Sunday 1 July 2012

426C. Pelucuthakan benda-benda yang dirampas.



(1)              
Segala benda yang dirampas dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh perenggan (b) subseksyen (1) seksyen 426A hendaklah tertanggung kepada pelucuthakan.
(2)               Jika sekiranya apa-apa benda telah dirampas di bawah perenggan (b) subseksyen (1) seksyen 426A, seorang pegawai polis  yang tidak rendah dari pangkat Inspektor, Pendaftar atau Pentadbir Tanah bolehlah, atas budi bicaranya, mengembalikan buat sementara apa-apa benda tersebut kepada pemilik benda itu apabila sekuriti yang memuaskan diberi kepada pegawai polis, Pendaftar atau Pen­tadbir Tanah bahawa benda itu hendaklah diserahkan balik kepadanya atas permintaan atau untuk mengemukakannya di hadapan Mahkamah yang kompeten bidangkuasanya.
(3)               Suatu perintah untuk pelucuthakan atau untuk melepaskan apa-apa benda yang dirampas dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah perenggan (b) subseksyen (1) seksyen 426A hendaklah dibuat oleh Mahkamah di mana dakwaan mengenainya telah dibuat dan suatu perintah untuk pelucuthakan benda itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan kepada Mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah seksyen 425 atau 426 telah dilakukan dan bahawa benda itu adalah hal perkara atau digunakan dalam melakukan kesalahan itu walaupun tiada sesiapa telah disabitkan dengan kesa­lahan itu.
(4)               Jika tidak ada dakwaan mengenai apa-apa benda yang dirampas dalam menjalankan kuasa-kuasa di bawah perenggan itu, benda itu hendaklah diambil dan disifatkan sebagai dilucuthak apabila tamat­nya satu bulan dari tarikh perampasan melainkan sebelum tarikh itu suatu tuntutan mengenainya dibuat dengan cara yang berikut­;
(a)                mana-mana orang yang menuntut bahawa dia adalah pemilik benda itu dan bahawa ia tidak tertanggung kepada pe­lucuthakan bolehlah secara bersendirian atau oleh ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberi notis bertulis kepada pegawai polis, Pendaftar atau Pentadbir Tanah yang memegang benda itu bahawa dia menuntut benda yang sama;
(b)               apabila menerima notis sedemikian, pegawai polis, Pendaftar atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Hakim Mah­kamah Sesyen untuk keputusan;
(c)                Hakim yang kepadanya perkara itu telah dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menyatakan bahawa dia adalah pemilik benda itu dan orang yang darinya benda itu dirampas untuk menghadir diri di hadapannya dan jika ia hadir atau enggan hadir, penyampaian sempurna saman itu dibuktikan, Hakim hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan atas bukti bahawa suatu kesalahan di bawah seksyen 425 atau 426 telah dilakukan, dan bahawa benda itu adalah hal perkara atau adalah digunakan dalam melakukan kesalahan itu hendaklah mengarah benda itu dilucuthak atau boleh dalam ketiadaan apa-apa bukti mengarah supaya ia dilepaskan.
(5)               Semua barang yang dilucuthak atau disifatkan telah dilucuthak hendaklah diserahantarkan kepada Pentadbir Tanah dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan­--
(a)                Pengarah Negeri;
(b)               Ketua Pengarah Tanah dan Galian, jika kesalahan dilakukan atas tanah yang dipegang oleh atau bagi pihak Kerajaan Persekutuan; atau
(c)                oleh pihak berkuasa yang berkenaan, jika kesalahan di­lakukan atas tanah yang dipegang oleh atau bagi pihak, suatu pihak berkuasa tempatan, atau suatu pihak berkuasa berkanun yang menjalankan kuasa yang terletakhak kepada nya oleh undang-undang Persekutuan atau Negeri.
Jika sekiranya apa-apa benda yang dirampas dalam menjalan­kan kuasa-kuasa yang diberi di bawah perenggan (b) subseksyen (1) seksyen 426n adalah bersifat boleh binasa atau jika sekiranya penjagaan benda itu melibatkan perbelanjaan yang tidak munasabah dan menyukarkan, Pengarah Negeri, Ketua Pengarah Tanah dan Galian atau pihak berkuasa berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, bolehlah mengarahkan supaya benda itu dijual pada bila-bila masa dan hasil jualan itu dipegang menanti keputusan apa-apa dakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini

No comments:

Post a Comment