Tuan TPR,
Merujuk kepada minit Pegawai Penyiasat dan kertas siasatan
kes ini, pihak pentadbiran tanah berpuashati wujud asas untuk diambil tindakan
pendakwaan. Mereka yang ditahan boleh dituduh menggali tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah dari Pihak Berkuasa Negeri dan gambar gambar di tempat kejadian jelas
menunjukan kerja-kerja menggali tanah kerajaan untuk mengambil pasir sungai.
Pihak pentadbiran tanah menghubungi Jabatan Parit dan Saliran melalui Jurutera
Daerah dan Timbalannya serta surat yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Parit
dan Saliran bahawa tiada apa-apa kebenaran dikeluarkan kepada OKT untuk tujuan
mendalamkan sunagi Jelai bagi tahun 2011. Pihak Jabatan Parit dan Saliran juga
melarang kerja-kerja korekan pasir di kawasan yang kurang dari 300 meter kerana
ia kan menjejaskan struktur jambatan dalam jangka panjang.
Siasatan yang telah dijalankan oleh Pegawai Penyiasat
mendapati jarak lokasi kejadian dengan jambatan Sungai XXXXXX adalah 190 meter iaitu kedudukan excavatot dan 216 meter
iaitu kedudukan RB dari jambatan.
Pada pandangan pihak pentadbiran, Kanun Tanah Negara jelas menyebut perbuatan menggali atas tanah kerajaan adalah melakukan kesalahan jika tidak mendapat
kebenaran dari Pihak Berkuasa Negeri iaitu peruntukan di bawah 425(1)(b) Kanun
Tanah Negara.
Pihak Pentadbiran berpandangan bahawa berdasarkan keterangan
yang dirakamkan dari kesemua saksi, gambar-gambar dan barang kes iaitu bukit
pasir atau stokpail pasir yang wujud dari kerja-kerja menggali pasir sungai
menjadikan kes ini telah mencapai ketahap prima facie.
Mengambil kira sumbangan kerja-kerja mendalamkan sungai
adalah dilakukan oleh pihak yang sama dan telah memberi sumbangan kepada
penduduk di sekitar Mukim XXXXXX,
khususnya Jelai kerana membantu mengelakan banjir dam dalam masa yang sama pihak Jabatan Parit
dan Saliran juga memaklumkan bahawa mereka dapat menjimatkan RM 80,000.00
setahun jika kerja-kerja mendalam pasir sungai dilakukan tanpa perlu melantik
kontrektor oleh pihak JPS bagi mendalamkan sungai Jelai.
Pihak pentadbiran merasakan wajar diberi pertimbangan untuk
dikompaun mengikut peruntuakan yang ada dalam Kanun Tanah Negara seksen 429B.
Pentadbir Tanah,
XXXXXX
No comments:
Post a Comment