Sunday 1 July 2012

PENJENISAN PENGGUNAAN TANAH


(1)               Bagi maksud-maksud Akta ini, tanah hendaklah dikelaskan seperti berikut­
(a)                tanah yang lebih tinggi daripada pinggir laut; dan
(b)               tepi pantai dan dasar laut.
(2)               Tanah yang lebih tinggi daripada pinggir laut hendaklah di­kelaskan seperti berikut­
(a)                tanah bandar, iaitu tanah dalam mana-mana kawasan dalam Negeri yang diisytiharkan selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 11 sebagai bandar atau, menurut kuasa seksyen 442, disifatkan sebagai bandar yang ditubuhkan dengan sempurnanya selaku demikian di bawah peruntukan-peruntukan tersebut;
(b)               tanah pekan, iaitu tanah dalam mana-mana kawasan dalam Negeri yang diisytiharkan selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 11 sebagai pekan atau, menurut kuasa seksyen 442, disifatkan sebagai pekan yang ditubuhkan dengan sempurnanya selaku demikian di bawah peruntukan-peruntukan tersebut;
(c)                tanah desa, iaitu semua tanah yang lebih tinggi daripada pinggir laut selain dari tanah bandar atau tanah pekan.

PENGGUNAAN TANAH YANG DIBERIMILIK DI BAWAH AKTA INI

52.                  Kategori-kategori penggunaan tanah dan pemakaiannya kepada tanah-tanah yang diberi milik di bawah Akta ini.
(1)               Bagi maksud-maksud Akta ini maka hendaklah ada tiga kategori penggunaan tanah yang dikenali masing-masingnya sebagai "pertanian", "bangunan" dan "perindustrian", dan, tertakluk kepada subseksyen (5), di mana mana-mana tanah diberi milik di bawah Akta ini­
(a)                maka hendaklah diendorskan di atas dokumen hakmilik­nya mana-mana satu daripada kategori-kategori tersebut sebagaimana Pihak Berkuasa Negeri­
(i)                  telah menetapkan dengan pemberitahuan yang mem­punyai kesan berhubung dengannya di bawah subseksyen (2), atau
(ii)                dalam ketiadaan apa-apa pemberitahuan sedemikian, telah menentukan berhubungan dengannya menurut subseksyen (3); dan
(b)               syarat-syarat yang kepadanya tanah itu menjadi tertakluk hendaklah dengan sewajarnya memasukkan­
(i)                 apa-apa syarat nyata seperti yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri menurut kuasa seksyen 121 atau 122, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan
(ii)               apa-apa syarat tersirat sebagaimana yang boleh dipakai kepadanya menurut kuasa seksyen 115, 116 atau 117.
(2)               Pihak Berkuasa Negeri bolehlah, melalui pemberitahuan dalam Warta, menyatakan mana-mana kawasan dalam Negeri, dan menetapkan suatu kategori penggunaan tanah berhubung dengannya bagi maksud-maksud seksyen ini; dan kategori tersebut hendaklah kategori yang diendorskan di bawah subseksyen (1) mengenai pemberimilikan menurut mana-mana kelulusan yang diberi selepas pemberitahuan disiarkan tentang mana-mana tanah Kerajaan dalam kawasan itu yang belum lagi diberi milik pada mana-mana masa yang lalu.
(3)               Kecuali dalam kes yang termasuk di bawah subseksyen (2), kategori penggunaan tanah yang hendak diendorskan menurut subseksyen (1) di atas dokumen hakmilik mana-mana tanah hendaklah ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri pada masa bilamana tanah itu diluluskan untuk pemberimilikan.
(4)               Salinan-salinan mana-mana pemberitahuan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan selaras dengan seksyen 433.
(5)               Seksyen ini tidak boleh dipakai kepada mana-mana tanah yang diberi milik di bawah Akta ini menurut suatu kelulusan yang diberi oleh Pihak Berkuasa Negeri sebelum permulaan Akta ini; dan Pihak Berkuasa Negeri bolehlah, pada meluluskan pemberimilikan mana-mana tanah selepas permulaan itu, mengarahkan supaya tiada kategori penggunaan tanah diendorskan di atas dokumen hakmilik mengenainya, jika ia herpuas hati bahawa penggunaannya boleh dikawal dengan lebih patut dengan pengenaan syarat-syarat nyata di bawah seksyen 120.

PENGGUNAAN TANAH YANG DIBERI MILIK SEBELUM PERMULAAN

53.                  Syarat-syarat yang terjejas penggunaan tanah yang diberi milik sebelum permulaan sehingga dikenakan kategori penggunaan tanah.
(1)               Seksyen ini dipakai kepada semua tanah yang diberi milik sebelum permulaan Akta ini selain daripada tanah yang sejurus sebelum permulaan itu, adalah tertakluk kepada syarat nyata yang menghendaki penggunaannya untuk sesuatu maksud tertentu.
(2)               Semua tanah, dengan mana seksyen ini terpakai, yang pada permulaan Akta ini adalah­
(a)                tanah desa, atau
(b)               tanah bandar atau pekan dipegang di bawah hakmilik Pejabat Tanah, hendaklah menjadi tertakluk pada permulaan itu kepada syarat tersirat bahawa ia hendaklah digunakan untuk maksud pertanian saja:
Dengan syarat bahawa syarat ini­ -
(i)                tidak akan menghalang­
(a)                penggunaan mana-mana bahagian tanah itu untuk apa-apa maksud yang ia boleh digunakan secara sah (di bawah seksyen 115) jika ia sebaliknya tertakluk kepada kategori "pertanian", atau
(b)               penggunaan berterusan mana-mana bahagian tanah itu untuk apa-apa maksud perindustrian yang ia telah digunakan secara sah sejurus sebelum permulaan Akta ini; dan
(ii)              tidak akan dipakai untuk mana-mana bahagian tanah yang didirikan dengan atau dalam perkaitan dengan­
(a)                mana-mana bangunan yang dibina secara sah sebelum permulaan itu, atau
(b)               mana-mana bangunan yang dibina selepas per­mulaan itu, yang pembinaannya akan menjadi sah (di bawah seksyen 115) jika tanah itu telah sebaliknya tertakluk kepada kategori "pertanian".
(3)               Semua tanah lain dengan mana seksyen ini dipakai hendaklah menjadi tertakluk, pada permulaan Akta ini, kepada syarat tersirat bahawa ia tidaklah digunakan untuk maksud pertanian ataupun perindustrian:
Dengan syarat bahawa syarat ini­ -
(a)                tidaklah menghalang penggunaan berterusan mana-mana bahagian tanah itu untuk mana-mana maksud pertanian atau perindustrian untuk mana ia telah digunakan secara sah sejurus sebelum permulaan Akta ini; dan
(b)               tidaklah terpakai kepada mana-mana bahagian tanah yang didirikan dengan atau dalam perkaitan dengan­
(i)                  mana-mana bangunan yang dibina secara sah sebelum permulaan itu, atau
(ii)                mana-mana bangunan yang dibina selepas permulaan itu, yang pembinaannya akan menjadi sah (di bawah seksyen 116) jika tanah An telah sebaliknya tertakluk kepada kategori "bangunan".
(4)               Tiada perintah di bawah subseksyen (4) atau (5) seksyen 129 yang mengisytiharkan tanah itu dilucuthak kepada Pihak Berkuasa Negeri 'hendaklah mempunyai kuatkuasa mengenai mana-mana tanah kerana melanggar apa-apa syarat yang kepadanya tanah itu tertakluk menurut kuasa seksyen ini kecuali setelah membayar apa-apa pampasan yang dipersetujui atau ditentukan di bawah seksyen 434.
54.                  Pemakaian kategori-kategori penggunaan tanah kepada tanah yang diberi milik sebelum permulaan.
(1)               Pihak Berkuasa Negeri bolehlah, melalui pemberitahuan dalam Warta menyatakan mana-mana kawasan Negeri, dan menetapkan suatu tarikh (tidak kurang dari satu tahun dari tarikh bilamana pemberitahuan itu disiarkan) bilamana peruntukan-peruntukan seksyen ini akan mula berkuatkuasa; dan, pada tarikh yang ditetapkan sedemikian­
(a)                semua tanah dalam kawasan itu yang telah diberi milik sebelum permulaan Akta ini hendaklah menjadi tertakluk kepada suatu kategori penggunaan tanah yang ditentukan seperti yang diperuntukkan oleh subseksyen (2) (kategori yang mana, pada atau sebelum tarikh itu, hendaklah di­endorskan atas dokumen daftaran hakmilik); dan
(b)               syarat-syarat yang kepadanya tanah tersebut tertakluk hendaklah menjadi sebagaimana yang disebut dalam sub­seksyen (3):
Dengan syarat bahawa­
(i)                  peruntukan-peruntukan seksyen ini tidaklah terpakai kepada mana-mana tanah dalam kawasan yang dahulu­nya tertakluk kepada mana-mana kategori penggunaan tanah menurut suatu permohonan oleh tuanpunya di bawah seksyen 124, atau kepada mana-mana arahan yang diberi oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah subseksyen (3) seksyen 147 mengenai kerelaan penyatuannya dengan mana-mana tanah lain; dan
(ii)                Pihak Berkuasa Negeri bolehlah, dalam mana-mana pemberitahuan sedemikian, mengecualikan mana-mana tanah dalam kawasan itu dari operasi seksyen ini.
(2)               Kategori penggunaan tanah yang kepadanya tanah menjadi tertakluk menurut kuasa seksyen ini hendaklah­
(a)                dalam kes tanah yang dahulunya tertakluk kepada syarat tersirat yang dinyatakan dalam subseksyen (2) seksyen 53, kategori "pertanian";
(b)               dalam kes tanah yang dahulunya tertakluk kepada syarat tersirat yang dinyatakan dalam subseksyen (3) seksyen itu, kategori "bangunan";
(c)                dalam kes tanah yang dahulunya tertakluk kepada mana-mana syarat nyata yang menghendaki penggunaannya untuk sesuatu maksud tertentu, apa-apa jenis yang wajar untuk maksud itu.
(3)               Di mana mana-mana tanah menjadi tertakluk kepada suatu kategori penggunaan tanah menurut kuasa seksyen ini­
(a)                maka ia hendaklah tertakluk juga kepada apa-apa syarat nyata sebagaimana Pihak Berkuasa Negeri telah meng­arahkan di bawah seksyen 123, dan kepada apa-apa syarat tersirat sebagaimana yang boleh dipakai kepadanya menurut kuasa seksyen 115, 116 atau 117; dan
(b)               semua syarat yang kepadanya tanah itu dahulunya tertakluk hendaklah terhenti dari berkuatkuasa, kecuali syarat-syarat yang tersirat di bawah seksyen 114.
(4)               Tiada perintah di bawah subseksyen (4) atau (5) seksyen 129 yang mengisytiharkan tanah itu dilucuthak kepada Pihak Berkuasa Negeri hendaklah mempunyai kuatkuasa mengenai mana-mana tanah kerana melanggar apa-apa syarat yang kepadanya tanah itu tertakluk menurut seksyen ini kecuali setelah membayar apa-apa pampasan yang dipersetujui atau ditentukan di bawah seksyen 434:
Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak dipakai kepada apa-apa syarat nyata yang mana kemudiannya telah diubah atas permohonan tuanpunya di bawah seksyen 124.
(5)               Salinan-salinan mana-mana pemberitahuan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan selaras dengan seksyen 433.

PENGGUNAAN TANAH YANG DILULUSKAN UNTUK PEMBERIMILIKAN SEBELUM PERMULAAN

55.              Pemakaian seksyen 53 kepada tanah yang diluluskan sebelum permulaan.
(1)               Seksyen ini dipakai untuk semua tanah yang diluluskan untuk pemberimilikan sebelum permulaan Akta ini, tetapi tidak sebenar­nya diberi milik sedemikian, selain daripada tanah yang dikehendaki diberi milik melalui syarat-syarat kelulusan tertakluk kepada suatu syarat nyata yang menghendaki penggunaannya untuk suatu maksud tertentu.
(2)                Tanah yang kepadanya seksyen ini dipakai hendaklah menjadi tertakluk ketika pemberimilikan, atau pada permulaan Akta ini, jika pada masa itu ia diduduki secara sah semasa menunggu hakmilik­
(a)                dalam kes tanah yang pada permulaan itu adalah tanah desa, kepada syarat tersirat yang dinyatakan dalam subseksyen (2) seksyen 53;
(b)               dalam mana-mana kes lain, kepada syarat tersirat yang dinyatakan dalam subseksyen (3) seksyen itu.
(3)               Tiada perintah di bawah subseksyen (4) atau (5) seksyen 129 yang mengisytiharkan tanah itu dilucuthak kepada Fihak Berkuasa Negeri hendaklah mempunyai kuatkuasa mengenai mana-mana tanah kerana melanggar apa-apa syarat yang kepadanya tanah itu ter­takluk menurut kuasa seksyen ini kecuali setelah membayar apa-apa pampasan yang dipersetujui atau ditentukan di bawah seksyen 434.
56             Pemakaian seksyen 54 kepada tanah yang diluluskan sebelum permulaan.
(1)               Bermula dari tarikh yang ditetapkan dalam mana-mana pem­beritahuan yang disiarkan mengenai mana-mana kawasan di bawah seksyen 54, peruntukan-peruntukan seksyen itu hendaklah mempunyai kuatkuasa dalam kawasan itu bukan sahaja mengenai tanah yang diberi milik sebelum permulaan Akta ini bahkan juga mengenai tanah yang diberi milik di bawah Akta ini menurut kelulusan-kelulusan yang diberi sebelum permulaan tersebut.
(2)               Dalam pemakaiannya kepada mana-mana tanah menurut kuasa seksyen ini, perenggan (b) subseksyen (3) seksyen 54 hendaklah mempunyai kuatkuasa seolah-olah bagi perkataan-perkataan "seksyen 114" ia diganti dengan perkataan-perkataan "seksyen 114 dan, di mana boleh dipakai,".
(3)               Jika mana-mana tanah diluluskan untuk pemberimilikan sebelum permulaan Akta ini, masih belum diberi milik pada masa pemberitahuan yang dirujukkan dalam subseksyen (1) disiarkan, PentadbirTanah atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, melainkan kelulusan itu sudah luput dahulu, mengambil tindakan di bawah Bab 2 Bahagian Sebelas untuk menyedia, mendaftar dan mengeluarkan dokumen hakmilik sementara kepada tuanpunya yang dicadangkan dan tertakluk kepada subseksyen (4), tanah itu akan diberi milik demikian sebelum tarikh yang ditetapkan dalam pemberitahuan:
Dengan syarat bahawa apa-apa fee berkenaan dengan dokumen hakmilik sementara yang tuanpunya yang dicadangkan (selain dari tuan­punya yang dicadangkan yang menduduki tanah secara sah dengan harapan untuk mendapatkan hakmilik) akan dikehendaki membayar, hendaklah kena dibayar di atas pemberimilikan dan jika tidak dibayar sebelum masa itu, hendaklah ditambah kepada, dan dianggap bagi semua maksud Akta ini menjadi bahagian, sewa yang kena dibayar kemudiannya berkenaan dengan tanah itu.
(4)               Sebelum pendaftaran dan pengeluaran dokumen hakmilik sementara di bawah Bab 2 Bahagian Sebelas, Pentadbir Tanah hendaklah mempastikan sama ada item-item hasil tanah yang dinyatakan dalam perenggan (a) ke (d) subseksyen (1) seksyen 81 sudah dibayar berkenaan dengan tanah itu dan, jika di bawah seksyen itu kelulusan Pihak Berkuasa Negeri kepada pemberimilikan tanah sudah luput kerana tidak membayar mana-mana jumlah tersebut, kehendak subseksyen (3) hendaklah terhenti dipakai kepadanya.

No comments:

Post a Comment