Sunday 1 July 2012

SYARAT DAN SEKATAN KEPENTINGAN


(1)               Dalam Bahagian ini­
"syarat" tidaklah termasuk apa-apa sekatan kepentingan, atau apa-apa syarat nyata atau tersirat dalam mana-mana perjanjian kepada mana Pihak Berkuasa Negeri bukanlah satu pihak;
"syarat yang menghendaki pelaksanaan berterusan" ertinya apa-apa syarat yang menghendaki tuanpunya mana-mana tanah untuk membuat, atau berhenti dari membuat, apa-apa perbuatan sepanjang tempoh bilamana tanah itu diberi milik, atau untuk sekian banyak tempoh itu yang masih ada­
(a)                selepas tarikh bilamana syarat itu mula berkuatkuasa, atau
(b)               selepas tamatnya mana-mana tempoh tertentu yang ditentu­kan dalam syarat itu, atau
(c)                selepas be rlakunya apa-apa tarikh atau peristiwa khusus sepertimana yang ditentukan;
"syarat tertakluk kepada satu tempoh tetap" ertinya apa-apa syarat yang menghendaki tuanpunya mana-mana tanah untuk membuat apa-apa perbuatan sebelum, atau berhenti dari membuat apa-apa perbuatan sehingga, tamatnya mana-mana tempoh khusus, atau berlakunya apa-apa tarikh atau peristiwa khusus, yang ditentukan dalam syarat itu.
(2)               Kecuali di mana konteksnya menghendaki sebaliknya, peruntukan-peruntukan Bahagian ini hendaklah terpakai kepada syarat-syarat yang timbul di bawah mana-mana undang-undang tanah terdahulu sepertimana ia terpakai kepada syarat-syarat yang timbul di bawah Akta ini.
104.                  Syarat-syarat dan sekatan-sekatan kepentingan hendaklah berlarutan dengan tanah.
Tiap-tiap syarat atau sekatan kepentingan hendaklah berlarutan dengan tanah yang ia ada kaitan, dan hendaklah mengikat tuanpunya tanah buat masa itu dan tiap-tiap orang atau badan yang mempunyai atau menuntut apa-apa kepentingan dalam tanah itu, tidak kira bagaimana ia diperolehi.
105.                  Jangka masa syarat-syarat dan sekatan-sekatan kepentingan.
(1)               Tiap-tiap syarat atau sekatan kepentingan yang dikenakan oleh atau di bawah Akta ini hendaklah, kecuali di mana ia diperuntukkan sebaliknya oleh Akta ini atau konteksnya menghendaki sebaliknya, mula dari tarikh pemberimilikan tanah dengan mana ia ada kaitan.
(2)               Tiap-tiap syarat yang menghendaki pelaksanaan berterusan dan (melainkan konteksnya menghendaki sebaliknya) tiap-tiap sekatan kepentingan, hendaklah terus berkuatkuasa sehingga perkembalian tanah dengan mana ia ada kaitan kepada Pihak Berkuasa Negeri; dan tiap-tiap syarat yang tertakluk kepada satu tempoh tetap hendaklah terus berkuatkuasa mengikut kemahuan itu.
106.                  Masa hendaklah menjadi pati syarat-syarat tempoh tetap bersifat positif.
Masa hendaklah disifatkan sebagai pati tiap-tiap syarat tertakluk kepada satu tempoh tetap dengan mana tuanpunya mana-mana tanah dikehendaki untuk melakukan apa-apa perbuatan.
107.              Pelanjutan masa untuk mematuhi syarat-syarat tempoh tetap bersifat positif.
(1)               Dalam kes mana-mana syarat yang kepadanya seksyen 106 terpakai Pihak Berkuasa Negeri bolehlah (sama ada sebelum atau selepas tamatnya tempoh, atau berlakunya tarikh atau peristiwa, yang ditentukan di dalamnya untuk melakukan perbuatan yang dipersoal­kan) membenarkan apa-apa tempoh tambahan untuk melakukan perbuatan itu sebagaimana yang difikirkan sesuai, dan syarat itu hendaklah selepas itu mempunyai kuatkuasa seolah-olah ia meng­hendaki perbuatan itu dilakukan dalam tempoh itu pada mulanya.
(2)               Penggunaan berhubung dengan mana-mana syarat tentang kuasa yang diberi kepada Pihak Berkuasa Negeri oleh subseksyen (1) tidaklah, kecuali secara siratan perlu­ --
(a)                terjejas perjalanan apa-apa syarat lain dengan mana tanah yang dipersoalkan buat masa itu tertakluk, atau
(b)               ditafsirkan sebagai satu kemaafan apa-apa pelanggaran mana-mana syarat lain yang serupa.
(3)               Suatu nota mengenai apa-apa pelanjutan masa yang diberi di bawah subseksyen (1) berhubung dengan mana-mana syarat hendaklah diendorskan di atas dokumen hakmilik daftaran kepada tanah yang disentuh oleh syarat itu.
108.              Percanggahan dengan undang-undang kecil tempatan, dll.
Jika sekiranya mana-mana tanah yang disentuh oleh mana-mana undang-undang kecil, atau sekatan yang dikenakan oleh, mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa perancang menjadi tertakluk menurut kuasa Akta ini kepada mana-mana syarat yang berlawanan dengannya, maka syarat itu akan mengatasi, dan undang-undang kecil atau sekatan itu hendaklah, setakat mana ketidakselarasan itu, terhenti dari dipakai kepada tanah itu.

Bab 2 - Ringkasan Syarat-syarat dan Sekatan-sekatan Kepentingan Yang Menyentuh Tanah Berimilik
TANAH YANG DIBERI MILIK DI BAWAH AKTA INI
109.              Syarat-syarat, dll., yang boleh dipakai pada pemberimilikan.
(1)               Seksyen ini dipakai kepada semua tanah yang diberi milik di bawah Akta ini selain dari tanah yang diluluskan untuk pemberi­milikan sebelum bermulanya Akta ini.
(2)               Tanah yang kepadanya seksyen ini terpakai hendaklah menjadi tertakluk, pada pemberimilikan, kepada syarat-syarat dan sekatan-sekatan kepentingan berikut­
(a)                apa-apa syarat nyata dan sekatan kepentingan (jika ada) yang diendorskan pada masa itu ke atas dokumen hak­milik itu (atau yang disebut di dalamnya) iaitu syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 120 hingga 122; dan
(b)               syarat-syarat yang disirat oleh seksyen 114, oleh seksyen 115, 116 atau 117, (selaras dengan kategori penggunaan tanah yang tanah itu tertakluk) dan, di mana boleh dipakai, oleh seksyen 118.

TANAH YANG DIBERI MILIK SEBELUM PERMULAAN

110.              Syarat-syarat, dll., yang boleh dipakai sejak permulaan.
Tanah yang diberimilik sebelum permulaan Akta ini hendaklah tertakluk sejak permulaan itu kepada syarat-syarat dan sekatan­sekatan kepentingan berikut­ -
(a)                apa-apa syarat nyata dan sekatan kepentingan (jika ada) sebagaimana sejurus sebelum permulaan itu, diendorskan di atas dokumen hakmiliknya (atau, dalam kes satu sijil hakmilik, apa yang disebut di dalamnya);
(b)                dalam kes tanah yang kepadanya seksyen 53 terpakai, syarat tersirat yang dinyatakan dalam subseksyen (2) atau (3) seksyen itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(c)                syarat-syarat yang disirat oleh seksyen 114 dan, di mana boleh dipakai, 119; dan
(d)                apa-apa syarat tersirat tambahan yang boleh dipakai kepadanya seperti yang ditunjukkan­
(i)                 dalam kes tanah yang pada permulaan Akta ini adalah tanah desa, dalam Jadual Kedua, dan
(ii)               dalam kes tanah yang pada permulaan itu adalah tanah bandar atau pekan (sama ada dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftaran atau hakmilik Pejabat Tanah), dalam Jadual Ketiga.
111.              Syarat-syarat, dll., yang boleh dipakai selepas kategori penggunaan tanah dikenakan di bawah seksyen 54.
Jika sekiranya mana-mana tanah yang diberi milik sebelum permulaan Akta ini menjadi tertakluk kepada mana-mana kategori penggunaan tanah menurut kuasa suatu pemberitahuan di bawah seksyen 54­ --
(a)                maka ia hendaklah tertakluk kepada sekatan kepentingan yang sama (jika ada) sepertimana yang boleh dipakai kepadanya sejurus sebelum kategori itu dikenakan, tetapi
(b)                selaras dengan subseksyen (3) seksyen itu, syarat-syarat yang kepadanya ia tertakluk hendaklah menjadi seperti berikut --
(i)                 apa-apa syarat nyata (jika ada) sebagaimana Pihak Berkuasa Negeri mungkin mengarahkan di bawah seksyen 123; dan
(ii)               syarat-syarat yang disirat oleh seksyen 114, dan (mengikut kategori penggunaan tanah yang diper­soalkan) oleh seksyen 115, 116 atau 117.

TANAH YANG DILULUSKAN UNTUK PEMBERIMILIKAN SEBELUM PERMULAAN

112.              Syarat-syarat, dll., yang boleh dipakai pada pemberimilikan, dan selepas pengenaan kategori penggunaan tanah menurut kuasa seksyen 56.
(1)               Seksyen ini terpakai kepada semua tanah yang diberi milik di bawah Akta ini menurut suatu kelulusan yang diberi oleh Pihak Berkuasa Negeri sebelum permulaan Akta ini.
(2)               Tanah yang kepadanya seksyen ini terpakai hendaklah men­jadi tertakluk pada pemberimilikan kepada syarat-syarat dan sekatan-sekatan kepentingan berikut --
(a)                apa-apa syarat nyata dan sekatan kepentingan (jika ada) yang diendorskan pada masa itu ke atas dokumen hak­miliknya (atau, yang disebutkan di dalamnya), iaitu syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 120;
(b)               dalam kes tanah yang kepadanya seksyen 55 terpakai, syarat tersirat yang dinyatakan dalam subseksyen (2) atau (3) seksyen 53, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(c)                syarat-syarat yang disirat oleh seksyen 114 dan, di mana boleh dipakai, 118; dan
(d)               apa-apa syarat tersirat tambahan yang boleh dipakai kepadanya seperti yang ditunjukkan­
(i)                  dalam kes tanah yang pada permulaan Akta 1ni adalah tanah desa, dalam Jadual Kedua, dan
(ii)                dalam kes tanah yang pada permulaan itu adalah tanah bandar atau pekan, dalam Jadual Ketiga.
(3)               Jika sekiranya mana-mana tanah yang kepadanya seksyen ini terpakai menjadi tertakluk kepada suatu kategori penggunaan tanah menurut kuasa pemberitahuan di bawah seksyen 54 yang mem­punyai kesan berhubung dengannya menurut subseksyen (1) seksyen 56­ --
(a)                maka ia hendaklah terus tertakluk kepada sekatan kepentingan yang sama (jika ada) sepertimana ia terpakai sejurus sebelum kategori itu dikenakan, tetapi
(b)               selaras dengan subseksyen (3) seksyen 54 sepertimana yang diubahsuaikan berhubung dengan tanah sedemikian oleh subseksyen (2) seksyen 56, syarat-syarat yang kepadanya ia tertakluk hendaklah menjadi seperti berikut­
(i)                 apa-apa syarat nyata (jika ada) sepertimana Pihak Berkuasa Negeri mungkin mengarahkan di bawah seksyen 123; dan
(ii)               syarat-syarat yang disirat oleh seksyen 114, oleh seksyen 115, 116 atau 117 (mengikut kategori peng­gunaan tanah yang dipersoalkan) dan, di mana boleh dipakai, oleh seksyen 118.

PERUBAHAN SYARAT DAN SEKATAN

113.              Cara bagaimana perubahan boleh dilaksanakan.
Syarat dan sekatan kepentingan yang boleh dipakai kepada mana-mana tanah berimilik hendaklah, selepas menjadi tetap oleh operasi mana-mana peruntukan terdahulu Bab ini, menjadi tertakluk kepada semua perubahan sedemikian yang mungkin timbul dari­
(a)                pemberian apa-apa permohonan oleh tuanpunya di bawah subseksyen (1) seksyen 124, atau
(b)                penguatkuasaan apa-apa arahan yang diberi oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah subseksyen (3) seksyen 147 ketika memberi keizinan penyatuan tanah itu dengan tanah lain.


114.              Syarat-syarat tersirat yang menyentuh semua tanah beri­milik.
Semua tanah berimilik hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat tersirat berikut yang berhubungan dengan tanda sempadannya­ --
(a)                bahawa tuanpunya akan mengambil semua langkah yang wajar untuk mencegah kerosakan, kemusnahan atau peng­alihan tak sah tanda sempadan tersebut;
(b)                bahawa tuanpuanya akan, jika mana-mana satu darinya rosak, musnah atau dialih secara tak sah, memberi notis serta-merta mengenai fakta itu kepada Pentadbir Tanah, atau kepada penghulu yang mempunyai bidang kuasa dalam kawasan di mana tanah itu terletak;
(c)                bahawa tuanpunya akan, jika dikehendaki berbuat demi­kian oleh Pentadbir Tanah, membayar kos pembaikan atau kos penggantian, mengikut mana-mana yang berkenaan, mana-mana darinya yang mungkin telah dirosakkan, di­musnahkan atau dialihkan secara tak sah; dan
(d)                bahawa tuanpunya akan, jika dikehendaki berbuat demi­kian oleh Pentadbir Tanah, atas perbelanjaannya sendiri membersihkan mana-mana garisan sempadan di antara mana-mana tanda sempadan tersebut.

KATEGORI: PERTANIAN

115.              Syarat-syarat tersirat yang menyentuh tanah tertakluk kepada kategori "pertanian".
(1)               Jika sekiranya mana-mana tanah berimilik adalah tertakluk menurut kuasa mana-mana peruntukan Akta ini kepada kategori "pertanian", maka syarat-syarat tersirat berikut hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (3), terpakai kepadanya­ --
(a)                bahawa tiada apa jua bangunan boleh didirikan di atas tanah itu selain dari sebuah bangunan atau bangunan-bangunan untuk digunakan bagi satu maksud atau lebih seperti yang dinyatakan atau disebut dalam subseksyen (4);
(b)               bahawa satu permulaan penanaman atas tanah secara bona fide hendaklah dibuat dalam masa dua belas bulan dari tarikh yang relevan;
(c)                bahawa seluruh kawasan tanah itu, selain dari mana-mana bahagian darinya­
(i)                  yang diduduki oleh atau berkaitan dengan sebuah bangunan (bila-bila sahaja didirikan) digunakan untuk satu maksud atau lebih seperti yang dinyatakan atau disebut dalam subseksyen (4), atau
(ii)                digunakan bagi mana-mana maksud yang disebut dalam perenggan (e) subseksyen itu, atau apa-apa maksud lain yang Pihak Berkuasa Negeri mungkin membenarkan secara khas,
hendaklah ditanam sepenuhnya dalam masa tiga tahun dari tarikh yang relevan;
(d)               bahawa kawasan yang disebut dalam perenggan (c) hendaklah dijaga dan ditanam mengikut kaedah-kaedah pertanian yang sempurna; dan
(e)                bahawa kawasan tersebut hendaklah ditanam secara ber­terusan:
Dengan syarat bahawa syarat yang dinyatakan dalam perenggan (e) hendaklah dianggap sebagai dipatuhi dalam kes mana-mana kawasan selama mana-mana tempoh dalam mana kurang dari kese­luruhannya ditanam, tidak melebihi dua belas bulan.
(2)               Dalam subseksyen (1) "tarikh yang relevan" ertinya tarikh bilamana tanah itu menjadi tertakluk kepada kategori itu:
Dengan syarat bahawa, jika sekiranya mana-mana tanah menjadi tertakluk kepada kategori itu ketika penyatuannya dengan tanah lain yang sedia tertakluk sedemikian, maka tarikh bilamana satu dokumen hakmilik daftaran kepada kawasan yang disatukan itu pertama kalinya didaftarkan hendaklah menjadi tarikh yang relevan mengenai keseluruhan kawasan itu.
(3)               Syarat-syarat yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendak­lah disirat dalam kes mana-mana tanah setakat mana ia tidak berlawanan dengan apa-apa syarat nyata yang kepadanya tanah itu buat masa itu tertakluk.
(4)               Maksud-maksud yang disebutkan dalam perenggan (a) subseksyen (1) adalah seperti berikut­--
(i)                 maksud-maksud sebuah rumah kediaman untuk tuanpunya tanah itu atau mana-mana orang lain yang mendudukinya
secara sah, atau untuk orang gaji kepada, atau mana-mana orang yang diambil kerja untuk maksud pertanian oleh, tuanpunya atau mana-mana orang lain sedemikian:
Dengan syarat bahawa rumah kediaman untuk tuan­punya tanah atau mana-mana orang lain yang mendudukinya secara sah tidak boleh meliputi lebih daripada satu perlima keseluruhan keluasan tanah itu atau dua hektar, mengikut mana yang lebih kurang;
(ii)               maksud-maksud pertanian;
(iii)             maksud untuk mencabut atau memproses bahan semulajadi dari mana-mana hasil pertanian tanah tersebut;
(iv)             bagi maksud menyediakan untuk pengedaran apa-apa bahan atau keluaran, atau apa-apa lebah, ternakan atau reptilia disimpan atau dipelihara atas tanah itu, atau keluaran ternakan atau akuakultur atas tanah tersebut;
(v)               maksud untuk menyediakan kemudahan pendidikan, perubatan, kebersihan atau lain-lain kemudahan kebajikan, termasuklah (setakat mana ia terutamanya diperuntukkan untuk kegunaan oleh orang yang diambil kerja atas tanah itu) kemudahan-kemudahan untuk membeli barang dan lain-lain komoditi;
(vi)             apa-apa maksud yang Pihak Berkuasa Negeri mungkin menetapkan untuk maksud seksyen ini melalui kaedah­kaedah di bawah seksyen 14;
(vii)           apa-apa maksud yang Pihak Berkuasa Negeri memikirkan sesuai untuk membenarkan dalam keadaan-keadaan mana-­mana kes tertentu;
(viii)         apa-apa maksud sampingan kepada satu maksud yang termasuk dalam mana-mana perenggan terdahulu.

KATEGORI:BANGUNAN

116.              Syarat-syarat tersirat yang menyentuh tanah yang tertakluk kepada kategori "bangunan".
(1)               Jika sekiranya mana-mana tanah berimilik tertakluk menurut kuasa mana-mana peruntukan Akta ini kepada kategori "bangunan", syarat-syarat tersirat berikut hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (3), dipakai kepadanya-
(a)                bahawa, melainkan pada tarikh yang relevan sesebuah bangunan sedemikian telah sedia ada di atas tanah itu, maka hendaklah dalam masa dua tahun dari tarikh itu didirikan di atasnya sebuah bangunan sesuai untuk diguna­kan bagi satu maksud atau lebih seperti yang dinyatakan atau disebutkan dalam subseksyen (4);
(b)               bahawa tiada apa jua bahagian tanah itu boleh digunakan untuk maksud pertanian atau perindustrian (kecuali setakat mana pendirian atau penyelenggaraan mana-mana bangunan untuk satu maksud atau maksud-maksud yang termasuk dalam perenggan (f) atau (g) subsubseksyen (4) boleh merupakan penggunaan sedemikian);
(c)                bahawa tiap-tiap bangunan di atasnya (bila-bila masa jua ia didirikan) hendaklah dijaga baik;
(d)               bahawa tiada bangunan sedemikian boleh dimusnahkan, diubah atau ditambah tanpa keizinan secara bertulis ter­lebih dahulu dari pihak berkuasa yang wajar.
(2)               Dalam subseksyen (1) "tarikh yang relevan" ertinya tarikh bilamana mana-mana bahagian tanah itu pertama kali menjadi tertakluk kepada kategori itu.
(3)               Syarat-syarat yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendak­lah disirat dalam kes mana-mana tanah hanya setakat mana ia tidak berlawanan dengan mana-mana syarat nyata yang kepadanya tanah itu buat masa itu tertakluk.
(4)               Maksud-maksud yang disebutkan dalam perenggan (a) sub­seksyen (1) adalah seperti berikut­ --
(ii)               maksud-maksud kediaman;
(iii)             maksud-maksud pentadbiran atau komersial, atau maksud­maksud pengangkutan penumpang;
(iv)             maksud-maksud pameran, penjualan secara runcit, mem­baiki atau sebaliknya mengurusniaga apa-apa barang atau komoditi, atau memberi apa-apa perkhidmatan;
(v)               maksud-maksud menyediakan kemudahan-kemudahan pen­didikan, perubatan, kebersihan atau kemudahan-kemudahan kebajikan yang lain;
(vi)             maksud-maksud hiburan, makan minuman atau permainan;
(vii)           apa-apa maksud yang Pihak Berkuasa Negeri mungkin menetapkan bagi maksud seksyen ini melalui kaedah-kaedah di bawah seksyen 14;
(viii)         apa-apa maksud yang Pihak Berkuasa Negeri memikirkan sesuai untuk membenarkan dalam keadaan-keadaan apa-apa kes tertentu;
(ix)             apa-apa maksud yang bersampingan dengan satu maksud yang termasuk dalam mana-mana perenggan yang terdahulu.

116A. (Dimansuhkan).

KATEGORI: PERINDUSTRIAN

117.              Syarat-syarat tersirat yang menyentuh tanah yang ter­takluk kepada kategori "perindustrian".
(1)               Jika sekiranya mana-mana tanah berimilik tertakluk menurut kuasa mana-mana peruntukan Akta ini kepada kategori "perindus­trian", syarat-syarat tersirat berikut hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (2), dipakai kepadanya­ --
(a)                bahawa ia hendaklah digunakan hanya untuk maksud­-maksud perindustrian, iaitu, untuk maksud mendiri atau menyenggara kilang, bengkel, fondri, gudang, limbungan, jeti, keretapi atau bangunan atau pemasangan lain untuk digunakan atau berkaitan dengan satu maksud atau lebih dari maksud-maksud yang berikut­
(i)                  perkilangan;
(ii)                peleburan;
(iii)              pengeluaran dan penyebaran kuasa;
(iv)              pemasangan, pemprosesan, pensetoran, pengangkutan atau pengedaran barang, atau komoditi-komoditi lain;
(v)                apa-apa maksud lain sepertimana Pihak Berkuasa Negeri mungkin menetapkan bagi maksud-maksud seksyen ini melalui kaedah-kaedah di bawah seksyen 14;
(b)               bahawa industri itu hendaklah dimulakan operasi dalam masa tiga tahun daripada tarikh yang relevan dari tiap-tiap bangunan atau pemasangan di atasnya (bila-bila jua ia didirikan atau dipasang) hendaklah dijagabaik;
(c)                bahawa tiada bangunan atau pemasangan sedemikian boleh dimusnahkan, diubah atau ditambah tanpa keizinan secara bertulis terlebih dahulu dari pihak berkuasa yang wajar:
Dengan syarat bahawa syarat yang dinyatakan dalam perenggan (a) tidaklah menghalang penyenggaraan atau pendirian di atas tanah itu apa-apa bangunan yang diguna­kan atau yang hendak digunakan­
(i)                  untuk peruntukan kemudahan-kemudahan pendidikan, perubatan, kesihatan atau kemudahan kebajikan lain untuk tuanpunya tanah atau mana-mana orang lain yang menduduki tanah itu dengan sah atau untuk pekerja-pekerja tuanpunya, atau mana-mana orang yang diambil bekerja untuk maksud perindustrian oleh, tuanpunya atau mana-mana orang lain;
(ii)                untuk apa-apa maksud yang Pihak Berkuasa Negeri memikirkan sesuai untuk membenarkan dalam keadaan-keadaan tertentu kes itu.
(1A) Dalam subseksyen (1) "tarikh yang relevan" bermakna tarikh bilamana apa-apa bahagian tanah mula tertakluk kepada kategori itu. (2) Syarat-syarat yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah disirat dalam kes mana-mana tanah hanya setakat mana ia tidak berlawanan dengan mana-mana syarat nyata yang kepadanya tanah itu buat masa itu tertakluk.

TANAH PERTANIAN YANG DIBERI MILIK DI BAWAH HAKMILIK SEMENTARA

118.              Syarat tersirat yang menyentuh tanah pertanian yang diberi milik di bawah hakmilik sementara.
(1)               Jika sekiranya mana-mana tanah yang diberi milik di bawah hakmilik sementara adalah tertakluk­ --
(a)                menurut kuasa subseksyen (2) seksyen 55, kepada syarat tersirat seperti yang dinyatakan dalam subseksyen (2) seksyen 53, atau
(b)               kepada mana-mana syarat nyata yang menghendaki ia digunakan untuk maksud pertanian, atau
(c)                kepada kategori "pertanian",
maka ia hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (2), menjadi tertakluk selama ia terus dipegang di bawah hakmilik sementara kepada suatu syarat tersirat bahawa tiada bangunan selain dari sebuah bangunan sementara boleh didirikan di atasnya tanpa kelulusan Pentadbir Tanah.
(2)               Syarat yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah disirat dalam kes mana-mana tanah hanya setakat mana ia tidak berlawanan dengan mana-mana syarat nyata yang kepadanya tanah itu buat masa itu tertakluk.
TANAH YANG DIENDORSKAN "PADI" SEBELUM PERMULAAN
119.              Syarat tersirat yang menyentuh tanah yang diberi milik sebelum permulaan untuk penanaman padi.
(1)               Jika sekiranya dokumen hakmilik mana-mana tanah desa yang diberi milik sebelum bermulanya Akta ini, iaitu tanah yang tidak lebih dari empat hektar keluasannya, mengandungi ungkapan "padi", atau apa-apa kesamaan atau kelainan seperti yang dinyata­kan dalam Jadual Keempat, sebagai sifat penanaman atau maksud pemberimilikannya, atau sebagai sebahagian dari sifat itu atau satu maksud sedemikian, maka, tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), tanah itu hendaklah menjadi tertakluk kepada syarat-syarat tersirat berikut­ --
(a)                bahawa kawasan tanah sedemikian sepertimana, pada pendapat Pentadbir Tanah, sesuai untuk penanaman padi hendaklah ditanami sedemikian;
(b)               bahawa kawasan itu hendaklah disenggara dan ditanami sedemikian mengikut kaedah-kaedah pertanian yang sem­purna; dan
(c)                bahawa kawasan itu hendaklah ditanami sedemikian dengan berterusan:
Dengan syarat bahawa syarat yang dinyatakan dalam perenggan (c) hendaklah dianggap sebagai dipatuhi dalam kes mana-mana kawasan sekian lama sekurang-kurangnya tiga suku darinya adalah ditanami pada segala masa, dan apa-apa tempoh dalam mana kurang dari seluruh tanah itu ditanami sedemikian tidak melebihi dua belas bulan.
(2)               Seksyen ini tidak terpakai kepada mana-mana tanah yang dokumen hakmiliknya, pada permulaan Akta ini, adalah diendors­kan dengan memorial kecualian dari peruntukan-peruntukan yang serupa dalam mana-mana undang-undang tanah terdahulu.
(3)               Syarat-syarat yang disirat oleh seksyen ini hendaklah terhenti dari dipakai kepada mana-mana tanah­ --
(a)                jika sekiranya ungkapan yang menimbulkannya dihapuskan dari dokumen hakmilik menurut suatu permohonan oleh tuanpunya di bawah seksyen 124;
(b)               jika sekiranya tanah itu menjadi tertakluk kepada mana-mana kategori penggunaan tanah.
Bab 4 - Syarat-Syarat Nyata dan Sekatan-Sekatan Kepentingan
KUASA-KUASA AM SETELAH PEMBERIMILIKAN
120.              Pengenaan syarat-syarat nyata dan sekatan-sekatan kepen­tingan apabila pemberimilikan dibuat di bawah Akta ini.
(1)               Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen ini, Pihak Berkuasa Negeri boleh memberi milikan tanah di bawah Akta ini tertakluk kepada apa-apa syarat nyata dan sekatan kepentingan yang mematuhi undang-undang sepertimana yang difikirkannya sesuai.
(2)               Syarat-syarat dan sekatan-sekatan kepentingan yang hendak dikenakan di bawah seksyen ini dalam kes mana-mana tanah hen­daklah ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri pada masa bilamana tanah itu diluluskan untuk pemberimilikan.
(3)               Tiap-tiap syarat atau sekatan kepentingan yang dikenakan di bawah seksyen ini hendaklah diendorskan di atas atau disebutkan di dalam dokumen hakmilik tanah itu; dan dalam mematuhi sub­seksyen ini Pihak Berkuasa Negeri hendaklah, dalam apa-apa kes di mana ia mengenakan syarat dan sekatan kepentingan itu kedua­duanya sekali, memperbezakan antara kedua-duanya.
(4)               Tiada apa jua syarat boleh dikenakan di bawah seksyen ini yang berlawanan dengan mana-mana syarat tersirat yang kepadanya tanah itu menjadi tertakluk pada pemberimilikan menurut kuasa seksyen 114.
TANAH YANG DIBERI MILIK TERTAKLUK KEPADA SUATU KATEGORI
(1)               Jika sekiranya menurut seksyen 52 mana-mana tanah diberi milik di bawah Akta ini tertakluk kepada kategori "pertanian", maka Pihak Berkuasa Negeri bolehlah, dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen 120 (dan tanpa menjejaskan keluasan kuasa-kuasa tersebut), mengenakan apa-apa syarat sepertimana yang difikirkan­nya sesuai­
(a)                menghendaki penanaman di atasnya, atau di atas mana­-mana bahagian atau nisbah darinya, suatu tanaman khusus, atau mana-mana kelas atau kategori tanaman;
(b)               melarang penanaman di atasnya, atau di atas mana-mana bahagian atau nisbah darinya, suatu tanaman khusus, atau apa-apa kelas atau kategori tanaman;
(c)                menetapkan tarikh-tarikh dalam mana-mana tahun pada atau sebelum mana apa-apa kerja pembersihan, penanaman, penyemaian, pembajaan atau penuaian, atau apa-apa aktiviti pertanian lain, hendak dimula atau diselesaikan;
(d)               menghadkan kawasan maksimum tanah itu yang boleh diliputi oleh rumah-rumah kediaman dan bangunan-bangunan lain.
(2)               Dalam seksyen ini "tanaman" termasuklah pokok-pokok yang ditanam untuk maksud mendapatkan hasilnya.
122.              Kategori-kategori: Bangunan dan Perindustrian.
Jika sekiranya menurut seksyen 52 mana-mana tanah diberi milik di bawah Akta ini tertakluk kepada kategori "bangunan" atau kategori "perindustrian", maka Pihak Berkuasa Negeri bolehlah, dalam menjalankan kuasa-kuasanya di bawah seksyen 120 (dan tanpa men­jejaskan keluasan kuasa-kuasa tersebut), mengenakan apa-apa syarat sepertimana yang difikirkannya sesuai mengenai­
(a)                kawasan atau nisbah tanah yang hendak dibina di atasnya;
(b)                jenis, rekabentuk, tinggi dan struktur mana-mana bangunan yang hendak dibina di atas tanah itu, dan jenis dan kualiti bahan-bahan yang hendak digunakan dalam pembinaannya;
(c)                tarikh-tarikh pada atau sebelum mana apa-apa bangunan sedemikian hendak dimula atau diselesaikan;
(d)                kegunaan untuk mana mana-mana bangunan itu adalah terletak.
TANAH YANG MENJADI TERTAKLUK KEPADA SUATU KATEGORI SELEPAS PEMBERIMILIKAN
123.              Pengenaan syarat-syarat nyata ke atas tanah yang menjadi tertakluk kepada suatu kategori di bawah seksyen 54.
(1)               Pihak Berkuasa Negeri bolehlah, dalam mana-mana pemberi­tahuan yang diberi di bawah seksyen 54 mengenai mana-mana kawasan, mengarahkan supaya sejak tarikh bilamana mana-mana tanah dalam kawasan itu menurut kuasa pemberitahuan itu menjadi tertakluk kepada mana-mana kategori penggunaan tanah yang di­nyatakan dalam arahan itu, ia menjadi tertakluk juga kepada apa-apa syarat nyata sepertimana yang dinyatakan sedemikian, iaitu syarat­syarat yang berhubungan dengan mana-mana dari perkara-perkara yang disebutkan dalam seksyen 121 atau 122, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)               Pada atau sebelum tarikh bilamana mana-mana tanah menjadi tertakluk kepada apa-apa syarat menurut kuasa mana-mana pemberi­tahuan sedemikian, maka hendaklah diendorskan di atas dokumen hakmilik tanah itu sama ada syarat-syarat itu sendiri atau rujukan kepadanya.
(3)               Tiada apa jua syarat boleh dikenakan menurut kuasa seksyen ini yang berlawanan dengan mana-mana syarat tersirat yang dinyata­kan dalam seksyen 114.
PENGUBAHAN SYARAT-SYARAT, SEKATAN-SEKATAN DAN KATEGORI-KATEGORI
124.              Kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk mengubah syarat­-syarat, dll., atas permohonan tuanpunya.
(1)               Tuanpunya mana-mana tanah berimilik bolehlah memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini untuk --
(a)                pengubahan mana-mana kategori penggunaan tanah yang tanah itu buat masa itu tertakluk atau, jika ia tidak ter­takluk sedemikian, untuk pengenaan mana-mana kategori ke atasnya;
(b)               pembatalan apa-apa syarat nyata atau sekatan kepentingan yang diendorskan di atas, atau disebut di dalam, dokumen hakmilik tanah itu, atau penghapusan ungkapan "padi" dari dokumen itu, atau apa-apa ungkapan lain yang menurut kuasanya tanah itu tertakluk buat masa itu kepada syarat­syarat tersirat yang dinyatakan dalam seksyen 119; atau
(ba)      memotong daripada dokumen hakmilik ungkapan "getah", "kampung" atau mana-mana ungkapan lain mengenai kegunaan tanah, dan untuk mengenakan syarat-syarat nyata yang lain mengenai kegunaan tanah;
(c)                pemindaan apa-apa syarat nyata atau sekatan kepentingan yang diendorskan di atas, atau disebut di dalam, dokumen hakmilik tanah itu, atau pengenaan apa-apa syarat nyata atau sekatan kepentingan yang baru:
Dengan syarat bahawa Pihak Berkuasa Negeri tidaklah melayan apa-apa permohonan sedemikian melainkan ia berpuas hati mengenai setiap orang atau badan yang mempunyai kepentingan berdaftar dalam tanah itu, atau menduduki mana-mana bahagian darinya di bawah mana-mana tenansi yang bebas daripada pendaftaran, sama ada ia telah mengizinkannya atau keizinannya dalam keadaan-keadaan itu tidak payah diminta:
Dengan syarat selanjutnya bahawa Pihak Berkuasa Negeri tidak akan melayan apa-apa permohonan tersebut melainkan apa-apa sewa yang kena dibayar telah pun dibayar.
(1A)     Jika sekiranya permohonan berkait dengan tanah estet­
(a)                Pentadbir Tanah hendaklah merujuk permohonan itu kepada Lembaga Tanah Estet yang ditubuhkan di bawah seksyen 214a bagi tujuan sokongan; dan
(b)               Setiausaha Lembaga Tanah Estet hendaklah menyampai­kan sokongan-sokongan lembaga secepat mungkin yang boleh kepada Pentadbir Tanah.
(2)               Jika sekiranya Pihak Berkuasa Negeri meluluskan apa-apa permohonan di bawah perenggan (a) subseksyen (1)-
(a)                ia hendaklah mengarahkan supaya kategori penggunaan tanah yang dinyatakan dalam permohonan itu diendorskan ke atas dokumen hakmilik tanah itu, dan kategori yang sedia ada (jika ada) hendaklah digugurkan, dan
(b)               ia bolehlah jika difikirkannya sesuai dipotong, mengarahkan supaya diendorskan juga di atas dokumen hakmilik itu syarat-syarat nyata yang baru seperti yang dinyatakan dalam arahan itu, iaitu syarat-syarat yang berhubungan dengan mana-mana dari perkara yang disebutkan dalam seksyen 121 atau 122, mengikut mana-mana yang berkenaan;
dan, sejak tarikh bilamana arahan itu mula dijalankan­
(i)                 tanah itu hendaklah menjadi tertakluk kepada apa-apa syarat yang diendorskan menurutnya dan (mengikut kategori penggunaan tanah yang diendorskan sede­mikian) kepada syarat-syarat yang disirat oleh seksyen 115, 116 atau 117;
(ii)               maka hendaklah terhenti dari terpakai kepada tanah itu semua syarat-syarat yang ia tertakluk terdahulu kecuali syarat-syarat yang disirat di bawah seksyen 114 dan, di mana boleh dipakai, 118.
(3)               Jika sekiranya Pihak Berkuasa Negeri meluluskan apa-apa permohonan di bawah perenggan (b) subseksyen (1), ia hendaklah mengarahkan supaya syarat, sekatan kepentingan atau ungkapan yang dipersoalkan dipotong dari dokumen hakmilik kepada tanah itu atau, dalam kes mana-mana syarat atau sekatan yang hanya di­sebutkan dalam dokumen hakmilik itu, supaya suatu nota mengenai pembatalannya diendorskan.
(3A) Jika sekiranya Pihak Berkuasa Negeri meluluskan apa-apa permohonan di bawah perenggan (ba) subseksyen (1), ia hendaklah mengarahkan supaya ungkapan berkenaan dipotong, dan syarat-syarat nyata baru diendorskan ke atas dokumen hakmilik kepada tanah.
(4)               Pihak Berkuasa Negeri bolehlah meluluskan apa-apa per­mohonan di bawah perenggan (c) subseksyen (1) sama ada mengikut terma-terma dalam mana ia dikemukakan atau dengan keizinan pemohon dan mana-mana orang atau badan lain yang keizinannya adalah dikehendaki di bawah proviso kepada subseksyen itu, tertakluk kepada apa-apa ubahsuaian yang difikirkannya sesuai, dan hendaklah, sama ada dalam salah satu kes, mengarahkan sebagai wajar­ --
(a)                pindaan mana-mana syarat atau sekatan kepentingan yang diendorskan di atas dokumen hakmilik kepada tanah itu, atau
(b)               pengendorsan di atas dokumen hakmilik tersebut suatu nota pindaan mengenai apa-apa syarat atau sekatan yang hanya disebutkan di dalamnya, atau
(c)                pengendorsan di atas dokumen hakmilik tersebut mengenai apa-apa syarat baru.
(5)               Apa-apa arahan yang diberi oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini boleh dijadikan bersyarat bagi semua atau mana-mana dari perkara-perkara berikut­--
(a)                pembayaran satu premium tambahan;
(aa)      pembayaran apa-apa caj baru yang ditetapkan;
(b)               perizapan satu sewa barn;
(c)                pematuhan kepada apa-apa kehendak lain yang Pihak Berkuasa Negeri memikirkan sesuai.
(6)               Tiada apa jua syarat yang berlawanan dengan mana-mana syarat tersirat yang tanah yang dipersoalkan buat masa itu tertakluk di bawah seksyen 114 atau 119 boleh dikenakan menurut kuasa seksyen ini, dan tiada apa jua syarat boleh dipinda menurut kuasa seksyen ini jadi ia tidak konsisten dengan apa-apa syarat tersirat sedemikian.
(7)               Setelah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini, Pentadbir Tanah hendaklah menandatangani suatu memorandum dalam Borang 7C selaras dengan arahan Pihak Ber­kuasa Negeri dan akan mengemukakan memorandum itu, dan di atas memorialnya yang dibuat, Pendaftar akan membuat suatu pemasukan di atas daftar dan mengeluarkan dokumen-dokumen hakmilik kepada tanah dan akan mencatatkan tarikh dan kuasa untuknya, dan mengesahkan memorandum itu dengan tandatangan dan meterainya.
(8)               Sewa dan premium dalam mana-mana arahan yang dikeluar­kan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini hendaklah kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri pada masa ia melulus­kan permohonan dan Pentadbir Tanah hendaklah menyebabkan untuk disampaikan kepada tuanpunya suatu notis dalam Borang 7G menghendakinya membayar jumlah tersebut dalam masa yang ditentukan dan jika mana-mana jumlah tersebut tidak dibayar dalam masa tersebut kelulusan Pihak Berkuasa Negeri akan luput selepas itu.
124A. Permohonan secara serentak untuk pecah-sempadan dan di bawah seksyen 124 (1) berkenaan dengan bahagian-bahagian pecah-sempadan yang dicadangkan.
(1)               Tuanpunya bagi mana-mana tanah yang diberi milik boleh memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk meluluskan pecah­sempadan tanah dan pada masa yang sama membuat permohonan di bawah subseksyen (1) seksyen 124 berkenaan dengan petak-petak pecah-sempadan yang dicadangkan itu.
( l.A)    Jika sekiranya permohonan berkait dengan tanah estet-         
(a)                Pentadbir Tanah hendaklah merujuk permohonan itu kepada Lembaga Tanah Estet yang ditubuhkan di bawah seksyen 214a bagi tujuan sokongan; dan
(b)               Setiausaha Lembaga Tanah Estet hendaklah menyampai­kan sokongan-sokongan lembaga secepat mungkin yang boleh kepada Pentadbir Tanah.
(2)               Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) seksyen 124 berkenaan dengan petak-petak pecah-sempadan yang dicadangkan itu hendaklah dalam Borang 7D, dan akan dilayan dan diuruskan di bawah seksyen 124 sebagai suatu permohonan berasingan di bawah subseksyen (1) seksyen 124 berkenaan dengan tiap-tiap petak pecah­sempadan yang dicadangkan itu.
(3)               Kelulusan permohonan untuk pecah-sempadan tanah dan kelulusan permohonan di bawah subseksyen (1) seksyen 124 ber­kenaan dengan petak-petak pecah-sempadan yang dicadangkan itu hendaklah kedua-dua bersyarat atas pemohon memenuhi berkenaan dengan semua petak pecah-sempadan, dalam tempoh tertentu seba­gaimana yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa Negeri, semua syarat yang akan dikenakan di bawah subseksyen (5) seksyen 124 berke­naan dengan tiap-tiap petak pecah-sempadan yang dicadangkan itu.
(4)               Bagi maksud permohonan untuk pecah-sempadan di bawah subseksyen (1), permohonan akan dianggap seolah-olah ia adalah suatu permohonan di bawah seksyen 135 dan peruntukan-peruntukan seksyen 136, 137, 138 dan 139 hendaklah terpakai setakat mana peruntukan-peruntukan itu tidak berlawanan dengan peruntukan-peruntukan seksyen ini, dan dalam menimbangkan permohonan tersebut Pihak Berkuasa Negeri hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan semua kuasa Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau boleh mengarahkan Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk menjalankan semua atau sebahagian kuasa-kuasa itu.

6 comments:

  1. Saya ada satu masaalah mengenai tanah dan harap dapat bantuan dari tuan punya blog atau pun pembaca...

    Aruah ayah bekas pegawai kerajaan negeri Kedah ada mendapat tanah annugerah kerajaan negeri..Sekatan dlm geran ada menyebut 'tidak boleh di jual atau pindah hakmilik melainkan dgn kelulusan kerajaan negeri' ..Tidak ada tempoh sekatan...bagaimana nak tukar atau hapuskan sekatan...Aruah dah meniggal lebih setahun...harap kawan2 dpt menolong...terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. en kena buat bicara pusaka untuk tanah tersebut kerana pemilik telah meninggal.

      Delete
  2. Saya ada satu situasi di mana wujudnya konflik sekatan kepentingan ***. Isunya, di dalam geran asal simpanan kami, tiada sekatan kepentingan. Namun, apabila bakal pembeli buat carian rasmi di pejabat tanah, wujud pula sekatan kepentingan di dalamnya.

    Semakan kami di pejabat tanah menunjukkan bahawa salinan pendua dalam simpanan mereka ada dichop sekatan kepentingan ***.

    Mengapa ini berlaku?

    Mohon pencerahan pihak admin. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam..saya juga mempunyai masalah sekatan tanah. Dalam geran dinyatakan tanah tersebut tidak boleh dijual atau pindah hakmilik melainkan dengan kelulusan kerajaan negeri dan tempoh sekatan 10 tahun. Boleh tak tempoh sekatan tersebut dikurangkan memandangkan hanya berbaki 3 tahun sahaja lagi..atau ada cara lain seperti bayaran penanti oleh pejabat tanah..terima kasih

    ReplyDelete
  4. Salam..saya juga mempunyai masalah sekatan tanah. Dalam geran dinyatakan tanah tersebut tidak boleh dijual atau pindah hakmilik melainkan dengan kelulusan kerajaan negeri dan tempoh sekatan 10 tahun. Boleh tak tempoh sekatan tersebut dikurangkan memandangkan hanya berbaki 3 tahun sahaja lagi..atau ada cara lain seperti bayaran penanti oleh pejabat tanah..terima kasih

    ReplyDelete
  5. Salam..saya juga mempunyai masalah sekatan tanah. Dalam geran dinyatakan tanah tersebut tidak boleh dijual atau pindah hakmilik melainkan dengan kelulusan kerajaan negeri dan tempoh sekatan 10 tahun. Boleh tak tempoh sekatan tersebut dikurangkan memandangkan hanya berbaki 3 tahun sahaja lagi..atau ada cara lain seperti bayaran penanti oleh pejabat tanah..terima kasih

    ReplyDelete