JINGGA 13 DESAK SPRM AMBIL TINDAKAN PENDEDAHAN KEKAYAAN ANAK
KETUA POLIS SABAH OLEH MYWATCH
Kenyataan Media
JINGGA 13 Malaysia
25 Mei 2014
JINGGA 13 DESAK SPRM AMBIL TINDAKAN PENDEDAHAN KEKAYAAN ANAK
KETUA POLIS SABAH OLEH MYWATCH
JINGGA 13 Malaysia mengalu-alukan pendedahan demi pendedahan
mengenai jenayah dan korupsi yang telah dibuat oleh Badan Pemantau Jenayah,
Malaysian Crime Watch Task Force (MYWATCH) menerusi Pengerusinya R. Sri
Sanjeevan sewajarnya mendapat perhatian dan tindakan oleh pihak Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengambil satu siasatan secara serius
terhadap pendedahan yang dibuat.
JINGGA 13 Malaysia turut memuji dan menyatakan sokongan
terhadap usaha pendedahan oleh Pengerusi MYWATCH , R. Sri Sanjeevan baru-baru ini berkaitan isu kekayaan luar
biasa anak kepada Ketua Polis Sabah , Mohamad Azhan Hamza membeli secara tunai
dua buah kereta mewah – Jaguar dan Audi A5 – dengan nilai terkumpul RM1.1 juta
tahun lepas walaupun beliau "menganggur" serta beberapa transaksi
bernilai bernilai RM500,000 dalam tempoh enam bulan lepas.
Isu tersebut telah mendapat respon segera oleh Datuk Hamza
Taib , selaku Ketua Polis Sabah dan selaku pelaksana dan mendokong
undang-undang sewajarnya menyerahkan anak beliau untuk disiasat secara
menyeluruh dan bukan bertindak mempertahankan anak beliau dengan pelbagai
alasan malah dilihat begitu dangkal , mengelirukan dan kurang jelas sepertimana
yang didakwa oleh MYWATCH.
JINGGA 13 Malaysia menyatakan pendirian akan memberikan
komitmen bagi membantu menyediakan barisan peguam sekiranya MyWatch dan R. Sri
Sanjeevan di saman oleh pihak Ketua Polis Sabah, atau ditahan di bawah Akta
BAFIA kerana mendedahkan butiran bank milik anak Ketua Polis tersebut.
JINGGA 13 Malaysia kesal sehingga ini tidak ada sebarang
tindakan diambil oleh pihak SPRM selepas pendedahan yang dibuat oleh MYWATCH
sedangkan ianya adalah merupakan satu kes yang sangat serius dan kami juga
meminta agar Ketua Polis Negara memberikan kerjasama dengan MYWATCH dalam usaha
membenteras jenayah dan korupsi.
JINGGA 13 Malaysia akan terus memberikan sokongan serta
komitmen kepada mana-mana pihak khususnya orang-orang perseorangan dan Badan
Bukan Kerajaan (NGO) seperti MYWATCH untuk terus membuatkan pendedahan jenayah
dan korupsi tanpa prejudis ke arah negara Malaysia yang tercinta .
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia
No comments:
Post a Comment