Tersumbat
lemak punca ketidakcekapan dalam sistem penyampaian kerajaan
Matlamat
akhir sistem penyampaian kerajaan adalah supaya perkhidmatan yang diberi
sempurna dan rakyat berpuashati terhadap perkhidmatan yang diberi oleh sektor
awam. Rakyat yang berada di peringkat akar umbi menerima faedah atau
manafaatnya. Impak sistem penyampaian ini amat besar kepada kerajaan.
Anggota perkhidmatan awam telah dilanjutkan tempuh persaraannya
daripada umur 55 tahun kepada 56 tahun kemudian dilanjutkan lagi kepada umur 58
tahun. Tetapi kerajaan yang memerentah persaraannya setiap 5 tahun sekali .
Panjang pendek bergantung kepada mandat yang diberi oleh rakyat. Jika
pentadbiran sesebuah kerajaan ini memuaskan hati rakyat maka maka tempoh
persaraannya akan disambung. Jika tidak akan berlakulah pertukaran kerajaan.
Baik buruknya pemerintahan sesebuah kerajaan bergantung kepada perkhidmatan
atau sistem penyampaian yang diberi oleh kakitangan awam.
Terpantulnya sistem penyampaian dalam sesebuah organisasi itu
adalah kerana prosedur kerja dalam sistem penyampaian tersebut tersumbat.
Aliran tugas yang sepatutnya berkalan lancar tersumbat atau tersekat kerana
anggota sesbuah organisasi tidak jelas dan tidak faham atau tidak tahu apa dan
siapa yang patut dibuat dalam dalam melicinkan sistem penyampaian tersebut.
Justeru itu konsep carta organisasi perlu difahami oleh setiap anggota yang
berada dalam sesebuah sistem penyampaian. Bila setiah ahli yang terlibat dalam
sesuatu sistem penyampaian tersebut memahami konsep “ who does what “ maka
masalah tersumbat aliran kerja tidak akan terjadi dalam sistem penyampaiaan
tersebut.
Dalam
sesebuah organisasi yang cemerlang memerlukan setiap anggota memahami ‘ line of
authority ’ atau perinsip siapa bertanggong jawab kepada siapa. Sebagai ketua
dalam sesebuah organisasi samaada ketua jabatan, ketua bahagian, ketua unit
atau dimana sahaja level yang kita ada seharusnya memahami ‘ span of control’
dalam carta organisasi. Konsep delegation of power sangat penting supaya setiap
ahli yang telah diperturunkan kuasa tadi dapat melaksanakan tugasnya dengan
berkesan.
Kaedah pengurusan traditional tiada delegation of power. Hubungan
antara boss yang berada dipuncak carta terlalu jauh dengan pelaksana tugas
sehingga ketua dalam carta dan pelaksana tidak mengenali antara satu dengan
lain. Sebagai contoh dalam menguruskan proses bayaran beberapa tahun yang lalu
semua baucher perlu dihantar kepada akauntan negeri untuk dibuat bayaran maka
prosesnya mengambil masa paling cepat 3 bulan. Bila penurunan kuasa diberi
kepada PTJ setiap jabatan maka proses bayaran boleh dibuat dalam tempoh 14 hari
sahaja. Maka ia dengan sendirinya akan meningkatkan sistem penyampaiaan
tersebut.
No comments:
Post a Comment