Tuan Pentadbir Tanah,
Kes tangkapan kerana menggali
atau mengorek pasir sungai di atas tanah kerajaan tanpa kebenaran. Ia merupakan
satu kesalahan mengikut seksen 425(1)(b)
Tangkapan mengikut seksen
426A(1)(a) oleh petugas unit penguatkuasa dari Pejabat Daerah dan Tanah XXXXXX
pada XX. XX.XXXX di wilayah XXXXXX, berhampiran
Jambatan Sungai XXXXXX pada kira-kira jam XX.XX petang.
Mereka yang ditangkap adalah dua
orang lelaki Cina. Seorang darinya adalah pemandu excavator dan seorang lagi
pemandu RB. Ketika tangkapan mereka didapati baru selesai mengorek atau
menggali pasir sungai untuk dijadikan stokefile.
Ringkasan keterangan, fakta kes
dan ringkasan keterangan bahan bukti adalah seperti lampiran.
Hasil siasatan mendapati
kedua-dua OKT yang ditahan tidak dapat menunjukan apa-apa kebenaran menggali
atau mengorek tanah kerajaan untuk dijadikan stokefile. Kerja-kerja menggali
dilakukan atas tanah kerajaan iaitu dasar sungai.
Barang kes dalam kes tangkapan
ini tidak dapat disita kerana tidak dapat bantuan roadloader untuk membawa
kedua-dua barang kes iaitu excavator dan RB ke pejabat.
Dicadangakan kedua-dua OKT ini
dikenakan kompaun mengikut seksen 429B atas kesalahan yang telah dilakukan.
Pohon kertas ini dirujuk kepada
Timbalan Pendakwa Raya untuk semakan dan arahan selanjutnya.
No comments:
Post a Comment