Wednesday 28 May 2014

KISAH ANAK ORANG POLITIK

Mahkamah Tinggi Syariah menolak bantahan Mahmud Abu Bekir Taib selepas seorang pegawai kanan bank memberitahu mahkamah bahawa anak yang dipertua Sarawak itu mempunyai hampir RM9 juta dalam bentuk simpanan tetap dan akaun semasa pada 2012.
Peguam Zainul Rijal Abu Bakar dan Saadiah Din berhujah, bukti daripada pegawai itu P Magendran Pillai berhubung maklumat akaun Bekir dengan bank itu bertentangan dengan Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan.
“Tambahan pula, tiada bukti beliau mendapat resolusi syarikat yang membolehkannya mendedahkan maklumat itu,” kata Zainul Rijal.
Peguam Akbardin Abdul Kader yang mewakili isteri Bekir, Shahnaz Abdul Majid, bagaimanapun memberitahu mahkamah, Magendran mewakili bank dan telah pun disepina sebagai saksi.
Akbardin berkata, bank tidak perlu membuat resolusi apabila ia dalam skop kerja dan tanggungjawab saksi.
Hakim Mohamad Abdul Karim Wahab mahkamah berpuas hati dengan perkara dibangkitkan Akbardin dan resolusi syarikat tidak perlu, tambahan lagi bukti itu tertakluk kepada soal balas.
“Dengan ini, mahkamah menolak bantahan dan menandakan dokumen memperincikan akaun semasa Mahmud Abu Bekir sebagai eksibit,” kata hakim.

Magendran sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Bekir mempunyai RM1.753 juta pada 31 Julai 2013 dan RM3.221 dalam akaun semasa pada 30 September 2012.

No comments:

Post a Comment