Friday 8 November 2013

PEMPROSESAN PERMOHONAN UBAH SYARAT KEGUNAAN TANAH HASIL DARI TINDAKAN PENGUATKUASAAN PELANGGARAN SYARAT

ARAHAN PENGARAH TANAH DAN GALIAN KELANTAN
BIL. 7 TAHUN 1998
PEMPROSESAN PERMOHONAN UBAH SYARAT KEGUNAAN TANAH
HASIL DARI TINDAKAN PENGUATKUASAAN PELANGGARAN SYARAT
KEGUNAAN TANAH DI BAWAH SEKSYEN 128 KANUN TANAH NEGARA 1965

1. Arahan ini dikeluarkan bagi membolehkan Pentadbir-Pentadbir Tanah melicinkan
permohonan ubah syarat kegunaan tanah di mana permohonan yang dibuat hasil dari tindakan penguatkuasaan pelanggaran syarat kegunaan tanah di bawah Seksyen 128 KTN 1965 harus dibezakan daripada permohonan ubah syarat biasa.

2. Ini memandangkan terdapat permohonan ubah syarat yang tidak disyorkan lulus oleh Pentadbir Tanah kerana terdapat mana-mana Jabatan Teknikal yang tidak menyokong permohonan tersebut atas alasan-alasan tertentu.
3. Pentadbir Tanah hendaklah mengesyorkan lulus sebarang permohonan ubah syarat hasil dari tindakan penguatkuasaan kerana :-
a. Notis Borang 7A telah dikeluarkan.
b. Sekiranya permohonan tidak diluluskan, notis Borang 7B akan dikeluarkan yang akan berakhir dengan :-
i) pemilik menukarkan kegunaan tanah kembali kepada syarat asal iaitu
contohnya dengan cara :

- merobohkan kilang yang telah sekian lama beroperasi untuk kembali bertanam padi,
- menamatkan keusahawanan dengan menutup pejabat atau ruang perniagaan dan kembali menduduki bangunan sebagai rumah kediaman, atau

ii) tanah akan dilucuthak kepada Kerajaan Negeri, dan sebarang kilang atau bangunan perniagaan yang ada boleh dirobohkan oleh Kerajaan Negeri. dan dalam kedua-dua kes di atas pemilik tanah akan sentiasa dalam kerugian, dan Kerajaan juga akan mengalami kerugian dari segi tiadanya premium tambahan dan cukai tanah tahunan yang lebih tinggi dalam kategori syarat kegunaan yang baru, dan juga kerugian dari segi terbantutnya pembangunan, urbanisasi dan kehilangan peluang-peluang pekerjaan ekoran dari penutupan kilang atau premis perniagaan.

c. ‘Perkawasan atau zoning’ Pihak Berkuasa Tempatan atau ‘non-compliance’ dengan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang tidak boleh mengatasi kuatkuasanya Akta Persekutuan iaitu Kanun Tanah Negara 1965.

d. Sekiranya permohonan ubahsyarat tidak disyorkan lulus, ini seolah-olah membayangkan kerja-kerja penguatkuasaan yang dilaksanakan adalah sia-sia sahaja dan seolah-olah wujud ketidaksepakatan di antara jentera penguatkuasaan dan jentera pembangunan tanah sesuatu Pejabat Tanah.

4. Bagi tujuan membezakan di antara permohonan ubah syarat biasa dan permohonan ubah syarat hasil dari tindakan penguatkuasaan, salinan notis-notis Borang 7A, KTN yang dikeluarkan di bawah Seksyen 128 hendaklah disertakan di dalam fail ubahsyarat manakala Kertas MMJ yang dibuat hendaklah dinyatakan di dalamnya bahawa permohonan adalah dikemukakan ekoran dari tindakan penguatkuasaan pelanggaran syarat.
5. Arahan ini berkuatkuasa serta merta.

t.t
(Md.Yusuf bin Noh)

PENGARAH TANAH DAN GALIAN,
KELANTAN.

KEPADA :

YABrs. Pentabbir-Pentadbir Tanah Jajahan
Negeri Kelantan


SALINAN KEPADA :

1. YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar
2. YB. Timbalan Menteri Besar
3. YB. Dato’ Setiausaha Kerajaan Kelantan
4. YB. Penasihat Undang-Undang
5. YBM. Dato’ Tengku Pegawai Kewangan Negeri Kelantan
6. YABrs. Ketua Audit Negeri
7. YBrs. Ketua Penolong Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN
NEGERI KELANTAN
BLOK 3, TINGKAT BAWAH
KOTA DARULNAIM
15576 KOTA BHARU

FAIL : PTG.KN.3269 JLD.2(29)
BERTARIKH : 19 SYAWAL

KANUN TANAH NEGARA 1965
128. Tindakan   cepat   untuk   memastikan   remedi   pelanggaran syarat.

           (1) Jika sekiranya

                     (a) mana-mana   tanah   berimilik   adalah   tertanggung   untuk
                    
pelucuthakan   kepada   Pihak   Berkuasa   Negeri   di   bawah
                     s eksyen 127 kerana pelanggaran mana-mana syarat, dan
                  (b)didapati   oleh  Pentadbir  Tanah  bahawa  pelanggaran  itu
                      
boleh   diremedikan   oleh   tuanpunya   dalam   satu   tempoh
                      yang munasabah,
Pentadbir Tanah hendaklah menyampaikan, atau menyebabkan disampaikan,
kepada tuanpunya suatu notis dalam Borang 7a yang
menentukan tindakan
yang dikehendaki untuk meremedikan pelang­garan itu, dan memintanya
supaya mengambil tindakan sedemikian
dalam masa yang dinyatakan
di dalamnya.

           (2)      Setelah penyampaian apa-apa notis di bawah subseksyen (1),
Pentadbir   Tanah   hendaklah   mengendorskan,   atau   menyebabkan
diendorskan, di atas dokumen hakmilik daftaran kepada tanah yang
dipersoalkan suatu nota yang menyatakan bahawa tanah itu adalah
tertakluk kepada tindakan kerana pelanggaran syarat.

         (3)   Penyampaian apa-apa notis di bawah subseksyen (1) hendak­
lah beroperasi sebagai satu penepian oleh Pihak Berkuasa Negeri,
dengan   syarat  segala  kehendak-kehendaknya  betul-betul   dipatuhi,
mengenai hak peiucuthakan yang sedia ada oleh sebab pelanggaran
dengan mana ia ada kaitan; dan

                     (a)     jika notis itu dipatuhinota yang diendorskan di  bawah
                       subseksyen (2) hendaklah dibatalkan dengan sewajarnya;

                (b)   jika notis itu tidak dipatuhi, Pentadbir Tanah hendaklah
                      mengambil tindakan selaras dengan peruntukan-peruntukan
                      seksyen 129.

APAKAH PERATURAN SEMASA PEMULIHAN SYARAT KEGUNAAN TANAH?

 >>>Menurut Kanun Tanah Negara 1965, apabila berlaku perlanggaran syarat kegunaan tanah, pemilik tanah akan diminta memulihkan pelanggaran tersebut. Lazimnya, pemilik tanah memilih untuk menukar syarat kegunaan tanah samada di bawah seksyen 124(I)(a) dan (c) atau seksyen 124A atau seksyen 204A Kanun Tanah Negara. Setiap permohonan tukar syarat tanah akan dikenakan bayaran fi seperti yang ditetapkan di bawah kaedah 21, Kaedah-Kaedah Tanah Selangor 2003;

>>>Permohonan tukar syarat tanah perlu dibuat melalui Pejabat Tanah Daerah yang berkenaan;

>>>Pejabat Tanah Daerah akan mengeluarkan Notis 5A atau 7G bagi bayaran premium dan mengenakan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Jumlah premium yang dikenakan adalah berdasarkan jenis industri iaitu industri ringan 20%, industri serdahana 25% dan industri berat 30% daripada nilaian tanah semasa mengikut kaedah 11, Kaedah-Kaedah Tanah Selangor 2003;

BORANG-BORANG YANG DIGUNAKAN UNIT PENGUATKUASA
 
Borang A
Permohonan  Permit   Mengangkut   Bahan   Batuan  Seksyen 70(a).

Borang B
Permohonan Permit Mengangkut Bahan Batuan Seksyen 70(b) – (d) KTN, 1965.

Lampiran B
PTN. 1/80 – Daftar kuanttiti bahan batuan yang dikeluarkan

Borang 7E
Seksyen   127(1C),   Notis   darihal    menjamin     pembetulan pelanggaran   atau   untuk    menguatkuasakan    perampasan tanah.

Borang 7F
Seksyen 127(1A) (a),  Notis  untuk  menunjukkan  sebab  bagi pengenaan denda.

Borang denda
Tambahan yang tidak kurang dari RM100.00 bagi tiap-tiap hari pelanggaran syarat itu berlanjutan.

Borang 7A
Notis supaya memulihkan pelanggaran syarat.

Borang 8A 
Notis perkembalian tanah kepada kerajaan.

Borang 9 
Tawaran  untuk  mengkompaun  kesalahan  di bawah  Kanun Tanah Negara(KTN), 1965.

Borang 10
Mengkompaun kesalahan-keselahan di bawah Kanun Tanah Negara(KTN), 1965.

Lampiran A3 (pindaan : 1/93)
Laporan Pegawai Petempatan untuk tukar syarat Seksyen 124/124A KTN.

Surat kenyataan
Notis pencerobohan tanah secara tidak sah. 

A.        TAJUK KURSUS YANG DI TAWARKAN

1. PENGENALAN KEPADA KTN
2. SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
3. KUASA MENANGKAP DAN MENAHAN MENGIKUT KTN DAN CPC
4. PROSEDUR TANGKAPAN DAN PENAHANAN
5. LAPORAN POLIS DAN FIR
6. PENGURUSAN BARANG KES
7. INTIPATI KESALAHAN MENGIKUT SEKSEN 425
8. INTIPATI KESAHAN MENGIKUT SEKSEN 426
9. PERAMPASAN DAN LUCUT HAK BARANG KES
10. KUASA MENYIASAT DAN KTN DAN CPC
11. KAEDAH MERAKAM PERCAKAPAN
12. MENGURUSKAN OKT DARI AWAL HINGGA AKHIR
13. PENYEDIAN KERTAS SIASATAN
14. PENYEDIAAN FAKTA KES DAN PERTUDUHAN
15.RUJUKAN KES KEPADA TPR
16. PENDAFTARAN KES DAN BORANG-BORANG MAHKAMAH
17. AKTA KETERANGAN 
18. TUGAS DAN PERANAN PEGAWAI PENDAKWA
19. TEKNIK BERHUJAH
20. PENGHUKUMAN.
21. OPERASI MEMUSNAH DAN PELAN KONTIGENSI.
22. PENCEROBOHAN TANAH MILIK DAN MENYELESAIANNYA
23. BONOS - PECEROBOHAN TANAH MILIK DAN PENYELESAIAN
                  PELAN A, PELAN B, PELAN C, PELAN D, PELAN E, PELAN F.
                  AFFIDAVIT DAN KES –KES DULUAN MAHKAMAH

A.    SASARAN PESERTA

1.      PENOLONG PEGAWAI TANAH
2.      PENOLONG PENTADBIR TANAH
3.      KETUA PENOLONG PENTADBIR TANAH
4.      PENTADBIR TANAH
5.      PEGAWAI PENYIASAT SPRM
6.      PEGAWAI PENYIASAT PDRM
7.      PELAJAR UNIVERSITI YANG BERKAITAN
8.      PERUNDING HARTA TANAH
9.      LAIN-LAIN PEGAWAI YANG DILANTIK DI BAWAH S. 12 KTN
10.  LAIN-LAIN YANG BERMINAT DAN PEMILIH TANAH YANG BERMASALAH.

B.    JANGKA MASA – HUJUNG MINGGU SABTU DAN AHAD/RUNDINGAN
C.   TEMPAT – TAIPING ATAU DITENTUKAN PEMOHON
D.   BAYARAN 1 HARI RM 1000.00.




No comments:

Post a Comment