Coaching
adalah alat pengurusan terkini untuk menciptakan 'The Right Person for The
Right Job' .
Dalam keadaan persaingan dan cabaran pasaran
yang semakin kompetitif, adalah penting untuk membina pendekatan inovatif dan
proaktif dalam meningkatkan perkhidmatan organisasi yang bertaraf dunia. Atas
tujuan berkenaan, sudah tiba masanya untuk kita menilai dan melaksanakan sistem
penyampaian yang efektif.
Teknik coaching akan memastikan
kakitangan pentadbiran akan menjadi lebih cekap dan berkeyakinan di dalam kerja
mereka dan dapat menyumbangkan kepada peningkatan produktiviti pentadbiran
organisasi.
Coaching adalah alat pengurusan terkini
dalam transformasi budaya kerja dan kepimpinan' Coaching berbeza daripada
mentoring atau kaunseling. Ianya suatu proses pembelajaran, perubahan dan
transformasi diri kepada tahap lebih tinggi. Seorang pegawai dapat berubah dan
merealisasi potensi diri.
Coaching lazimnya dikaitkan dengan
sukan tetapi akhir-akhir ini coaching dikaitkan dengan embangunan prestasi
seseorang pegawai .Tumpuan coaghing adalah untuk membangunkan potensi keupayaan
profesionalisma seseorang. Ia merupakan suatu pendekatan yang unik dan berbeza
sedikit daripada pendekatan mentoring dan kaunseling. Ia merupakan suatu proses
perjalanan 'personal dan profesional discovery'. Ia mampu menjelaskan hala tuju
dan membina anjakan paradigma daripada keadaan sekarang kepada destinasi yang
diinginkan.
Coaching berkait rapat dengan proses
pembelajaran; ia berkait dengan transformasi dan juga keupayaan insan untuk
berkembang mengubah tabiat dan mencipta aktiviti-aktiviti baru. Ia membuka idea
baru dalam menangani isu-isu yang dihadapi. Kesediaan mendengar dan
mengemukakan soalan yang bertenaga oleh coach kepada coachee(pelanggan) akan
memberi peluang kepada pelanggan meneroka jawapan baru kepada isu-isu yang
dihadapi.
Eksekutif Coaching memperakui bahawa
diri itu bukan sesuatu yang kaku tetapi mampu berubah dan diubah kepada suatu
suasana yang lebih baik daripada sebelumnya.
Keterampilan seorang penyelia atau yang
biasa dikenal dengan "supervisor skill", baik buruknya akan memberi
pengaruh secara langsung kepada orang bawahannya. Oleh itu kejayaan setiap
kumpulan dipengaruhi oleh ketua kumpulan tersebut. Sebagai seorang penyelia
atau ketua seksyen , ia menjadi penghubung antara dua kepentingan dan
tanggungjawab, Bertanggungjawab keatas pencapaian tugas kerja kelompok yang
dipimpinnya dan juga kena memastikan mencapai pelaksanaan perancangan dari
pihak pengurusan atasan. Oleh yang demikian komunikasi dan kepemimpinan akan
menjadi pengukur kepada kejayaan.
Sudah tentu dalam konteks untuk
meningkatkan produktivi dan menangani permasalahan yang mengganggu produktiviti.
Teknik Coaching adalah diperlukan bagi memastikan matlamat sesebuah organisasi
itu tercapai. Tujuan Coaching adalah untuk
menciptakan 'The Right Person for The Right Job' .
Jim Collins dalam bukunya, *Good to
Great, menekankan bahwa tidak semua sumber manusia adalah aset bagi organisasi.
Pengurus akan jadi aset organisasi hanya bila ia 'berkualiti'. Sebaliknya,
sumber manusia yang tidak produktif, lembap dan berkembangnya rendah, *sooner
or later*, akan jadi beban kepada organisasi.
Kekadang sesebuah organisasi sangat
beruntung bila terdapat sumber manusia yang diambil bekerja atau dapat merekrut
*fresh graduates* atau staf yang pandai, rajin, berbakat, dan boleh berkembang
di organisasi. Namun, realiti sangat sukar untuk mendapatkan seseorang yang
berkualiti.
Di sebuah organisasi yang sudah mantap
keterampilan pengurusan sangat terserlah namun hanya satu bahagian sahaja dan
tidak menyeluruh. Persoalannya: "Siapa yang bertanggung jawab terhadap
situasi ini?", "Strategi apa yang luput dan diabaikan oleh organisasi
tersebut ?" Oleh itu dalam mencari bintang dalam sesebuah organisasi
adalah suatu proses yang disengajakan bukannya secara kebetulan. Hanya dengan
bimbingan intensif-lah individu mampu mempelajari ketrampilan lain, terutama
ketrampilan kepimpinan. Coaching tidak terjadi dengan sendiri karena tidak
dibudayakan dalam organisasi tersebut. Selalunya orang yang di-*coach* maupun
*coach*-nya beranggapan bahwa proses '*coaching'* akan terjadi dengan
sendirinya. Padahal, mengasah dan membina karekter tidak terjadi secara semula
jadi, namun perlu disengaja, dibentuk, didorong dan dipantau terus-terusan.
Apapun alasannya, organisasi yang tidak menerapkan mekanisma ini, suatu masa
akan mengalami kekurangan 'orang bagus' dalam organisasinya..
*'Coaching' = Taking a player where he
can't take himself*
Seorang pengurus berkata pada
atasannya: "*Saya memang salah dan tidak bisa mengelola anak buah. Saya
tahu saya sudah pergi ke berbagai kursus pengurusan dan sebagainya. Tetapi,
siapa yang boleh membimbing saya untuk mempraktikkannya?*" Sebenarnya,
pengurusan atasanlah yang meng-'*coach*', di samping mengontrol juga perlu
menyediakan jawapan dan memberikan penyelesaian. *Coach*-lah yang akan memacu
individu dan membawanya ke kompetensi yang belum pernah dimilikinya.
*Pengurusan atasan bukan penonton*
Didalam sesebuah organisasi seorang
pemimpin tidak boleh mengelakkan tugasnya untuk mendemonstrasikan cara
mewujudkan waktu yang efektif, memilih keutamaan, menemui pelanggan, membimbing
& menegur orang-orang bawahan, hatta memilih perkara-perkara yang
sekecil-kecil pun perlu ditunjukkan kepada orang bawahan kerana mereka tidak
mampu memperolehi '*coachee*' dari orang lain, karena dia memang tumbuh di
organisasi tersebut.
Mengelola orang bawahan melalui '*coaching*',
sangat berbeza dengan pengurusan tradisional, di mana pengurus seolah-olah
memegang suis dan 'menunggu' orang bawahan untuk berprestasi. Tinggi. Hubungan
*coaching* adalah hubungan yang mengembangkan rasa percaya, '*fairness*', dan
membangkitkan semangat. Pengurus yang meng-*coach* akan banyak bertanya, banyak
memfasilitator dan berbincang mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah.
Manakala orang bawahan yang di-*coach* harus menyadari bahwa ia perlu menguasai
banyak kompetensi lain di luar kemahirannya yang ada sekarang.
Bagaimana jika pengurusan atasan
sendiri juga tidak menguasai teknik atau pendekatan tertentu? Selama mana
pengurusan atasan jujur dan mengakui hal ini kepada orang bawahan, masih ada
kesempatan belajar bersama.
Terdapat *7 P TEKNIK
"COACHING"*
i. *Purpose & Part*: Menegaskan
pentingnya isu yang akan difokuskan
ii. *Process: *Memperjelas proses
melakukannya
iii. *Picture*: Memperagakan bagaimana
melakukannya
iv. *Practice: * Mengobservasi coachee
mengerjakannya
v&vi.. *Pats & Pointers:
*Menyediakan umpan balik
vii. * Proceed on path: *Menyepakati
langkah selanjutnya
No comments:
Post a Comment