Sunday 21 May 2017



Peringatan  Perlu Semasa Pembersihan Setinggan-Setinggan

The court may consider various aspects of  the statute in attempting to determine legislative
intent. The court must first look at the intent as  expressed in the language of the statute. When
the language is plain and ambiguous, a court is bound to implement the express intent. Ordinary
words are to be given their ordinary meaning without adding something that is not readily found
in the statute or eliminating which is readily found therein. (See, inter alia, Majlis Peguam Malaysia
& Ors v. Joseph Au Kong Weng [1993] 2 CLJ 417; Cheatley v The Queen [1972] 127 CLR 291,
AG (Canada) v Hallet & Carey Ltd [1952] AC 427; Bank of New Zealand v. Cermac Modular
Industries Ltd [1972] NZLR 661 and Farrel v. Alexander [1977] AC 59)

It is our view that under the circumstances of this instant appeal, all the second appellant need
to do so is, once it is of the opinion that it is expedient and necessary after taking into account
the public interest to demolish any squatter hut as defined under reg 3 of the said Regulations situated
on the said property, to give seven days notice to the respondents and at the end of that period, enter
on the said property for the purpose of demolishing the squatter hut…..”

Pertimbangan kepentingan awam adalah suatu faktor yang perlu diambilkira bagi memutuskan samada perintah certiorari wajar diberikan atau tidak. Dalam kes Shamsuddin bin Che Mat & Ors v. Datuk Bandar Kuala Lumpur [2007] 4 MLJ 177, Mahkamah menyatakan di halaman 192:
“Certiorari is an equitable remedy. I must make a note here to consider the noble act by the
government, who had award a contract on prime land to build low costs houses for the sole purpose
of relocating squatters. The applicants conduct had severely delayed the project to build 948 low
costs houses. The applicants are also not left in a lurch. Proper housing arrangement had been
made to relocate them. For these reasons the motion by the applicants is hereby dismissed with
costs”


Setinggan

(b)     Takrifan Undang-undang

Sebagai kajian perbandingan, undang-undang Inggeris tidak pernah menganggap setinggan sebagai kesalahan jenayah tetapi sebagai satu perkara sivil.  Dalam undang-undang mereka, setinggan adalah penceroboh dan ia hanya menimbulkan perbalahan diantara individu mengenai hak ke atas harta.  Oleh itu di England setinggan dianggap melakukan perbuatan tidak sah  tetapi bukan menyalahi undang-undang.  Mengikut Lord Denning dalam kes McPhail lwn. Persons Unknown (1973),“Apakah setinggan?  Beliau adalah seorang yang tidak mempunyai hak tetapi memasuki rumah atau tanah yang tidak diduduki, dengan niat untuk tinggal disitu selama yang boleh. Beliau mungkin akan mencari alasan untuk  kelakuannya. Beliau mungkin akan mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai tempat tinggal dan rumah atau tanah tersebut dibiarkan kosong. Tetapi rayuan berkenaan tidak berkesan dalam undang-undang.” 

Bagi kita di Malaysia, pertama sekali kita lihat apa yang dikatakan oleh Hakim Adam dalam kes Mohamad Said lwn. Fatimah (1962),
“Tiada sesiapa pun dibenarkan menduduki Tanah Negeri tanpa kebenaran dan jika melakukannya maka ia termasuk dalam suatu pelanggaran (yakni melanggar kaedah 151, Kaedah-kaedah Tanah N.M.B. Bab 38 dalam kes ini – penulis) … dan menyebabkan orang berkenaan boleh didakwa dan disabitkan serta dihukum oleh Mahkamah Jenayah”.

Dengan itu, dibawah undang-undang Malaysia, “setinggan” adalah penceroboh (yakni biasanya dengan cara masuk dan menduduki) tanah kerajaan.  Mereka ini bolehlah diistilah sebagai setinggan tanah kerajaan. Ada juga setinggan tanah persendirian iaitu orang-orang yang menceroboh dengan cara masuk dan menduduki tanah-tanah persendirian (lihat perbincangan selepas ini yang membahagikan kedua-dua jenis pencerobohan tersebut). Contohnya di dalam kes Bukit Lenang Development Sdn. Bhd.lwn. Penduduk-penduduk Mukim Plentong (1999), dimana beberapa penghuni tanah yang dipunyai plaintif telah dikatakan oleh mahkamah sebagai penceroboh kerana mereka menghuni tanah berkenaan tanpa lesen atau kebenaran daripada tuanpunya tanah (plaintif).  Dan sebagai setinggan, menurut mahkamah di dalam kes tersebut, mereka tidak mempunyai apa-apa hak.

Seperti yang dikatakan oleh Hakim Lord Dunedin di dalam kesRobert & Sons (Collieries) Ltd. lwn. Dunbreck (1929), dimana setinggan dianggap sebagai penceroboh, maka penceroboh adalah, “seseorang yang masuk ke tanah orang lain tanpa jemputan dalam apa-apa bentuk sekali pun dan dimana kehadirannya itu tidakkah sama ada diketahui oleh tuanpunya tanah atau jika pun dia tahu, secara praktikalnya dia membantah (atas kehadiran orang itu di tanahnya).”

Tindakan mengambil balik tanah (tanah kerajaan) yang diduduki setinggan juga berbangkit dalam kes Bohari bin Taib dan 5 orang lagi lwn. Pengarah Tanah dan Galian Selangor (1991), dimana diputuskan bahawa tuan punya tanah boleh menyaman penceroboh untuk mengeluarkan mereka dari tanahnya itu. Ini kerana di bawah undang-undang mereka ini wujud tanpa apa-apa keizinan (sama ada secara nyata atau tersirat) daripada tuanpunya tanah (yakni kerajaan).

Satu lagi kes berkaitan setinggan ialah Shamsudin bin Che Mat dan 11 orang lagi lwn. Datuk Bandar Kuala Lumpur (2000).  Kes ini melibatkan beberapa setinggan yang membina rumah di atas tanah kerajaan, dan rumah itu dibina tanpa kelulusan pelan oleh pihak berkuasa tempatan (yakni Dewan Bandaraya Kuala Lumpur).  Menggunakan kuasa yang diberi di bawah Peraturan-peraturan. Perlu (Pembersihan Setinggan), 1969, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengeluarkan notis kepada setinggan itu untuk mengosongkan tanah berkenaan (yakni keluar dari tanah tersebut).  Pihak plaintif (yakni setinggan-setinggan itu) telah mencabar notis tersebut.  Walau bagaimanapun Mahkamah memutuskan setinggan-setinggan itu adalah penceroboh tanah kerajaan (dan melanggar seksyen 425 Kanun Tanah Negara) selain dari melakukan kesalahan di bawah seksyen 70 (1) Akta Jalan Parit dan Bangunan, 1974 (yakni mendirikan bangunan tanpa mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu dari pihak berkuasa tempatan).
Di Malaysia, Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) adalah satu-satunya perundangan yang secara nyata menyentuh tentang kedudukan dan kepentingan penduduk setinggan di bawah undang-undang (walaupun ada juga undang-undang lain yang secara tidak langsung mengenai setinggan).  Seksyen 48 KTN menyatakan bahawa “tiada hakmilik tanah kerajaan boleh diperolehi secara pegangan, pendudukan tak sah atau pendudukan di bawah mana-mana lesen untuk selama mana sekali pun.”

Manakala Seksyen 425 pula (peruntukan penuh seksyen ini dan lain-lain peruntukan yang relevan akan diberi dibawah perenggan 1.3 di bawah) adalah mengenai kesalahan menceroboh tanah kerajaan secara menduduki dan membina apa-apa bangunan di atasnya dan lain-lain aktiviti yang disenaraikan.  
                                               
Daripada kedua-dua seksyen di atas, jelas menunjukkan bahawa setinggan tidak mempunyai apa-apa hak tanah disisi undang-undangan. Berikut adalah beberapa kes mahkamah yang membuktikan bahawa setinggan sememangnya tiada hak ke atas tanah yang mereka duduki.  Kes-kes mahkamah dibahagikan kepada dua kategori iaitu kes yang melibatkan setinggan di atas tanah kerajaan dan kes yang melibatkan setinggan di atas tanah persendirian.

Setinggan biasanya membina bangunan, yang diistilahkan sebagai “pondok” dibawah peraturan 3, Peraturan-peraturan Perlu (Pembersihan Setinggan) 1969.

Menurut peraturan 3, Peraturan-Peraturan Perlu (Pembersihan Setinggan) 1969, “pondok setinggan” didefinisikan sebagai “apa-apa rumah, pondok, bangsal, gerai, sengkuap-tempat perteduhan, kurungan beratap atau apa-apa sambungan atau binaan yang bercantum kepada sesuatu bangunan atau binaan lain yang dibuat daripada apa jua bahan sebagai tempat kediaman atau lainnya yang sedia ada atau yang dalam binaan mengikut apa cara melainkan mengikut pelan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan dan yang terletak di atas mana-mana tanah seperti tanah.” 

Seperti yang telah disentuh sedikit sebelum ini, setinggan (pencerobohan) boleh berlaku terhadap tanah kerajaan, dan boleh juga berlaku terhadap tanah persendirian. Di bawah ini diperturunkan sebahagian daripada kes-kes mahkamah di Malaysia yang melibatkan kedua-dua jenis pencerobohan berkenaan:
   
(a) Kes-kes mahkamah yang melibatkan pendudukan(pencerobohan) di atas tanah  kerajaan
Kes Sidek b Hj. Muhammad & 461 yang lain lwn. KerajaanNegeri Perak (1982). Fakta yang relevan adalah seperti berikut:
Pada tahun 1950, pihak merayu dan 37 orang lain telah membuka dan mengusahakan sebahagian tanah hutan milik Kerajaan Negeri Perak tanpa kebenaran. Dalam tempoh 20 tahun, lebih ramai telah datang dan menetap di situ. Untuk mengatasi keadaan yang semakin tidak terkawal, kerajaan telah membuat perancangan membahagikan tanah mengikut blok. Dalam proses tersebut terdapat segolongan perintis yang tidak berjaya. Perbincangan telah diadakan diantara kedua pihak dimana pihak kerajaan meminta mereka keluar meninggalkan kawasan tersebut. Perayu mengambil tindakan dengan mengistiharkan bahawa mereka berhak dari segi undang-undang dan ekuiti untuk mendapatkan tanah tersebut yang telah diterokai oleh mereka dan diusahakan sedemikian lama. Mahkamah telah memutuskan seperti berikut:
i)  Perayu tiada hak untuk mengambil tindakan oleh kerana mereka adalah setinggan. Setinggan tidak ada hak dari segi undang-undang atau ekuiti.
ii) Pendudukan secara tidak sah tanah milik kerajaan adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 425 Kanun Tanah Negara.

Sementara itu dalam kes Senik lwn. Hassan dan yang lain, (1963) Hakim Suffian membuat penelitian bahawa pendudukan tak sah di atas tanah kerajaan tidak akan menwujudkan apa-apa hak ke atas tanah kerajaan, sebaliknya merupakan satu kesalahan dan dianggap sebagai penceroboh.
(b)      Kes-kes mahkamah yang melibatkan pendudukan di atas tanah        individu
             Dalam kes Ng Ben Thong dan yang lain lwn. Krishnan a/lArumugam (1998),fakta yang relevan adalah seperti berikut:

Dalam kes ini plaintif adalah pemilik 7 bidang tanah dan bercadang untuk memajukan tanah tersebut sebagai tempat letak kereta. Plaintif mendapati bahawa defendan telah menduduki tanah tersebut dan membina beberapa pondok dan juga kandang lembu secara tidak sah.  Disamping itu defendan juga menyediakan tempat letak kereta persendirian dan mengutip bayaran. Plaintif berpendirian bahawa mereka tidak pernah memberi izin atau kebenaran untuk defendan dan keluarga untuk menduduki tanah tersebut.  Walau bagaimanapun pihak defendan mengaku bahawa plaintif pernah melawat tanah tersebut sebelum ini dan memberi keizinan untuk mereka terus tinggal disitu. Mahkamah telah membuat keputusan seperti berikut:
i)  Pengakuan yang dibuat oleh defendan tidak boleh dianggap sebagai bukti.
ii) Defendan adalah dianggap sebagai setinggan dan setinggan tidak mempunyai apa-apa hak dari segi undang-undang.

Dalam kes Kerajaan Negeri Sembilan & SL lwn Yap Chong Lam dan 12 yang lain (juga dikenali sebagai Kes Lesco) (1997), fakta yang relevan adalah seperti berikut:
Dalam kes ini responden menduduki rumah yang mereka bina di atas tanah yang mereka sewa dari pemiliknya. Mereka kemudian diberitahu bahawa tanah itu akan diambil balik oleh kerajaan untuk projek membesarkan jalan.  Mereka memohon kepada Pejabat Tanah untuk memberi mereka sedikit masa untuk mengosongkan tanah itu dan memohon tanah kerajaan atau rumah murah. Berikutnya mereka telah ditawarkan pampasan (yang mereka terima) dan lot tanah sebagai kawasan penempatan semula. Kemudian mereka telah membuat permohonan resmi untuk lot tanah tersebut dan telah membina rumah dengan izin Pemungut Hasil Tanah. Malangnya selepas setahun, tanah tersebut telah diberi kepada sebuah syarikat pemaju perumahan, Lesco. Lesco terus mengambil tindakan untuk mengeluarkan mereka dari kawasan tersebut dengan menawarkan pampasan berbentuk wang dan rumah murah dengan harga istimewa serta tempat tinggal sementara. Responden tidak bersetuju dan membawa kes mahkamah. Isu yang timbul ialah sama ada responden mempunyai hak atau kepentingan ekuiti untuk terus tinggal disitu. Hakim memutuskan bahawa doktrin estopel mengikat Lesco dan oleh itu syarikat tersebut perlu membayar pampasan yang berpatutan kepada responden sebelum mereka boleh disuruh keluar serta mengosongkan tanah itu. Kedua-dua pihak merayu ke Mahkamah Persekutuan dan Hakim memutuskan bahawa,
 “Seksyen 48 (Kanun Tanah Negara) menyatakan bahawa hak milik tanah kerajaan tidak boleh diperolehi menerusi milikan, pendudukan haram atau pendudukan di bawah lesen walau selama mana sekali pun, dan Seksyen 78(3) menyatakan bahawa pemberian milik tanah kerajaan berkuatkuasa dari masa pendaftaran dokumen hakmilik tanah berkenaan. Walaupun pemberian milik tanah telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri, tanah itu kekal menjadi tanah kerajaan sehinggalah masa itu…”       
           
Daripada kes-kes mahkamah di atas adalah jelas bahawa tiada keputusan yang memihak kepada setinggan sama ada setinggan di atas tanah kerajaan atau pun tanah persendirian.

Menurut Salleh Buang (1997), tiada siapa yang boleh menafikan bahawa pendudukan tanah secara haram adalah satu masalah sosial, bukan hanya masalah undang-undang. Adalah mustahil untuk mencari penyelesaian masalah ini semata-mata berdasarkan statut.


Untuk memudahkan perbincangan, pemahaman dan rujukan, di bawah ini diperturunkan peruntukan-peruntukan seksyen 425, 425A, 426 dan 427, Kanun Tanah Negara, 1965, serta peruntukan-peruntukan seksyen-seksyen 70(1), 70A(1) dan 72, Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (jika setinggan berkenaan berada dalam kawasan pihak berkuasa tempatan) yang berkaitan secara langsung dengan kesalahan menceroboh tanah kerajaan serta mendirikan bangunan tanpa kebenaran.

(a)        Peruntukan-peruntukan seksyen 425, 425A, 426 dan 427, Kanun Tanah, 1965.

Seksyen 425
425 (1)      Sebarang orang yang, tanpa kebenaran yang sah:
(a)     menduduki, atau mendirikan sebarang bangunan di atas, sebarang tanah negeri, tanah rizab, atau tanah lombong, atau
(b)     mencuci, membajak, memagar, menggali atau menanam tanaman di atas tanah berkenaan atau mana-mana bahagiannya; atau
(c)      memotong atau mengalihkan sebarang balak atau hasil kayu-kayan di atas atau dari tanah berkenaan.
adalah melakukan satu kesalahan, dan apabila disanitkan boleh dihukum denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, atau dipenjara untuk tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.
                        (1A)     Sebarang orang yang bersubahat dalam melakukan sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (i) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dihukum denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, atau dipenjara untuk tempoh tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya.
(2)   Bagi maksud seksyen ini, tanah negeri termasuk semua tanah yang dipegang oleh atau bagi pihak Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau sesuatu pihak berkuasa tempatan atau sesuatu pihak berkuasa berkanun yang menjalankan kuasa-kuasa yang terletak hak kepadanya oleh undang-undang Persekutuan atau undang-undang Negeri.

Seksyen 426 Kanun Tanah Negara adalah mengenai kesalahan dan hukuman bagi perbuatan-perbuatan yang disenaraikan di bawah seksyen 425 (1)(a)-(c), termasuk terhadap pensubahatnya dimana perbuatan itu ada kaitannya dengan tanah kerajaan. Jika kita lihat jenis-jenis perbuatan yang disenaraikan didalam seksyen ini, maka didapati sebahagiannya adalah berkaitan dengan aktiviti-aktiviti oleh setinggan.

                  Seksyen 425A
425 (A)     Sebarang orang yang tanpa kebenaran yang sah menggunakan atau menduduki ruang udara di atas tanah negeri atau tanah rizab dengan cara mendirikan, mengekal atau menduduki sesuatu bumbung, lelangit, jambatan atau sebarang struktur adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dihukum denda tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya.

Seksyen 425A Kanun Tanah Negara adalah sambungan kepada seksyen 425, tetapi ianya berkaitan dengan perbuatan menduduki ruang udara tanah kerajaan.

No comments:

Post a Comment