Thursday 7 November 2013

PANDANGAN BAGI KES PELANGGARAN SYARAT

TUAN PPK

ULASAN DAN PANDANGAN BAGI KES PELANGGARAN SYARAT LOT 3333


PENGENALAN

Sesiapa yang ingin memajukan tanahnya perlulah memastikan bahawa tanahnya itu
adalah termasuk dalam kategori yang akan dimajukan tersebut. Jika tanah yang hendak dimajukan itu berada dalam kategori yang berbeza daripada jenis guna tanah yang dicadang akan dimajukan, pemilik tanah tersebut dikehendaki terlebih dahulu membuat permohonan menukar kategori guna tanahnya itu (tukar syarat) kepada kategori yang akan dimajukan.

Terdapat tiga kategori guna tanah iaitu pertanian, bangunan dan perindustrian. Akan tetapi, apabila sesuatu tanah itu telah diberikan hakmilik, maka kategori tanah tersebut hanyalah kepada satu kegunaan tanah sahaja. Proses pemajuan tanah akan melibatkan beberapa tahap dan mengguna-pakai kaedah-kaedah tertentu seperti yang terkandung dalam tanah. Antara seksyen yang berkaitan adalah seperti di bawah iaitu Seksyen 52, Seksyen 72, Seksyen 103-134, Seksyen 135-150 dan Seksyen 195-204H:
Terdapat beberapa peruntukan tertentu dalam Kanun Tanah Negara 1965 yang ada kaitan langsung dengan perancangan dan pembangunan tanah, misalnya -
(a) kategori penggunaan tanah, iaitu tanah pertanian, bangunan dan perindustrian (seksyen 52); (b) jenis suratan hakmilik tanah yang dikeluarkan, iaitu hakmilik tanah dalam Pejabat Pendaftar dan hakmilik tanah dalam Pejabat Tanah (seksyen 77);
(c) syarat-syarat nyata, syarat-syarat tersirat dan sekatan kepentingan, tukar syarat, pelanggaran syarat dan natijah yang berbangkit darinya (seksyen 103 hingga 134);
(d) belah-bahagi, pecah sempadan dan penyatuan tanah (seksyen 135 hingga 150); dan (e) serahbalik tanah dan kurnia semula (seksyen 195 hingga 204H).

Di bawah seksyen 52, tanah yang diberimilik oleh Pihak berkuasa Negeri terbahagi kepada tiga kategori, iaitu tanah pertanian, tanah bangunan dan tanah perindustrian. Apabila suratan hakmilik dikeluarkan, syarat-syarat nyata dan sekatan kepentingan (jika ada) akan dikenakan sebagaimana yang ditentukan mengikut budibicara Pihak berkuasa Negeri. Di bawah seksyen 108, andainya suatu tanah itu tertakluk kepada mana-mana undang-undang kecil yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa perancang tempatan atau dikenakan apa-apa syarat olehnya, dan tanah itu kemudian dikenakan apa-apa syarat di bawah Kanun Tanah Negara yang bertentangan
dengan apa yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa perancang tempatan itu, syarat yang dikenakan di bawah Kanun Tanah Negara itu hendaklah terpakai dan undang-undang kecil atau sekatan yang dikenakan oleh pihak
berkuasa tempatan atau pihak berkuasa perancang tempatan itu hendaklah, setakatmana ia bertentangan, terhenti dari dipakai kepada tanah.

seksyen 120, di bawah seksyen kecil (2),jenis penggunaan tanah yang hendak dicatiterakan menurut seksyen kecil (1) di atas dokumen hakmilik mana-mana tanah hendaklah ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri pada masa bilamana tanah itu diluluskan untuk diberimilik.


SYARAT DAN SEKATAN KEPENTINGAN

103. Tafsiran dan skop.

(1) Dalam bahagian ini- "syarat" tidaklah termasuk apa-apa sekatan kepentingan, atau apa-apa syarat samaada nyata atau tersirat dalam mana-mana pejanjian yang Pihak Berkuasa Negeri bukanlah satu pihak;

“syarat yang menghendaki pelaksanaan berterusan" ertinya apa-apa syarat yang menghendaki tuanpunya mana-mana tanah untuk membuat, atau berhenti dari membuat, apa-apa perbuatan sepanjang tempoh bilamana tanah itu diberimilik, atau untuk selama mana tempuh itu belum tamat –

 (a) selepas tamatnya mana-mana tempoh tertentu yang ditetapkan dalam syarat itu, atau
(b) selepas berlakunya apa-apa tarikh atau peristiwa tertentu sepertimana yang ditetapkan;

“syarat tertakluk kepada satu tempoh tetap" ertinya apa-apa syarat yang menghendaki tuanpunya mana-mana tanah untuk membuat apa-apa perbuatan sebelum, atau berhenti dari membuat apa-apa perbuatan sehingga, tamatnya mana-mana tempoh tertentu, atau berlakunya apa-apa tarikh atau peristiwa tertentu, seperti yang ditetapkan data syarat itu.

(2) Kecuali di mana kandungan ayat menghendaki sebaliknya, peruntukan bahagian ini hendaklah terpakai kepada syarat-syarat yang timbul di bawah mana-mana undang-undang tanah terdahulu sepertimana ianya terpakai kepada syarat-syarat yang timbul di
bawah Akta ini.

104. Syarat dan sekatan kepentingan hendaklah bersekali dengan tanah.

Tiap-tiap syarat atau sekatan kepentingan hendaklah bersekali dengan tanah yang ianya berkaitan dan hendaklah mengikat tuanpunya tanah pada masa itu dan tiap-tiap orang atau badan yang mempunyai kepentingan atau menuntut apa-apa kepentingan dalam tanah itu, walau bagaimana juapun ianya diperolehi.

105 . Lamanya syarat dan sekatan kepentingan.

(1) Tiap-tiap syarat atau sekatan kepentingan yang dikenakan oleh atau di bawah Akta ini hendaklah, kecuali di mana ianya diperuntukkan sebaliknya oleh Akta ini atau kandungan ayat menghendaki sebaliknya, mula bersekali dari tarikh pemberimilikan
tanah yang ianya berkaitan.
(2) Tiap-tiap syarat yang menghendaki pelaksanaan berterusan, dan (melainkan ayat menghendaki sebalikhknya) tiap-tiap sekatan kepentingan, hendaklah terus berkuatkuasa sehingga perkembalian tanah yang ianya berkaitan itu kepada Pihak Berkuasa Negeri; dan tiap-tiap syarat yang tertakluk kepada satu tempoh tetap hendaklah terus berkuatkuasa menurut maksudnya.

108.Percanggahan dengan undang-undang kecil tempatan, dll.

Jika mana-mana tanah yang terlibat dengan mana-mana undang-undang kecil atau sekatan yang dikenakan oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa perancangan menjadi tertakluk oleh sebab Akta ini kepada mana-mana syarat yang berlawanan dengannya, maka syarat itulah yang terpakai dan undang-undang kecil atau sekatan itu hendaklah, setakat mana ianya berlawanan, terhenti dari dipakai kepada tanah itu.


TANAH YANG DIBERIMILIK DI BAWAH AKTA INI

109. Syarat-syarat dll., yang boleh dipakai apabila diberi milik.
(1) Seksyen ini dipakai kepada semua tanah yang diberimilik dibawah Akta ini selain dari tanah yang diluluskan untuk diberimilik sebelum bermulanya Akta ini.

(2) Tanah yang seksyen ini terpakai hendaklah menjadi tertakluk, apabila diberimilik, kepada.syarat-syarat dan sekatan kepentingan berikut-
(a) apa-apa syarat nyata dan sekatan kepentingan jika ada) sepertimana tercatitera pada ketika itu dalam dokumen hakmiliknya (atau yang disebut di dalamnya) iaitu syarat
dan sekatan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 120 hingga 122; dan
(b) Syarat-syarat yang disiratkan oleh seksyen 114, oleh seksyen 115, 116 atau II 7 (menurut jenis penggunaan tanah yang tanah itu tertakluk) dan, di mana berkenaan, oleh seksyen II 8.

JENIS BANGUNAN

116. Syarat-syarat tersirat yang menyentuh tanah yang tertakluk kepada jenis "bangunan".
(1) Jika mana-mana tanah berimilik tertakluk oleh sebab manamana peruntukan Akta ini kepada jenis "bangunan", syarat-syarat tersirat berikut hendaklah, tertakluk kepada seksyen kecil (3), dipakai kepadanya-
(a) bahawa, melainkan pada tarikh yang berkaitan sesebuah bangunan sedemikian telah sedia ada di atas tanah itu, maka hendaklah dalam masa dua tahun dari tarikh itu
dibina di atasnya sebuah bangunan sesuai untuk digunakan bagi satu maksud atau lebih seperti yang ditetapkan atau disebutkan dalam seksyen kecil (4); (b) bahawa tiada apa jua bahagian tanah itu boleh digunakanuntuk maksud pertanian atau perusahaan (kecuali setakatmana pembinaan atau penyelenggaraan mana-mana bangunan untuk satu maksud atau maksud-maksud yang termasuk dalam perenggan (f) atau (g) seksyen kecil (4) boleh merupakan penggunaan sedemikian); (c) bahawa tiap-tiap bangunan diatasnya (bila-bila masa juaianya dibina) hendaklah dijagabaik;
(d) bahawa tiada bangunan sedemikian boleh dimusnahkan, diubah atau ditambah tanpa keizinan secara bertulis terlebih dahulu dari Pihak Berkuasa Negeri.
(2) Dalam seksyen kecil (1) "tarikh yang berkaitan" ertinya tarikh bilamana manamana bahagian tanah itu pertama kali menjadi tertakluk kepada jenis itu.
(3) Syarat-syarat yang ditetapkan dalam seksyen kecil (1) hendaklah disiratkan dalam hal mana-mana tanah hanya setakatmana ianya tidak berlawan dengan mana-mana syarat nyata yang tanah itu pada masa itu tertakluk.
(4) Maksud-maksud yang disebutkan dalam perenggan (a) seksyen kecil (1) adalah ,seperti berikut-
(a) maksud kediaman;
(b) maksud pentadbiran atau perniagaan, atau maksud pengangkutan penumpang;
(c) maksud mempamir, menjual secara runcit, membaiki atau sebahknya mengurusniaga apa-apa barang atau barangan, atau memberi apa-apa perkhidmatan;
(d) maksud memberi kemudahan-kemudahan pendidikan, perubatan, kebersihan atau kemudahan-kemudahan kebajikan yang lain;
(e) maksud hiburan, makan minumati atau permainan;
(f) apa-apa, maksud yang Pihak Berkuasa Negeri mungkin menetapkan bagi maksud seksyen ini oleh kaedah-kaedah di bawah seksyen 14;
(g) apa-apa maksud yang Pihak Berkuasa Negeri memikirkan patut untuk mewibawa dalam keadaan apa-apa hal tertentu.
(h) apa-apa maksud yang berkaitan dengan satu maksud yang termasuk dalam mana-mana perenggan yang terdahulu.

KUASA-KUASA AM KETIKA PEMBERIMILIKAN

120. Pengenaan syarat nyata dan sekatan kepentingan apabila pemberimilikan dibuat di bawah Akta ini.
(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen ini, Pihak Berkuasa Negeri boleh memberimilik tanah di bawah Akta ini tertakluk kepada apa-apa syarat nyata dan sekatan kepentingan yang mematuhi undang-undang sepertimana yang difikirkannya patut.
(2) Syarat-syarat dan sekatan-sekatan kepentingan yang hendak dikenakan di bawah seksyen ini dan hal mana-mana tanah hendaklah ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri pada masa bilamana tanah itu diluluskan untuk pemberimilikan.
(3) Tiap-tiap syarat atau sekatan kepentingan yang dikenakan di bawah seksyen ini hendakiah dicatiterakan di atas atau disebutkan di dalam dokumen hakmilik tanah itu: dan data mematuhi seksyen kecil ini Pihak Berkuasa Negeri hendaklah, dalam apa-apa hal di mana ia mengenakan syarat dan sekatan kepentingan itu kedua-duanya
sekali. memperbezakan antara kedua-duanya.
(4) Tiada apa jua syarat boleh dikenakan di bawah seksyen ini yang berlawanan dengan mana-mana syarat tersirat yang tanah itu menjadi tertakluk kepada pemberimilik dibuat oleh sebab seksyen114.




TANAH YANG DIBERIMILIK TERTAKLUK KEPADA SUATU JENIS

122. Jenis Bangunan dan Perindustrian.
Jika, menurut seksyen 52, mana-mana tanah diberimilik di bawah Akta ini tertakluk kepada jenis "bangunan" atau jenis "perindustrian" Pihak Berkuasa Negeri bolehlah, dalam menjalankan kuasa-kuasanya di bawah seksyen 120 (dan tanpa menyentuh
keluasan kuasa-kuasa itu), mengenakan apa-apa syarat sepertimana yang difikirkannya patut mengenai-
(a) kawasan atau bahagian tanah yang hendak dibina di atasnya;
(b) jenis, rekabentuk, tinggi dan struktur mana-mana bangunan yang hendak dibina di atas tanah itu, dan jenis dan kualiti baban-bahan yang hendak digunakan dalam pembinaannya;
(c) tarikh pada atau sebelum mana apa-apa bangunan sedemikian hendak dimula atau diselesaikan;
(d) kegunaan bangunan itu.



Bab 5 - Penguatkuasaan Syarat-syarat

125. Bila suatu pelanggaran syarat berbangkit.
(1) Suatu pelanggaran syarat yang menghendaki pelaksanaan berterusan akan berbangkit sebaik sahaja, dan terus selama mana syarat itu tidak dipatuhi.
(2) Pelanggaran syarat yang tertakluk kepada suatu tempuh tetap  akan berbangkit)
dalam hal suatu syarat yang menghendaki pelaksanaan apa-apa perbuatan dalam sebarang tempuh (iaitu tempoh yang ditetapkan di dalamnya, atau tempuh yang dilanjutkan menurut seksyen 107), apabila tamatnya tempuh itu tanpa perbuatan itu tidak dilaksanakan;
b) dalam hal satu syarat yang menghendaki apa-apa perbuatan ditinggalkan sehingga pada suatu masa, apabila perbuatan itu dilakukan sebelum masa itu.

126. Pelanggaran syarat kompleks.
Jika apa-apa syarat mengandungi dua kewajipan atau tanggungan yang berasingan atau lebih, kegagalan untuk memenuhi mana-mana kewajipan atau tanggungan itu akan merupakan pelanggaran syarat itu.


KESIMPULAN

1.         Merujuk kepada peruntukan seksyen 125, Kategori guna tanah bagi lot 3333 adalah bangunan dan Syarat Nyata juga bangunan. Semakan pada laporan PP adalah bangunan perniagaan.


ULASAN DAN PANDANGAN

Merujuk kepada hak milik muktamat seksyen 89 iaitu konklusifnya hakmilik daftaran dan dibaca bersama seksyen 92 iaitu ketidakboleh sangkalan hakmilik muktamat,  juga setelah meneliti kepada maklumat di atas dan juga keterangan sebelumnya yang disemak dengan seksyen 103 hingga 126 didapati tidak perlaku pelanggaran seperti yang dimaksudkan oleh seksyen  125 atau pelanggaran syarat komplek (S 126). Apa yang berlaku ialah kegagalan pihak pentadbiran tanah untuk menetapkan Syarat Nyata bagi lot 3333 mengikut seksyen 116(4) iaitu:

……Syarat-syarat tersirat yang menyentuh tanah yang tertakluk kepada kategori "bangunan".
(4)    Maksud-maksud yang disebutkan dalam perenggan (a) sub­seksyen (1) adalah seperti berikut­ --
(ii)               maksud-maksud kediaman;
semasa mendaftrkan hakmilik muktamat jika hakmilik sementara juga meletakan syarat nyata adalah sama iaitu kediaman – kediaman. Tetapi syarat yang wujud pada halmilik sementra hanyalah ….mendirikan bangunan mengikut pelan yang diluluskan oleh Lembaga Bandaran Krian.
2.            Merujuk kepada hak milik asal iaituQT PB. 5/75 tersyarat-syarat … pemilik perlu mendirikan bangunan mengikut pelan yang diluluskan oleh Lembaga Perbandaran Kerian. Bagi tujuan pembinaan bangunan, pemilik hanya perlu meru merujuk dan mendapat kelulusan Majlis Daerah Krian dan Akta 133 seksyen 70 perlu dipatuhi. Perkara ini ada kaitan dengan peruntukan seksyen 116 (1)(d)…….
116. Syarat-syarat tersirat yang menyentuh tanah yang tertakluk kepada jenis "bangunan".

1.    (d) bahawa tiada bangunan sedemikian boleh dimusnahkan, diubah atau ditambah tanpa keizinan secara bertulis terlebih dahulu dari Pihak Berkuasa Negeri.

Bagi tujuan membina bangunan atas tanah milik, pemilih Cuma perlu mendapat kelulusan PBT mengikut Akta 133, Seksyen 70seperti berikut….



3.            Berkaitan isu cukai tanah yang kurang dipungut berpunca dari kegagalan  mengenakan syarat nyata ‘perniagaan’ sebagai mana kedudukan di atas lot sekarang, adalah dicadangakan supaya pemohon dipanggil dan dinasihatkan supaya memohon tukar syarat nyata dari bangunan kepada bangunan perniagaan mengikut seksyen 124(1)(a) KTN.
….. Kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk mengubah syarat­-syarat, dll., atas permohonan tuanpunya.
(1)                Tuanpunya mana-mana tanah berimilik bolehlah memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini untuk --
(a)                pengubahan mana-mana kategori penggunaan tanah yang tanah itu buat masa itu tertakluk atau, jika ia tidak ter­takluk sedemikian, untuk pengenaan mana-mana kategori ke atasnya;

4.            Memandangkan wujud 4 buah bangunan dalam lot yang sama, pelilik juga boleh dinasihatkan supaya memohon di bawah seksyen 402D iaitu …penyerahan balik dan beri milik semula. Pemilik boleh memohon lot-lot perasingan dan syarat baru iaitu perniaga.

5.            Perlu dingat bahawa peruntukan berkaitan zoning di bawah seksyen 52(2) tidak mengikat pemilik telah tetapi mengikat PBN…..

…. Kategori-kategori penggunaan tanah dan pemakaiannya kepada tanah-tanah yang diberi milik di bawah Akta ini.
52(2)          Pihak Berkuasa Negeri bolehlah, melalui pemberitahuan dalam Warta, menyatakan mana-mana kawasan dalam Negeri, dan menetapkan suatu kategori penggunaan tanah berhubung dengannya bagi maksud-maksud seksyen ini; dan kategori tersebut hendaklah kategori yang diendorskan di bawah subseksyen (1) mengenai pemberimilikan menurut mana-mana kelulusan yang diberi selepas pemberitahuan disiarkan tentang mana-mana tanah Kerajaan dalam kawasan itu yang belum lagi diberi milik pada mana-mana masa yang lalu.

PENUTUP

Pandangan dan ulasan ini boleh dirujuk kepada PUU bagi mendapatkan kupasan yang lebih baik di sudut perundangan. Mungkin apa yang terkandung dalam kertas ini adalah pandangan yang terkilaf  disudut pemahaman perundangan. Walau bagaimana pun ulasan dan pandangan ini mungkin dapat memberi sedikit panduan. Berikut adalah peruntukan seksyen 89 dan 92 berkitan hak-hak memilik tanah di bawah kanun tanah.
KTN SEKSYEN 89 -Konklusifnya dokumen hakmilik daftaran.
Tiap-tiap dokumen hakmilik daftaran yang telah didaftarkan dengan sempurna di bawah Bab ini hendaklah, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, merupakan keterangan konklusif­
(b)                bahawa hakmilik tanah yang disebut di dalamnya adalah diletakhakkan ke atas orang atau badan buat masa itu dinamakan di dalamnya sebagai tuanpunya; dan
(c)                 mengenai syarat-syarat, sekatan-sekatan kepentingan dan peruntukan-peruntukan lain yang kepadanya tanah itu tertakluk adalah buat masa itu dipegang oleh orang atau badan tersebut, setakat mana ia dikehendaki oleh mana-mana peruntukan Akta ini supaya dinyatakan atau dirujukkan dalam dokumen itu.
KTN 92 - Ketakbolehsangkalan hakmilik muktamad, dan hak-hak urus­niaga, dll.
(1)                Pemberimilikan tanah Kerajaan kepada mana-mana orang atau badan di bawah hakmilik muktamad hendaklah memberi kepada orang atau badan itu satu hakmilik ke atas tanah itu yang hendak­lah tidak boleh disangkal sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian Dua Puluh.
(2)                Hak-hak yang boleh dijalankan oleh mana-mana orang atau badan yang kepadanya tanah Kerajaan telah diberi milik di bawah hakmilik muktamad hendaklah termasuk yang berikut­--
(a)                hak (tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini           dan kepada mana-mana sekatan kepentingan yang tanah itu buat masa itu tertakluk) untuk memecah sempadan atau memecah bahagian tanah itu, atau menyatukannya dengan tanah yang lain, selaras dengan peruntukan-peruntukan Bab 1 hingga 3 Bahagian Sembilan;
(b)               hak (tertakluk seperti yang disebut sebelum ini) untuk memecah sempadan mana-mana bangunan di atasnya selaras dengan peruntukan-peruntukan Bab 4 Bahagian Sembilan;
(c)                hak (tertakluk seperti yang disebut sebelum ini) untuk berkuatkuasa pindahmilik, pajakan, gadaian, penyerahan balik dan apa-apa urusniaga lain yang dibenarkan di bawah Divisyen IV; dan

(d)               hak (tertakluk seperti yang disebut sebelum ini, dan tertakluk juga kepada peruntukan-peruntukan undang-undang peri­badinya dan mana-mana undang-undang lain buat masa itu berkuatkuasa yang berhubungan dengan pelupusan atau penurunan harta atas kematian) untuk melupuskan tanah itu, atau mana-mana bahagian di dalamnya yang belum dipecahkan, melalui wasiat.


SEKIAN



No comments:

Post a Comment