Thursday 17 October 2013

Kepentingan menunut ilmu

Kepentingan menunut ilmu


*              Hukum menuntut ilmu.
Menuntut ilmu adalah wajib menurut Islam.
                Firman Allah s.w.t. maksudnya:
Bertanyalah kepada orang yang mengetahui (alim) sekiranya kamu tidak mengetahui
Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya:
menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap orang Islam.

*              Keutamaan menuntut ilmu.
Ilimu adalah diibaratkan sebagai cahaya manakala kejahilan sebagai kegelapan. Tanpa cahaya manusia akan meraba-raba mencari arah.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Dan apakah orang yang sudah mati, kemudian dia kami hidupkan dan kami berikan kepadanya cahaya yang terang, dengan cahaya itu ia dapat berjalan ditengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya? 
Firman Allah s.w.t. lagi:
Allah s.w.t. mengangkat darjat orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan orang-orang yang berilmu diangkat beberapa darjat lagi.
                Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
Apabila mati seseorang hamba terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara; sadaqah jariah, ilmunya yang dimanfaatkan oleh orang lain sesudah kematiannya dan doa dari anaknya yang soleh.
Sabda Rasulullah S.A.W. lagi:
Perumpamaan orang yang berilmu berbanding dengan seorang ahli ibadat  adalah seperti cahaya bulan berbanding bintang-bintang.

Sabda Rasulullah S.A.W. :
Sesiapa yang menuruti sesuatu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah s.w.t. akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga, sesungguhnya para malaikat menghamparkan sayap-sayapnya (menghormati) kepada orang yang menuntut ilmu kerana reda terhadap apa yang dilakukannya. Segala makhluk dilangit dan dibumi sehinggakan ikan-ikan di lautan memohon keampunan daripada Allah s.w.t. untuk orang yang alim. Kelebihan orang yang alim berbanding hamba yang suka beribadat (tetapi tidak alim) adalah seperti cahaya bulan berbanding bintang-bintang. Ulama adalah pewaris nabi-nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan harta atau wang ringgit, sebaliknya mereka mewariskan ilmu, sesiapa yang mengambilnya maka ia telah mendapat keuntungan yang besar.

*              Keutamaan majlis ilmu.

Sabda Rasulullah S.A.W. :
Apabila kamu melewati taman-taman syurga maka bermewah-mewahlah (halobalah) lalu sahabat bertanya, apakah di taman-taman syurga ya Rasulullah S.A.W? jawab baginda, majlis ilmu.


*              Keutamaan ilmu

Ilmu terbahagi kepada tiga;
a.  ilmu agama.
b.  ilmu kehidupan. (berhubung dengan kemasyarakatan)
c.  ilmu pengkhususan.

Ilmu agama terbahagi kepada dua.
a.  Fardu ain.
b.  Fardu kifayah. (begitu juga ilmu kehidupan dan pengkhususan)

Ilmu yang terpenting ialah ilmu agama kerana ia bukan sahaja akan membawa kebahagian di dunia bahkan akan berterusan hingga ke akhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. kebaikan keatas dirinya, akan diberikannya ilmu dalam perkara agama.

*              Kedudukan orang yang berilmu disisi Allah s.w.t. dan manusia.

Orang yang berilmu mendapat kedudukan yang mulis disisi Allah s.w.t.
firman Allah s.w.t. :
Katakanlah hai muhammad ! sesekali tidak sama orang-orang yang mengetahui (alim) dengan orang-orang yang tidak mengetahui.

Sesungguhnya syaitan lebih menggeruni seorang fakih (alim) berbanding seribu ahli ibadat. Ini kerana ahli ibadat amalannya hanyalah untuk dirinya sahaja sedangkan fakih menjadi pelita menyuluh umat.

*              Faedah menjadi orang yang berilmu.


Terlalu banyak.

No comments:

Post a Comment