Sunday 1 July 2012

426B. Penjagaan dan serahantaran benda-benda yang dirampas.



(1)               Jika sekiranya seorang Pegawai Penempatan atau pegawai berkuasa telah merampas apa-apa benda dalam menjalankan kuasa­kuasanya di bawah seksyen 426A, maka dia hendaklah secepat mungkin memberitahu fakta itu kepada Pentadbir Tanah yang akan mengarah Pegawai Penempatan atau pegawai berkuasa itu tentang penjagaan benda itu dengan sempurna, dan jika benda itu adalah suatu benda yang boleh diserahantarkan kepada pegawai polis di bawah subseksyen (2) seksyen ini, bolehlah mengarahkan supaya ia diserahantarkan sedemikian.
(2)               Pendaftar atau Pentadbir Tanah atau jika ada arahan di bawah subseksyen (1) seksyen ini,  Pegawai Penempatan atau pegawai berkuasa, bolehlah menyerahantarkan kepada pegawai polis-
(a)                apa-apa harta alih (selain dari apa-apa yang dirampas di bawah perenggan (b) subseksyen (1) seksyen 426A), yang tinggal di atas tanah selepas seseorang telah ditahan atau; bangunan telah dimusnahkan atau dipindah di bawah perenggan (c) subseksyen (1) seksyen 426A; dan
(b)               apa-apa bahan yang menjadikan bangunan yang dimusnah atau dipindahkan sedemikian; dan harta atau bahan yang diserahantarkan sedemikian hendaklah dilupuskan selaras dengan seksyen 22 Akta Polis, 1967.

No comments:

Post a Comment