Saturday 21 September 2013

GARIS PANDUAN PENGUATKUASAAN -PERSEDIAAN AWAL SEBELUM KERTAS SIASATAN






                 BAHAGIAN  PENGUATKUASA DAN TEKNIKAL
         PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN
         NEGERI PERAK


PERSEDIAAN AWAL SEBELUM SIASATAN


1.         Tujuan :-

                        Tujuan kertas ini disediakan adalah persediaan awal yang perlu ada kepada setiap pegawai penguatkuasa untuk tujuan pendakwaan ke mahkamah.


2.         Latar belakang :-

                        Sejak kebelakangan ini kejadian kecurian bahan batuan/usaha tanah kerajaan semakin menjadi-jadi menyebabkan Negeri Perak menjadi perhatian umum. Pihak Berkuasa Negeri amat prohatin dengan isu ini dan telah mengarahkan supaya mengambil tindakan ke atas pencuri/pengusaha haram untuk di bawa ke mahkamah.
                        Sebelum ini memang Pihak Berkuasa negeri/PTG Pk./PTD ada membuat pendakwaan ke mahkamah. Banyak kertas siasatan telah pun dibuat dan telah pun di bawah tindakan Timbalan Pendakwa Raya.

                        Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Timbalan Pendakwa Raya, kertas siasatan itu adalah tidak begitu membanggakan. Bersama-sama ini ialah keterangan bagi peringkat awalan ialah panduan untuk PTG/PTD. Sebelum kertas siasatan di mulakan.



















3.         Panduan :-

PANDUAN BAGI TINDAKAN-TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH PEGAWAI PENYIASAT DAN PEGAWAI SERBUAN DI DALAM SESUATU PENYIASATAN DAN SERBUAN YANG DIBUAT BAGI KES-KES DI BAWAH SEKSYEN 426 KANUN TANAH NEGARA, 1965.
1)     Apabila sesuatu serbuan ke atas sesuatu premis, tanah atau sesuatu
tempat    yang disyaki melanggar peruntukan seksyen 426 Kanun
Tanah Negara, 1965 dibuat oleh Pentadbir Tanah, tindakan pertama
yang   perlu   diambil   adalah   bagi   menentukan   bahawa   pengeluar; pemilik/penjaga premis atau tanah tersebut tidak mempunyai apa-apa permit/lesen   untuk   menjalankan   aktiviti   pengeluaran   bahan-bahan batuan tersebut dari tempat-tempat berkenaan.
2)                                               Jika permit/lesen dikemukakan oleh pengusaha/pengeluar bahan batuan berkenaan, perlulah diperiksa samada terdapat keterangan bahawa pemegang permit/lesen telah melakukan   pelanggaran terhadap mana- mana syarat di dalam permit/lesen tersebut.
3)                                               Pastikan  juga   aktiviti  pengeluaran   bahan   batuan   tersebut  adalah termasuk di bawah definisi "bahan batuan" di bawah seksyen 5 Kanun Tanah Negara, 1965.(RUJUK PINDAAN 2008)
4)            Sebelum serbuan dilakukan, adalah digalakkan pemerhatian terlebih        dahulu dibuat di kawasan pencerobohan tersebut bagi mengenal pasti perkara-perkara berikut:
a)                         Apakah aktiviti yang dijalankan. Adalah digalakkan salah seorang anggota serbuan menyamar sebagai penduduk kampong atau pekerja bagi memudahkan serbuan sebenar dapat dibuat pada masa yang sesuai;(PENYAMARAN)
b)            Perhatikan juga jumlah kenderaan/lori yang keluar masuk ke premis/tanah berkenaan dan kekerapannya serta catitkan nombor pendaftaran kenderaan/lori berkenaan;(MENGUMPUL BAHAN BUKTI)
c)            Pastikan jumlah pekerja serta peranan setiap pekerja yang hadir di premis/tanah berkenaan. ( MEMBINA SAKSI)


5)                  Pastikan semasa pemerhatian di buat terdapat tanah, pasir atau bahan batuan yang diambil dari tanah yang diceroboh berkenaan.(MEMBINA FAKTA KES)
6)                  Segala pemerhatian yang dibuat pleh pegawai serbuan ini hendaklah direkodkan/dicatitkan di dalam diari masirig-masing bagi memudahkan keterangan diberikan di mahkamah kelak. Pegawai penyiasat juga perlu melakukan perkara yang sama iaitu merekodkan segala tindakan yang di ambil di dalam diari atau Investigation Diary (ID) mereka.(MEMBINA KEKUATAS KES DAN HUJAH)
7)                  Apabila pemerhatian selesai dan tiba masa untuk lakukan serbuan sila pastikan masa yang sesuai diambil untuk membuat serbuan. Ini penting bagi memastikan mereka yang terlibat dapat ditangkap ketika sedang menjalankan aktiviti pengeluaran bahan batuan tersebut (TANGKAPAN SEBENAR)
8)                  Semasa serbuan dibuat sekiranya disyaki ada perlanggaran undang- undang,   sila   buat   rampasan   lori-lori,   jentera-jentera   dan   mesin- mesin/peralatan  yang  digunakan  untuk maksud  menjalankan  aktiviti pengeluaran bahan batuan itu dan pastikan lori-lori, jentera-jentera dan mesin-mesin   ini   disimpan   dalam   keadaan   baik  bagi   memudahkan pembuktian dibuat di mahkamah kelak. Jika sekiranya lori-lori, mesin dan peralatan terlalu banyak dan ada masalah untuk menyimpan mesin-mesin ini, tidak perlu diambil kesemua barangan tersebut. Namun di dalam keadaan peralatan ini tidak diambil kesemuanya, bagi memastikan aktiviti pengeluaran bahan batuan secara haram ini tidak dijalankan semula, sila "seal" atau tutup tempat/tanah berkenaan dan tempatkan pengawal di situ supaya tiada sesiapa yang boleh menceroboh ke kawasan tersebut lagi.    (PENGURUSAN BAHAN BUKTI)
9)                   Peruntukan   di   bawah   Seksyen   426A   Kanun  Tanah   Negara,   1965 membolehkan Pentadbir Tanah membuat tangkapan. Oleh itu sila buat tangkapan sekiranya terdapat mana-mana orang yang disyaki melakukan kesalahan di bawah peruntukan KTN. Tangkapan boleh dibuat terhadap pemandu lori, pemandu jentera pengorek, pekerja-pekerja di kawasan tempat pengeluaran bahan batuan secara haram tersebut dan mana- mana orang yang terlibat secara langsung dengan aktiviti ini. Tangkapan yang dibuat ini perlulah dibawa ke balai polis berdekatan secepat mungkin atau diserahkan kepada pihak polis yang berhampiran tanpa sebarang kelengahan.(KEPERLUAN PERUNDANGAN)

10)              Pastikan gambar lori-lori, jentera-jentera,  mesin-mesin dan  peralatan yang dirampas ini diambil bagi kemudahan rujukan ke mahkamah kelak. .(KEPERLUAN PERUNDANGAN)

 11)       Pastikan juga.diambil gambar premis/tanah yang dicerobohi  
             berkenaan. Adalah digalakkan juga mengambil gambar
             papan tanda di luar tanah berkenaan sekiranya ada. Pegawai  
             yang mengambil semua gambar-gambar ini perlu dikenalpasti
              untuk dipanggil di mahkamah kelak dan gambarnya perlu
              disediakan sebanyak 4 salinan dan negatifnya perlu disimpan
              dengan baik atau diberikan kepada pegawai penyiasat untuk
              disimpan.(MEMBINA KEKUATAN KES)
12)             Pegawai serbuan perlu pastikan atau periksa lori-lori, jentera-jentera dan mesin-mesin dan peralatan ini bagi menentukan ianya berada di dalam keadaan baik semasa serbuan dibuat.
13)             Setelah rampasan dan tangkapan dibuat, kes ini perlu diserahkan kepada seorang pegawai penyiasat setelah mendapat pekenan atau arahan PTD. Pengawai penyiasat dan pegawai serbuan perlu   membuat   dokumen   serah-menyerah   bagi   memastikan   segala rampasan diserahkan dengan baik dan teratur.
14)         Rampas   segala   dokumen-dokumen   yang   berkaitan   dengan   aktiviti perniagaan  premis berkenaan di  kaunter dan pejabat yang disyaki digunakan untuk tujuan menjalankan aktiviti berkenaan. Rekodkan segala rampasan  di  dalam  borang  bongkar dan borang    bongkar ini  perlu ditandatangani oleh tuanpunya atau pekerja premis berkenaan. .(KEPERLUAN PERUNDANGAN)
15)              Setelah rampasan dokumen-dokumen dibuat, semak dengan Pendaftar Syarikat, Majlis Perbandaran atau mana-mana pihak berkuasa yang lain untuk memastikan siapa tuan punya premis/tanah dan pemilik syarikat yang menjalankan aktiviti pengeluaran bahan batuan haram ini agar tindakan pendakwaan dapat diambil terhadap mereka.

16)   Peruntukan   di   dalam   Kanun   Tanah   Negara,   1965
        Membolehkan "statement" diambil oleh pegawai penyiasat dari  
        saksi- saksi yang terlibat di dalam sesuatu kes. Statement perlu  
        dirakamkan mengenai segala yang berkaitan dengan aktiviti
        pengeluaran bahan batuan haram ini. Kenyataan yang diambil
        perlulah "detail” yang lengkap dan antara perkara asas yang perlu
        ada di dalam pernyataan saksi-saksi adalah:
a)        nama, umur, pekerjaan mereka;
b)      di mana beliau berada semasa serbuan;
c)        tahap penglibatan beliau di dalam pengeluaran bahan batuan secara haram ini;

d)    syarikat mana yang  beliau  bekerja,  siapa  pengarah,  pengurus,
     setiausaha syarikat dan  penyelia  bagi  pejabat berkenaan  serta
     alamat pejabat;
e)    apa jentera yang digunakan untuk mengangkut,  mengorek dan             memproses;
f)     bila aktiviti dimulakan, tarikh dan masanya. Berapa ramai   pekerja,adakah   mereka   mempunyai   pengetahuan  samada  syarikat  ada lesen/permit atau sebaliknya. Siapa tauke mereka. Siapa bayar gaji mereka. Siapa yang mereka sering berurusan;
g)    bahan batuan yang diangkut dibawa ke mana, siapa pembelinya, berapa harga pasir bagi satu lori, adakah resit pembelian atau apa- apa dokumen untuk menyokong penjualan berkenaan;
h)    Iain-lain perkara yang berkaitan.
17)     Setiap saksi yang dirakamkan percakapannya perlu diberi     amaran oleh pegawai    perakam    dibawah    peruntukan    seksyen    421AC   bahawa mereka/saksi  perlu  menjawab  segala  soalan  yang  diajukan  kepada mereka dan segala yang mereka nyatakan perlulah satu kenyataan yang benar, Namun mereka boieh tidak menjawab soalan yang mereka rasakan jawapannya boleh memudaratkan mereka dan boleh digunakan terhadap mereka. .(KEPERLUAN PERUNDANGAN)
18)     Segala kenyataan yang dibuat perlulah seboleh-bolehnya dirakam secara tulisan dan pegawai perakam dan saksi perlu menurunkan tandatangan mereka diakhir kenyataan mereka. Segala yang telah direkodkan perlu juga dibacakan semula kepada saksi agar pembetulan  boleh dibuat sekiranya ada. .(KEPERLUAN PERUNDANGAN)
19)    Sekiranya   mana-mana   pihak  enggan   beri   kerjasama   untuk  datang member! kenyataan kepada pegawai penyiasat, tindakan boleh diambil di bawah seksyen 421AB Kanun Tanah Negara, 1965 dengan memohon waran tangkap daripada Majistret terhadap mereka yang enggan memberi kerjasama. .(KEPERLUAN PERUNDANGAN)
20)     Tindakan-tindakan lain yang boleh diambil semasa serbuan:-
a)   Semua lori-lori, jentera, mesin-mesin boleh disita dengan syarat hanya selepas tempoh sebulan luput dan tiada tuntutan dibuat bagi kes-kes yang mana pendakwaan tidak dibuat maka penyitaan terus boleh dibuat - rujuk seksyen 426C Kanun Tanah Negara, 1965;

b)      bagi kes- kes yang mana tuntutan dibuat di dalam tempoh
      sebulan (samada ada pendakwaan atau sebaliknya) maka
     
rujukan perlu dibuat di Mahkamah Majistret untuk arahan      
       Mahkamah;
c)                     Sekiranya di dapati terdapat pekerja- pekerja asing yang bekerja
tanpa permit atau dokumen yang sah, maka tindakan segera
perlu diambil bagi menyerahkan mereka ini kepada pihak
Imigresen atau polis untuk diambil tindakan mengikut undang-
undang Imigresen.
21) Seksyen 429B dibaca bersama rule 49, Perak land Rules juga membolehkan kesalahan dibawah seksyen 426 Kanun Tanah Negara, 1965 ini dikompaun dengan jumlah tidak melebihi RM 25,000.00. Sekiranya kompaun dikenakan maka tindakan pertuduhan tidak boleh lagi diambil terhadap mereka yang telah dikompaun.

**** DUA PERKARA YANG BELUM JELAS DALAM KERTA INI. IAITU PERUTUKAN 429A BERKAITAN KUASA PENDAKWAAN DAN KOMPAUN SERTA PERUNTUKAN BERKAITAN PELEPASAN SEMENTARA DAN PROSES PERCUTUTAN HAK BARANG-BARANG BUKTI YANG DISITA. TUNGGU PENJELASAN LANJUT

No comments:

Post a Comment