Tuesday, 6 August 2013

CONTOH SIASATAN DALAM BENTUK ESEI

BAGI MENJAWAB SOALAN SAYA, SAKSI MENYATAKAN SEPERTI BERIKUT :

NAMANYA XXXXXX. KP XXXXXX-XX-XXXX. ALAMAT XXXXXX. BEKERJA SEBAGAI PENOLONG PEGAWAI TANAH DI PEJABAT DAERAH DAN TANAH XXXXXXX. PENGALAMAN BEKERJA KIRA-KIRA 1 TAHUN BERMULA XX. XX.XXXX.

SECARA RINGKAS TUGASANNYA ADALAH MEMBUAT LAPORAN PERMOHONAN TANAH, MENYUKAT DAN KERJA-KERJA PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN PEMINDAHAN BAHAN BATUAN.SECARA RINGKAS KERJA-KERJA YANG DIBUAT ADALAH MELAPOR STATUS TANAH, KEADAAN TANAH, KEMAJUAN TANAH DAN LOT-LOT SEKITAR. BAGI KERJA-KERJA PENGUATKUASAAN ADALAH MEMANTAU PENEROKAAN ATAU PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN, MEMANTAU AKTIVITI PEMINDAHAN BAHAN BATUAN DAN JUGA PELANGGARAN SYARAT TANAH.

PEMANTAUAN YANG DIBUAT ADALAH SEPERTI BERIKUT. JIKA BERLAKU PENCEROBOHAN TERHADAP TANAH KERAJAAN SEPERTI AKTIVITI MEMBERSIH, MENDIRIKAN BANGUNAN, MEMBAJAK, MENGEPUNG ATAU BERCUCUK TANAH, IA MERUPAKAN KESALAHAN DALAM KANUN TANAH. BELIAU JUGA MEMANTAU PEMINDAHAN BAHAN BATUAN AGAR SENTIASA MENGIKUT SYARAT-SYARAT PERMIT 4C. JIKA BELAKU KESALAHAN-KESALAHAN SEPERTI DIA ATAS, BELIAU AKAN MEMBUAT LAPORAN KEPADA PENTADBIR TANAH KAWASAN BERKENAAN.

PADA XX.XX.XXXX, BELIAU DIARAHKAN OLEH PENOLONG PEGAWAI TANAH KANAN UNTUK MEMBANTU SATU OPERASI PENGUATKUASAAN DI XXXXXX. BELIAU DIARAHKAN UNTUK MENGAMBIL GAMBAR DITEMPAT KEJADIAN. BELIAU BERGERAK DARI PEJABAT KIRA-KIRA JAM 3.30 PETANG DAN TIBA DI BALAI POLIS XXXXXX. DI BALAI POLIS BELIAU MELIHAT PEN PEGAWAI TANAH KANAN MASUK KE BALAI, DIPERCAYAI UNTUK MEMOHON BANTUAN. SELEPAS ITU DUA ANGGOTA POLIS MENAIKI KENDERAAN KANCIL MENGIKUT SAMA OPERASI DI JELAI.

DI BALAI POLIS JUGA BELIAU MENDENGAR PEN. PEGAWAI TANAH KANAN MENELEFON BEBERAPA ORANG PEGAWAI DARI JABATAN PARIT DAN SALIRAN UNTUK MENGETAHUI STATUS KERJA-KERJA MENGOREK PASIR SUNGAI DI XXXXXX.

DI TEMPAT KEJADIAN BELIAU DIARAH MENGAMBIL GAMBAR-GAMBAR PEMANDU JENTERA YANG BEROPERASI IAITU PEMANDU EXCAVATOR DAN PEMANDU RB. BELIAU JUGA MENGAMBIL GAMBAR BUKIT PASIR ATAU STOCKPILE PASIR DI TEPI SUNGAI. BELIAU JUGA AMBIL GAMBAR KESAN-KESAN PERJALANAN EXCAVATOR DARI DALAM SUNGAI DAN NAIK KE TEBING SUNGAI.

SEMASA TIBA KEDUA DUA PEMANDU BERADA DI DALAM SUNGAI. BELIAU NAMPAK PENOLONG PEGAWAI TANAH KANAN TUNJUKAN KAD KAD KUASA DAN BERCAKAP SESUATU. LEPAS INI BELIAU NAMPAK KEDUA-DUA PEMANDU NAIK ATAS JENTERA MASING-MASING DAN MENGAMBIL KUNCI EXCAVATOR DAN KUNCI RB UNTUK DISERAHKAN KEPADA KETUA OPERASI IAITU XXXXXX.

DI TEMPAT KEJADIAN BELIAU NAMPAK PASIR-PASIR MASIH BASAH DIPERCAYAI KERANA BARU DINAIKI DARI SUNGAI.

XXXXXX (KETUA OPERASI) AKHIRNYA MENGARAHKAN KEDUA-DUA PEMANDU JENTERA MENAIKI KENDERAAN PEJABAT DAN MEMBAWA MEREKA KE BALAI POLIS XXXXXX.

BELIAU TIDAK ADA APA-APA LAGI UNTUK DI TAMBAH.



No comments:

Post a Comment

Post a Comment