Monday 7 October 2013

NOTIS PENYITAAN SEKSYEN 425 DAN 426.

A.R.Register / Kendiri                                                          Ruj. Kami :Bil.(      )dlm.PD
                                                                                                                                                     
                                                                                                Tarikh :               

                                                                                                                           



1.            ( Pemilik Berdaftar )

XXXX XXX XXXX
XXXX, Regrouping Area,
31450 Menglembu,
Perak Darul Ridzuan

2.            ( Pihak Menuntut Hakmilik )

…………………………………………

…………………………………………

…………………………………………

…………………………………………


NOTIS PENYITAAN

Dengan menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh Seksyen 426A (1) (b) Kanun Tanah Negara 1965,

Saya, Penolong Pegawai Tanah Kanan (Penguatkuasaan) XXXXDX XXX XXXXX  pegawai yang menyita dengan ini memberi tuan : XXXX XXXX XXXX No. k/p : XXXXXX-08-5325 di alamat : XXX, Regrouping Area, 31450 Menglembu 31450 Menglembu, Perak Darul Ridzuan notis bahawa pada 15.02.2006 jam 4.15 petang di alamat berhampiran Taman Yayasan, Kamunting, Perak, telah menyita barang-barang berikut :-

Sebuah traktor no. Pendaftaran XX XXXX No. Enjin : E386574 No. Casis : B179404

2.                  Barang-barang tersebut di atas disita kerana ada sebab-sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa kesalahan telah dilakukan di bawah Seksyen 426(1) Kanun Tanah Negara 1965.
3.                  Menurut Seksyen 426c Kanun Tanah Negara, semua barang yang boleh dikenakan sitaan di bawah peruntukan Kanun yang sama, boleh dikenakan tindakan lucuthak.

4.                  Oleh kerana barang-barang tersebut di atas telah disita dan tiada pendakwaan dikenakan ke atasnya, Seksyen 426c (4) Akta tersebut adalah disalinkan di bawah ini bagi makluman dan tindakan sewajarnya, sekiranya perlu :-

426c. Penyitaan benda-benda yang di rampas.

(4) Jika tidak ada dakwaan mengenai apa-apa benda yang dirampas dalam menjalankan kuasa-kuasa di bawah perenggan itu, benda itu hendaklah di ambil dan di sifatkan sebagai di sita apabila tamatnya satu bulan dari tarikh perampasan melainkan sebelum tarikh itu satu tuntutan mengenainya dibuat dengan cara berikut –

(a)    mana-mana orang yang menuntut bahawa ia adalah pemilik benda itu dan bahawa ia tidak boleh di kenakan penyitaan bolehlah secara bersendirian atau oleh agennya yang diwibawakan secara bertulis memberi notis bertulis kepada pegawai polis, Pendaftar atau Pentadbir Tanah yang memegang benda itu bahawa ia menuntut benda yang sama;

(b)   apabila menerima notis sedemikian, pegawai polis, Pendaftar atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang sesuai, hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Hakim Mahkamah Sesyen untuk keputusan;

(c)    Hakim yang kepadanya perkara itu telah dirujukkan hendaklah mengeluarkan satu saman yang menghendaki orang yang menyatakan bahawa ia adalah pemilik benda itu dan darinya benda itu dirampas untuk menghadir diri di hadapanya dan jika ia hadir atau enggan hadir, penyampaian sempurna saman itu dibuktikan, Hakim hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan dengan bukti bahawa satu kesalahan di bawah sesyen 425 atau 426 telah dilakukan, dan bahawa benda itu adalah hal-perkara atau adalah digunakan dalam melakukan kesalahan itu hendaklah mengarah benda itu disita atau boleh dalam ketiadaan apa-apa bukti mengarah supaya ia dilepaskan.       

5.                  Mana-mana orang yang menuntut bahawa dialah pemunya barang-barang itu atau hasil jualan barang-barang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan bahawa barang-barang atau hasil jualan itu tidak boleh dikenakan perlucutan hak boleh memberi notis bertulis kepada Pentadbir Tanah dia menuntut barang-barang atau hasil jualan tersebut.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”






(XXXX XXXXX XXX XXXXX)

(Pegawai Penyita)


ATAU


NOTIS RAMPASAN
AKTA KANUN TANAH NEGARA 1965

(Seksyen 426A(1)(b))

MENGENAI PENYITAAN NOTIS HARTA

SHXXXXX XXX XXXXX
33 XXXXX XXXXXX
XXXXXXXXXXXXX
XXXX XXX

Bahawasanya pada 02. MEI. 2014, harta yang diperihalkan di dalam Jadual telah disita di Pejabat Daerah dan Tanah Kerian, Parit Buntar, Perak, di bawah sek 426A(1)(b)  Akta berkaitan dengan Laporan Polis, Parit Buntar, No. 00XXXXX/14.

Bahawa saya XXXX XXXX XXXX, Pegawai Petempatan yang menjalankan penyitaan telah semunasabahnya mempercayai bahawa harta itu digunakan bagi tujuan kesalahan di bawah Akta Kanun Tanah Negara sek. 426(1) sebagaimana Laporan Polis Parit Buntar, No. 00XXXX/14.

Maka sekarang, menurut Seksyen 426A(5) Akta, saya XXX XXXX XXXXX, pegawai yang melaksana penyitaan, memberi kamu notis mengenai penyitaan tersebut.

SILA AMBIL NOTIS BAHAWA SUATU TUNTUTAN, jika ada, yang kamu berhak menurut undang-undang ke atas harta itu dan bahawa harta itu tidak boleh dikenakan perlucutanhakan di bawah akta ini, hendaklah dibuat secara bertulis dalam tempoh satu bulan dari tarikh penyitaannya.

DAN SELANJUTNYA SILA AMBIL NOTIS BAHAWA, sekiranya kamu gagal untuk membuat tuntutan dalam masa satu (1) bulan dari tarikh penyitaan, maka harta itu hendaklah terlucuthak dengan serta merta apabila habis satu bulan yang bersebut itu.

JADUAL

1. MOTOR LORI NO  XXXXXX    No. Injin : ND6-035109   No. Casis : UG780-29817

2. MOTOR LORI NO XXXXXX   No. Injin : ND6-037647  No. Casis : UG780-31252

(DISIMPAN DI PEJABAT DAERAH DAN TANAH KERIAN, PARIT BUNTAR)

Bertarikh ………………


( XXXXXX XXXX XXX )
     (Pegawai Penyita)
PENERANGAN

Saya MOHD ZAHIS MIDON, Pegawai Petempatan, semasa menyampaikan notis ini kepada  ……………………………… KP……………………………….…berkaitan  Perlucutan Hak di bawah Kanun Tanah Negara Sek 426C, mana-mana orang yang berhak ke atas harta itu ( harta yang disita ) boleh membuat tuntutan dan sebarang tuntutan jika dibuat hendaklah dibuat:-

            1). Secara bertulis dan
            2). Dengan menyatakan bahawa dia atau mana-mana orang yang menuntut adalah
                  berhak menurut undang-undang ke atas harta itu, dan
3.      Bahawa harta itu tidak boleh dilucut hakkan di bawah Akta ini dan
4.      Dalam masa sebulan dari tarikh penyitaan.

Kegagalan memenuhi kehendak-kehendak tersebut di atas akan melibatkan harta itu terlucuthak dengan serta merta merta apabila tempoh 1 bulan tamat.


Tandatangan…………………..
            (Pegawai Penyita)

AKUAN TERIMA

Saya ………………………………………..KP……………………………….dengan ini mengaku menerima Notis Perampasan di bawah Sek. 426A(5) Akta Kanun Tanah Negara 1965 (Perlucutanhakan harta) berkaitan laporan Polis No Parit Buntar, No. 001038/14.  Di …………………………………………………………………………..
Dan faham isi kandungan serta penerangan yang telah diberikan seperti di atas.



Tandatangan Penerima:………………………


Diterjemah oleh :…………………………….
Dalam bahasa    :…………………………….
Tandatangan     :……………………………..



Nota:
            Surat tuntutan jika ada, boleh dialamatkan kepada Pegawai Penyiasat,
Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang, 34000 Taiping.

A.        TAJUK KURSUS YANG DI TAWARKAN

1. PENGENALAN KEPADA KTN
2. SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
3. KUASA MENANGKAP DAN MENAHAN MENGIKUT KTN DAN CPC
4. PROSEDUR TANGKAPAN DAN PENAHANAN
5. LAPORAN POLIS DAN FIR
6. PENGURUSAN BARANG KES
7. INTIPATI KESALAHAN MENGIKUT SEKSEN 425
8. INTIPATI KESAHAN MENGIKUT SEKSEN 426
9. PERAMPASAN DAN LUCUT HAK BARANG KES
10. KUASA MENYIASAT DAN KTN DAN CPC
11. KAEDAH MERAKAM PERCAKAPAN
12. MENGURUSKAN OKT DARI AWAL HINGGA AKHIR
13. PENYEDIAN KERTAS SIASATAN
14. PENYEDIAAN FAKTA KES DAN PERTUDUHAN
15.RUJUKAN KES KEPADA TPR
16. PENDAFTARAN KES DAN BORANG-BORANG MAHKAMAH
17. AKTA KETERANGAN 
18. TUGAS DAN PERANAN PEGAWAI PENDAKWA
19. TEKNIK BERHUJAH
20. PENGHUKUMAN.
21. OPERASI MEMUSNAH DAN PELAN KONTIGENSI.
22. PENCEROBOHAN TANAH MILIK DAN MENYELESAIANNYA
23. BONOS - PECEROBOHAN TANAH MILIK DAN PENYELESAIAN
                  PELAN A, PELAN B, PELAN C, PELAN D, PELAN E, PELAN F.
                  AFFIDAVIT DAN KES –KES DULUAN MAHKAMAH

A.    SASARAN PESERTA

1.      PENOLONG PEGAWAI TANAH
2.      PENOLONG PENTADBIR TANAH
3.      KETUA PENOLONG PENTADBIR TANAH
4.      PENTADBIR TANAH
5.      PEGAWAI PENYIASAT SPRM
6.      PEGAWAI PENYIASAT PDRM
7.      PELAJAR UNIVERSITI YANG BERKAITAN
8.      PERUNDING HARTA TANAH
9.      LAIN-LAIN PEGAWAI YANG DILANTIK DI BAWAH S. 12 KTN
10.  LAIN-LAIN YANG BERMINAT DAN PEMILIH TANAH YANG BERMASALAH.

B.    JANGKA MASA – HUJUNG MINGGU SABTU DAN AHAD/RUNDINGAN
C.   TEMPAT – TAIPING ATAU DITENTUKAN PEMOHON

D.   BAYARAN 1 HARI RM 1000.00.



No comments:

Post a Comment