling kurang mementingkan pengeluaran, tetapi amat mementingkan pekerja sahaja. Apa yang diwujudkan ialah persekitaran di mana semua pekerja merasa gembira dan senang hati tanpa apa-apa komitmen terhadap pengeluaran usaha bersatu untuk mencapai matlamat organisasi. ini berbanding pula dengan gaya 9, 1, (kadangkala disebut pengurus autokratik) yang hanya menitikberatkan penubuhan operasi cekap tanpa inengambil kira hal-ehwal pekerja.

Dengan menggunakan keempat-empat titik yang keterlaluan ini, setiap teknik atau gaya kepengurusan boleh ditempatkan di dalam petak ini. Dengan jelasnya, pengurus mengikut gaya 5, 5 secara sederhana mementingkan kedua-duanya, iaitu pengeluaran dan kepuasan staf. Pengurus-pengurus ini rnencapai tahap moral dan pengeluaran yang mencukupi dan memuaskan tetapi pada tahap yang tidak begitu tinggi, di mana penubuhan matlamat dan jangkaan tidak begitu tinggi. Meskipun petak kepengurusan ini merupakan hal yang berfaedah untuk mengenal pasti dan mengelaskan gaya kepengurusan, tetapi penggunaannya adalah terhad. ini disebabkan petak ini tidak dapat rnemberi sebab mengapa seseorang pengurus itu terletak di sesuatu bahagian tertentu di petak tersebut. Perlu diselidiki faktor-faktor seperti corak peribadi pemimpin tersebut atan pengikut-pengikutnya, kebolehan dan latihan pengurus dan lain-lain faktor situasi di sebaliknya, yang juga mempengaruhi tingkah laku kedua-dua peniimpin dan pengikut itu.


Harapan KPSU kepada peserta supaya bersedia menyahut cabaran dan jadikanlah yang terbaik diantara yang terbaik. Dalam konteks perkhidmatan awam di Terengganu kita berada di persimpangan antara politik dan pentadbiran. Berhati-hatilah menguruskannya. 

No comments:

Post a Comment