Sunday, 20 October 2013

BENCI RASUAH- MAKLUMAT MAYA UNTUK RENUNGAN

BENCI RASUAH
detik.daily
Oleh : KAKEK
“Habis dah tanah negeri Selangor”, titah Almarhum Sultan Salahuddin, Sultan Selangor beberapa tahun lepas.
Kekesalan ini dilafazkan oleh almarhum Sultan Selangor kerana rasa kecewa yang amat sangat terhadap sikap bekas MB Selangor ,Tan Sri Mohamad Taib yang mengagihkan tanah Negeri Selangor kepada kroninya dan konco-konco dalam Umno sesuka hati.
Kebimbangan Almarhum Sultan rupa-rupanya tidak diendahkan oleh MB-MB Selangor selepas itu. Dato’ Abu Hasan tetap memberikan sebahagian tanah kepada kroni dan konco-konconya ketika menjawat MB Selangor.
Lebih dahsyat sekarang ini, Khir Toyo, MB Selangor dalam masa yang sungguh singkat telah membahagi-bahagikan tanah di Selangor kepada konco-konco dan kroninya.
Berikut disenaraikan sebahagian daripada pemimpin Umno atau kroni atau proxy mereka yang telah mendapat tanah dan dijual serta merta kepada pengusaha Cina.

(SENARAI 22 NAMA DAN PEROLEHAN LABA YANG BERNILAI JUTAAN RINGGIT DIKELUARKAN UNTUK ELAK FITNAH - MAKLUMAT MAYA INI HANYA UNTUK RENUNGAN AGAR MEMBENCI RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA)
Hasil jual tanah , YB-YB Selangor bergaya dengan kereta mewah, Mercedes berbagai model.Lihat sahaja kelakuan wakil-wakil rakyat Umno Selangor. Belum sepenggal jadi YB sudah menggayakan kereta mercedes. Sombong pulak tu.
Tanah ini tidak termasuk tanah lot kedai atau banglo yang diberikan kepada orang Umno dan telah dijual. Kerja utama orang Umno adalah mencari tanah dan bila dapat — jual.
Penulis menyokong penuh cadangan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang supaya Pejabat Daerah dan Tanah mendedahkan senarai pemimpin Umno dan kroni yang dapat tanah dan dijual.
Penulis cuba menyemak kembali nama-nama dan nama syarikat yang mendapat tanah di salah sebuah pejabat daerah tetapi telah diherdik dan diancam.
Kepada bekas MB Selangor,Mohamad Taib sila nafikan dakwaan ini.
Kita merasa hairan, mengapa tanah TOL yang disewakan kepada Dato’ Hasan Ali seluas 6 ekar sejak hampir 10 tahun dan masih diusahakan telah dijadikan isu besar. Apakah jasa Dato’ Hasan Ali yang mendidik anak-anak dipandang begitu hina berbanding jasa pegawai Mardi (orang asal Indonesia kerja jual jamu) yang diberikan tanah 10 ekar di Kuala Selangor dan telah dijual itu lebih mulia?.
Apakah kerana menjual jamu untuk “kuat itunya Mat Taib” maka Mat Taib sudah menganggap pegawai berkenaan sudah berjasa besar kepada negara sehingga dikurniakan 10 ekar tanah? Ramai lagi pegawai Mardi yang bertungkus lumus memajukan petani dan anak watan tetapi tidak mendapat seinci tanah pun dibumi Selangor ini.
Sindiket menjual tanah oleh pemimpin Umno cukup licik. Mereka memohon tanah atas nama syarikat dua ringgit dan ada proxy. Apabila permohonan oleh mana-mana syarikat diluluskan oleh Exco maka Pejabat Daerah dan Tanah akan mengeluarkan borang A kepada syarikat yang memohon sebagai tanda permohonan lulus. Maka pengarah syarikat itu pun mencanangkan Borang A keseluruh negeri untuk menjualkannya.
Biasanya tanah dijual dengan harga juta-juta. Pengusaha Cina akan membeli syarikat 2 ringgit berkenaan dan secara otomatik tanah milik syarikat itu ikut terjual.Contoh telah diberikan oleh Khir Toyo bagaimana 4 syarikat yang tak mampu bayar premium tanah telah dibeli oleh U-Wood Bhd. Hampir 100% mana-mana atau proxy pemimpin Umno yang dapat tanah telah terjual kepada pengusaha sama ada pengusaha Cina dalam atau pengusaha luar negeri.
Kepada pemimpin Umno,jangan berlagak sombong kununnya Umno sahajalah pembela bangsa. Tetapi nyatanya Umnolah sebagai perosak , pemusnah bangsa,agama dan tanah air.

No comments:

Post a Comment