Tuesday 20 August 2013

KESALAHAN-KESALAHAN DIBAWAH KTN DAN PENGUATKUASAANNYA

1.0 PENGENALAN  

 Pada awal bulan ini, Peguam Negara telah menggesa supaya  perhatian serius kepada meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang  di negara ini dititikberatkan oleh semua agensi Penguatkuasa. Ini adalah kerana pelanggaran undang-undang yang tidak dikawal boleh mengakibatkan kehilangan hasil dan menjejaskan kredibiliti Kerajaan dalam menguatkuasakan undang-undang yang telah digubal. Lantaran itu semua pegawai yang terlibat dalam kerja-kerja penguatkuasaan di Pentadbiran Tanah hendaklah berperanan lebih proaktif dan bertanggungjawab  dalam menguatkuasakan undang-undang Kanun Tanah Negara 1965.  
Siri ke 8 ini menjelaskan secara ringkas peranan dan tanggungjawab pegawai penguatkuasa Pentadbiran Tanah dan juga menerangkan kesalahan-kesalahan yang termaktub dalam Kanun Tanah Negara 1965.

2.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENGUATKUASA  

2.1 RONDAAN  

Pegawai Penguatkuasa perlulah menyediakan jadual rondaan secara berkala ditempat-tempat yang ada kecenderungan yang tinggi berlakunya kes-kes pelanggaran undang-undang seperti pencerobohan tanah kerajaan, pengambilan dan pemindahan bahan batuan tanpa permit dan sebagainya. Kecenderungan yang tinggi bermaksud tanah kerajaan yang terletak ditempat-tempat yang susah di akses oleh para Pegawai Penguatkuasa atau tempat yang berdekatan dengan perkampungan.

2.2 PENYEDIAAN REKOD-REKOD YANG TERKINI  

Rekod-rekod maklumat tanah kerajaan yang telah diteroka hendaklah disimpan dan dipantau secara berterusan dari masa ke semasa. Selain daripada itu rekod-rekod tindakan yang telah diambil hendaklah juga disimpan secara teratur kerana tindakan undang-undang yang diambil terutamanya yang terlibat dengan kes mahkamah akan memakan masa yang agak lama.  

2.3 PEMANTAUAN

Pemantauan kerja-kerja oleh pegawai bawahan hendaklah dilaksanakan secara teratur dimana setiap lawatan atau rondaan yang dibuat hendaklah dilaporkan secara bertulis.

2.4 PELAPORAN  

Laporan-laporan yang dikemukakan oleh Pegawai bawahan hendaklah disusun mengikut urutan dan disimpan secara teratur supaya dipenghujung tahun dapat dibuat laporan bagi kes-kes penguatkuasaan supaya ianya dapat diambil tindakan susulan kepada mana-mana kes yang tidak dapat diselesaikan dalam tahun semasa. Laporan yang dikemukakan oleh pegawai bawahan mestilah mengikut format yang ditetapkan agar ianya menggambarkan peristiwa sebenar yang berlaku di lapangan. Laporan ini mestilah mengandungi butir-butir seperti lokasi, peta lakar, luas kawasan, status kawasan, sejarah kawasan, siapa yang terlibat, berapa ramai, sekiranya meneroka tanah kerajaan maka kenal pasti jenis tanaman dan berapa lama telah ditanam, ambil gambar kawasan tersebut, tarikh rondaan dibuat, , dapatkan butir- butir mereka yang terlibat dalam penerokaan tanah tersebut, menerangkan kesalahan-kesalahan di bawah KTN 1965 dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian dan sebagainya.    

2.5 TINDAKAN PENGUATKUASAAN  

Pegawai Penguatkuasa mestilah bertindak berdasarkan kepada arahan dari Pentadbir Tanah. Tindakan penguatkuasaan ini hendaklah berhikmah, tegas dan adil berteraskan peruntukan yang sedia ada. Sebagai contoh Tahap 1: Amaran lisan; Tahap 2: Amaran bertulis dengan notis dan Tahap 3: Tindakan Penguatkuasaan sama ada kompaun atau bawa kes ke Mahkamah.  

3.0 RINGKASAN KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH KANUN TANAH NEGARA 1965  

Menerusi siri  ini juga diperturunkan sebanyak tiga puluh (30) kesalahan yang dapat dicungkil dari Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 bagi memudahkan pembaca mengenal pasti pelanggaran-pelanggaran yang mungkin dilakukan oleh orang awam. Di samping itu juga dinyatakan penalti yang sepatutnya dikenakan sekiranya sabit kesalahan. Ringkasan kesalahan tersebut adalah sebagaimana berikut:-


BIL.
KESALAHAN
PENALTI/DENDA
1
Sek. 15 (1) (e) (i)
Gagal menyerah/menyampai apa-apa dokumen yang diminta mengikut Sek. 424 atau Sek. 175B (1) (b)
Denda tidak melebihi RM 500.00 atau penjara tidak melebihi 1 bulan atau kedua-dua sekali.
 Sek. 424 (1)
2
Sek. 19 (a)
Membocorkan maklumat
Tidak melebihi RM1,000.00 atau penjara tidak melebihi 6 bulan. Sek. 429 (a)
3
Sek. 20
 Membeli tanah lelong
Tidak melebihi RM1,000.00 atau penjara tidak melebihi 6 bulan. Sek. 429 (b)
4
Sek. 30  
Memberi keterangan atau pernyataan palsu
Denda tidak melebihi RM5,000.00. Jika gagal untuk membayar denda, boleh dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
 Sek. 422
5
Sek. 127
Melanggar syarat tetap dan jenis-jenis penggunaan tanah
Denda tidak melebihi RM500.00 dan denda tambahan tidak kurang dari RM100.00 bagi tiap- tiap hari pelanggaran berterusan.
 Sek. 127 (1A) (b)

Tanah dirampas.
Sek. 12
6
Sek. 375 (2)
 Mengalih DHD, Suratcara Buku Rekod dan dokumen lain yang mana keselamatannya di bawah tanggungjawab Pentadbir Tanah/Pendaftar
Denda tidak lebih RM1,000.00 atau penjara tidak lebih 6 bulan. Sek.429 (c)
7
Sek. 379 (1)
Tukar alamat tanpa memberitahu Pendaftar
Denda tidak lebih dari RM1,000.00 atau penjara tidak lebih 6 bulan.
Sek. 429 (d)
8
Sek. 398A
Kegagalan oleh Juruukur berlesen untuk menyempurnakan kerja-kerja ukur setelah Borang 29D
Denda tidak lebih RM5,000.00 atau penjara tidak lebih 6 bulan. Sek. 422
9
Sek. 400 (1)
Tidak mengendahkan Notis Supaya Hadir Masa Ukur (Borang 29A)
Denda tidak melebihi RM100.00 Sek. 400 (3)
10
Sek. 400 (2)
Tidak mengendahkan Saman Supaya Memberi Maklumat atau Mengemukakan Suratan-Suratan (Borang 29B)
Denda tidak melebihi RM100.00  Sek. 400 (3)
11
Sek. 400A
Kerja-kerja ukur tanpa lesen yang sah
Denda tidak lebih RM10,000.00 atau penjara tidak lebih dari satu (1) tahun atau kedua-dua sekali. Sek. 400A
12
Sek. 403
Mengganggu, merosakkan, memindah tanda sempadan dan lain-lain.
Denda tidak melebihi RM500.00 atau membayar kos pemulihan Sek. 403 (a) dan (b)
13
Sek. 422 (a)
Keterangan palsu:-
 (a) Sebarang urusan berkaitan tanah/KTN
 (b) Semasa siasatan mana-mana kesalahan KTN
 (c) Pemalsuan/pindaan maklumat
Denda tidak melebihi RM5,000.00. Jika gagal untuk membayar denda, boleh dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Sek. 422
14
Sek. 422 (b)
Denda tidak melebihi RM5,000.00. Jika gagal untuk membayar denda, boleh dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
 Sek. 422
15
Sek. 422 (i), (ii), (iii)
Denda tidak melebihi RM5,000.00. Jika gagal untuk membayar denda, boleh dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
 Sek. 422
16
Sek. 422 (d)
Denda tidak melebihi RM5,000.00. Jika gagal untuk membayar denda, boleh dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Sek. 422
17
Sek. 423
Mengubah, menambah, memadam, merosak atau memusnahkan mana-mana dokumen hakmilik/suratcara dan lain-lain
Denda tidak melebihi RM3,000.00 atau penjara tidak lebih dari 3 tahun atau kedua-dua.
Sek. 423
18
Sek. 424 (1)
Gagal mengemukakan dokumen:-
(i)                  Borang 2B di bawah kuasa Pengarah Negeri, Pendaftar, Pentadbir Tanah Sek. 15(1)(e).
(ii)                Warta bagi penggatian hakmilik Sek. 175(1)(b).
(iii)               Bila IDT diminta oleh Pendaftar bagi urusan pengeluaran salinan IDT kepada tuan punya bersama atau permohonannya Sek. 343 (4)
Denda tidak lebih dari RM5,000.00 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
 Sek. 424 (2)
19
Sek. 425 (1) (a), (b), (c)
Penerokaan/pendudukan tanpa sah
(i)                  Menduduki/membina bangunan
(ii)                 Menerang/menanam
(iii)               Memotong/mengalih kayu-kayan
Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-dua sekali
 Sek. 425 (1)
20
Sek. 425 (1A)
Bersubahat melakukan kesalahan di bawah Sek. 425 (1) (a), (b), (c)
Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-dua sekali
Sek. 425 (1A)
21
Sek. 425A
Menggunakan ruang udara tanpa permit
Denda tidak melebihi RM2,000.00 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-dua sekali.
 Sek. 425A
22
Sek. 426 (1)
Mengeluar/mengalih atau mengangkut bahan-bahan batuan tanpa permit.
Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak lebih dari 1 tahun atau kedua-dua sekali.
Sek. 426 (1)

Dan sebagai tambahan boleh dikenakan bayaran sejumlah wang bersamaan nilai bahan- bahan yang dikeluarkan atau dirosakkan kepada Pihak Berkuasa Negeri.
Sek. 426 (2)
23
Sek. 426 (1A)
Memiliki, menyimpan bahan-bahan batuan di bawah Sek. 426 (1) tanpa kebenaran.
Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak lebih dari 1 tahun atau kedua-dua sekali.;
Sek. 426 (1B)
24
Sek. 426 (1B)
Bersubahat melakukan kesalahan di bawah Sek. 426 (1) dan Sek. 426 (1A)
Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak lebih dari 1 tahun atau kedua-dua sekali.;
Sek. 426 (1B)
25
Sek. 427 (1)
 Membiar binatang ternakan meragut rumput di atas tanah kerajaan/rizab
Denda tidak lebih dari RM100.00 Sek. 427 (2)
26
Sek. 428 (2)
Menghalang hak lalulalang Pentadbir Tanah/Awam
(i)                  Jalan awam
(ii)                 Aliran air
(iii)               Tempat Awam
Denda tidak melebihi RM2,000.00 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-dua sekali.
Sek. 428 (2)
27
Sek. 428A
Menerima maklumat dari cara yang salah
Denda tidak melebihi RM1,000.00 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-dua sekali.
 Sek. 428A
28
Sek. 428AA
Kesalahan yang dilakukan oleh Pertubuhan Perbadanan  – Pengarah dan pegawainya adalah dianggap melakukannya bersama.
-
29
Sek. 429
Hukuman pelbagai:-
 a) Sek. 19 (yang melarang pegawai- pegawai yang dilantik di bawah KTN dari membuka perkara-perkara yang sampai ke pengetahuannya dalan menjalankan kewajipan-kewajipan mereka, 20, 375 dan 379; atau
 b) Sek. 20 (yang berkaitan dengan pembelian tanah oleh pegawai- pegawai yang dilantik); atau
c) Sek. Kecil (2) Sek. 375 (yang melarang pengalihan daftar-daftar hakmilik dll dari Pejabat Pendaftaran dan Pejabat Tanah); atau
d) Sek. Kecil (1) Sek. 379 (yang berkaitan dengan memberitahu Pendaftar mengenai penukaran alamatnya)
Denda tidak melebihi RM1,000.00 atau penjara tidak melebihi 6 bulan.
 Sek. 429
30
Sek. 429B
Kesalah-kesalahan yang boleh dikompaun – Kaedah Tanah Negeri
Kompaun yang tidak melebihi RM500.00
 Sek. 429 B (1)


4.0 PENUTUP  

Kesalahan-kesalahan yang dipaparkan hanyalah untuk panduan dan ingatan sahaja.  

No comments:

Post a Comment