Monday 19 August 2013

TANGKAPAN DAN PENAHANAN KAEDAH YANG PERLU DIPATUHI

TANGKAPAN DAN PENAHANAN

1. Tangkapan akan menyebabkan seseorang yang ditangkap hilang kebebasan yang diberi oleh perlembagaan.

2. Tangkapan bertujuan untuk memaksa kehadiran ke mahkamah bagi menjawab tuduhan jenayah.

3. Ianya juga adalah kaedah pelaksanaan undang-undang Negara.

4. Tangkapan hanya sah jika mengikut undang-undang  dan disempurnakan oleh orang yang mempunyai kuasa undang-undang untuk menangkap, kecuali tangkapan awam boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja jika kesalahan lazim ditangkap.

5. Tangkapan terbahagi dua iaitu konstruktif arrest dan actual arrest iaitu tangkapan semasa rondaan atau sekatan jalan dan tangkapan setelah pihak berkuasa dengan jelas menyatakan kesalahan tertentu dilakukan oleh oleh suspek mengikut undang-undang tertentu

6. Hanya yang diberi kuasa ada kuasa menangkap. Rujuk seksyen 426A KTN.

KAEDAH MELAKSANAKAN TANGKAPAN

1. Perlu diingat bahawa tangkapan salah akan menyebabkan penahanan yang salah dan pegawai terlibat boleh didakwa atau disaman serta ditidak dilindungi.(1969) 2 MLJ 219. DAN 1957 MLJ 237.

2. Hanya kes tangkap yang boleh ditangkap. Kes saman tidak boleh ditangkap dan tidak boleh diminta waran dari mahkamah untuk menangkap.

3. Rujuk Schedule 1 KPJ sebagai panduan. (1986) 2 MLJ 319

4. Tangkapan dapat disempurnakan dengan tiga cara iaitu menyentuh suspek, mengurung diri suspek atau suspek menyerahkan dirinya untuk ditangkap. Rujuk sek. 15 KPJ.

5. Pegawai penangkap boleh menggunakan apa cara untuk menangkap tetapi tidak boleh menyebabkan kematian bagi  kes di bawah KTN. Rujuk sek. 15(2) dan (3)

6. Menggunakan kekerasan jika perlu sahaja. (1974) 1 MLJ 103,(1968) 1 MLJ 209, (1969)2 MLJ 219

7. Pegawai penangkap perlu tunjukan kad kuasa. Rujuk 426A(2).(1977)2 MLJ 116 dan (1973)1 MLJ 54

8. Menggari suspek bukan satu kemestian tetapi jika ada cubaan untuk melarikan diri seumpaya kes tangkapan terhadap pendatang asing, boleh memohon anggota keselamatan untuk menggari.

9. Suspek perlu dimaklumkan sebab ditangkap dan dinyatakan kesalahanya dengan jelas mengikut undang-undang. Rujuk Perlembagaan Artikal 5 berkaitan hak asasi.

10. Jika suspek tidak mengetahui kesalahan, ia layak mengadu ke mahkamah untuk mendapatkan pembebasannya.

11. Suspek perlu diberi ruang untuk mengubungi keluarga atau penguamnya.

12. Suspek perlu dibawa ke balai polis berhampiran dalam masa kurang 24 jam.Sek 25 KPJ.

13. Bagi tujuan siasatan, suspek boleh direman di bawah 117 KPJ.

PROSEDUR SELEPAS TANGKAPAN

1. Membuat pemeriksaan badan bagi mengesan kemungkinan wujudnya senjata merbaya oleh suspek.  Penting untuk keselamatan pegawai  yang menangkap.

2. Juga bagi mendapatkan bahan bukti atau barang kes. Penting bagi elakan dari barang kes dilupuskan. Rujuk sek. 20 – 22 KPJ.

3. Pemeriksaan suspek wanita perlu dibuat oleh wanita. Sek 19 KPJ.

4. Barangan yang disita dari suspek perlu disenaraikan dan diakui oleh pegawai yang menangkap dan diserahkan kepada anggota polis di lokap suspek ditahan. Tujuannya bagi mengelakan apa-apa elegasi dari suspek.

5. Bagi jenayah kolar putih, tangkapan hendaklah dibuat melalui waran.

6. Boleh memecah masuk apa-apa permis tempat persembunyian suspek dengan tujuan untuk menangkap susupek.

7. Boleh memecah permis jika pegawai yang hendak menangkap terkurung dengan tujuan untuk keluar disebabakan oleh apa-apa halangan dari suspek atau pihak lain yang membantu.

8. Boleh membuat pemeriksaan terhadap lain-lain yang hadir dalam permis yang dibuat serbuan.

9. Jika tiada cadangan untuk dituduh, suspek perlu segera dilepaskan. Sek 28 KPJ.

PENUTUP


Sebelum tangkapan dilaksanakan, perancangan adalah diperlukan supaya semua yang menjadi peraturan dipatuhi bagi mengelakan tindakan saman oleh suspek.

14 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. 👍sebaik nya demi keharmonian dan nama baik pasukan Profesional

    ReplyDelete
  3. Mohon pencerahan, kiranya penama dalam sesuatu suspek adalah benar tetapi suspek tidak membuat kesalahan tersebut dan tiada bukti dipamerkan, adakan salah atau tidak seseorang di tahan dan terus bicara mahkamah.

    ReplyDelete
  4. Jika serbuan dibuat tetapi tiada bahan bukti ditemui, adakah suspek boleh ditangkap?

    ReplyDelete
  5. Mintak pencerahan jika serbuan secara rambang dibuat kerala org awam oleh pegawai aadk di kawasan Rumah flat den Cara yg kurang sopan Dan ugutan terhadap pemilik Rumah berkenaan sedangkan pemilik Rumah tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan pemilik seorang yg berkeluarga apekah tindakkan yg boleh diambil

    ReplyDelete
  6. saya nak contec semerah
    .ada maklumat nak sampaikan

    ReplyDelete
  7. Jika suspek sedang tido dan terus di gari. Terus membuat penggeledahan tanpa waran dan tunjuk kad kuasa.. habis geledah buka gari dan balik. Penggeledahan ke atas bengkel.. ada sesape boleh membantu? 0183657662 razif

    ReplyDelete
  8. Nak pencerahan seorang yang ditangkap oleh AADK pd jam 5.00 pagi di Sabah.... Kemudian disahkan positif dadah jenis syabu kenapa OKT tersebut dilepaskan oleh pihak AADK.

    ReplyDelete