Mencapai
target dan sasaran
Sepatutnya
perjumpaan kakitangan diadakan sekurang-kurangnya setiap bulan. Walau bagaimana
pun perancangan yang dibuat tersebut tidak berlaku. Banyak alasan boleh
disenaraikan. Target tersebut tidak tercapai kerana “ maknga’ kita” . Istilah
maknga’ cukup popular dengan orang Terengganu. Banyak pekerjaan tak menjadi
kerana maknga kita. Sikap maknga atau lereeee ini menyebabkan target yang
disasarkan sering terlepas sasaran.
Bagaimana untuk mencapai target ?.
Target juga disebut sasaran.
Untuk mencapai target pastikan sasaran kita tepat.
Sasaran yang hendak dicapai mesti boleh diukur atau boleh dilaksanakan. Menetap
target yang hendak dicapai perlu mengambil kira ciri-ciri SMART ia itu
spesific, mesurable, attainable, resornable dan time frame. Sasaran jelas,
boleh diukur dan boleh dikira. Ia hendaklah sesuatu yang boleh dicapai serta
munasabah dan mempunyai tempuh masa tertentu untuk mencapai sasaran.
Guna target sebaik mungkin untuk
mencapai sasaran. Apakah kita telah beri perkhidmatan yang terbaik untuk
selaras dengan fungsi perkhidmatan kita. Barang kali ada diantara kita yang
menyerahkan kepada ketua jabatan unuk memastikan target tercapai. Jika itu yang
berlaku , maknanya kita tidak ada nilai bersama dalam organisasi. Seorang
sahaja sibuk yang lain releks sahaja. Contoh bila pergi tahlil walau pun semasa
menghadiri tahlil itu niatnya sama untuk doakan tuan rumah, Jika imam lambat
sampai apa jadi. Ketidak perihatinan bersama menyebabkan kita jadi maggaa. Ini
adalah penemuan awal mengapa kita jadi maknga.
Oleh itu bila kita dapat wujudkan
semagat kekitaan sesama kita, maka sasaran kita lebih mudah untuk dicapai. Bila
kita terima 'complain' apa tindakan kita. Cepat bertindak itu adalah alasan
yang bagus. Kita mula mencari dimana salah dan silap dan cuba betulkan keadaan.
Walau pun ada budibicara dalam menangani komplain tetapi tidak semestinya kita
langgar peraturan yang ada. Perkara yang boleh buat ialah laksanakan perubahan
untuk menghasilkan perkhidmatan yang terbaik . Alat yang paling baik untuk
mencapai target ialah memperbaiki kelemahan yang ada.
No comments:
Post a Comment