CONTOH PERSOALAN PENIPUAN JUAL BELI TANAH
Sebagai contohnya, Ali berhasrat membeli lot tanah yang dimiliki
oleh Ahmad. Dengan niat baik (jujur), Ahmad menyerahkan salinan Suratan
Hakmilik lot tanah tersebut kepada Ali. Di dalam butiran dan maklumat yang
terdapat pada suratan hakmilik jelas menunjukkan pemiliknya ialah Ahmad.
Bagaimanapun, di luar pengetahuan Ahmad; adiknya telah memalsukan
tanda tangan Ahmad dan memohon salinan Suratan Hakmilik yang baru
dengan alasan Suratan Hakmilik Asal di dalam "simpanannya" telah
hilang. Biasanya pejabat pentadbiran tanah, akan
mengeluarkan hakmilik pendua sebagi ganti kehilangan
hakmilik asal. Dan setelah, Hakmilik Pendua diperolehi, sekali lagi adiknya
memalsukan tandatangan abangnya (Ahmad) dan menjualkan lot tanah itu.
Ahmad langsung tiada pengetahuan tentang salah laku jenayah
pemalsuan tandatangan oleh adiknya. Dan Ahmad percaya dia masih lagi pemilik
berdaftar kerana Suratan Hakmilik Asal berada di dalam jagaannya/simpanannya.
Ali kemudiannya pergi ke pejabat Peguam bagi tujuan
menyempurnakan proses pindakmilik hartanah melalui suatu Perjanjian
Jual Beli Hartanah. Kerana tergesa-gesa nak memilik tanah tersebut, beliau
menyerahkan jumlah harga jual beli sebanyak 50% di atas keyakinan bahawa pihak
Ahmad berlaku jujur. Perjanjian Jual Beli belum lagi dimasuki.
Seminggu selepas menemui paralegal konveyansi
hartanah di pejabat Peguam tersebut, beliau mendapat panggilan
daripada staf pejabat peguam itu yang menyatakan bahawa lot tanah itu telah
dijual dan Ahmad bukan lagi pemiliknya.
Ali terkejut dan tergamam mengenangkan wang deposit Harga Jual
Beli sebanyak 50% telah pun diserahkan kepada Ahmad. Beliau terus menelefon
Ahmad untuk menjelaskan keadaan terkini tentang proses Jual Beli hartanahnya.
Telefon tersebut dijawab oleh anak Ahmad yang memberi tahu
bahawa ayahnya telah ke luar negera selama sebulan kerana urusan perniagaan.
Ali lantas diselubungi kekecewaan dan kerisauan yang melampau. Jumlah wang yang
telah diserahkan olehnya berjumlah RM650,000-00 kerana Harga Jual Beli hartanah
itu ialah RM1.3 juta.
Ali lantas menghubungi Peguamnya untuk mendapatkan nasihat
guaman. Beliau dinasihatkan oleh Peguamnya membuat satu laporan Polis berkenaan
apa yang telah berlaku. Bagaimanapun, beliau dimaklumkan Laporan Polis tersebut
adalah bertujuan sebagai rutin asasi yang mesti dilakukan oleh sesiapa sahaja
yang merasakan bahawa dirinya dianiaya oleh sesuatu kebarangkalian
wujudnya sesuatu jenayah.
Seminggu selepas cuba menghubungi Ahmad melalui telefon, Ali
menerimajawapan mesej email daripada Ahmad. Ali dminta oleh Ahmad
agar bertenang dan tidak membuat langkah provokasi dengan
memberikan peluang untuknya membuat semakan terlebih dahulu. Ahmad telah
meminta peguamnya melakukan Carian/Semakan Lengkap di
pejabat pentadbiran hartanah dan akhirnya kedudukan sebenar telah pun
dikenalpasti dan mengarahkan peguamnya melakukan tindakan susulan.
Adik Ahmad dihubungi oleh peguam Ahmad dan beliau diminta untuk
membayar abangnya jumlah tuntutan sebanyak RM1.3 juta iaitu jumlah tawaran bagi
pembelian hartanah tersebut oleh Ali. Adik Ahmad kemudiannya menyatakan bahawa
lot tanah tersebut sepatutnya adalah miliknya mengikut
pembahagian harta pusaka secara Faraidh. Ketika proses pembahagian
harta pusaka ayah mereka, adik Ahmad baru berusia 21 tahun. Beliau hanya
mengikut sahaja arahan abangnya kerana percaya kepada kejujuran abangnya melaksanakan
proses pembahagian pusaka (probet).
Terdahulu,adik Ahmad telah menandatangan satu Suat
Persetujuan agar pembahagian Pusaka Ayah mereka
dilakukan secara persetujuan dan tidak mengikut kaedah faraidh. Ahmad juga
telah memaklumkan kepada adiknya bahawa lot tanah tersebut diserahkan kepadanya
sebagai pertukaran kepada komitmen Ahmad untuk menanggung kos pengajian adiknya
di luar negara.
Pertikaian dalaman antara Ahmad dan adiknya telah menyebabkan
Ali berada diposisi kerugian wang. Jual Beli tidak boleh dilaksanakan
kerana Ahmad bukanlah penjual yang sah kerana hartanah tersebut bukan miliknya
mengikut maklumat Dokumen Hakmilik Dafataran (di pejabat
pentadbiran hartanah).
Apakah posisi
undang-undang bagi merungkai permasalahan di atas? Bagaimana prinsip Sistem
Torrens menjawab persoalan undang-undang yang berbangkit? Adakah Ahmad telah
melakukan Jenayah penipuan? Adakah pihak polis akan menangkap Ahmad kerana
menipu Ali? Adakah Ali boleh mendapatkan jumlah wang yang diserahkan?
MAKLUMAT DALAM TALIAN.COM
MAKLUMAT DALAM TALIAN.COM
A. TAJUK KURSUS YANG DI TAWARKAN
1. PENGENALAN KEPADA KTN
2. SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
3. KUASA MENANGKAP DAN MENAHAN MENGIKUT KTN DAN CPC
4. PROSEDUR TANGKAPAN DAN PENAHANAN
5. LAPORAN POLIS DAN FIR
6. PENGURUSAN BARANG KES
7. INTIPATI KESALAHAN MENGIKUT SEKSEN 425
8. INTIPATI KESAHAN MENGIKUT SEKSEN 426
9. PERAMPASAN DAN LUCUT HAK BARANG KES
10. KUASA MENYIASAT DAN KTN DAN CPC
11. KAEDAH MERAKAM PERCAKAPAN
12. MENGURUSKAN OKT DARI AWAL HINGGA AKHIR
13. PENYEDIAN KERTAS SIASATAN
14. PENYEDIAAN FAKTA KES DAN PERTUDUHAN
15.RUJUKAN KES KEPADA TPR
16. PENDAFTARAN KES DAN BORANG-BORANG MAHKAMAH
17. AKTA KETERANGAN
18. TUGAS DAN PERANAN PEGAWAI PENDAKWA
19. TEKNIK BERHUJAH
20. PENGHUKUMAN.
21. OPERASI MEMUSNAH DAN PELAN KONTIGENSI.
22. PENCEROBOHAN TANAH MILIK DAN MENYELESAIANNYA
23. BONOS - PECEROBOHAN TANAH MILIK DAN PENYELESAIAN
PELAN A, PELAN B, PELAN C, PELAN D, PELAN E, PELAN F.
AFFIDAVIT DAN KES –KES DULUAN MAHKAMAH
A. SASARAN PESERTA
1. PENOLONG PEGAWAI TANAH
2. PENOLONG PENTADBIR TANAH
3. KETUA PENOLONG PENTADBIR TANAH
4. PENTADBIR TANAH
5. PEGAWAI PENYIASAT SPRM
6. PEGAWAI PENYIASAT PDRM
7. PELAJAR UNIVERSITI YANG BERKAITAN
8. PERUNDING HARTA TANAH
9. LAIN-LAIN PEGAWAI YANG DILANTIK DI BAWAH S. 12 KTN
10. LAIN-LAIN YANG BERMINAT DAN PEMILIH TANAH YANG BERMASALAH.
B. JANGKA MASA – HUJUNG MINGGU SABTU DAN AHAD/RUNDINGAN
C. TEMPAT – TAIPING ATAU DITENTUKAN PEMOHON
D. BAYARAN 1 HARI RM 1000.00.
Kes Tribunal Penguna
ReplyDeletehttp://lemangpanas90.blogspot.com/2015/07/kes-tribunal-penguna.html