Monday 17 February 2014

CONTOH SOAL SIASAT KES PENCEROBOHAN TANAH

CONTOH SOAL SIASAT KES PENCEROBOHAN TANAH

Bagi manjawab soalan saya katanya:
S          :           Beri tahu nama anda
J           :           Nama saya Mohd XXXX XXXX
S          :           Apa pekerjaan anda
J           :           Penolong Pegawai Tanah
S          :           Nyatakan bidang tugas anda
J           :           Saya ditugaskan untuk menjaga Mukim Beriah.
S          :           Boleh boleh terangkan lebih lanjut tugas tersebut
J           :           Saya bertanggung jawab untuk membuat laporan tanah dan memantau
 tanah kerajaan di Mukim Beriah dan membuat penguatkuasakan undang-
undang dan peraturan tanah di  Daerah Kerian.
S          :           Di Bahagian mana anda di tempatkan
J           :           Saya ditempatkan dibahagian teknikal dan pelupusan sebagai Penolong
Pegawai Tanah. Saya akan bertindak terhadap apa-apa yang dirahkan oleh pegawai atasan, menyiasat aduan-aduan  aduan awam atau jabatan atau apa-apa pelangaran terhadap peraturan dan undang-undang tanah.
S          :           Boleh sebutkan contoh-contoh kesalahan yang diambil tindakan.
J           :           Kelahan seperti membersih tanah kerajaan tanpa kebenaran.Meduduki
                        tanah kerajaan atau membajak atau mengorek tanah kerajaan, tanah rizab
                        atau tanah lombong atau mengalih atau mengangkut tanah tanpa permit.
S          :           Maksud anda membersih  tanah kerajaan itu adalah satu kesalahan
J           :           ya. Ia satu kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara Sek 425(1)(b)
S          :           Boleh terangkan peruntukan kesalan di bawah sek 425 KTN
J           :           Sek. 425 KTN menyebut beberapa kesalahan yang disyaki telah dilakukan tanpa wibawa yang sah. Jika ianya berlaku atas tanah kerajaan, tanah rizab atau tanah lombong, kesalahan tersebut adalah seperti menduduki tanah kerajaan, mendirikan bangunan atas tanah kerajaan, membersih, membajak mengorek, mengepong atau bercucuk tanam adalah melakukan satu kesalahan dibawah KTN.
S          :           Adalah anda bersetuju, jika seseorang itu membersih di atas tanah kerajaan bererti ia disyaki melalukan kesalah di bawah Kanun Tanah Negara.
J           :           Ya. Setuju.
S          :           Adakah ada mengenali Muhamad XXXX XXXX XXXX.
J           :           ya.
S          :           Bagaimana ada mengenali beliau
J           :           Saya pernah telah membuat tangkapan keatas beliau kerana disyaki telah membersihkan tanah kerajaan.
S          :           Sila terangkan lebih lanjut
J           :           Semasa membuat laporan tanah di kawasan yang berhampiran saya dapati ada aktiviti membersih tanah di kawasan berhampiran dengan saya membuat laporan. Masa itu saya kurang pasti status tanah kawasan yang dibersihkan. Semasa di pejabat saya membuat semakan dan mendapati kawasan yang diberesihkan adalah tanah kerajaan. Saya memaklumkan perkara ini kepada pihak pentadbiran  dan mendapat arahan untuk mengambil tindakan mengikut kanun tanah.
S          :           Bagaimana anda memastikan kawasan tersebut tanah kerajaan.
J           :           Dengan menyemak pelan carting, menyemak permohonan dan kelulusan dan memdapati kawasan tersebut telah diluluskan sebagai XXXXX XXXXXX XXXXXXXX seluas 186 ekar.
S          :           Adakah keseluruhan kawasan XXXXXX XXXXX XXXXXX adalah tanah kerajaan.
J           ;           Ya.
S          :           Adakah anda pasti
J           :           Ya saya pasti. Selepas menyemak, keseluruhan 186 ekar yang diluluskan masih belum didaftarkan sebarang hakmilik. Bermakna ianya masih tanah kerajaan.
S          :           Sila terangkan lebih lanjut semasa kejadian.
J           :           Pada jam kurang lebih 10.40 pagi, tarikh 31 12. 2014 di XXXX, XXXX XXXXX, saya bersama rombongan dari Pejabat Tanah Kerian telah membuat siasatan kes pencerobohan tanah kerajaan di Wilayah Batu Enam, Beriah. Saya telah menahan seorang lelaki Melayu yang disyaki menceroboh tanah kerajaan.

S          :           Apa yang dilakukan suspek semasa ditahan.
J           :           Suspek sedang menaiki motosikal dan seorang budak lelaki sedang membonceng motosikal. Saya menahan mereka dengan niat untuk membuat siasatan.Saya tanyakan tentang siapa yang membersihkan tanah kerajaan ini. ....sambil tunjukan kawasan yang dibersihkan. Suspek yang ditahan mengaku beliaulah yang membersihkan tanah kerajaan. Saya tanyakan sudah berapa lama. Suspek memaklumkan bahawa beliau sudah 5 hari bekerja membersihkan tanah di situ.
S          :           Apakah tindakan anda selanjutnya.
J           :           Saya memperkenalkan diri dengan menunjukan kad kuasa dan menerangkan saya dari Pejabat Tanah Daerah Kerian. Saya meneruskan siasatan dengan bertanyakan kebenaran beliau iaitu adalah beliau mendapat kebenaran untuk membersih tanah kerajaan.
S          :           Apa jawapan suspek.
J           :           Suspek memakalumkan bahawa beliau bekerja dengan seoranglelaki Melayu bernama XXXX. XXXX adalah pemilik mesin excavator yang digunakannya untuk mmembersihkan tanah.
S          :           Tindakan anda selanjutnya
J           :           Saya meminta beliau tunjukan apa apa bukti kebenaran jika ada yang beliau perolehi sebagai bukti beliau mendapat kebenaran dari pejabat tanah atau mana mana pihak berkuasa untuk membersih tanah kerajaan.
S          :           Apakah ada kebenaran ditunjukan
J           :           Beliau gagal menunjukan apa-apa kebenaran dari pihak berkuasa semasa membersih tanah kerajaan.
S          :           Apa tindakan anda selanjutnya
J           :           Saya memaklumkan bahawa membersihkan tanah kerajaan adalah satu kesalahan di bawah undang-undang tanah. Suspek memaklumkan dia tidak tahu. Dia Cuma bekerja dengan gari RM 80.00 satu hari. Saya memaklumkan kesalahan membersihkan tanah kerajaan boleh ditangkap dan saya terus membuat tangkapan k etas suspek dan menerangkan sebab ia ditangkap iaitu membersih tanah kerajaan tanpa kebenaran.
S          :           Apa terjadi selepas itu.
J           :           Suspek terus melarikan diri, tetapi dipanggil oleh pihak polis yang membantu supaya menyerah diri.
S          :           Apakah suspek menyerah diri selepas itu.
J           :           Ya. Dengan pujukan anggota polis.
S          :           Apa berlaku selepas itu.
J           :           Saya membuat tangkapan terhadap suspek dengan menyentuh beliau dan memaklumkan sebab beliau ditangkap. Selanjutnya saya memohon bantuan polis untuk mendapatkan ked pengenalan suspek. Setelah maklumat diri direkodkan saya memohon kerjasamanya untuk mengeluarkan mesin membersih tanah iaitu exavetor. Beliau bersetuju dan terus bergerak ke kawasan kedudukan tanah kerajaan yang dibersihkan.
S          :           Ada apa apa halangan atau bantahan.
J           :           Tiada. Suspek member kerjasama yang baik.
S          :           Berapa ramai terlibat dalam operasi.
J           :           5 anggota. Satu dari PDRM, dua pegawai petempatan dan dua pemandu.
S          :           Apa tugas lain-lain anggota.
J           :           Dua adalah pemandu. Seorang adalah pencatat dan seorang jurugambar.Anggota polis adalah untuk tujuan keselamatan.
S          :           Apa terjadi kepada exavetor tersebut.
J           :           Jentera tersebut telah di alih ke dari tempat kejadian ke tepi jalan besar Changkat Lobak – Bukit Merah. Saya juga telah menghubungi pemandu roadlouder yang akan tiba untuk mengalihkan jentera ini ketempat sepetutnya ia ditahan.
S          :           Di mana tempat sepetutnya ia di tahan
J           :           Di pejabat tanah atau dib alai berhampiran
S          :           Jadi dimana jentera tersebut di simpan.
J           :           Jentera tersebut sebenarnya telah dilepaskan dengan persetujuan pihak atasan disebabakan berlaku ketegangan di tempat kejadian.
S          :           Apa yang dimaksud dengan ketegangan.
J           :           Setelah menahan suspek, saya bergerai ke Balai berhampiran untuk membuat repot tangkapan. Jentera yang disita di kawal oleh dua pembantu. Saya meminta dua pembantu ini menghubungi pejabat untuk mendapatkan bantuan dan menguruskan atau mengalih jentera yang disita ke pejabat kerana saya telah menghubungi pemandu roadlouder.
S          :           Apa berlaku selepas itu.
J           :           Semasa saya dib alai, saya telah dimaklumkan bawa, pemilik jentera itu telah dating dan menghalang jenteranaya dari dirampas. Pemilik jentera juga telah menghalau pemandu roadlouder supaya pulang. Beliau juga ada mengugut saya melalui telepon dan saya telah membuat laporan polis berkaitan ugutan tersebut. Saya juga memaklumkan perkara ini kepada pihak atas dan mendapat arahan supaya tidak meneruskan tindakan sitaan.
S          :           Anda maklumkan telah ke balai polis. Apa berlaku di balai polis.
J           :           Saya membuat loporan mengenai tangkapan ke atas suspek.
S          :           Apa berlaku kepada suspek selepas itu.
J           :           Suspek telah diberi jamininan polis atau jamin mulut selama dua bulan dan tarikh sebut kes di mahkamah majestrit pada 5.3.2014 jam 9.00 pagi.
S          :           Apakah suspek ada membuat permohonan tanah di kawasan tersebut tersebut.
J           :           Tidak. Kawasan tersebut telah ada kelulusan. Jika ada permohon pun , pihak pejabat akan membuat penolan awal mengikut kaedah 3 Peraturan Tanah Perak.
S          :           Apakah anda pasti
J           :           Ya.
S          :           Jika kawasan tersebut telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri sebagai Pusat Pembangunan Desa, apakah status tanah tersebut selepas diluluskan. Apakah  ia masih tanah kerajaan.
J           :           Ya tanah kerajaan.
S          :           Mengapa masih tanah kerjaan
J           :           Mengikut sek 5, tanah kerajaan adalah tanah negeri yang belum didaftarkan hakmilik tanah. Dalam kes Pusat Pembangunan Desa XXXX, XXXX XXXX, tidak ada lagi hak milik tanah didaftarkan di kawasan yang dibersihkan oleh suspek.
S          :           Berkna suspek membersih tanah kerajaan
J           :           Ya, Sebab tanah yang dibersihkan belum didaftarkan sebarang hakmilik tanah.
S          :           Berapa lama suspek membersih kawasan tersebut
J           ;           5 hari mengikut siasatan awal.
S          :           Berapa anggaran keluasan.
J           :           Kurang lebih 4 atau 5 ekar.
S          :           Apa lagi yang berlaku selepas itu.
J           :           Saya telah dipanggil oleh polis untuk tujuan siasatan berkaitan aduan saya mengenai ugutan yang dibuat oleh pemilik jentera iaitu Sani.
J           :           Apa kesudahan kes tersebut
S          :           Saya tidak tahu
S          ;           Terima kasih.
J           :           Sama-sama.

Dengan ini saya mengesahkan bahawa semua keterangan ini adalah benar.


…………………………………………                                      ………………………………………….
XXXXXXXXX                                                           XXXXXXXXXXX              

Pegawai Penangkap                                                       Pegawai Penyiasat


A.        TAJUK KURSUS YANG DI TAWARKAN

1. PENGENALAN KEPADA KTN
2. SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
3. KUASA MENANGKAP DAN MENAHAN MENGIKUT KTN DAN CPC
4. PROSEDUR TANGKAPAN DAN PENAHANAN
5. LAPORAN POLIS DAN FIR
6. PENGURUSAN BARANG KES
7. INTIPATI KESALAHAN MENGIKUT SEKSEN 425
8. INTIPATI KESAHAN MENGIKUT SEKSEN 426
9. PERAMPASAN DAN LUCUT HAK BARANG KES
10. KUASA MENYIASAT DAN KTN DAN CPC
11. KAEDAH MERAKAM PERCAKAPAN
12. MENGURUSKAN OKT DARI AWAL HINGGA AKHIR
13. PENYEDIAN KERTAS SIASATAN
14. PENYEDIAAN FAKTA KES DAN PERTUDUHAN
15.RUJUKAN KES KEPADA TPR
16. PENDAFTARAN KES DAN BORANG-BORANG MAHKAMAH
17. AKTA KETERANGAN 
18. TUGAS DAN PERANAN PEGAWAI PENDAKWA
19. TEKNIK BERHUJAH
20. PENGHUKUMAN.
21. OPERASI MEMUSNAH DAN PELAN KONTIGENSI.
22. PENCEROBOHAN TANAH MILIK DAN MENYELESAIANNYA
23. BONOS - PECEROBOHAN TANAH MILIK DAN PENYELESAIAN
                  PELAN A, PELAN B, PELAN C, PELAN D, PELAN E, PELAN F.
                  AFFIDAVIT DAN KES –KES DULUAN MAHKAMAH

A.    SASARAN PESERTA

1.      PENOLONG PEGAWAI TANAH
2.      PENOLONG PENTADBIR TANAH
3.      KETUA PENOLONG PENTADBIR TANAH
4.      PENTADBIR TANAH
5.      PEGAWAI PENYIASAT SPRM
6.      PEGAWAI PENYIASAT PDRM
7.      PELAJAR UNIVERSITI YANG BERKAITAN
8.      PERUNDING HARTA TANAH
9.      LAIN-LAIN PEGAWAI YANG DILANTIK DI BAWAH S. 12 KTN
10.  LAIN-LAIN YANG BERMINAT DAN PEMILIH TANAH YANG BERMASALAH.

B.    JANGKA MASA – HUJUNG MINGGU SABTU DAN AHAD/RUNDINGAN
C.   TEMPAT – TAIPING ATAU DITENTUKAN PEMOHON
D.   BAYARAN 1 HARI RM 1000.00.


2 comments:

  1. terima kasih atas info yang diberi.. bolehkah selepas ini tuan kongsikan faktor yang mendorong berlakunya pencerobohan tanah kerajaan.

    ReplyDelete
  2. apa yg perlu saya lakukan jika salah guna kuasa telah berlaku dalam permohonan berimilakan tanah kerajaan.
    tanah yg dipohon terletak dalam satu kawasan (10 pemohon) ada yang telah mendapat hakmilikan ada yang dinafikan permohonannya walaupun telah mengusahakan tanah tersebut sedangkan ada pemohon yang tidak mengusahakan tanah itu telah mendapat hakmilikan.

    ReplyDelete