Sunday 1 July 2012

PENGGUNAAN RUANG UDARA TANAH KERAJAAN


75A.      Kuasa untuk membenarkan penggunaan ruang udara atas tanah Kerajaan atau tanah rizab.
Pihak Berkuasa Negeri boleh selaras dengan peruntukan-peruntukan Bab ini dan mana-mana kaedah di bawah seksyen 14 meluluskan pengeluaran sesuatu permit bagi tempoh tidak melebihi dua puluh satu tahun bagi maksud mendiri, menyenggara dan menduduki suatu struktur di atas tanah Kerajaan atau tanah rizab, atau atas tanah Kerajaan atau tanah rizab sebagai tambahan kepada mana-mana struktur di atas tanah bersempadan:
Dengan syarat bahawa dalam kes yang melibatkan tanah rizab, keizinan pegawai yang buat masa itu mempunyai kawalan di atas­nya hendaklah diperolehi terlebih dahulu.
75B.     Permohonan untuk permit.
(1)               Mana-mana permohonan untuk sesuatu permit di bawah seksyen 75A, hendaklah dalam borang yang akan ditetapkan, dan hendaklah dialamatkan kepada Pentadbir Tanah dan disertai dengan­(a) apa-apa fee sebagaimana yang ditetapkan;
(a)                butir-butir lanjut mengenai struktur yang akan didirikan dan disenggarakan, dan suatu pelan mengenainya sebagaimana yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa perancang yang wajar; dan
(b)               dalam kes suatu permohonan yang melibatkan penggunaan ruang udara bagi maksud mendirikan suatu struktur di atas atau tanah rizab, suatu surat keizinan dari pegawai yang buat masa itu mempunyai kawalan atas tanah itu.
(2)               Pihak Berkuasa Negeri boleh, jika berpuas hati bahawa adalah perlu dalam keadaan kes untuk membenarkan ruang udara untuk digunakan bagi maksud sebagaimana yang dinyatakan dalam per­mohonan, memberi kelulusannya.
75C.    Pengeluaran permit apabila diluluskan.
Apabila permohonan diluluskan, Pentadbir Tanah akan menge­luarkan bagi pihak Pihak Berkuasa Negeri, suatu permit dalam Borang 4D.
75D.    Syarat-syarat, dll., permit-permit.
Tiap-tiap permit di bawah seksyen 75A akan dikeluarkan tertakluk seperti berikut­
(a)                bayaran tahunan yang akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri; dan
(b)               apa-apa terma dan syarat yang akan dinyatakan.
75E.     Permit-permit tidak berupaya diserahhak kecuali dengan keizinan Pihak Berkuasa Negeri.
Suatu permit di bawah Bab ini tidak berupaya diserahhak kecuali dengan keizinan Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu.
75F.     Deposit atau sekuriti berkenaan dengan permit.
Pihak Berkuasa Negeri boleh, jika difikirkannya sesuai, mengarah bahawa Pentadbir Tanah yang olehnya permit itu akan dikeluarkan hendaklah, sebelum mengeluarkan permit, memerlukan orang atau badan yang kepadanya permit itu akan dikeluarkan, untuk mendeposit sejumlah wang atau memberi apa-apa sekuriti yang akan difikirkan­nya munasabah untuk pelaksanaan dan pematuhan dengan sempurna peruntukan-peruntukan dengan mana permit itu tertakluk.
75G.    Kuasa untuk membatalkan permit.
(2)               Suatu permit yang dikeluarkan di bawah Bab ini boleh dibatal­kan oleh Pihak Berkuasa Negeri dengan serta-merta, atau pada bila-bila masa selepas, berlakunya pelanggaran mana-mana kaedah, terma atau syarat dengan mana permit itu tertakluk tanpa bayaran apa-apa pampasan, dan selepas itu apa-apa deposit atau sekuriti yang diberi di bawah seksyen 75F berhubung dengan pengeluaran permit tersebut akan dilucuthak kepada Pihak Berkuasa Negeri.
(3)               Suatu permit yang dikeluarkan di bawah Bab ini boleh dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut budi bicaranya pada bila-bila masa sebelum habis tarikh permit itu walaupun permit itu masih belum tertanggung untuk pembatalan di bawah subseksyen(1).
(4)               Jika sekiranya suatu permit itu dibatalkan di bawah subseksyen (2), bayaran akan dibuat kepada orang atau badan yang kepadanya permit itu telah dikeluarkan sebagai pampasan yang akan diper­setujui atau ditentukan di bawah seksyen 434.

1 comment:

  1. SALAM SEJAHTERA TUAN,, SAYA ADA SATU SOALAN..

    PAPAN IKLAN LOT KEDAI YANG KELUAR DARI LOT,ADAKAH INI MASIH SITUASI INI JUGA MEMERLUKAN PERMIT RUANG UDARA

    ReplyDelete