Awas, k'jaan boleh pintas komunikasi anda
Nigel Aw | 5:38PM Jun 16 2014
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri mendedahkan bahawa kerajaan berupaya memintas komunikasi rakyat sama ada melalui emel, telekomunikasi atau pos seperti yang diperuntukkan bawah lima akta.
Nigel Aw | 5:38PM Jun 16 2014
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri mendedahkan bahawa kerajaan berupaya memintas komunikasi rakyat sama ada melalui emel, telekomunikasi atau pos seperti yang diperuntukkan bawah lima akta.
Dalam jawapan bertulisnya, Nancy berkata pendakwa raya
dibenarkan untuk membuat pintasan bawah seksyen 116C Kanun Atacara Jenayah jika
berpendapat komunikasi itu mungkin mengandungi maklumat yang berhubungan dengan
pelakuan kesalahan.
Empat lagi akta yang memperuntukkan perkara yang sama ialah
Seksyen 27A Akta Dadah Merbahaya; Seksyen 11 Akta Penculikan; seksyen 43 Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Seksyen 6 Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-Langkah Khas), katanya.
"Dari tahun 2009, tiada pintasan komunikasi yang
melibatkan mana-mana ahli politik. Pintasan komunikasi dipohon semasa proses
risikan dan siasatan oleh pihak polis dan penguatkuasa undang-undang yang
lain," katanya .
Nancy menjawab soalan MP Kluang Liew Chin Tong mengenai
kekerapan timbalan pendakwa raya memintas emel, telekomunikasi dan tulisan di
Internet oleh ahli politik, suspek jenayah dan orang awam antara 1998 dan 2014.
Liew tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut kerana ia
tidak menjelaskan tindakan pihak berkuasa terhadap komunikasi di kalangan ahli
politik sebelum 2009.
"Adakah ini bermakna sebelum 2009 terdapat banyak
berlaku pintasan telefon? Apa yang berlaku antara tahun 1998 dan 2009.
"Kerajaan perlu bersikap lebih telus," katanya
ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
No comments:
Post a Comment