Thursday 7 November 2013

Peruntukan Utama Di Bawah Kanun Tanah Negara.

Peruntukan Utama Di Bawah Kanun Tanah
Negara.

Kanun Tanah Negara, yang dipakai hanya di
Semenanjung Malaysia (Sarawak dan Sabah
mempunyai Kanun Tanah yang tersendiri),
terbahagi kepada 6 Bahagian (Divisions) dan
mempunyai 14 Jadual.

Memandangkan bahawa
perkara "tanah" adalah dalam Senarai Negeri
mengikut Perlembagaan Persekutuan, Kanun Tanah
Negara ini diluluskan oleh Parlimen di bawah
Perkara 76 (iaitu bagi maksud mewujudkan
penyeragaman undang-undang di semua negeri) dan
selepas itu, untuk Akta ini boleh terpakai di
peringkat negeri, ia perlu dikuatkuasakan oleh
negeri masing-masing.

Dalam Bahagian I (Permulaan), terdapat
peruntukan mengenai
i - takrif istilah-istilah tertentu
(seksyen 5),
ii - sistem pendaftaran tanah berkomputer
(seksyen 5A dan 5B),
iii - kuasa pegawai-pegawai
Persekutuan dan Negeri (seksyen 6 hingga 18),
iv - siastan (seksyen 23 hingga 39),
v - kuasa Pihak berkuasa Negeri untuk membuat pelupusan
(seksyen 40 hingga 50),
vi -  klasifikasi dan kegunaan tanah
 (seksyen 51 hingga 56),
vii - akses ke atas dan kegunaan tanah berimilik
(seksyen 57 hingga 61A).

Dalam Bahagian II (Pelupusan tanah), terdapat
peruntukan-peruntukan mengenai ;
i - perizaban tanah
(seksyen 62 hinga 64),
ii - pendudukan sementara
(seksyen 65 hingga 69),
iii - pengeluaran batu-batuan
(seksyen 70 hingga 75),
iv - permit menggunakan ruang
udara (seksyen 75A hingga 75G),
v -  pelupusan tanah kerajaan menerusi pemberianmilik
(seksyen 76 hingga 92) dan
vi - pelupusan tanah di bawah tanah
(seksyen 92A hingga 92I).

Bahagian III selanjutnya menyatakan peruntukanperuntukan
yang lebih terperinci mengenai tanah
berimilik, antaranya,
i - kewajipan membayar cukai
tahunan (seksyen 93 hingga 102),
ii -  syarat-syarat nyata, syarat-syarat tersirat dan sekatan
kepentingan yang dikenakan pada tanah
(seksyen 103 hingga 123),
iii - kuasa Pihak berkuasa Negeri untuk menukar syarat pada tanah
 (seksyen 124 dan 124A),
iv - penguatkuasaan dan rampasan kerana pelanggaran syarat
(seksyen 125 hingga 134),
v - pecah sempadan, belah-bahagi dan penyatuan
(seksyen 135 hingga 157B),
vi - penyediaan dan penyelenggaraan daftar
(seksyen 158 hingga 188),
vii - penukaran hakmilik sementara kepada hakmilik kekal
  (seksyen 189 hingga 194),
vii - serahbalik tanah dan kurnia semula
(seksyen 195 hingga 204H).

Dalam Bahagian IV, terdapat peruntukan mengenai
urusniaga (dealings) iaitu
i -  pindahmilik (seksyen 214 hingga 220),
ii - pajakan dan sewaan (seksyen 221 hingga 240),
gadaian dan lien (seksyen 241 hingga 281),
iii - ismen
(seksyen 282 hingga 291),
iv -  prosedur berhubung pendaftaran urusniaga
(seksyen 292 hingga 318), dan
sekatan terhadap urusniaga, iaitu kaveat dan perintah larangan
(seksyen 319 hingga 339).

Dalam Bahagian V pula, terdapat peruntukan am
dan tambahan mengenai tanah berimilik, iaitu
i - hakmilik yang tidak boleh disangkal
(seksyen 340dan 341),
ii - hakmilik tanah bersama dan amanah
(seksyen 342 hingga 345),
iii - transmisi apabila berlaku kematian dan kebankrapan
 (seksyen 346 hingga 350), dan
iv - pengembalian tanah kepada Pihak berkuasa Negeri
(seksyen 351 dan 352).

Dalam Bahagian VI, iaitu bahagian terakhir,
memuatkan beberapa peruntukan am misalnya
i - mengenai membuat carian
(seksyen 384 hingga 486),
ii - hak laluan Pentadbir Tanah
(seksyen 387 hingga 395),
iii - pendaftaran perletakan hak statutori
 (seksyen 414 hingga 416E),
iv - bidangkuasa mahkamah
(seksyen 417 hingga 421A),
v - kuasa menjalankan tangkapan dan penyitaan
(seksyen 422 hingga 429E),
vi - penyampaian notis
(seksyen 430 hingga 433), dan
vii - sekatan kepada bukan warganegara memiliki tanah
(seksyen 433A hingga 433E).

A.        TAJUK KURSUS YANG DI TAWARKAN

1. PENGENALAN KEPADA KTN
2. SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
3. KUASA MENANGKAP DAN MENAHAN MENGIKUT KTN DAN CPC
4. PROSEDUR TANGKAPAN DAN PENAHANAN
5. LAPORAN POLIS DAN FIR
6. PENGURUSAN BARANG KES
7. INTIPATI KESALAHAN MENGIKUT SEKSEN 425
8. INTIPATI KESAHAN MENGIKUT SEKSEN 426
9. PERAMPASAN DAN LUCUT HAK BARANG KES
10. KUASA MENYIASAT DAN KTN DAN CPC
11. KAEDAH MERAKAM PERCAKAPAN
12. MENGURUSKAN OKT DARI AWAL HINGGA AKHIR
13. PENYEDIAN KERTAS SIASATAN
14. PENYEDIAAN FAKTA KES DAN PERTUDUHAN
15.RUJUKAN KES KEPADA TPR
16. PENDAFTARAN KES DAN BORANG-BORANG MAHKAMAH
17. AKTA KETERANGAN 
18. TUGAS DAN PERANAN PEGAWAI PENDAKWA
19. TEKNIK BERHUJAH
20. PENGHUKUMAN.
21. OPERASI MEMUSNAH DAN PELAN KONTIGENSI.
22. PENCEROBOHAN TANAH MILIK DAN MENYELESAIANNYA
23. BONOS - PECEROBOHAN TANAH MILIK DAN PENYELESAIAN
                  PELAN A, PELAN B, PELAN C, PELAN D, PELAN E, PELAN F.
                  AFFIDAVIT DAN KES –KES DULUAN MAHKAMAH

A.    SASARAN PESERTA

1.      PENOLONG PEGAWAI TANAH
2.      PENOLONG PENTADBIR TANAH
3.      KETUA PENOLONG PENTADBIR TANAH
4.      PENTADBIR TANAH
5.      PEGAWAI PENYIASAT SPRM
6.      PEGAWAI PENYIASAT PDRM
7.      PELAJAR UNIVERSITI YANG BERKAITAN
8.      PERUNDING HARTA TANAH
9.      LAIN-LAIN PEGAWAI YANG DILANTIK DI BAWAH S. 12 KTN
10.  LAIN-LAIN YANG BERMINAT DAN PEMILIH TANAH YANG BERMASALAH.

B.    JANGKA MASA – HUJUNG MINGGU SABTU DAN AHAD/RUNDINGAN
C.   TEMPAT – TAIPING ATAU DITENTUKAN PEMOHON
D.   BAYARAN 1 HARI RM 1000.00.


No comments:

Post a Comment