Pembanterasan rasuah di Malaysia adalah matlamat utama GTP kerana ia dilihat sebagai masalah utama yang dapat menghalang cita-cita Malaysia untuk menjadi Negara berpendapatan tinggi.
![]() | Rasuah menghakis keyakinan orang awam terhadap kebolehan kerajaan dan institusi utama yang lain untuk mengekalkan medan persaingan yang adil bagi semua peserta dan kesannya, rasuah mengurangkan pelaburan swasta. Rasuah melemahkan penyertaan lebih baik dalam ekonomi Negara, lantas mengurangkan kumpulan tenaga mahir di Malaysia. Kebimbangan terhadap rasuah juga semakin meningkat yang dikhuatiri menyalurkan sumber Negara keluar daripada ekonomi tempatan, dengan adanya laporan yang menyatakan bahawa perusahaan-perusahaan kecil mengeluarkan antara 8% dan 9% daripada asas pendapatan mereka semata-mata untuk membayar rasuah bagi mendapatkan lesen dan permit. NKRA Membanteras Rasuah telah melancarkan beberapa inisiatif dalam GTP 1.0 untuk menukar cara pemantauan dan penguatkuasaan rasuah, yang akan menangani isu-isu daripada atas ke bawah. |
- See more at: http://www.pemandu.gov.my/gtp/Fighting_Corruption-@-Fighting_Corruption_Overview.aspx?lang=ms-my#sthash.4TizocY8.dpuf
NKRA COR menunjukkan kesan yang signifikan daripada inisiatif-inisiatif dalam GTP 1.0, tetapi Kerajaan percaya bahawa banyak lagi yang perlu dilakukan untuk menghapuskan masalah ini.
Tinjauan antarabangsa seperti Barometer Rasuah Global (GCB) juga menunjukkan ramai rakyat yang tidak percaya bahawa masalah rasuah di Negara ini telah bertambah sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Hasil daripada tinjauan ini mencadangkan proses transformasi ini perlu dipercepatkan, dan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai isu ini di semua peringkat, terutamanya pada peringkat pembentukan. GTP 2.0 menyasarkan untuk mencapai semua sasaran dan lain-lainnya menerusi inisiatif-inisiatif dan program-program berikut:
- Meningkatkan Agensi PenguatkuasaanMeningkatkan Agensi Penguatkuasaan
- Lebih banyak yang perlu dilakukan untuk bidang ini, penekanan khas diberikan kepada SPRM, yang terus dibelenggu oleh skandal dan kemerosotan operasi beberapa tahun kebelakangan ini. Sementara itu, NKRA COR akan terus memantau KPI yang ditetapkan untuk agensi-agensi penguatkuasaan yang lain.
- Inisiatif-inisiatif dalam bidang ini termasuk:
- Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah untuk menjawb soalan berkaitan dengan laporan kepada Parlimen: Inisiatif ini menyasarkan untuk membantu memperkukuhkan kebebasan SPRM dengan adanya pengerusi Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah untuk membentangkan laporan tahunan dan menjawab soalan daripada Parlimen daripada membiarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk membuat laporan.
- Menubuhkan Jawatankuasa Penilaian Eksekutif dalam SPRM: NKRA COR akan menubuhkan sebuah jawatankuasa penilaian dimana kes-kes tersebut boleh dinilai secara bersama oleh pegawai penyiasat SPRM dan Timbalan Pendakwa Raya. Matlamatnya adalah untuk mempercepatkan proses kerjasama antara dua agensi penguatkuasaan utama ini.
- Menubuhkan Pejabat Pengurus Projek mengenai Pencegahan dalam SPRM: Pejabat ini berfungsi untuk mewujudkan ukuran pencegahan yang dilakukan oleh program transformasi SPRM, termasuk program bantuan komuniti, pemeriksaan dan perundingan serta program pengurusan integriti.
- Memperkemaskan jawatankuasa pengawasan: Bertujuan untuk menubuhkan sebuah Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah yang akan menyalurkan laporan mengenai lima jawatankuasa pengawasan luar untuk memperkemaskan garis pelaporan. Lembaga akan berkompromi dengan kesemua lima jawatankuasa.
- Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah untuk menjawb soalan berkaitan dengan laporan kepada Parlimen: Inisiatif ini menyasarkan untuk membantu memperkukuhkan kebebasan SPRM dengan adanya pengerusi Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah untuk membentangkan laporan tahunan dan menjawab soalan daripada Parlimen daripada membiarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk membuat laporan.
- Oleh kerana pembanterasan rasuah adalah satu pertempuran yang panjang, NKRA Rasuah akan terus meningkatkan dan memantau kesan beberapa inisiatif yang diperkenalkan dalam GTP 1.0 termasuk:
- Memantau pangkalan data ‘Name and Shame’ bagi pesalah rasuah yang disabitkan
- Memantau unit pematuhan bagi agensi-agensi penguatkuasaan untuk memastikan mereka mencapai KPI yang ditetapkan
- Meneruskan inisiatif Ikrar Integriti Korporat (CIP) dan meningkatkan Sistem Intergriti Korporat Malaysia, komponen utama adalah CIP.
No comments:
Post a Comment