BAGI MANJAWAB SOALAN SAYA KATANYA:
S : BERI TAHU NAMA ANDA
J : NAMA SAYA MOHD ALI BIN ABU
S : APA PEKERJAAN ANDA
J : PENOLONG PEGAWAI TANAH KANAN
S : NYATAKAN BIDANG TUGAS ANDA
J : MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG DAN
PERATURAN TANAH
S : BOLEH TERANGKAN LEBIH LANJUT TUGAS
TERSEBUT
J : SAYA DITEMPATKAN DIBAHAGIAN
PENGUATKUASA SEBAGAI KETUA UNIT PENGUATKUASA. SAYA AKAN BERTINDAK TERHADAP
APA-APA ADUAN AWAM ATAU JABATAN ATAU APA-APA
PELANGGARAN TERHADAP PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG TANAH.
S : BOLEH SEBUTKAN CONTOH-CONTOH
KESALAHAN YANG DIAMBIL TINDAKAN.
J : KESALAHAN SEPERTI MEMBERSIH TANAH
KERAJAAN TANPA KEBENARAN, MENGALIH ATAU
MENGANGKUT TANAH TANPA PERMIT.
S : MAKSUD ANDA MEMBERSIH TANAH KERAJAAN ITU ADALAH SATU KESALAHAN
J : YA
S : BAGAIMANA DENGAN MEDUDUKI TANAH
KERAJAAN
J : IA SATU KESALAHAN DI BAWAH KANUN
TANAH NEGARA SEK 425(1)(A)
S : BOLEH TERANGKAN PERUNTUKAN KESALAN DI
BAWAH SEK 425 KTN
J : SEK. 425 KTN MENYEBUT BEBERAPA
KESALAHAN YANG DIANGGAP TELAH DILAKUKAN JIKA IANYA BERLAKU ATAS TANAH KERAJAAN,
TANAH RIZAB ATAU TANAH LOMBONG, KESALAHAN TERSEBUT ADALAH SEPERTI MENDUDUKI
TANAH KERAJAAN, MENDIRIKAN BANGUNAN ATAS TANAH KERAJAAN, MEMBERSIH, MEMBAJAK,
MENGOREK, MENGEPONG ATAU BERCUCUK TANAM ADALAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN DIBAWAH
KTN.
S : ADAKAH ANDA BERSETUJU, JIKA SESEORANG
ITU MEMBINA BANGUNAN DI ATAS TANAH KERAJAAN BERERTI ORANG TERSEBUT TELAH
MELAKUKAN KESALAHAN DI BAWAH KANUN TANAH.
J : YA. SETUJU.
S : APA BERLAKU SEKITAR JAM 10.00 PAGI
PADA 23.5.2013.
J : SAYA MEMBUAT SIASATAN TERHADAP ADUAN
WUJUD PENEROKAAN TANAH KERAJAAN DI JALAN LAMA KTMB DI SEKITAR SIMPANG HALT.
SAYA NAMPAK DUA LELAKI DAN SATU WANITA SEDANG MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH
KERAJAAN DI JALAN LAMA KTMB.
S : APA BERLAKU SELEPAS ITU.
J : SAYA SMS KEPADA PENTADBIR TANAH LARUT
MATANG BERKENAAN 10 RUMAH BARU TELAH
DIBINA DI JALAN LAMA KTMB DAN NAMPAK 3
ORANG SEDANG MEMBINA RUMAH.
S : APA JAWAPAN PENTADBIR TANAH.
J : PENTADBIR TANAH SMS KEPADA SAYA
SUPAYA MENGAMBIL TINDAKAN.
S : APA TINDAKAN ANDA
J : SAYA TERUSKAN RONDAAN HINGGA KE KUALA
SEPETANG DAN BALIK SEMULA UNTUK MEMBUAT SEMAKAN LOKASI KEJADIAN SAMADA HAKMILIK
TELAH DIKELUARKAN PADA LOKASI KEJADIAN
S : ADAKAH HAK MILIK TELAH DIKELUARKAN DI
LALUAN LAMA TERSEBUT.
J : SEBAHAGIAN KECIL HAK MILIK TELAH
DIKELUARKAN DAN PADA KAWASAN 3 ORANG SEDANG MEMBINA RUMAH, HAK MILIK BELUM
DIKELUARKAN.
S : APA YANG ANDA LAKUKAN SELEPAS ITU.
J : SAYA KE BALAI POLIS SIMPANG MEMINTA
BANTUAN ANGGOTA KESELAMATAN.
S : ADAKAH ANDA BERJAYA MENDAPAT BANTUAN.
J : YA. SAYA DIBERI DUA ANGGOTA
KESELAMATAN.
S : APA BERLAKU SELEPAS ITU.
J : SAYA KE TEMPAT 3 ORANG YANG SEDANG
MEMBINA RUMAH.
S : JAM BERAPA ANDA SAMPAI KE SANA.
J : SEKTAR JAM 1.30 TENGAH HARI.
S : APA YANG ANDA NAMPAK
J : SAYA NAMPAK SEORANG LELAKI SEDANG
MEMUNGGAH BATU DARI LORI YANG BARU TIBA DAN DUA ORANG, IAITU SEORANG LELAKI DAN
SEORANG PEREMPUAN SEDANG DUDUK ATAS KERUSI TIDAK JAUH DARI LORI TERSEBUT.
S : APA ANDA BUAT SELEPAS ITU
J : SAYA ARAHKAN JURU GAMBAR UNTUK AMBIL
GAMBAR DAN DENGAN BANTUAN ANGGOTA KESELAMATAN, SAYA MEMBUAT SERBUAN.
S : TERANGKAN SELANJUTNYA
J : SAYA MEMPERKENALKAN DIRI SEBAGAI
ANGGOTA PENGUATKUASA DARI PEJABAT TANAH, DAERAH LARUT MATANG DAN MENUNJUKAN KAD
KUASA SAYA KEPADA LELAKI YANG SEDANG
MEMUNGGAH BATU DARI LORI. SAYA TANYAKAN TENTANG HAK MILIK TANAH DAN SIAPA MENGARAHNYA
BERBUAT DEMIKIAN.
S : APA JAWAPAN LELAKI TERSEBUT
J : BELIAU GAGAL MENUNJUKAN APA-APA HAK
MILIK ATAU SURAT KEBENARAN DARI PIHAK BERKUASA NEGERI PERAK UNTUK MENDIRIKAN
RUMAH. BELIAU TIDAK PASTI TENTANG STATUS TANAH SAMADA TELAH ADA HAK MILIK ATAU
TIDAK KERANA BELIAU HANYA PEKERJA YANG MEMBINA RUMAH. BELIAU DIARAHKAN OLEH
SEORANG LELAKI LAIN UNTUK MEMBINA RUMAH DI SITU.
S : APA TERJADI SELEPAS ITU.
J : SAYA TANYAKAN KEPADA SEORANG LELAKI
INDONESIA DAN PEREMPUAN INDONESIA ADAKAH MEREKA TERLIBAT MEMBINA RUMAH YANG
SEDANG DALAM PEMBINAAN DAN APAKAH MEREKA TAHU MENGENAI STATUS TANAH ITU SERTA
SIAPA ARAHKAN MEREKA.
S : APA JAWAPAN MEREKA
J : MEREKA MENJAWAB, MEREKA TIDAK TAHU
MENGENAI STATUS TANAH SAMA ADA SUDAH ADA HAK MILIK ATAU TIDAK. MEREKA CUMA DI
ARAH OLEH SEORANG LELAKI UNTUK MEMBINA
RUMAH YANG SEDANG DALAM BINAAN. MEREKA JUGA MEMAKLUMKAN BARU BEBERAPA HARI
BEKERJA MEMBINA RUMAH TERSEBUT.
S : APA TINDAKAN ANDA SELEPAS MENDENGAR
JAWAPAN TERSEBUT.
J : SAYA MAKLUMKAN BAHAWA MEMBINA RUMAH
ATAS TANAH KERAJAAN ADALAH SATU KESALAHAN DIBAWAH KANUN TANAH NEGARA. KESALAHAN
INI BOLEH DITANGKAP. SAYA MENERANGKAN KESALAHAN KEPADA MEREKA DAN MEMBUAT
TANGKAPAN KE ATAS DUA LELAKI DAN SEORANG WANITA TERSEBUT.
S : LAGI
J : SAYA ARAHKAN SEMUA BARANG-BARANG YANG
DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN MELAKUKAN KESALAHAN MEMBINA RUMAH ATAS TANAH KERAJAAN DI
SITA SEBAGAI BARANG KES. SEMUA BARANG-BARANG TERSEBUT DIBAWA UNTUK DISIMPAN DI
PEJABAT TANAH.
S : APA BERLAKU SELEPAS ITU.
J : SAYA MEMBAWA KE BALAI POLIS SIMPANG
UNTUK MEMBUAT LAPORAN.
S : JIKA KAWASAN TERSEBUT TELAH
DILULUSKAN OLEH PIHAK BERKUASA NEGERI SEBAGAI PERKAMPONGAN TERSUSUN APAKAH
STATUS TANAH TERSEBUT SELEPAS DILULUSKAN. APAKAH IA MASIH TANAH KERAJAAN.
J : YA TANAH KERAJAAN.
S : MENGAPA MASIH TANAH KERJAAN
J : MENGIKUT SEK 5, TANAH KERAJAAN ADALAH
TANAH NEGERI YANG BELUM DIDAFTARKAN HAKMILIK TANAH. DALAM KES INI, TIDAK ADA
LAGI HAK MILIK TANAH DIDAFTARKAN DI KAWASAN YANG DIDUDUKI OLEH DIDIRKAN RUMAH
OLEH SUSPEK.
S : BERMAKNA MEREKA MENDIRIKAN BANGUNAN
ATAS TANAH KERAJAAN
J : YA, SEBAB TANAH YANG DIDUDUKINYA
BELUM DIDAFTARKAN SEBARANG HAKMILIK TANAH.
S : ADA APA-APA MAKLUMAT YANG MENERANGKAN
TANAH DI JALAN LAMA KTMB TERSEBUT ADALAH TANAH KERAJAAN.
J : PIHAK PENGUATKUASA PEJABAT TANAH
LARUT MATANG TELAH MENGAMBIL BEBERAPA LANGKAH UNTUK MENCEGAH ORANG RAMAI DARI
MENCEROBOH TANAH SEPERTI MEMBERI NOTIS SUPAYA MENGOSONGKAN TANAH KERAJAAN
KEPADA PENCEROBOH, MEMASANG BEBERAPA PAPAN TANDA KAWASAN LARANGAN, TANAH
KERAJAAN DAN AMARAN PENTADBIR TANAH KEPADA PENCEROBOH SERTA MEMBUAT TANDA X
DENGAN CAT MERAH BAGI RUMAH-RUMAH YANG BARU DIBINA.
S : APA BERLAKU SELEPAS ITU
J : PAPAN TANDA TERSEBUT DICABUT DAN
HILANG.
S : BAGAIMANA HILANG
J : TIDAK PASTI.
S : DIMANA PAPAN TERSEBUT DIPASANG
J : DI TANAH KERAJAAN, LOKASI JALAN LAMA
KTMB DARI TAIPING KE KUALA SEPETANG.
S : APA LAGI LAIN-LAIN USAHA UNTUK
MENGHALANG PENCEROBOHAN DARI TERUS MENDUDUKI KAWASAN TANAH KERAJAAN.
J : SAYA TELAH MELANCARKAN OPERASI
PENGUATKUASAAN YANG SAMA SEBELUM INI DI LOKASI YANG BERHAMPIRAN DAN BEBERAPA
ORANG TELAH DITANGKAP.
S ; TERIMA KASIH.
J : SAMA-SAMA.
DENGAN INI SAYA MENGESAHKAN BAHAWA SEMUA KETERANGAN
INI ADALAH BENAR.
………………………………………… ………………………………………….
MOHD ALI BIN ABU RAMLEE
BIN KAMARUDDIN
601212-XX-XXXX PEGAWAI
PENYIASAT
No comments:
Post a Comment