Kampung Baru Plentong
Tengah
Daripada Wikipedia,
ensiklopedia bebas.
Kampung Baru Plentong Tengah, Masai, Johor Bharu, Johor , Malaysia ini menjadi terkenal
setelah 2000 penduduk Melayu di situ enggan pindah pada 16 September 2008.
Kampung setinggan ini dibuka sejak 1985. Ketua UMNOcawangan Kampung Baru Plentong Tengah
ialah Mohd Shaari Mohd Sham. Luas kampung ini 113 ekar tetapi sebenarnya milik
syarikat swasta. [1]
Mereka sepatutnya pindah ke penempatan baru
di Kampung Bukit Dagang , Ulu Tiram yang di bawah pentadbiran
pegawai daerah Johor Bahru, 50 km dari sini . 291 keluarga melibatkan 310 buah
rumah dan 6000 penduduk terlibat dalam pemindahan ini. Bukit Dagang belum
dilengkapi dengan jalan raya, elektrik dan air.[2] Bukit Dagang seluas 33.2
hektar merupakan kurniaan kerajaan negeri Johor sebagaimana janji Pilihan Raya
Umum Malaysia ke-10 . [3]
Isi kandungan
Bukit Lenang Development Sdn Bhd telah
membeli tanah ini pada tahun 1996, 11 tahun selepas penduduk tinggal atas tanah
ini. Pemaju menyaman penduduk di mahkamah sejak 10 tahun yang lepas. Penduduk
KBPT menerima notis mahkamah yang mengarahkan mereka berpindah pada 14
Ogos.Cubaan penduduk membeli tanah yang asalnya tak bertuan itu gagal. [4] Pihak pemaju ada menawarkan
pampasan sebanyak RM10,000 dan wang pindah sebanyak RM2,000 dengan syarat
penduduk tidak meneruskan proses rayuan di mahkamah selepas kalah di Mahkamah
Tinggi.[5]
Pada 11 Ogos 2008 , 200 penduduk Kampung
Pelentong Tengah menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Bangunan Sultan Ibrahim,
Bukit Timbalan. Wakil penduduk ialah Subra Paidathally; Pengerusi JBK, Jamean
Abdullah; Setiausaha JBK, Taslim Nani dan Ketua UMNO Cawangan Kampung Baru
Plentong Tengah, Shaari Mohd. Sham. [6]
Pada 16 September 2008 jam 10.00 pagi
syarikat pemaju Bukit Lenang Development Sdn Bhd mula menjalankan operasi
merobohkan rumah-rumah kosong di situ tetapi mendapat bantahan penduduk,
aktivis dan ahli politik pembangkang. Syarikat itu telah mendapat perintah
mahkamah untuk merobohkan rumah-rumah setinggan itu. Kira-kira 100 anggota
polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 200 lagi anggota polis termasuk yang
berpakaian biasa ditugaskan menenangkan keadaan. Pegawai Tenaga Nasional Bhd.
(TNB), pihak forensik dan Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Johor turut hadir.
27 orang termasuk pemimpin PAS dan aktivis
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ditahan polis lebih lapan jam kerana mengadakan
benteng manusia agar rumah mereka tidak dirobohkan jentolak begitu sahaja. AJK
PAS negeri Johor , Syed Othman Syed Abdullah turut ditahan. Pengerusi
jawatankuasa penduduk Jameon Abdullah pengsan sewaktu ditahan setelah bergelut
dengan pihak berkuasa. Hassan Karim menyatakan Jameon dikatakan dirempuh oleh
anggota polis, sebelum rebah dan pengsan.
Seorang pemimpin PAS Johor dan aktivis hak
asasi, dibebaskan dengan jaminan RM1,000 setiap seorang. Mereka diarahkan
melaporkan diri di Balai Polis Johor Jaya. Setiausaha jawatankuasa bertindak
penduduk , Taslim Nani menyatakan lima orang peguam telah dilantik untuk
membela mereka. Pada 18 Oktober 2008 Cheng Lee Whee , sukarelawan wanita Suaram
Johor Bahru ditahan menurut Seksyen 28 Akta Keselamatan Negeri 1960 di Balai
Polis Seri Alam. Sebenarnya Cheng hadir di Balai Polis Seri Alam untuk memberikan keterangan
berhubung laporan polisnya di Balai Polis Permas Jaya Laporan polis itu dikatakan
palsu[7].[8]
Pada 17 Oktober 2008, Ketua UMNO cawangan Kampung Baru
Plentong Tengah, Mohd Shaari Mohd Sham menyatakan SPNB meminta baki 262 ketua
keluarga mengisi borang permohonan rumah mampu milik yang berkualiti di Kampung
Bukit Dagang .123 penduduk telah mendapat geran tapak rumah di kawasan ganti
tersebut. 48 telahpun membuat permohonan dan mendapat kelulusan daripada SPN. [9]
Pada 29 Oktober 2008, pesuruhjaya kehakiman
Datuk Hue Siew Kheng di Mahkamah Tinggi Johor Bahru memberi masa sehingga 31
Disember 2008 sahaja sebelum mereka pindah .
Peguam Hassan Abdul Karim yang juga presiden Parti Rakyat Malaysia merayu rumah tidak diroboh
kerana ada tawaran daripada agensi kerajaan negeri Johor untuk menyediakan
rumah transit / rumah pangsa 5 tingkat di Taman Desa Mutiara. Rumah pangsa 600
unit itu 20 km dari Kampung Baru Plentong Tengah. Rumah sementara itu hendaklah
menyediakan kemudahan asas seperti elektrik dan air kerana prasarana itu
sangatlah penting. Mathew Thomas Philip menjadi peguam pihak pemaju, Bukit
Lenang Development Sdn. Bhd.
Seramai 20 penduduk telah menandatangani Aku
Janji dan direkodkan oleh penolong pendaftar mahkamah Johor Bahru bertujuan
mengelakkan berulang ketegangan baru antara penduduk dan pemaju .[10]
Sebelum ini iaitu pada 16 Jun 2008 nelayan di
sini menuntut pampasan berikutan pembinaan jambatan kedua Permas Jaya yang
melintasi Kampung Pelentong Tengah. Nelayan yang membantah itu dari Kampung
Plentong Tengah, Kampung Bakar Batu, Kampung Pengkalan Sungai Balak, Kampung
Senibong, Kampung Orang Asli Stulang Laut dan Kampung Ulu Plentong, Kampung
Lekoh, Kampung Orang Asli Kuala Masai dan Kampung Pasir Gudang Baru. Pemaju
hanya setuju membayar RM30,000. [11]
·
1985 Penduduk meneroka tanah. Pejabat Tanah memaklumkan
bahawa tanah tersebut tiada pemilik.
·
1986 Kampung Baru Pelentong Tengah (KBPT) terbentuk.
Penduduk memohon hak milik tanah. Pejabat Tanah kata tanah dimiliki Syarikat
Mosbert.
·
1987 Tanah ditukar tangan kepada Jet Ace Co. dan
seterusnya kepada Oakfield.
·
1989 Penduduk kalah kepada Oakfield di Mahkamah Tinggi
Johor Bharu dengan perintah milikan kosong.
·
1990 Dalam usaha mendapatkan ehsan DYMM Sultan Johor,
penduduk ditipu sebanyak RM 18,000.00 oleh ‘orang tengah’.
·
1991 Atas cadangan wakil rakyat, penduduk membentuk
tabung bertujuan membeli tanah daripada Oakfield.
·
1993 Pembayaran pendahuluan penduduk dari wang tabung
sebanyak RM 417,307.93 digelapkan oleh peguam.
·
1993 Oakfield melakukan perobohan rumah. Atas suruhan
wakil rakyat, penduduk melarikan diri ke dalam hutan. Selepas itu, penduduk
membelanjakan RM 22,000.00 untuk membebaskan seorang penduduk yang tidak sempat
lari dan ditahan oleh polis.
·
1993 Atas cadangan peguam, penduduk menanggung kos
menghantar wakil untuk memohon wang kebajikan antarabangsa di Filipina.
·
1993 Penduduk menang kepada Oakfield di Mahkamah Rayuan
Kuala Lumpur dengan ketepikan perintah kommintal Mahkamah Tinggi Johor Bharu.
·
1994 Oakfield setuju menjual tanah kepada penduduk.
Perundingan pembelian tanah dimula.
·
1994 Penduduk ‘menghilangkan’ RM 820,000.00 kepada
Oakfield melalui peguam J. Sing & Co.
·
1995 TNB membekalkan elektrik ke Kampung Baru Pelentong
Tengah (KBPT).
·
1996 Bukit Lenang Development Sdn. Bhd. ambil milik tanah
Kampung Baru Pelentong Tengah (KBPT). Pemaju menawarkan pampasan kepada
penduduk yang berpindah. Penduduk tidak setuju kerana rasa nilai pampasan tidak
setimpal.
·
1997 Penduduk buat aduan polis terhadap Oakfield yang
jualkan tanah sedangkan proses jual-beli dengan penduduk tengah diproses.
·
1997 Bukit Lenang saman penduduk. Bukit Lenang menolak
cadangan tuntutan ganti rugi penduduk.
·
1997 Penduduk membuat kempen tandatangan dan hantar surat
kepada MB Johor atas sokongan Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar (JSPB).
·
1998 Penduduk kalah di Mahkamah Tinggi JB dengan perintah
milikan kosong tetapi terus merayu.
·
1999 Kerajaan Johor mengurniakan tanah Kg. Bukit Dagang
kepada penduduk.
·
2000 Bukit Lenang menjalankan operasi pengusiran secara
paksa. Penduduk turun sama-sama dan berjaya mempertahankan rumah.
·
2000 Penduduk menang kes di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur.
·
2002 Penduduk kalah di Mahkamah Tinggi Johor Bharu.
·
2007 Penduduk kalah di Mahkamah Rayuan Putrajaya.
akib - ihsan wikipedia
A. TAJUK KURSUS YANG DI TAWARKAN
1. PENGENALAN KEPADA KTN
2. SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
3. KUASA MENANGKAP DAN MENAHAN MENGIKUT KTN DAN CPC
4. PROSEDUR TANGKAPAN DAN PENAHANAN
5. LAPORAN POLIS DAN FIR
6. PENGURUSAN BARANG KES
7. INTIPATI KESALAHAN MENGIKUT SEKSEN 425
8. INTIPATI KESAHAN MENGIKUT SEKSEN 426
9. PERAMPASAN DAN LUCUT HAK BARANG KES
10. KUASA MENYIASAT DAN KTN DAN CPC
11. KAEDAH MERAKAM PERCAKAPAN
12. MENGURUSKAN OKT DARI AWAL HINGGA AKHIR
13. PENYEDIAN KERTAS SIASATAN
14. PENYEDIAAN FAKTA KES DAN PERTUDUHAN
15.RUJUKAN KES KEPADA TPR
16. PENDAFTARAN KES DAN BORANG-BORANG MAHKAMAH
17. AKTA KETERANGAN
18. TUGAS DAN PERANAN PEGAWAI PENDAKWA
19. TEKNIK BERHUJAH
20. PENGHUKUMAN.
21. OPERASI MEMUSNAH DAN PELAN KONTIGENSI.
22. PENCEROBOHAN TANAH MILIK DAN MENYELESAIANNYA
23. BONOS - PECEROBOHAN TANAH MILIK DAN PENYELESAIAN
PELAN A, PELAN B, PELAN C, PELAN D, PELAN E, PELAN F.
AFFIDAVIT DAN KES –KES DULUAN MAHKAMAH
A. SASARAN PESERTA
1. PENOLONG PEGAWAI TANAH
2. PENOLONG PENTADBIR TANAH
3. KETUA PENOLONG PENTADBIR TANAH
4. PENTADBIR TANAH
5. PEGAWAI PENYIASAT SPRM
6. PEGAWAI PENYIASAT PDRM
7. PELAJAR UNIVERSITI YANG BERKAITAN
8. PERUNDING HARTA TANAH
9. LAIN-LAIN PEGAWAI YANG DILANTIK DI BAWAH S. 12 KTN
10. LAIN-LAIN YANG BERMINAT DAN PEMILIH TANAH YANG BERMASALAH.
B. JANGKA MASA – HUJUNG MINGGU SABTU DAN AHAD/RUNDINGAN
C. TEMPAT – TAIPING ATAU DITENTUKAN PEMOHON
D. BAYARAN 1 HARI RM 1000.00.
No comments:
Post a Comment