Semua
agensi kerajaan perlu menyediakan semula MPK & FM kearah perlaksanaan star
rating
MPK dan
FM bukanlah satu perkara baru. Ia adalah alat pengurusan sektor awam yang
berkesan ianya telah wujud dalam Perkhidmatan Awam sejak dahulu lagi. Sebelum
perkeliling kemajuan perkhidmatan awam ia dikenali dalam berbagai bentuk dan
rupa seperti Prosedur Jabatan, .Arahan Tetap Jabatan dan Garis Panduan Bekerja.
Tahun 1991 Kerajaan melancarkan
beberapa Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam kearah peningkatan kecekapan,
keberkesanan dan kualiti hasil kerja kakitangan awam. Pekeliling tersebut
adalah PKPA 1991 mengenai MPK dan FM.
‘Scenario’ sekarang ada beberapa soalan
yang sukar dijawab.Adakah semua Jabatan dan kakitangan awam mempunyai MPK dan
FM masing-masing?Adakah MPK dan FM digunakan sebagai panduan semasa menjalankan
tugas? Pada amnya semua agensi Kerajaan sedar dan tahu konsepnya. Malah
terdapat agensi kerajaan yang sudah wujudkan MPK dan FM. masing-masing sejak
perkeliling tersebut dikeluarkan.
Walau bagaimanapun penggunaan MPK dan
FM dalam menjalankan tugas tidak meluas.Banyak MPK merupakan dokumen yang
disimpan sahaja dan kebanyakkan FM hanya tinggal di atas meja/laci sahaja dan
tidak dirujuk/dikemaskinikan.
Mengapa MPK dan FM penting?. Ia penting
kerana ia adalah asas pengurusan kualiti. Manual Prosedur Kerja adalah dokumen
rujukan/panduan untuk peringkat jabatan/pejabat. Ia memberi gambaran menyeluruh
mengenai organisasi dari segi Fungsi, Objektif, Merekodkan cara bekerja secara
sistematik. Ia menerangkan prosedur yang jelas bagi tiap-tiap aktiviti.
Manakala Fail Meja adalah panduan
terperinci mengenai tugas yang dijalankan oleh tiap-tiap individu dalam
organisasi. Ia adalah dokumen rujukan untuk setiap pegawai dalam menjalankan
tugasnya.FM mengandungi maklumat dan peraturan-peraturan yang lengkap mengenai
tugas/tanggungjawab. Setiap orang pegawai perlu ada sebuah fail meja yang
diletakkan di atas meja pegawai. FM satu cabutan (extract) salah satu proses
kerja atau aktiviti di dalam MPK yang patut dilakukan oleh individu itu.
Sebagai dokumen rujukan MPK dan FM
merekodkan prosedur dan peraturan kerja sebagai rujukan rasmi. Ia dapat
menseragamkan sistem atau kaedah kerja. MPK dan FM menentukan peraturan
dipatuhi dgn ini mengurangkan kesilapan. Ia juga dapat digunakan sebagai alat
latihan informal. justeru itu pihak pengurusan memudahkan pertukaran staf dalam
proses ambilalih tugas. Kajian mengenai sistem kerja dapat dilaksanakan dengan
mudah. Dengan adanya MPK & FM akan dapat mengurangkan arahan lisan.
Seterusnya MPK & FM dapat
menjelaskan kuasa seseorang dan
mejelaskan kuasa dan hubungan kerja dengan Pegawai lain
No comments:
Post a Comment