Monday 10 April 2017

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
SISTEM PEMANTAUAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
DI PERINGKAT PENTADBIRAN DAERAH
TUJUAN

Garis Panduan ini bertujuan menerangkan sistem pemantauan penguatkuasaan undangundang
(SPPU) dalam pentadbiran daerah dan kaedah pelaksanaannya di semua Pejabat Daerah.

LATAR BELAKANG

2. Pelaksanaan SPPU merupakan satu lagi usaha Kerajaan untuk meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan proses penguatkuasaan undang-undang agensi-agensi
Kerajaan daerah khususnya dalam menangani isu pelanggaran undang-undang. Kerajaan
merasakan bahawa penyelesaian isu-isu dan masalah penguatkuasaan undang-undang
adalah lebih berkesan jika ditangani dari peringkat akar umbi atau di peringkat bawah,
iaitu di peringkat daerah sebelum masalah itu merebak menjadi masalah nasional. Idea
pewujudan SPPU ini adalah hasil daripada pemerhatian YAB Perdana Menteri bahawa
terdapatnya peningkatan insiden pelanggaran undang-undang dan peraturan-peraturan
Kerajaan secara terbuka. Keadaan ini sekiranya tidak dibendung boleh menjejaskan imej
Kerajaan di samping memberi mesej bahawa pentadbiran undang-undang yang
dilaksanakan tidak berkesan.

3. Pada masa ini, tindakan terhadap kes pelanggaran undang-undang sebahagian
besarnya adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui rondaan harian pegawai
penguatkuasa agensi Kerajaan. Tugas pemantauan penguatkuasaan seperti ini amat
membebankan Kerajaan dari segi kos, personel dan masa. Oleh itu, Kerajaan ingin
menarik penyertaan yang lebih aktif daripada orang awam dan badan bukan Kerajaan
(NGO) dalam penguatkuasaan undang-undang di negara ini, khususnya di peringkat
daerah.

JENTERA PEMANTAUAN SPPU

4. SPPU merupakan satu sistem pemantauan berpusat tentang penguatkuasaan
undang-undang di peringkat daerah. Pelaksanaan SPPU akan diselaras oleb satu
mesyuarat jawatankuasa yang perlu dikenalpasti oleh Pegawai Daerah, iaitu sama ada
mewujudkan satu jawatankuasa baru atau menggunakan jawatankuasa sedia ada.
Jawatankuasa ini berperanan menentukan hala tuju dan dasar-dasar pelaksanaan SPPU di
peringkat daerah.

5. Bagi melaksanakan peranan pemantauan penguatkuasaan undang-undang,
tindakan-tindakan yang perlu dilakukan oleb mesyuarat jawatankuasa ini termasuklah:
(a) Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya setiap tiga bulan untuk
membincang dan menganalisis laporan pelanggaran undang-undang yang
dikemukakan oleh agensi-agensi di peringkat daerah;

(b) Membincangkan isu-isu semasa atau masalah-masalah penguatkuasaan undangundang
di peringkat daerah;
(c) Merangka pelan tindakan/strategi bagi mengatasi masalah-masalah
penguatkuasaan undang-undang yang dihadapi;
(d) Menyelaras dan memberi arahan kepada agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan
untuk melaksanakan pelan tindakan yang diputuskan oleh mesyuarat
jawatankuasa berkenaan;
(e) Mengkaji prestasi kemajuan penguatkuasaan undang-undang oleh agensi-agensi
di peringkat daerah; dan
(f) Menyediakan laporan kepada mesyuarat jawatankuasa di peringkat negeri
sekiranya maklumat pelanggaran undang-undang yang dipantau menunjukkan
trend yang kerap berulang yang memerlukan penyelesaian di peringkat
pengurusan atasan.

6. Bersesuaian dengan peranan mesyuarat jawatankuasa ini, maka keahliannya
hendaklah meliputi agensi-agensi penguatkuasa undang-undang yang beroperasi di
peringkat daerah. Penentuan agensi penguatkuasa yang perlu menjadi ahli adalah
bergantung kepada isu-isu pelanggaran undang-undang yang ingin dipantau dan boleh
ditetapkan oleh Pegawai Daerah.

7. Pelaksanaan konsep SPPU ini ditunjukkan seperti di Rajah 1. Pusat operasi sistem
ini ialah Pejabat Daerah di mana Pegawai Daerah dilantik sebagai pegawai yang
bertanggungjawab mengendalikan SPPU. Di bawah sistem ini, Pejabat Daerah akan
menjalankan beberapa fungsi penting iaitu:
(a) Mengumpul maklumat pelanggaran undang-undang daripada orang awam dan
menyalurkannya kepada agensi penguatkuasa untuk tindakan;
(b) Menyelaras laporan bulanan daripada agensi penguatkuasa untuk dibincang dan
dibuat keputusan; dan
(c) Kes pelanggaran undang-undang atau peraturan yang tidak dapat diselesaikan
oleh mesyuarat jawatankuasa berkenaan, hendaklah dikemukakan kepada
Setiausaha Kerajaan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

8. Sumber maklumat yang dipantau oleb SPPU ialah aduan daripada orang awam dan
badan-badan bukan Kerajaan (NGO). Oleh itu, di bawah sistem ini orang awam dan
NGO akan digalak mengemukakan laporan ke Pejabat Daerah mengenai mana-mana
kejadian pelanggaran undang-undang yang berlaku. Orang awam juga boleh
mengemukakan laporan terus kepada agensi penguatkuasa atau melalui Jawatankuasa
Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK). Aduan yang disampaikan oleh orang
awam kepada JKKK akan disampaikan oleh Penghulu kepada Pejabat Daerah untuk
tindakan.

9. Di bawab SPPU, semua agensi penguatkuasa undang-undang di peringkat daerah
akan bekerjasama dengan Pejabat Daerah untuk mengumpul dan menguruskan maklumat.
Dalam hal ini, agensi penguatkuasa akan merekod dan mengambil tindakan ke atas
semua aduan awam, sama ada yang diterima melalui Pejabat Daerah atau terus daripada
orang awam dan NGO. Selanjutnya, agensi berkenaan perlu mengemukakan laporan
bulanan khusus mengenai pelanggaran undang-undang serta tindakan yang telah diambil
kepada Pejabat Daerah bagi dibentangkan di dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan.

SKOP PELANGGARAN UNDANG-UNDANG YANG DIPANTAU OLEH SPPU

10. Di bawah SPPU, Pegawai Daerah dengan persetujuan mesyuarat jawatankuasa yang
memantau penguatkuasaan undang-undang akan menentukan jenis-jenis pelanggaran
undang-undang yang ingin dipantau di sesuatu daerah. Masalah pelanggaran yang
dipantau ini mestilah masa1ah yang dianggap penting yang boleh menjejaskan
kepentingan ekonomi negara, kesejahteraan masyarakat setempat dan imej Perkhidmatan
Awam. Sebagai misalan, pemantauan kepada pelanggaran undang-undang berikut bo1eh
diberi keutamaan:
(a) Undang-undang Alam Sekitar: pencemaran sungai/1aut/udara melalui aktiviti
seperti pembakaran terbuka, pembuangan sampah di sungai/pantai, pengeluaran
asap berlebihan daripada kenderaan/kilang-kilang, dan per1upusan sisa toksid;
(b) Undang-undang Tanah: kegiatan mencuri pasir, pencerobohan tanah Kerajaan,
pembinaan rumah haram/setinggan, dan pe1anggaran syarat penggunaan tanah;
(c) Undang-undang Perhutanan: pembalakan haram, pencerobohan hutan simpan,
dan kegiatan mencuri hasil hutan/pembalakan haram; dan
(d) Undang-undang Jenayah: jenayah menggunakan senjata api, jenayah oleh
pendatang asing, dan kegiatan merosakkan harta awam.

FAEDAH DARIPADA PELAKSANAAN SPPU

11. Pelaksanaan SPPU akan membantu Pejabat Daerah dan agensi penguatkuasa
meningkatkan keberkesanan pelaksanaan undang-undang di peringkat daerah. Maklumat
yang dikumpul dari sistem ini boleh digunakan bagi berbagai tujuan, di antaranya:
(e) Merancang dan mengambil langkah-1angkah proaktif untuk menangani
masalah pelanggaran undang-undang;
(f) Menjadi input kepada perancangan bagi mencapai matlamat pembangunan
sosio-ekonomi yang seimbang;
(g) Mengukur keberkesanan undang-undang dan peraturan serta mengambil
langkah-langkah pembetulan dan pencegahan;
(h) Menjadi petunjuk prestasi agensi-agensi penguatkuasa;
(i) Menyediakan maklum balas mengenai keberkesanan undang-undang bagi
urusan pindaan undang-undang;
(j) Menyediakan maklumat bagi tujuan audit pengurusan;
(k) Memberi maklumat tentang perlakuan masyarakat dan persepsi mereka
terhadap undang-undang yang berhubung kait dengan perkhidmatan yang
disediakan; dan
(l) Menimbulkan kesedaran dan komitmen pihak pengurusan untuk merancang
langkah-langkah mengatasi masalah penguatkuasaan yang berlaku.

PROGRAM PELAKSANAAN SPPU
12. Pe1aksanaan projek SPPU ini me1ibatkan dua peringkat tindakan, iaitu peringkat
persediaan sebe1um pelaksanaan SPPU dan peringkat pelaksanaan SPPU.
Peringkat 1: Persediaan Sebelum Pelaksanaan SPPU
Pejabat Daerah

13. Bagi melaksanakan sistem ini, Pejabat Daerah dikehendaki membuat persediaan
seperti berikut:
(a) Menetapkan pegawai dan staf tertentu untuk mengendalikan aduan awam dan
menguruskan maklumat/data SPPU ;
(b) Membuat publisiti kepada orang awam tentang pelaksanaan SPPU. Publisiti ini
boleh dilakukan melalui sesi penerangan dan pengedaran risalah. Contoh
risalah yang boleh disediakan adalah seperti di Lampiran 1. Publisiti ini juga
boleh dipanjangkan kepada ahli-ahli pemimpin masyarakat, JKKK dan
kumpulan NGO tempatan;
(c) Menyediakan kemudahan kepada orang awam untuk membuat aduan.
Kemudahan ini meliputi penyediaan Borang Aduan seperti di Lampiran 2 dan
kemudahan komunikasi seperti hotline, faksimili dan laman web;
(d) Memberi latihan kepada pegawai dan staf yang terlibat dengan pengendalian
SPPU. Bagi memudahkan sesi latihan ini, satu dokumen panduan pelaksanaan
SPPU hendaklah disediakan untuk rujukan pegawai dan staf yang terlibat.
Contoh panduan ini ialah seperti di Lampiran 3;
(e) Menyelaras persiapan-persiapan bagi pelaksanaan SPPU dengan agensi-agensi
Kerajaan di peringkat daerah; dan
(f) Menubuhkan jawatankuasa baru atau menetapkan jawatankuasa sedia ada di
peringkat daerah yang akan memantau penguatkuasaan undang-undang.
Agensi Penguatkuasa Peringkat Daerah

14. Bagi melaksanakan sistem ini, agensi penguatkuasa peringkat daerah dikehendaki
membuat persediaan seperti berikut:
(a) Menetapkan pegawai dan staf tertentu untuk mengendalikan aduan awam dan
menguruskan maklumat/data SPPU;
(b) Memberi penerangan kepada pegawai dan staf yang terlibat tentang
tanggungjawab mereka dari segi:
(i) Mengambil tindakan ke atas aduan awam yang diterima dari
Pejabat Daerah;
(ii) Menyalurkan aduan tersebut kepada Bahagian-bahagian yang
berkaitan dalam organisasi mereka untuk tindakan; dan
(iii) Menyedia dan mengemukakan laporan bulanan kepada mesyuarat
jawatankuasa di peringkat daerah yang akan memantau
penguatkuasaan undang-undang.
Peringkat 2: Pelaksanaan SPPU
Pejabat Daerah

15. Pada peringkat ini Pejabat Daerah dikehendaki mengambil empat tindakan berikut:
(a) Menerima aduan pelanggaran undang-undang daripada orang ramai;
(b) Menyalurkan aduan tersebut kepada agensi penguatkuasa untuk tindakan;
(c) Mengumpul laporan bulanan daripada agensi penguatkuasa untuk
pembentangan dalam mesyuarat jawatankuasa di peringkat daerah yang akan
memantau penguatkuasaan undang-undang. Format laporan bulanan ini
ditunjukkan di Lampiran 4; dan
(d) Mengemukakan laporan kes pelanggaran undang-undang yang tidak dapat
diselesaikan oleh mesyuarat jawatankuasa di peringkat daerah yang akan
memantau penguatkuasaan undang-undang kepada mesyuarat jawatankuasa di
peringkat negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. Format
laporan ini adalah seperti di Lampiran 5.

Agensi Penguatkuasa Peringkat Daerah

16. Agensi penguatkuasa peringkat daerah pula perlu mengambil tindakan-tindakan
berikut:
(a) Menerima dan mengambil tindakan terhadap aduan awam yang disalurkan oleh
Pejabat Daerah. Tindakan yang serupa juga dilakukan terhadap aduan yang
diterima oleh agensi penguatkuasa secara langsung daripada orang awam; dan
(b) Menyediakan laporan bulanan kemajuan tindakan yang diambil ke atas aduan
awam dan seterusnya menyampaikan laporan itu kepada Pejabat Daerah dalam
pembentangan kepada mesyuarat jawatankuasa di peringkat daerah yang akan
memantau penguatkuasaan undang-undang.

PENUTUP

17. SPPU adalah salah satu usaha penting bagi meningkatkan keberkesanan
penguatkuasaan undang-undang di negara ini. Usaha ini membuktikan kesungguhan dan
komitmen Kerajaan untuk memperkukuhkan sistem penguatkuasaan undang-undang
yang sedia ada. Bagi menjayakan projek SPPU ini, semua pihak perlu memberi sokongan
dan kerjasama, terutamanya Setiausaha Kerajaan Negeri, agensi penguatkuasa, pegawai
dan staf Pejabat Daerah, Penghulu dan orang awam serta NGO.

*** LAMPIRQAN RUJUK PEKELILING BIL. 1 TAHUN 2001

1 comment:

  1. Harrah's Resort Southern California - Mapyro
    Valley River Casino and Spa. Valley 하남 출장안마 River Resort 강릉 출장마사지 Resort is situated between Harrah's 충청북도 출장마사지 Rincon Casino and 충주 출장샵 Rincon Band of Luiseno. It has one of 의왕 출장샵 the most

    ReplyDelete