Monday 7 October 2013

CONTOH MINIT DALAM KERTAS SIASATAN


CONTOH MINIT DALAM KERTAS SIASATAN

Tuan KBSJD :   
                                                                                      
1.    Diedarkan satu kertas siasatan bersabit Shah Alam Repot  1234/08 bertarikh 15/10/08 yang diklasifikasikan di bawah Sek.302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
2.    Fakta dan ringkasan kes adalah seperti berikut :

i.              Pada  23/6/08 jam lebih kurang 9 pagi, semasa ( A1 ) yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Estet Alami sedang membuat rondaan bermotosikal di Lot 12, Division Tiga berhampiran dengan pondok pengawal, ternampak sebuah motosikal Kriss bernombor BBM 3131 diletakkan di belakang pondok pengawal. (A1 ) membuat pemeriksaan di sekitarnya dan menjumpai simati dalam keadaan terbaring berlumuran darah.  (A1) kemudiannya menghubungi polis berkaitan penemuan mayat itu.

3.    Saya bersama-sama Inspektor Adam bin Ahmad, jurugambar L/Kpl Tamby bin Kechik dan beberapa orang detektif menjalankan penyiasatan di tempat kejadian.

i.              Simati lelaki berusia 30an adalah pekerja kontrak berasal dari Indonesia yang bekerja dengan kontaktor En. Arumugam Pillai ( A7  ) di sebuah ladang buah-buahan semenjak Januari 2008.
ii.             Sebanyak 10 keping gambar telah dirakam di tempat kejadian. Sila rujuk folio (D7 )
iii.            Sebilah pisau untuk memburu ditemui di tempat kejadian iaitu kira-kira 20 kaki dari simati. Eksibit ini telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa. Sila rujuk folio (D4)
iv.           Satu kesan cap jari berjaya dikesan pada hulu pisau
v.            Siasatan ke atas mangsa mendapati simati mengalami kecederaan akibat tikaman di dada. Mangsa dikenali sebagai Amin Kancono, passport no.A3245678 berasal dari Jawa Timor, Indonesia.

4.    Dimajukan kertas siasatan untuk nasihat dan arahan selanjutnya.


.....................................................
Inspektor Adam Bin Ahamd
Pegawai Penyiasat Jenayah
IPD Banting








Oval:    2 




Inspektor Adam,

1.    Minit (1) telah dilihat. Kita telah bincang kes ini semasa Mesyuarat Mingguan Jenayah pada 30/6/2008.
2.    Sila ambil tindakan berikut :

2.1.        Sila rakam percakapan saksi-saksi berikut:
a.    En.Ahmad bin Salleh ( Pengawal estet )
b.    Kpl Ayapah s/o Arumugam ( Penyelia Pejabat Pertanyaan )
c.    Insp.Adam Bin Ahmad ( Pegawai Penyiasat )
d.    L/Kpl Tamby Bin Kechik ( Jurugambar )
e.    Det. Kpl Amir
f.     En. Arumugam Pillai ( Kontraktor )
g.    Isteri si mati Alminah Karno
h.    Bong Karno dan adiknya Yanti Saporo
i.      En. Rahim Bin Bujang
j.      Fatimah binti Bujang
k.    Ahli Kimia En. Albert Sinappa
l.      Dr. Chong Chai Chee ( Patologist )
           
2.2       Hantar mayat ke hospital untuk bedah siasat
2.3       Kepilkan gambar tempat kejadian dan rajah kasar di dalam kertas siasatan
2.3       Hantar spesimen darah simati ke Jabatan Kimia
2.4       Hantar cap jari ke Bahagian Cap Jari Bukit Aman
2.5       Jalankan kawad kam
2.6       Kesan dan tangkap suspek.

3.    Sila lapor kemajuan siasatan dalam tempoh seminggu tanpa gagal


                                                ............................................................
                                                DSP Rahimi Bin Zakaria
                                                Ketua Bahagian Siasatan Jenayah
                                                IPD Banting









Oval:   3 


                                                                                        

Tuan KBSJD :
Minit (2) telah dirujuk
2. Kesemua tindakan telah diambil.
3. Pohon nasihat dan arahan Tuan selanjutnya.


.....................................................
Inspektor Adam Bin Ahamd
Pegawai Penyiasat Jenayah
IPD Banting

 



                                                                                            


KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH S’GOR
( U/P : PEGAWAI TURUS D9 )

Tuan :

Izinkan saya merujuk kepada Tuan satu kertas siasatan yang dibuka di bawah Sek.302 Kanun Keseksaan ( bunuh ) bersangkut dengan Banting Repot 3434/08 @ 23 Jun 2008, Banting IP : 1009/08

2. Fakta kes adalah seperti muka (2) kulit kertas siasatan.

a.    Pengadu (A2) ketika sedang bertugas di pejabat pertanyaan Balai Banting, pada   23/6/08 jam lebih kurang 9.15pagi, telah menerima telefon daripada orang awam (A1) mengatakan ada satu mayat lelaki berumuran darah terbaring di kawasan kelapa sawit Lot 12, Divisyen Tiga, Estet Alami, Banting. A1 kemudian memaklumkan perkara ini kepada polis Banting ( Banting Rpt.3434/08 folio A )

b.       Siasatan telah dijalankan di tempat kejadian dengan bantuan pasukan forensic dari
        IPK Selangor. Mayat ditemui terbaring dengan kesan luka di dada dan senjata yang
        yang dipercayai digunakan oleh suspek ditemui iaitu sebilah pisau untuk memburu
        berhulu hitam. ( Sila rujuk gambar tempat kejadian di folio D9 )

c.            Pisau ini berkesan darah semasa ditemui dan satu kesan cap jari berjaya di kesan
            pada hulu pisau tersebut ( Rujuk folio D10 ). Swabing darah pada pisau telah diambil
dan telah dihantar ke Jabatan Kimia dan Makmal Forensik Cheras untuk DNA profiling.( Sila rujuk folio D4 dan D12 )
 
d.    Pada 27/6/2008, polis Banting telah menahan dan menangkap (A13) dan ditahan
reman selama 10 hari untuk membantu siasatan. Repot tangkap terhadap (A13)
di folio (AA) dan ID reman di folio ( C2 ). Menurut (A13), pada 22/6/2008 jam,9.30malam dia telah pergi ke estet dengan simati untuk melihat pertunjukkan pentas. (A13) menceritakan pada malam itu, dia berkawan dengan seorang perempuan bernama Fatimah Bt Bujang ( A12 ). Suspek ( A14 ) marah dengan (A13) lalu menikam si mati sebilah pisau. (A13) sempat melarikan diri sehinggalah ditangkap dan berada kira-kira10 kaki ketika (A14) menikam si mati dengan pisau.

Berikut adalah keterangan terhadap saspek ( A14 )

e.     Kesan cap jari yang ditemui pada pisau adalah kepunyaan (A14 ). Sila rujuk folio   (D9)

f.     Pada masa kejadian, (A13) berada kira-kira 20 kaki daripada saspek. A13 takut lalu
            melarikan diri ke rumah kakaknya

g.    (A14) di dalam percakapan di bawah Sek.112 KPJ mengaku menikam si mati kerana
            marah dengan perbuatan si mati dan (A13) yang menganggu adik saspek

h.    Kawad cam yang dijalankan terhadap saspek adalah positif. Sila rujuk folio (D5)

i.      Darah yang dijumpai pada baju saspek adalah darah si mati. Laporan daripada Jabatan Kimia adalah berkaitan. Folio (D11)

j.      Kesan kecederaan pada si mati adalah konsisten dengan senjata yang ditemui di tempat kejadian. Hasil bedah siasat mendapati si mati ditikam dengan benda tajam ( Folio D12 )

4.    Dicadangkan (A14) dituduh di bawah Sek.302 KK. Pohon nasihat daripada Tuan.

                                               ............................................................
                                                DSP Rahimi Bin Zakaria
                                                Ketua Bahagian Siasatan Jenayah
                                                IPD Banting
Rounded Rectangle:                        TERIMA
  PEJABAT KJSJ SELANGOR
               JUN, 2008
Oval:    5
 








                                                                                     
  YA Timbalan Pendakwa Raya
 ( U/P : KETUA UNIT PENDAKWAAN )

Minit (4) di atas telah dilihat dan diteliti.

2. Pegawai penyiasat hadir untuk mentaklimatkan kes ini
3. Setuju dengan cadangan supaya (A14) dituduh di bawah Sek.302 KK


......................................................
ACP Tajuddin Bin Omar
Tim. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II
Perundangan dan Pendakwaan
IPK Selangor
Oval:   6
Flowchart: Alternate Process:                           TERIMA
  PEJABAT TPR SELANGOR
                , JUN 2008
 






 p



KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH
IPK SELANGOR:

1.Minit (5) dirujuk.
2.Sila tuduh (A14) di bawah Sek.302 KK.

                                                ............................................................
                                                ( NIK HASANUDDIN BIN NIK ALIFF )
                                                TIMB. PENDAKWA RAYA
                                                SELANGOR

MAKLUMAT DALAM TALIAN.COM


A.        TAJUK KURSUS YANG DI TAWARKAN

1. PENGENALAN KEPADA KTN
2. SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
3. KUASA MENANGKAP DAN MENAHAN MENGIKUT KTN DAN CPC
4. PROSEDUR TANGKAPAN DAN PENAHANAN
5. LAPORAN POLIS DAN FIR
6. PENGURUSAN BARANG KES
7. INTIPATI KESALAHAN MENGIKUT SEKSEN 425
8. INTIPATI KESAHAN MENGIKUT SEKSEN 426
9. PERAMPASAN DAN LUCUT HAK BARANG KES
10. KUASA MENYIASAT DAN KTN DAN CPC
11. KAEDAH MERAKAM PERCAKAPAN
12. MENGURUSKAN OKT DARI AWAL HINGGA AKHIR
13. PENYEDIAN KERTAS SIASATAN
14. PENYEDIAAN FAKTA KES DAN PERTUDUHAN
15.RUJUKAN KES KEPADA TPR
16. PENDAFTARAN KES DAN BORANG-BORANG MAHKAMAH
17. AKTA KETERANGAN 
18. TUGAS DAN PERANAN PEGAWAI PENDAKWA
19. TEKNIK BERHUJAH
20. PENGHUKUMAN.
21. OPERASI MEMUSNAH DAN PELAN KONTIGENSI.
22. PENCEROBOHAN TANAH MILIK DAN MENYELESAIANNYA
23. BONOS - PECEROBOHAN TANAH MILIK DAN PENYELESAIAN
                  PELAN A, PELAN B, PELAN C, PELAN D, PELAN E, PELAN F.
                  AFFIDAVIT DAN KES –KES DULUAN MAHKAMAH

A.    SASARAN PESERTA

1.      PENOLONG PEGAWAI TANAH
2.      PENOLONG PENTADBIR TANAH
3.      KETUA PENOLONG PENTADBIR TANAH
4.      PENTADBIR TANAH
5.      PEGAWAI PENYIASAT SPRM
6.      PEGAWAI PENYIASAT PDRM
7.      PELAJAR UNIVERSITI YANG BERKAITAN
8.      PERUNDING HARTA TANAH
9.      LAIN-LAIN PEGAWAI YANG DILANTIK DI BAWAH S. 12 KTN
10.  LAIN-LAIN YANG BERMINAT DAN PEMILIH TANAH YANG BERMASALAH.

B.    JANGKA MASA – HUJUNG MINGGU SABTU DAN AHAD/RUNDINGAN
C.   TEMPAT – TAIPING ATAU DITENTUKAN PEMOHON

D.   BAYARAN 1 HARI RM 1000.00.

1 comment:

  1. Terima kasih atas maklumat ni Encik =)
    Membantu pemahaman saya untuk subjek Prosedur Perundangan..

    ReplyDelete