Sunday 1 July 2012

LAIN-LAIN KESALAHAN DI BAWAH KTN





15      Kuasa am Pengarah Negeri, dll.

(1)               Pengarah Negeri, Pendaftar, dan mana-mana Pentadbir Tanah, bolehlah bagi tujuan Akta ini (dan tanpa menjejaskan penggunaan apa-apa kuasa yang diberi kepadanya oleh mana-mana undang-­undang bertulis lain)­
(i)                 pada segala masa yang munasabah mempunyai akses kebebasan kepada, dan memasuki, mana-mana tanah dalam Negeri itu;
(ii)               menjalankan siasatan selaras dengan peruntukan-peruntukan Bab 4;
(iii)             mengurus sumpah dan akuan, memeriksa mana-mana saksi yang telah bersumpah atau yang membuat pengakuan, menyaman mana-mana orang ke hadapannya, mengambil dan merekodkan keterangan mana-mana orang sedemikian dan menghukum dibayar kos kepada mana-mana orang yang hadir dan memberi keterangan di hadapannya;
(iv)             dengan kelulusan Setiausaha Negeri, memeriksa dan meng­ambil salinan-salinan apa-apa dokumen yang boleh didapati di mana-mana pejabat awam dalam Negeri itu;
(v)               dengan suatu notis dalam Borang 2B menghendaki mana­-mana orang atau badan­ --
(i)                 mengemukakan untuk pemeriksaan apa-apa dokumen hakmilik, atau lain-lain dokumen yang berkait dengan tanah, dalam milikan atau kawalannya;
(ii)               memberi kepadanya apa-apa maklumat yang orang atau badan itu mempunyai mengenai lokasi mana-mana dokumen sedemikian, dan mengambil salinan-salinan, atau cabutan-cabutan dari, mana-mana dokumen sede­mikian; atau
(iii)             mengemukakan dokumen hakmilik keluaran bagi tujuan penyeragaman syarat-syarat nyata dan sekatan-sekatan kepentingan di bawah seksyen 318A:        ,
Dengan syarat bahawa tiada seseorang atau badan boleh dipaksa menurut kuasa perenggan ini untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang ia tidak boleh dipaksa mengemukakan dalam pembicaraan suatu guaman;
(vi)             menghendaki apa-apa permohonan yang dibuat kepadanya menurut peruntukan-peruntukan Akta ini disokong oleh apa-apa afidavit atau akuan berkanun yang difikirkannya perlu atau patut;
(vii)           menjalankan semua kuasa lain yang diberi kepadanya oleh Akta ini, dan segala kuasa tambahan atau bersampingan dengannya sepertimana yang perlu dengan munasabahnya untuk menjalankan maksud-maksud Akta ini.
(2)               Pengarah Ukur dan Pemetaan, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan dan mana-mana Pegawai Ukur lain bolehlah, bagi maksud­-maksud Akta ini (dan tanpa menjejaskan penggunaan mana-mana kuasa yang diberi kepadanya oleh mana-mana undang-undang ber­tulis lain), menjalankan mana-mana kuasa yang disebutkan dalam perenggan (a), (e) dan (g) subseksyen (1).
(3)               Mana-mana pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen (1) seksyen 12 dan diberi kuasa oleh Pengarah Negeri sama ada secara am atau khasnya bagi tujuan tersebut bolehlah, bagi maksud-maksud Akta ini, menjalankan apa-apa kuasa yang disebut dalam perenggan (a) hingga (f) subseksyen (1) seperti yang ditetapkan dalam pemberian kuasa itu.

Tiap-tiap pegawai yang dilantik di bawah Bahagian ini, dan tiap-­tiap orang yang diambil kerja dalam mana-mana Pejabat Ukur, Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftaran­
(a)                hendaklah menjaga, dan membantu menjaga, kerahsiaan semua perkara yang sampai ke pengetahuannya dalam melaksanakan kewajipannya, dan,
kecuali bagi maksud melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini, hendaklah tidak memberitahu atau membocorkan, atau membantu membocor, apa-apa perkara sedemikian kepada sesiapa jua pun
20.                  Pembelian tanah oleh pegawai-pegawai, dll.
Sekiranya mana-mana tanah atau kepentingan dalamnya ditawar­kan untuk jualan menurut mana-mana peruntukan Akta ini, tiada siapa pun dari orang-orang berikut boleh memperolehi, atau cuba memperolehinya, untuk dirinya sendiri, sama ada secara langsung atau tak langsung­
(a)                Pengarah Negeri, Pendaftar, dan Pengarah Ukur dan Peme­taan bagi Negeri di mana tanah atau kepentingan itu terletak;
(b)                mana-mana Pentadbir Tanah, Pegawai Daerah, Pegawai Penempatan atau Pegawai Ukur yang mempunyai bidang kuasa dalam daerah atau daerah kecil di mana tanah atau kepentingan itu terletak;
(c)                mana-mana orang yang diambil kerja di bawah mana-mana pegawai yang disebutkan di dalam perenggan (a) atau (b);
(d)                mana-mana orang yang mempunyai apa-apa kewajipan untuk dilaksanakan berkaitan dengan penjualan itu.


Mana-mana orang yang dengan sengaja memberi keterangan palsu dalam mana-mana siasatan adalah melakukan suatu kesalahan, dan apabila disabitkan, boleh dikenakan penalti yang dinyatakan dalam seksyen 422.
127.   Tanggungan untuk pelucuthakan kerana pelanggaran syarat.
(1)               Setelah apa-apa pelanggaran berbangkit daripada apa-apa syarat yang kepadanya mana-mana tanah berimilik buat masa itu tertakluk­ --
(a)                maka tanah itu hendaklah menjadi tertanggung untuk pelucuthakan kepada Pihak Berkuasa Negeri, dan
(b)                kecuali dalam kes di mana suatu denda dikenakan di bawah subseksyen (la), atau di mana tindakan untuk maksud menyebabkan pelanggaran itu diremedikan adalah per­tamanya dikehendaki diambil di bawah seksyen 128, Pentadbir Tanah hendaklah meneruskan penguatkuasaan pelucuthakan itu selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 129.
(lA)      (a) Setelah berbangkit sesuatu pelanggaran sebagaimana yang dirujukkan dalam subseksyen (1), maka Pentadbir Tanah boleh, selain dari mengambil tindakan di bawah seksyen 128 atau 129, menyerahkan suatu notis dalam Borang 7E kepada tuanpunya, memerlukannya menunjukkan sebab mengapa suatu denda tidak dikenakan berkenaan dengan pelanggaran tersebut.
(b) Setelah tuanpunya gagal menunjukkan sebab dengan memuaskan Pentadbir Tanah, maka Pentadbir Tanah boleh membuat suatu perintah untuk bayaran denda tidak kurang daripada lima ratus ringgit, dan dalam kes pelanggaran berterusan, suatu denda tambahan tidak kurang daripada seratus ringgit bagi tiap-tiap hari dalam tempoh pelanggaran itu berterusan.
(1B)     Jika sekiranya suatu denda dibayar atas suatu perintah yang dibuat di bawah perenggan (b) subseksyen (lA), tiada apa jua tindakan akan diambil di bawah seksyen 128 atau 129 berkenaan dengan pelanggaran itu.
(1C)     Walau apa pun subseksyen (1B), jika Pentadbir Tanah selepas siasatan yang wajar, berpuas hati bahawa pelanggaran itu berterusan, dia boleh menyerahkan suatu notis dalam Borang 7F terhadap tuan­punya memberitahu kepadanya tentang niatnya untuk mengambil tindakan di bawah seksyen 128 atau 129 selepas habis tempoh enam bulan dari tarikh penyampaian notis atau pada bila-bila masa kemudiannya.
(2)               Penerimaan bagi pihak Pihak Berkuasa Negeri mengenai apa-apa item hasil tanah yang genap masa berkenaan dengan mana-mana tanah berimilik tidaklah beroperasi sebagai satu penepian bagi mana-mana hak pelucuthakan yang pada masa itu wujud berkenaan dengan tanah itu menurut kuasa seksyen ini.
(3)               Tanah yang telah menjadi tertanggung untuk pelucuthakan di bawah seksyen ini kerana pelanggaran mana-mana syarat hendaklah terhenti dari tertanggung sedemikian jika­--
(a)                pelanggaran itu diremedikan kemudiannya, atau
(b)               dalam kes satu syarat yang tertakluk kepada suatu tempoh tetap, tiada apa jua tindakan telah diambil berkenaan dengan pelanggaran itu di bawah seksyen 128 atau 129 sebelum tamatnya tempoh dua belas tahun bermula dan tarikh bilamana pelanggaran itu berbangkit.
(4)               Untuk maksud-maksud seksyen ini, dan seksyen 128 atau 129, tiap-tiap pelanggaran syarat hendaklah diambil kira sebagai boleh diremedikan; dan tindakan yang dikehendaki untuk mere­medikan apa-apa pelanggaran hendaklah diambil kira sebagai terdiri dari­ --
(a)                dalam kes satu syarat positif, perlakuan tiap-tiap perbuatan atau apa-apa jua yang ketinggalan untuk membuatnya merupakan atau menjadi sebahagian daripada pelanggaran itu;
(b)               dalam kes satu syarat negatif, perlakuan semua perbuatan atau apa-apa jua yang sedemikian sebagaimana yang perlu untuk meletakkan tanah itu dalam keadaan di mana ia akan berada jika pelanggaran itu tidak berlaku.
375.          Simpanan terselamat daftar-daftar, dll.
(1)               Pendaftar hendaklah bertanggungjawab untuk simpanan yang selamat bagi­
(a)                tiap-tiap daftar hakmilik yang disenggarakan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang tanah terdahulu olehnya atau mana-mana pendulunya dalam jawatan;
(b)               semua instrumen yang didaftarkan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang tanah terdahulu dan difailkan di Pejabat Pendaftaran atau Pejabat Tanah yang dipersoal­kan; dan
(c)                semua instrumen lain, dan semua buku dan rekod lain, yang dikehendaki oleh atau di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang tanah terdahulu untuk difailkan atau di­simpan dalam Pejabat Pendaftaran atau Pejabat Tanah itu.
(2)               Tiada daftar, instrumen, buku atau rekod lain yang simpanan terselamatnya menjadi tanggungjawab Pendaftar seperti yang di­sebut di atas hendaklah dibawa keluar dari Pejabat Pendaftaran atau Pejabat Tanah kecuali menurut suatu Perintah Mahkamah atau seorang Hakim, atau di bawah arahan bertulis Pihak Berkuasa Negeri atau Pengarah Negeri.
379.          Pertukaran alamat oleh tuanpunya, dll.
(1)               Mana-mana orang atau badan dalam siapa mana-mana tanah berimilik atau kepentingan adalah buat masa itu terletakhak, atau atas permintaan siapa suatu kaveat telah dimasukkan berkenaan dengan mana-mana tanah atau kepentingan, hendaklah dalam masa yang ditetapkan memberitahu Pendaftar dalam Borang 26A, mengenai per­tukaran alamatnya, dan Pendaftar hendaklah membuat suatu rekod yang berpatutan mengenai pertukaran itu.
(2)               Jika sekiranya alamat baru yang diberitahu di bawah sub­seksyen (1) adalah suatu alamat di luar Persekutuan, pemberitahuan itu hendaklah menyatakan juga suatu alamat di dalam Persekutuan, untuk penyampaian kepada orang atau badan yang dipersoalkan notis-notis di bawah Akta ini.
(3)               Mana-mana alamat untuk penyampaian notis yang diberi kepada Pendaftar menurut subseksyen (2) atau mana-mana peruntukan lain Akta ini bolehlah, dengan pemberitahuan kepada Pendaftar, ditukarkan pada bila-bila masa kepada suatu alamat lain di dalam Persekutuan, dan Pendaftar hendaklah membuat suatu rekod yang berpatutan mengenai pertukaran itu.
398A.  Kewajipan menyiapkan ukur.
(1)               Jika sekiranya mana-mana juruukur tanah berlesen menjalan­kan suatu kerja ukur mana-mana tanah bagi maksud Akta ini, dia hendaklah menyiapkan ukur dalam masa yang ditetapkan dan mendepositkan segala pelan ukur bersama dengan buku luar, kertas perhitungan dan data ukur lain yang relevan dengan Pengarah Ukur dan Pemetaan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan.
(2)               Pengarah Ukur dan Pemetaan boleh, dengan suatu notis dalam Borang 29D, menghendaki mana-mana juruukur tanah berlesen yang gagal menyiapkan ukur mengemukakan apa-apa dokumen yang berhubungan dengan ukur yang ada dalam milik atau kawalannya.
(3)               Jika sekiranya mana-mana juruukur tanah berlesen gagal menyiapkan apa-apa ukur, tanpa apa-apa sebab yang munasabah, Pengarah Ukur dan Pemetaan hendaklah menyiapkan atau menyebab disiapkan ukur itu dan mendapatkan kembali kos menyiapkan ukur daripada juruukur tersebut.
400.          Notis untuk mempastikan kehadiran bagi maksud menunjuk­kan sempadan-sempadan, dll.
(1)               Seorang Pegawai Ukur bolehlah menyebabkan suatu notis dalam Borang 29A disampaikan kepada mana-mana orang yang memiliki, menduduki, memohon atau sebaliknya berkepentingan dalam, atau diambil kerja di atas atau berkaitan dengan, mana-mana tanah yang pegawai itu dikehendaki mengukur (atau mana-mana tanah yang bersempadan dengannya) meminta orang itu supaya menghadiri di hadapannya, pada masa dan tempat yang akan dinyatakan dalam notis itu, bagi maksud­-
(a)                menunjukkan sempadan-sempadan tanah itu; atau
(b)               memberi bantuan untuk meletakkan atau membaiki tanda­tanda sempadan; atau
(c)                memberi penerangan atau bantuan lain bagi maksud pengukuran itu.
(2)               Seorang Pegawai Ukur yang percaya dengan munasabahnya bahawa mana-mana orang­-
(a)                boleh memberi apa-apa penerangan mengenai sempadan­sempadan mana-mana tanah yang pegawai itu dikehendaki mengukur; atau
(b)               mempunyai dalam jagaannya atau di bawah kawalannya apa-apa dokumen yang berhubungan dengan sempadan­sempadan tanah itu,
bolehlah menyebabkan disampaikan kepada orang itu suatu notis dalam Borang 29B memintanya menghadiri di hadapan pegawai - itu pada masa dan tempat yang dinyatakan dalam notis itu, bagi maksud memberi keterangan atau mengemuka dokumen itu, meng­ikut mana-mana yang berkenaan.
(3)               Mana-mana orang yang, tanpa alasan yang munasabah, gagal untuk mematuhi apa-apa kehendak sesuatu notis yang disampaikan kepadanya di bawah subseksyen (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan akan dikenakan denda yang tidak melebihi satu ratus ringgit.
400A.  Ukur tanpa kebenaran.
Mana-mana orang yang, bukannya seorang Pegawai Ukur atau juruukur tanah berlesen, menjalankan ukur atau mengusaha untuk menjalankan ukur mana-mana tanah dalam Negeri itu bagi maksud-­maksud Akta ini, adalah melakukan suatu kesalahan, dan jika di­sabitkan, dikenakan denda yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, atau hukuman penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya.
403.          Penalti kerana gangguan dengan tanda sempadan dan tanda rujukan ukur.
Mana-mana orang yang, tanpa kebenaran Pengarah Ukur dan Pemetaan, dengan sengaja memusnahkan, merosak, mencacat, ` mengalih atau sebaliknya mengganggu suatu tanda sempadan atau suatu tanda rujukan ukur adalah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan -
(a)                hendaklah dikenakan denda yang tidak melebihi lima ratus ringgit; dan
(b)               bolehlah sebagai tambahan kepada atau bagi mengganti penalti itu diperintah membayar kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam kes suatu tanda sempadan, dan kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan dalam kes suatu tanda rujukan ukur, suatu jumlah wang (yang boleh didapatkan kembali sebagai denda) yang tidak melebihi tiga kali ganda kos membaiki atau meletakkan semula tanda sempadan atau tanda rujukan ukur dan kos melaksanakan apa-apa pengukuran yang dijadikan perlu oleh perbuatan yang mengenainya dia disabitkan.
422.          Penalti kerana kenyataan palsu, dll.
Mana-mana orang yang­
(a)               dengan pengetahuan membuat apa-apa kenyataan palsu, secara lisan atau secara bertulis, berkaitan dengan apa-apa urusniaga atau lain-lain transaksi yang menyentuh tanah, atau apa-apa perkara lain yang berbangkit di bawah Akta ini, atau
(aa)      dengan disedarinya memberi apa-apa maklumat palsu atau membuat apa-apa kenyataan palsu, sama ada secara lisan atau secara bertulis, berkaitan dengan apa-apa penyiasatan mengenai perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini;
(b)              dengan pengetahuan memberi keterangan palsu di dalam mana-mana siasatan yang diadakan di bawah Akta ini, atau
(c)               mendapatkan secara tipuan­--
(i)                 pendaftaran atau pengeluaran apa-apa dokumen hak­milik atau instrumen lain yang berhubungan dengan tanah, atau
(ii)               pembuatan apa-apa memorial atau pemasukan lain di atas mana-mana dokumen atau instrumen sede­mikian, atau
(iii)             pembatalan atau pemindaan mana-mana dokumen atau instrumen sedemikian, atau apa-apa memorial atau pemasukan lain ke atasnya, atau
(d)              mendiamkan atau menyembunyikan dari Pendaftar, atau membantu atau bersama membuat demikian, apa-apa dokumen, fakta atau perkara matan,
adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh, jika disabitkan, dikena­kan denda yang tidak melebihi lima ribu ringgit dan, jika gagal membayar denda ini, dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun.
423.          Penalti untuk perubahan secara tipuan, pemusnahan, dll:, dokumen-dokumen.
Mana-mana orang yang secara tipuan mengubah, menambah, memadam, mencacat, atau memusnahkan apa-apa dokumen atau hakmilik atau instrumen lain yang berhubungan dengan tanah, atau apa-apa memorial atau pemasukan lain di atas mana-mana dokumen atau instrumen sedemikian, adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh, jika disabitkan, dikenakan denda yang tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi tujuh tahun, atau kedua-duanya.
424.          Penalti untuk kegagalan mengeluarkan dokumen-dokumen.
(1)                Mana-mana orang atau badan yang, tanpa alasan yang munasabah, gagal untuk mengeluarkan atau menyerahantar apa-apa dokumen seperti yang dikehendaki oleh notis yang disampaikan kepadanya dengan sahnya di bawah perenggan (e) subseksyen (1) seksyen 15 atau oleh perenggan (b) subseksyen (1) seksyen 175B atau dengan suatu notis di bawah subseksyen (4) seksyen 343 adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh, jika disabitkan, dikenakan denda yang tidak melebihi lima ratus ringgit, atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi satu bulan, atau kedua-duanya.
(2)                Mana-mana orang yang, tanpa alasan yang munasabah, gagal mengemukakan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh suatu notis yang disampaikan dengan sah kepadanya di bawah subseksyen (2) seksyen 398A adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh, jika disabitkan, dikenakan denda yang tidak melebihi lima ribu ringgit, atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya.
427.          Peragutan haiwan yang menyalahi undang-undang.
(1)               Tiada sesiapa boleh membenarkan mana-mana haiwan meragut di mana-mana tanah Kerajaan atau tanah rizab kecuali menurut, dan selaras dengan peruntukan-peruntukan, suatu permit selaku demikian yang dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah atau, dalam kes tanah rizab, pegawai yang buat masa itu mempunyai kawalan ke atasnya.
(2)               Mana-mana orang yang melanggar peruntukan-peruntukan subseksyen (1), atau apa-apa permit yang dikeluarkan di bawahnya, adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh, jika disabitkan, dikenakan denda yang tidak melebihi seratus ringgit.
428.          Halangan kepada hak lalulalang Pentadbir Tanah, jalan dan lain-lain tempat awam.
(1)               Jika sekiranya Pentadbir Tanah berpuas hati bahawa telah dilakukan suatu halangan yang menyalahi undang-undang, atau pencerobohan di atas, mana-mana hak lalulalang Pentadbir Tanah, atau mana-mana jalan awam atau laluan air atau tempat lain yang kepadanya orang awam berhak masuk keluar, dia bolehlah membuat suatu perintah yang menghendaki orang atau orang-orang yang bertanggungjawab mengenainya supaya memindah halangan atau pencerobohan itu, dan jika perintah itu tidak dipatuhi dalam tempoh yang dinyatakan di dalamnya, boleh dirinya sendiri mengambil apa-apa langkah yang mungkin perlu bagi maksud itu.
(2)               Mana-mana orang yang menghalang secara menyalahi undang-undang atau menceroboh di atas mana-mana hak lalulalang, jalan, laluan air atau tempat adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh, jika disabitkan, dikenakan denda yang tidak melebihi dua ribu ringgit, atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya.
(3)               Mana-mana orang yang disabtikan dengan suatu kesalahan di bawah seksyen ini bolehlah, di samping denda yang dikenakan apabila disabitkan, diperintah supaya membayar kepada Pihak Ber­kuasa Negeri kos-kos (seperti yang diperakui oleh Pentadbir Tanah) mengenai apa-apa langkah yang diambil dengan munasabahnya di bawah subseksyen (1) untuk memindah halangan atau pencerobohan yang dipersoalkan; dan apa-apa jumlah wang yang diperintah supaya dibayar demikian hendaklah didapatkan kembali seolah-olah ia adalah denda yang dikenakan.
428A. Penerimaan salah apa-apa maklumat.
Jika mana-mana orang menerima apa-apa maklumat mengenai perkara yang diketahui atau dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai pada masa dia menerima maklumat bahawa maklumat itu telah diberi tahu atau dizahirkan kepadanya berten­tangan dengan seksyen 19, dia hendaklah, melainkan dia membuktikan bahawa maklumat itu telah diberi tahu atau dizahirkan kepadanya berlawanan dengan kehendaknya, adalah melakukan suatu kesalahan, dan boleh, jika disabitkan, dikenakan denda yang tidak melebihi satu ribu ringgit, atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak mele­bihi enam bulan, atau kedua-duanya.
428AA. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan: pegawai-pegawai didapati bersalah.
(1)               Jika sekiranya seseorang yang dituduh melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya ialah suatu pertubuhan perbadanan, tiap-tiap orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah seorang pengarah atau pegawai pertubuhan perbadanan itu boleh dituduh bersama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu, dan jika sekiranya pertubuhan perbadanan itu disabitkan di atas kesalahan yang dituduh itu, tiap-tiap pengarah atau pegawai itu hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan tersebut melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya atau bahawa dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah perlakuannya.
Mana-mana orang yang tertanggung di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya terhadap apa-apa penalti bagi perkara-perkara yang dilakukan atau ditinggalkan jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan oleh dirinya sendiri hendaklah tertanggung kepada penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan oleh ejennya, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah perlakuan atau ketinggalan perkara itu











1 comment:

  1. As'kum, mohon pencerahan. Saya telah menyewakan premis saya kepada jiran saya untuk satu tempoh tetap selama lima tahun. Setamat tempoh penyewaan tersebut, saya mendapati jiran saya telah mendirikan pagar rumah baru yang menjadi sempadan diantaran rumahnya dan rumah saya.

    Saya dapati bahawa pagar yang didirikanya itu telah memasuki bahagian tanah rumah saya dan juga telah konkritkan lantainya supaya batu sempadan itu tidak dapat dipastikan kedudukan sebenarnya.

    Oleh itu mohon bantuan tuan untuk memberi tunjuk ajar tindakan apa yang perlu saya ambil selanjutnya.

    Sekian dan didahuli dengan ribuan terima kasih keatas jasa baik tuan. Terima kasih

    ReplyDelete