Friday 30 December 2016

TAKLIMAT RINGKAS PROGRAM PEMUTIHAN RESORT-RESOT DI DAERAH LARUT MATANG, TAIPING. 
Perkara-Perkara Yang Perlu Diketahui Oleh Pemilik Tanah / Pengusaha Resort-resort.
 Persoalan yang perlu dirungkai….. Mengapa perlu pemutihan?
Jawapan umum dan masuk akal adalah kerana ia dibina atau dikemersialkan dengan cara tidak menepati atau memenuhi kehendak dan peraturan tanah negeri atau polisi negara.
Jawapan lain yang lebih tepat ialah ialah tidak tercermin dalam syarat-syarat tanah.
Pada sekeping hak milik, perbagai perkara yang dapat kita cerminkan. Contohnya:-

MAKLUMAT PADA HAK MILIK
MAKLUMAT DI ATAS TANAH
1
NO LOT
SAMA SPT DI ATAS TANAH
2
CUKAI
SAMA SEPERTI DIBAYAR
3
NEGERI/DAERAH/BANDAR
SAMA SEMUANYA SPT DI LOKASI
4
LUAS
SAMA DI ATAS TANAH
5
JARAK DAN BEARING
SAMA SELEPAS UKUR HALUS
6
KATEGERI(PERTANIAN/INDUSTRI/BANGUNAN)
KADANG-KADANG TAK SAMA SEPERTI DALAM DOKUMEN HAK MILIK
7
SYARAT NYATA TANAH
KADANG-KADANG TAK SAMA SEPERTI DALAM DOKUMEN HAK MILIK
8
SEKATAN ATAS TANAH
KADANG-KADANG TAK SAMA SEPERTI DALAM DOKUMEN HAK MILIK
9
ATAU TAK ADA HAK MILIK
TEROKA HARAM/RESORT HARAM



Resort-resort yang tidak ikut syarat tanah atau sekatan tanah atau syarat nyata tanah atau resort-resort haram boleh didefinisikan seperti berikut:-
 1. Resort-resort yang dibina di atas tanah kerajaan tanpa izin (setinggan);
2. Resort-resort yang dibina di atas tanah milik yang kategori pertanian (syarat tanah belum diubah);
3. Resort-resort yang beroperasi di premis bangunan kediaman dan syarat nyata belum diubah.
4.  Resort-resort yang beroperasi tiada lessen perdagangan/perniagaan PBT.
Peraturan Semasa Pemulihan/Pemutihan Resort-resort
Menurut Kanun Tanah Negara 1965, apabila berlaku perlanggaran syarat kegunaan tanah, pemilik tanah akan diminta memulihkan pelanggaran tersebut. Lazimnya, pemilik tanah memilih untuk menukar syarat kegunaan tanah samada di bawah seksyen 124(I)(a) dan (c) atau seksyen 124A atau seksyen 204A Kanun Tanah Negara. Setiap permohonan tukar syarat tanah akan dikenakan bayaran fi seperti yang ditetapkan di bawah kaedah 21, Kaedah-Kaedah Tanah Perak 2010;

Permohonan tukar syarat tanah perlu dibuat melalui Pejabat Tanah Daerah yang berkenaan;(Larut Matang, Taiping)

Selepas permohonan tukar syarat di luluskan, Pejabat Tanah Daerah akan mengeluarkan Notis 5A atau 7G bagi bayaran premium dan premium tambahan dan mengenakan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Jumlah premium yang dikenakan adalah berdasarkan jenis resort seperti berikut

BIL
DARI
KEPADA
KADAR
1
PERTANIAN
BANGUNAN KOMERCIAL
25% NILAI PASARAN
2
BANGUNAN KEDIAMAN
KOMERSIAL
10% NILAI PASARAN

mengikut kaedah 11, Kaedah-Kaedah Tanah Perak 1966 Pindaan 2010.

Tempoh yang diambil bagi memproses permohonan tukar syarat mengambil masa lebih kurang dua puluh satu (21- 30 minggu (hari bekerja).
Bagi tujuan pemutihan, PBN boleh membuat kaedah-kaedah tanah dan menjadikan sebagai polisi negeri Seperti berikut:- 
(i)       Pengurangan Premium Tambahan
(ii)        Bayaran premium secara ansuran
(iii)       Pengecualian premium khas (denda)
(iv)      Pelanjutan tempoh pajakan tanah bagi yang akan tamat tempoh pajakan.
(v) Insentif Dari PBT
Resolusi berkenaan insentif untuk resort-resort tanpa kebenaran bagi memastikan resort-resot ini dapat beroperasi secara sah hendaklah digunapakai.
 (vi) Penurunan Kuasa
Bagi mempercepatkan dan memudahkan proses permohonan tukar syarat, kuasa melulus permohonan tukar syarat di bawah seksyen 124(1)(a) dan (c), 124A dan 204A, Kanun Tanah  Negara bagi resort-resort tanpa kebenaran diturunkan kepada Pentadbir Tanah Daerah  tertakluk  kepada resort-resort yang berada di dalam zon yang ditetapkan.
 (vii) Pengenaan Syarat Teknikal Minima
Garis panduan Syarat Teknikal Minima digunapakai oleh semua PBT di Perak sebagai rujukan bagi meluluskan permohonan tukar syarat tanah untuk resort-resort tanpa kebenaran. Syarat Teknikal Minima ini akan digunapakai sebagai rujukan sepanjang program pemutihan ini dijalankan.
 (viii) Program ‘Outreach’
Program ini dijalankan bagi memberi penerangan tentang program pemutihan serta mendekatkan pihak berkuasa berkaitan dengan pemilik-pemilik tanah dan pengusaha-pengusaha kilang tanpa kebenaran. Di antara program ‘outreach’ ialah pengedaran brosur-brosur kepada  pemilik-pemilik tanah dan pengusaha-pengusaha resort tanpa kebenaran atau yang melanggar syarat. Program turun padang oleh pegawai-pegawai dan kakitangan yang terlibat secara langsung di dalam program pemutihan dan memberi khidmat nasihat dan bantuan di dalam melengkapkan borang-borang permohonan tukar syarat. 

(ix)      Pengeluaran Permit Khas Sementara
Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk mengeluarkan suatu permit khas bagi penggunaan sementara tanah-tanah pertanian yang didirikan resort-resort tanpa kebenaran. Kuasa bagi meluluskan permit ini telah diturunkan kepada PTD dan permit-permit akan dikeluarkan oleh Pejabat Tanah untuk tempoh tidak melebihi satu (1) tahun. Permit tersebut juga hanya boleh diperbaharui sebanyak tiga (3) kali sahaja. Dalam masa tersebut tuan tanah hendaklah membuat permohonan secara teratur di bawah seksyen 124 KTN atau 124A KTN atau tindakan perampasan tanah boleh dibuat.
 (xii) Pelarasan Cukai Tanah
Kerajaan Negeri juga bersetuju meluluskan pelarasan cukai tanah bagi memberikan kesahan undang-undang atau pemutihan kepada aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada pelanggaran syarat tanah di atas tanah hakmilik yang kategori bangunan kediaman tetapi telah dibenarkan beroperasi melalui lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh PBT. 
(xiii)  Pelanjutan Tempoh Pemutihan
Pelaksanaan program pemutihan ini dijangka berakhir pada akhir tahun 2017-2019. 
 Selepas tamat tempoh 1 jan 2020, penguatkuasaan akan dijalankan.

SEKSYEN RUJUKAN KTN 1965
PENGUBAHAN SYARAT-SYARAT, SEKATAN-SEKATAN DAN KATEGORI-KATEGORI
124                   Kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk mengubah syarat­-syarat, dll., atas permohonan tuanpunya.
(1)                                                                               Tuanpunya mana-mana tanah berimilik bolehlah memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini untuk --
(a)                pengubahan mana-mana kategori penggunaan tanah yang tanah itu buat masa itu tertakluk atau, jika ia tidak ter­takluk sedemikian, untuk pengenaan mana-mana kategori ke atasnya;
(b)               pembatalan apa-apa syarat nyata atau sekatan kepentingan yang diendorskan di atas, atau disebut di dalam, dokumen hakmilik tanah itu, atau penghapusan ungkapan "padi" dari dokumen itu, atau apa-apa ungkapan lain yang menurut kuasanya tanah itu tertakluk buat masa itu kepada syarat­syarat tersirat yang dinyatakan dalam seksyen 119; atau
(ba)       memotong daripada dokumen hakmilik ungkapan "getah", "kampung" atau mana-mana ungkapan lain mengenai kegunaan tanah, dan untuk mengenakan syarat-syarat nyata yang lain mengenai kegunaan tanah;
(c)                pemindaan apa-apa syarat nyata atau sekatan kepentingan yang diendorskan di atas, atau disebut di dalam, dokumen hakmilik tanah itu, atau pengenaan apa-apa syarat nyata atau sekatan kepentingan yang baru:
Dengan syarat bahawa Pihak Berkuasa Negeri tidaklah melayan apa-apa permohonan sedemikian melainkan ia berpuas hati mengenai setiap orang atau badan yang mempunyai kepentingan berdaftar dalam tanah itu, atau menduduki mana-mana bahagian darinya di bawah mana-mana tenansi yang bebas daripada pendaftaran, sama ada ia telah mengizinkannya atau keizinannya dalam keadaan-keadaan itu tidak payah diminta:
Dengan syarat selanjutnya bahawa Pihak Berkuasa Negeri tidak akan melayan apa-apa permohonan tersebut melainkan apa-apa sewa yang kena dibayar telah pun dibayar.
(1A)       Jika sekiranya permohonan berkait dengan tanah estet­
(a)                Pentadbir Tanah hendaklah merujuk permohonan itu kepada Lembaga Tanah Estet yang ditubuhkan di bawah seksyen 214a bagi tujuan sokongan; dan
(b)               Setiausaha Lembaga Tanah Estet hendaklah menyampai­kan sokongan-sokongan lembaga secepat mungkin yang boleh kepada Pentadbir Tanah.
(2)                                                                               Jika sekiranya Pihak Berkuasa Negeri meluluskan apa-apa permohonan di bawah perenggan (a) subseksyen (1)-
(a)    ia hendaklah mengarahkan supaya kategori penggunaan tanah yang dinyatakan dalam permohonan itu diendorskan ke atas dokumen hakmilik tanah itu, dan kategori yang sedia ada (jika ada) hendaklah digugurkan, dan
(b)   ia bolehlah jika difikirkannya sesuai dipotong, mengarahkan supaya diendorskan juga di atas dokumen hakmilik itu syarat-syarat nyata yang baru seperti yang dinyatakan dalam arahan itu, iaitu syarat-syarat yang berhubungan dengan mana-mana dari perkara yang disebutkan dalam seksyen 121 atau 122, mengikut mana-mana yang berkenaan;
dan, sejak tarikh bilamana arahan itu mula dijalankan­
(i)                  tanah itu hendaklah menjadi tertakluk kepada apa-apa syarat yang diendorskan menurutnya dan (mengikut kategori penggunaan tanah yang diendorskan sede­mikian) kepada syarat-syarat yang disirat oleh seksyen 115, 116 atau 117;
(ii)                maka hendaklah terhenti dari terpakai kepada tanah itu semua syarat-syarat yang ia tertakluk terdahulu kecuali syarat-syarat yang disirat di bawah seksyen 114 dan, di mana boleh dipakai, 118.
(3)                                                                               Jika sekiranya Pihak Berkuasa Negeri meluluskan apa-apa permohonan di bawah perenggan (b) subseksyen (1), ia hendaklah mengarahkan supaya syarat, sekatan kepentingan atau ungkapan yang dipersoalkan dipotong dari dokumen hakmilik kepada tanah itu atau, dalam kes mana-mana syarat atau sekatan yang hanya di­sebutkan dalam dokumen hakmilik itu, supaya suatu nota mengenai pembatalannya diendorskan.
(3A) Jika sekiranya Pihak Berkuasa Negeri meluluskan apa-apa permohonan di bawah perenggan (ba) subseksyen (1), ia hendaklah mengarahkan supaya ungkapan berkenaan dipotong, dan syarat-syarat nyata baru diendorskan ke atas dokumen hakmilik kepada tanah.
(4)                                                                               Pihak Berkuasa Negeri bolehlah meluluskan apa-apa per­mohonan di bawah perenggan (c) subseksyen (1) sama ada mengikut terma-terma dalam mana ia dikemukakan atau dengan keizinan pemohon dan mana-mana orang atau badan lain yang keizinannya adalah dikehendaki di bawah proviso kepada subseksyen itu, tertakluk kepada apa-apa ubahsuaian yang difikirkannya sesuai, dan hendaklah, sama ada dalam salah satu kes, mengarahkan sebagai wajar­ --
(a)                pindaan mana-mana syarat atau sekatan kepentingan yang diendorskan di atas dokumen hakmilik kepada tanah itu, atau
(b)               pengendorsan di atas dokumen hakmilik tersebut suatu nota pindaan mengenai apa-apa syarat atau sekatan yang hanya disebutkan di dalamnya, atau
(c)                pengendorsan di atas dokumen hakmilik tersebut mengenai apa-apa syarat baru.
(5)                     Apa-apa arahan yang diberi oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini boleh dijadikan bersyarat bagi semua atau mana-mana dari perkara-perkara berikut­--
(a)                pembayaran satu premium tambahan;
(aa)        pembayaran apa-apa caj baru yang ditetapkan;
(b)               perizapan satu sewa barn;
(c)                pematuhan kepada apa-apa kehendak lain yang Pihak Berkuasa Negeri memikirkan sesuai.
(6)                  Tiada apa jua syarat yang berlawanan dengan mana-mana syarat tersirat yang tanah yang dipersoalkan buat masa itu tertakluk di bawah seksyen 114 atau 119 boleh dikenakan menurut kuasa seksyen ini, dan tiada apa jua syarat boleh dipinda menurut kuasa seksyen ini jadi ia tidak konsisten dengan apa-apa syarat tersirat sedemikian.
(7)                  Setelah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini, Pentadbir Tanah hendaklah menandatangani suatu memorandum dalam Borang 7C selaras dengan arahan Pihak Ber­kuasa Negeri dan akan mengemukakan memorandum itu, dan di atas memorialnya yang dibuat, Pendaftar akan membuat suatu pemasukan di atas daftar dan mengeluarkan dokumen-dokumen hakmilik kepada tanah dan akan mencatatkan tarikh dan kuasa untuknya, dan mengesahkan memorandum itu dengan tandatangan dan meterainya.
(8)                  Sewa dan premium dalam mana-mana arahan yang dikeluar­kan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini hendaklah kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri pada masa ia melulus­kan permohonan dan Pentadbir Tanah hendaklah menyebabkan untuk disampaikan kepada tuanpunya suatu notis dalam Borang 7G menghendakinya membayar jumlah tersebut dalam masa yang ditentukan dan jika mana-mana jumlah tersebut tidak dibayar dalam masa tersebut kelulusan Pihak Berkuasa Negeri akan luput selepas itu.
124A.     Permohonan secara serentak untuk pecah-sempadan dan di bawah seksyen 124 (1) berkenaan dengan bahagian-bahagian pecah-sempadan yang dicadangkan.
(1)                                                                                      Tuanpunya bagi mana-mana tanah yang diberi milik boleh memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk meluluskan pecah­sempadan tanah dan pada masa yang sama membuat permohonan di bawah subseksyen (1) seksyen 124 berkenaan dengan petak-petak pecah-sempadan yang dicadangkan itu.
( l.A)      Jika sekiranya permohonan berkait dengan tanah estet-              
(a)                Pentadbir Tanah hendaklah merujuk permohonan itu kepada Lembaga Tanah Estet yang ditubuhkan di bawah seksyen 214a bagi tujuan sokongan; dan
(b)               Setiausaha Lembaga Tanah Estet hendaklah menyampai­kan sokongan-sokongan lembaga secepat mungkin yang boleh kepada Pentadbir Tanah.
(2)                                                                                      Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) seksyen 124 berkenaan dengan petak-petak pecah-sempadan yang dicadangkan itu hendaklah dalam Borang 7D, dan akan dilayan dan diuruskan di bawah seksyen 124 sebagai suatu permohonan berasingan di bawah subseksyen (1) seksyen 124 berkenaan dengan tiap-tiap petak pecah­sempadan yang dicadangkan itu.
(3)                                                                                      Kelulusan permohonan untuk pecah-sempadan tanah dan kelulusan permohonan di bawah subseksyen (1) seksyen 124 ber­kenaan dengan petak-petak pecah-sempadan yang dicadangkan itu hendaklah kedua-dua bersyarat atas pemohon memenuhi berkenaan dengan semua petak pecah-sempadan, dalam tempoh tertentu seba­gaimana yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa Negeri, semua syarat yang akan dikenakan di bawah subseksyen (5) seksyen 124 berke­naan dengan tiap-tiap petak pecah-sempadan yang dicadangkan itu.
(4)                                                                                      Bagi maksud permohonan untuk pecah-sempadan di bawah subseksyen (1), permohonan akan dianggap seolah-olah ia adalah suatu permohonan di bawah seksyen 135 dan peruntukan-peruntukan seksyen 136, 137, 138 dan 139 hendaklah terpakai setakat mana peruntukan-peruntukan itu tidak berlawanan dengan peruntukan-peruntukan seksyen ini, dan dalam menimbangkan permohonan tersebut Pihak Berkuasa Negeri hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan semua kuasa Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau boleh mengarahkan Pengarah Negeri atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk menjalankan semua atau sebahagian kuasa-kuasa itu.

 SENARAI SEMAK PERMOHONAN UNTUK PEMBANGUNAN (OSC)
(PENYERAHAN DAN PEMILIKAN SEMULA SEKSYEN 204D KTN)


Dokumen
6 salinan Borang 12D (diambil di Pejabat Tanah)
2 salinan Salinan Kad Pengenalan
2 salinan Surat Persetujuan dari pemilik yang berkepentingan atas tanah
2 salinan Dokumen Daftar Tubuh Syarikat (MAA- jika pemohon dari syarikat)
2 salinan Borang 24 dan Borang 49
2 salinan Borang A dan Borang B (diambil di Pejabat Tanah)
2 salinan Surat kuasa wakil (Power Of Attorney) – S157A(2) dan S157B KTN – yang telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi
2 salinan Sijil Carian Rasmi
2 salinan Salinan Hakmilik
Hakmilik Asal Tanah (Geran Tanah Asal)
2 salinan Resit Cukai Tanah Tahun Semasa
1 keping Disket (disket kosong untuk kegunaan Pejabat Tanah)
2 set salinan Gambar – Gambar keadaan semasa Tanah Terlibat
2 set salinan Gambar – Gambar keadaan semasa Tanah Sekitar
2 set salinan surat-surat ulasan daripada Agensi Teknikal
SENARAI SEMAK PERMOHONAN UNTUK PEMBANGUNAN (OSC)
(TUKAR SYARAT DAN PECAH SEMPADAN SEKSYEN 124A KTN)
6 salinan Borang 7D (diambil di Pejabat Tanah)

2 salinan Salinan Kad engenalan


2 salinan Surat Persetujuan dari pemilik yang berkepentingan atas tanah


2 salinan Dokumen Daftar Tubuh Syarikat (MAA- jika pemohon dari syarikat)


2 salinan Borang 24 dan Borang 49


2 salinan Borang A dan Borang B (diambil di Pejabat Tanah)


2 salinan Surat kuasa wakil (Power Of Attorney) – S157A(2) dan S157B KTN – yang telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi


2 salinan Sijil Carian Rasmi


2 salinan Salinan Hakmilik


Hakmilik Asal Tanah (Geran Tanah Asal)


2 salinan Resit Cukai Tanah Tahun Semasa


1 keping Disket (disket kosong untuk kegunaan Pejabat Tanah)


2 set salinan Gambar – Gambar keadaan semasa Tanah Terlibat


2 set salinan Gambar – Gambar keadaan semasa Tanah Sekitar


2 set salinan surat-surat ulasan daripada Agensi Teknikal


Pelan

2.1
5 salinan Pelan Pra-Perhitungan (Pre-Computation Plan) – S137(1)(b)KTN (untuk permohonan Pembangunan Tanah yang tidak serentak dengan Permohonan Kebenaran Merancang)

2.2
5 salinan Pelan Susunatur yang telah diperakui oleh Majlis Daerah

Kerian (untuk permohonan Pembangunan Tanah yang tidak serentak dengan
Permohonan Kebenaran Merancang)
3.
Bayaran Proses Permohonan
3.1
Resit bayaran seperti yang ditetapkan dalam Kaedah-Kaedah Tanah Negeri (Seksyen 137(1)(a) – RM50/lot) bayaran di Pejabat Tanah Daerah
No. Resit _________________ Tarikh: _________________


No comments:

Post a Comment