Sunday 1 July 2012

PENGAMBILAN BAHAN BATUAN


70.                  Kuasa untuk membenarkan pencabutan dan pemindahan bahan batuan.
Pihak Berkuasa Negeri bolehlah, selaras dengan peruntukan-peruntukan Bab ini dan mana-mana kaedah di bawah seksyen 14, membenarkan pencabutan, pemindahan dan pengangkutan apa-apa bahan batuan (selain daripada untuk maksud mendapatkan logam atau galian darinya) dari-
(a)                tanah Kerajaan;
(b)                tanah berimilik;
(c)                tanah lombong;
(d)                tanah rizab.
Permit-permit untuk mencabut, memindah dan mengangkut bahan batuan bolehlah, tertakluk kepada apa-apa arahan yang bertentangan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan kepada peruntukan-peruntukan mana-mana kaedah di bawah seksyen 14, dikeluarkan bagi pihak Pihak Berkuasa Negeri­
(a)                dalam kes tanah Kerajaan, oleh Pentadbir Tanah;
(b)                dalam kes tanah berimilik, oleh Pentadbir Tanah kepada
(i)                 ­tuanpunya tanah itu, atau
(ii)               dengan keizinan tuanpunya, mana-mana orang atau badan lain;
(c)                dalam kes tanah lombong, oleh Pentadbir Tanah yang bertindak dengan kelulusan Inspektor Kanan Galian atau mana-mana pegawai lain yang buat masa itu ditugaskan dengan pentadbiran di dalam Negeri itu mengenai mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perlombongan, kepada­
(i)                 orang atau badan yang buat masa itu berhak kepada faedah pajakan atau sijil perlombongan yang diper­soalkan, atau
(ii)               dengan keizinan orang atau badan itu, mana-mana orang atau badan lain;
(d)                dalam kes tanah rizab­
(i)                 oleh Pentadbir Tanah yang bertindak dengan kelulusan pegawai yang buat masa itu mempunyai kawalan ke atasnya; atau
(ii)               oleh pegawai itu, bila dan setakat mana yang dia diberi kuasa bagi tujuan itu oleh Pihak Berkuasa Negeri.
72.                  Jangka masa, syarat-syarat, dll., dan bentuk permit-permit.
(1)               Kecuali setakat mana yang ditetapkan sebaliknya, tiap-tiap permit untuk mencabut, memindah dan mengangkut bahan batuan hendaklah dikeluarkan untuk satu tempoh yang tamat tidak lewat daripada penghujung tahun kalendar dalam mana ia bermula, dan hendaklah terhenti manakala tamatnya tempoh itu walaupun jumlah keseluruhan bahan batuan yang dinyatakan di dalamnya belum lagi habis dicabut, dipindah dan diangkut.
(2)               Tiap-tiap permit untuk mencabut, memindah dan mengangkut bahan batuan hendaklah mempunyai kesan tertakluk kepada apa-apa peruntukan sebagaimana yang terkandung di dalamnya dan, setakat mana yang tidak bercanggah dengannya, kepada apa-apa peruntukan lain yang mungkin ditetapkan.
(3)               Tiap-tiap permit untuk mencabut dan memindah bahan batuan hendaklah dalam Borang 4C.
73.                  Permit-permit tidak berupaya dipindahmilik atau dialihhak atas kematian.
Kecuali setakat mana yang ditetapkan sebaliknya, suatu permit untuk mencabut, memindah dan mengangkut bahan batuan tidak berupaya diserahhak; dan tiap-tiap permit sedemikian akan, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 416, terhenti atas kematian orang itu, atau pembubaran badan itu, yang buat masa itu berhak mendapat faedah darinya.
74.              Deposit berkenaan dengan permit.
Pihak Berkuasa Negeri boleh jika difikirkannya sesuai mengarah­kan bahawa, kecuali dalam keadaan tertentu sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan, Pentadbir Tanah atau pegawai lain yang mengeluarkan mana-mana permit untuk mencabut, memindah dan mengangkut bahan batuan itu hendaklah menghendaki orang atau badan yang kepadanya permit itu dikeluarkan untuk mendeposit dengannya sejumlah wang yang difikirkannya munasabah sebagai sekuriti bagi­
(a)                pelaksanaan dan pematuhan dengan sempurna peruntukan-peruntukan dengan mana permit itu tertakluk, dan
(b)                pemulihan tanah dengan mana permit itu ada kaitan apabila terhentinya permit itu.
75.              Kesan permit-permit atas syarat-syarat yang menyentuh tanah.
Pembuatan apa-apa jua yang dibenarkan oleh mana-mana permit untuk mencabut, memindah dan mengangkut bahan batuan yang buat masa itu berkuatkuasa hendaklah tidak dianggap merupakan pelanggaran mana-mana syarat yang kepadanya tanah itu dengan mana permit itu berkait adalah buat masa itu tertakluk, sama ada menurut kuasa Akta ini, mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perlombongan, atau mana-mana undang-undang bertulis lain.

1 comment:

  1. As salam Tuan.
    apa yang dimaksudkan dengan pasir silika.perlukah ada pemit lain.

    ReplyDelete