Wednesday, 20 November 2013

SETINGGAN DAN PENGUSIRAN PAKSA DI MALAYSIA (SYED HUSIN ALI)

BAB 14 : SETINGGAN DAN PENGUSIRAN PAKSA DI MALAYSIA (SYED HUSIN ALI)

1.    PENGENALAN

-       Perumahan merupakan suatu permasalahan major dalam bandar di seluruh dunia termasuklah Malaysia.
-       Harga rumah yang mahal, sewa rumah yang tinggi membuatkan ramai yang tidak mampu dan membina rumah di kawasan setinggan.
-       Kebanyakan setinggan terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah dan pertengahan.
-       Penduduk setinggan terdiri daripada orang tempatan serta para migran tempatan dan luar negara seperti dari Indonesia, India, dan China.

2.    TABURAN SETINGGAN

-       Majoriti penduduk di Malaysia tinggal di kawasan bandar yang berjumlah hampir sejuta orang.
-       Tiada suatu statistik yang benar-benar boleh dipercayai berkaitan dengan populasi setinggan.

3.    PENGENALAN PENGUSIRAN

-       Proses perobohan rumah dan pengusiran setinggan sudah lama dijalankan.
-       Di bawah pengenalan Perdana Menteri yang berkuasa pada 1981, fokus pembangunan telah beralih dari kawasan luar bandar ke kawasan bandar.
-       Banyak projek telah dirancang seperti kemudahan, pejabat, perumahan dan pembangunan industri.

4.    PROSES PENGUSIRAN

-       Justifikasi biasa diberi bagi pengusiran ialah seperti berikut:
(a)  Tanah adalah milik pemilik tanah ( Negara atau swasta ) yang mempunyai hak undang-undang terhadap tanah tersebut.
(b)  Perintah mahkamah telah di wartakan dan oleh itu para setinggan harus mengikut undang-undang.
(c)  Notis telah dikemukakan dan para penduduk setinggan tetap berdegil.
(d)  Tidak wujud undang-undang yang memerlukan pampasan di bayar atau peruntukan untuk penyediaan rumah alternatif sebelum pengusiran.

-       Proses pengusiran:
(a)  Pemujukan / rayuan
·         Pada permulaannya pemimpin masyarakat, ahli politik dan wakil pembangunan akan memujuk penduduk setinggan untuk berpindah dengan menyatakan bahawa mereka sepatutnya bersyukur kerana telah tinggal di tanah tersebut tanpa sebarang bayaran selama bertahun-tahun.
·         Penduduk setinggan seharusnya menerima pujukan tersebut untuk membantu Perdana Menteri dalam merialisasikan impian membangunkan negara ini.
  
(b)  Ancaman
·         Penduduk setinggan sering terancam dengan kemusnahan oleh kemiskinan jika mereka tidak keluar dari masalah ini.
·         Ancama lain adalah seperti kemungkinan untuk tidak mendapat pampasan atau pilihan untuk pembelian rumah kos rendah.
·         Pihak berkuasa serta ahli politik turut berhadapan dengan penduduk setinggan yang berdegil dan mereka boleh ditangkap serta ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
·         Terdapat banyak kes juga yang melibatkan kaki pukul dan gengster yang dihantar kepada mereka yang berdegil.

(c)  Pembayaran
·         Wakil pemaju, pemimpin masyarakat dan ahli politik menawarkan sejumlah bayaran kepada penduduk setinggan agar mereka berpindah.
·         Terdapad beberapa kes setiap rumah diberi RM1000.00 ataupun rumah percuma untuk menggantikan rumah yang telah dirobohkan.
·         Aggota polis juga bibayar oleh pemaju agar memaksa penduduk setinggan untuk berpindah.

(d)  Pengusiran paksa
·         Apabila masih terdapat penduduk setinggan yang masih berdegil maka pihak pemaju membawa kes ini ke mahkamah.
·         Dengan cara ini pegawai daripada Pejabat Tanah, pihak berkuasa serta anggota polis yang ramai akan turun padang ke kawasan setinggan.
·         Mereka menggunakan traktor dan pelbagai lagi jentera untuk merobohkan rumah-rumah setinggan.

5.    TENTANGAN OLEH SETINGGAN

-       Antara kaedah yang di gunakan adalah:
(a)  Jawatankuasa Tindakan
·         Apabila menerima notis agar mengosongkan kawasan setinggan maka para penduduk setinggan tersebut telah bertindak membentuk suatu Jawatankuasa Tindakan dan diselaraskan oleh Jawatankuasa Sokongan Peneroka Baru (JSPB) dengan bantuan aktivis sosial.
·         Jawatabkuasa ini bertindak menetapkan mesyuarat agar mengenalpasti strategi yang perlu dilakukan serta mengumpul dana untuk kegunaan mereka.




(b)  Bantuan Undang-undang
·         Jawatankuasa tersebut juga mendapatkan bantuan daripada peguam untuk dengan mengambil tindakan mahkamah terhadap sesiapa yang cuba untuk memusnahkan kawasan setinggan.
·         Peguam-peguam akan dikekalkan untuk semua tujuan sah di dalam dan luar mahkamah.

(c)  Menolak Perobohan
·         Apabila kerja-kerja merobohkan sertinggan dilakukan para penduduk setinggan mengadakan sekatan serta kebanyakan kanak-kanak dan wanita duduk di dalam rumah agar proses perobohan tidak dapat diteruskan.
·         Kadang kala startegi ini berjaya melumpuhkan kerja perobohan namun dengan adanya penguatkuasa mereka terpaksa akur juga akhirnya.

(d)  Sokongan
·         Penduduk setinggan turut mendapat sokongan daripada JSPB, NGO, peguam serta ahli politik (PRM, PAS dan DAP).

(e)  Media
·         Pihak media juga turut terlibat dalam melaporkan masalah ini. Kadangkala membuat liputan yang meluas terhadap beberapa kes.

(f)   Demonstrasi
·         Selepas rumah dirobohkan, penduduk setinggan dengan sokongan beberapa pihak lain telah melakukan demonstrasi di pejabat pemaju, Pejabat Menteri Besar serta Majlis Tempatan.

(g)  Memorandum
·         Memorandum juga turut dihantar kepada pelbagai pihak berkuasa, pejabat serta menteri.
·         Terdapat 2 memorandum yang telah di hantar kepada Perdana Menteri iantu pada tahun 1995 dan 1997.

(h)  Lobi Parlimen
·         Kaedah ini jarang dilakukan kerana tidak mendatangkan kesan yang besar.

(i)    Laporan
·         Selepas rumah dirobohkan para penduduk setinggan membuat laporan polis berkaitan dengan pemusnahan hak milik, kecederaan, ketidakadilan dan sebagainya.

(j)    Kes Mahkamah
·         Kes mahkamah ini kebiasaannya berkaitan dengan dakwaan bahawa mereka dicederakan oleh pihak polis, pemaju mendakwa mereka mendiami tanah yang tidak sah serta dakwaan terhadap penduduk setinggan yang mencederakan pihak polis.

(k)  Perundingan
·         perundingan dilakukan kerana kes mahkamah kebiasaannya mengambil masa yang lama untuk selesai.
·         Selain itu pemaju tidak mahu menanggung kos yang tinggi dengan menagguh projek mereka untuk jagka masa yang lama.

6.    SELEPAS PENGUSIRAN

-       Antara kemudahan yang disediakan kepada penduduk setinggan selepas proses  pengusiran dilakukan:
(a)  Rumah atau flat percuma
(b)  Rumah Panjang
(c)  Flat Kos Rendah
(d)  Pampasan

-       Namun tiada data atau statistik berkaitan bantuan ini bagi seluruh negara.

7.    STRATEGI MASA HADAPAN

-       Antara strategi yang telah digariskan adalah:
(a)  Menyatakan pengusiran paksa adalah tidak sah.
(b)  Pemindahan semula dilakukan setelah perjanjian dicapai melalui perundingan antara penduduk setinggan dan pemaju.
(c)  Mengiktiraf peneroka bandar dan sediakan kemudahan asas untuk mereka.
(d)  Mempertahankan hak milik serta hak individu para penduduk setinggan serta melindungi mereka dari kekejaman dan ketidakadilan.
(e)  Mebatalkan undang-undang yang tidak adil.
(f)   Undang-undang baru haruslah digubal agar dapat memastikan penduduk setinggan disediakan tanah dan rumah atau bayaran pampasan sebelum mereka terpaksa berpindah keluar daripada kawasan setinggan tersebut.

8.    KESIMPULAN

-       Masalah setinggan merupakan masalah yang serius namun sukar di selesaikan.
-       Majoriti penduduk setinggan yang berada dalam kawasan pencemaran, tidak sihat, kekurangan kemudahan asas dan banyak masalah sosial, pada dasarnya tidak gembira dengan kehidupan sebegitu. Mereka tiada pilihan kerana harga serta sewa rumah yang sedia ada terlalu mahal bagi mereka.
-       Perumahan untuk orang miskin masih tidak mencukupi.
-       Kebanyakan undang-undang hanya memihak kepada kerajaan, pemilik tanah serta pemaju. Hak setinggan sering diabaikan.
-       Penyelesaian terbaik adalah dengan membuat perundingan antara semua pihak yang terlibat.






APPENDIX 1: PENGUSIRAN PENDUDUK SETINGGAN

Di Kuala Lumpur
Kampung Abdullah Hakim: 
*      Ramai org berpindah dgn cara dan tmpt yg berbeza sejak awal ke 8.
*      ramai penduduk berpindah ke rumah panjang atau membeli rumah kos rendah di Bukit Putra dan sesetengah penduduk tinggal di tempat lain.
*      Tidak ada bayaran ganti rugi,tapi setiap keluarga diberi RM300 untuk bayaran pengangkutan mengangkut barang-barang milik mereka.
*      1990,rumah panjang dan rumah kos rendah tersebut perlu dirobohkan untuk laluan pembangunan dalam aktiviti perdagangan.
*      Termasuk 106 keluarga terpaksa membeli rumah flat harga diantara RM 5000 ke RM10000 iaitu lebih daripada harga rumah kos rendah.
Kampung Bumi Hijau
*      13 tahun lepas, kerajaan memerlukan tanah untuk pembangunan.
*      Kebanyakan daripada mereka dipujuk untuk membeli bangunan flat yg berhampiran.
*      Sesetengahnya ada yg pergi apabila menerima ganti rugi diantara RM5000 ke RM 12,000.
*      Tapi 17 keluarga berdegil enggan berganjak menyebabkan kerajaan terpaksa meroboh  rumah mereka.
*      Akhirnya, 13 keluarga memberi  tanah dan rumah masing-masing, dan 3 keluarga hanya memberi tanah.
Kampung Chubadak
*      Mengaitkan kira-kira  lebih 100 isirumah dan tanah di bawah tanah rezab melayu.
*      Tetapi ada sesetengah yang tidak dapat dipastikan menjual tanah kepada syarikat swasta untuk pembangunan perumahan.
*      Dan sesetengah lagi kira-kira 50 isirumah yang tinggal di Kampung Chubadak Dalam, telah menerima notis pengusiran.
*      Apabila mereka enggan pergi,pemaju memujuk isirumah meroboh rumah mereka dan keluar dengan dibayar sejumlah wang.
*      Selepas itu,syarikat tersebut mendapat arahan mahkamah untuk meroboh rumah tersebut dengan memberi peringatan kepada mereka dan mengusir mereka daripada tanah tersebut.
*      Apabila pejabat berkuasa dari Dewan Bandaraya datang bersama polis serta pegawai mahkamah, mereka mempertahankan rumah mereka.
*      Penduduk setinggan kediaman lain dan JSPB memberi sokongan kepada mereka.
*      Akhirnya kumpulan penguatkuasa berundur.
*      Berikutnya kedua-dua pihak merujuk kepada mahkamah.
*      Mahkamah mengarahkan pihak pemaju berhenti daripada tindakan mereka.
*      Tetapi pemaju mempunyai beberapa cara pengusiran seperti mencuba mengambil perhatian ketua penduduk setinggan, cuba menyambung  kerja pembangunan mereka,membawa gangster dan beberapa org polis untuk menghalang pendududuk.
*      Penduduk telah menghalang pemaju daripada meneruskan aktiviti mereka selama lebih daripada 3 tahun.
*      Sampai sekarang, wakil-wakil syarikat pemaju tetap mahu menang melalui pelbagai cara seperti menawarkan pelbagai bentuk bayaran.
Kampung Sentosa
*      Membababitkan kira-kira 400 keluarga.
*      Tanah yg mereka diami mendapat pengesahan drpd majlis bandaraya,tetapi kemudiannya dijual kepda sebuah syrikat untuk tujuan pembangunan perumahan.
*      Apabila mendapat perintah 89 dari mahkamah,dgn mendapatkan bantuan drpd majlis bandaraya pejabat penguatkuasa dan  polis untuk meroboh beberapa rumah.
*      ¾ keluarga bersetuju untuk berpindah ke rumah panjang, dengan bayaran RM300 untuk bayaran pengangkutan barangan mereka.
*      Selebihnya membina semula rumah mereka.
*      Kebanyakan drpd mereka meninggalkan rumah apbila gagal dalam kes mahkamah tinggi dan mereka ditawarkan RM 5000 untuk gantirugi.
*      Kurang drpd 20 keluarga meneruskan untuk menetap.
Kampung Udara
*      Membabitkan lebih daripada 28 keluarga.
*      Mereka diarahkan meninggalkan tanah mereka untuk keperluan pembinaan lebuhraya.
*      Mereka mendpt notis drp dewanbandaraya dan pd 1995 pejabat berkuasa merobohkan rumah mereka.
*      Mereka mndirikan khemah walaupun khemah itu juga dirobohkan.
*      Akhirnya mereka bersetuju utk berpindah ke rumah panjang yg disediakan.
*      Mereka menfailkan dakwaan di mahkamah.

DI SELANGOR
Kampung Ampang Campuran
*      Membabitkan lebih drp 200 keluarga untuk mninggalkan tnh mereka utk pembangunan perumahan.
*      Polis dan ganster seringkali menghalau mereka.
*      Mereka diberi tawaran gantirugi sbyk RM 5000.
*      Ada yg pergi, ada yg berpindh ke rumah pnjg, ada yg meninggalkn ke tempt lain.
*      60 keluarga masih menentang pengusiran tersbut,menfailkan dakwaan utk menghentikan kerja pembangunan dan jugamembawa ke muka pengadilan.
*      Mereka menang dua kes membabitkn dakwaan jenayah  mencuba membkr bangunan.
*      Mereka juga mendpt tawaran sulit gntirugi sbyk RM 8000.

Kampung Rambutan
*      March 1997,pejabat penguakuasa yg mendpt bntuan polis  dtg ke kmpung utk mengusir 32 keluarga dan merobohkan 24 buah rumah yg mereka tinggal.
*      Rumah 18 keluarga dpt dirobohkan,6 keluarga menentang dan membawa mslh ini ke mahkamah.


Kampung Selayang Bahagia
*      Membabitkan 450 keluarga. Antara 170 keluarga dpt dipujuk untuk berpindh ke rumah panjng.
*      Pemaju swasta yg mahu membangunkan tanah tersebut menawarkan byran RM200 sebulan dlm tempoh 3 thn,utk menolong membyr sewa rumah dimana shj mereka tinggal dengan brjanji apbila flat kos rendh disiapkan mereka dpt membeli flat trsebut.
*      Nyatanya,tidak msuk akal byrn sewa RM200 di KL.
*      Baki 180 keluarga mahu disediakan rumah percuma
*      Mereka menfailkan dkwaan di mahkmah.pejabat penguatkuasaan mendpt sokongan polis awal 1997 utk merobohkn rumah mereka.
*      Apabila mereka menentang, polis menggunakn semburan air,tetapi mereka ttp tidak berganjak.
*      Akhirnya polis berundur.
*      Berunding di mahkamah.
*      Antara RM8000 ditwrkn sbgai gantirugi.keutamaan mereka adlh membeli rumah berkos rendh yg sptutnya dibina.
Kampung Taman Aman.
*      Membabitkan lebih drp 100 keluarga,ttp kbnyakkan drp mereka dpt dipujuk utk berpindah ke rumah panjg kerana projek LRT baru tlh dirancang.
*      Baki hanya 45 keluarga.
*      Ogos 1996,pejabat penguatkuasa dr pejabat tanah,dgn mndpat bntuan polis utk merobohkn rumah mereka.
*      Beberapa org dipukul kerana menghalang. Dgn ini lebih 10 keluaga berpindah ke rumah pnjg.dgn baki lagi 35 keluarga.
*      Sebahagian banyk projek LRT  tlh disiapkn dan sekarang tindakan seterusnya akan diambil.

UNTUK DIJUAL: TANAH,POKOK DAN PEKERJA LADANG PADANG MEIHA

*      Jumaat pagi,Mac 1995 di simpang tiga jalan utama,beberapa ratus orang(campuran melayu,cina dan india) berkumpul.
*      Membuat perhimpunan di bawah pokok getah di ladang Padang Meiha,berdekatan Kulim, Kedah.
*      Pada 9 mac,mereka menerima surat dari majikan EAC mereka ,The East Asiatic Company (M) Bhd. Memberitahu ladang akan dijual kepada Malayan Borneo Finance Company (MBf)
*      Omar(jurucakap untuk 500 pekerja ladang) berkata” ketika itu kami tidak syak apa-apa. Kami terkejut,marah dan kecewa . Terutamanya sejak kebanyakan dari kami mengabdikan lebih dari 30 tahun kehidupan kami kepada syarikat EAC.

Dalam keadaan yang dilupakan
*      Sejak dapat surat pada 9 mac 1995,kehidupan mereka dalam keadaan dilupakan.
*      Pemilik baru berjanji di dalam surat tawaran untuk menyambung keadaan kemudahan dan upah.
*      Omar menjelaskan “MBf gagal untuk memberitahu kami jenis pekerjaan yang kami akan lakukan.kerana sejak dulu lagi kami adalah penoreh.
*      Di dalam surat mendedahkan MBf mahu tukar ladang kepada  rumah mewah dan padang golf.
*      Mereka merasakan nasib pekerja akan terjadi seperti  peladang di Kedah dan Penang yang lain: penamatan pengurusan,pokok dicabut, diratakan dengan bulldozer,dan kemudian diubah menjadi resort padang golf,kawasan perumahan,tapak perkilangan dan kemudahan di masa lapang.
*      Perubahan dalam kegunaan tanah ini menyebabkan semakin ramai pekerja diusir ke pekerjaan  dalam industri baru yang kurang bagus.
*      Mereka tiada tempat berteduh, menyewa, menganggu pendididikan anak-anak, dan menghantar anak-anak ke kilang untuk membantu menambahkan pendapatan keluarga.

Being kept in the dark is a cause for anger
*       Kemarahan pekerja berlipat ganda disebabkan:
1)pertukaran hakmilik tanpa memberitahu mereka
2)kegagalan EAC menamatkan mereka mengikut undang-undang.
*      sebelum jualan di lakukan, EAC sepatutnya memberitahu mereka . EAC  perlu memberi kebebasan memilih kepada mereka samada menyambung bekerja,di bawah MBf atau memilih diberhentikan sementara dengan penamatan dan lain-lain faedah  yang berkaitan.
*      Pekerja Padang Meiha mensyaki  berlakunya percangahan mengenai  ladang apabila laporan New Straits Times pada 4 januari 1995 dimana MBf membuat rancangan tentang pembangunan. Dengan kerjasama National Union of Plantation Workers (NUPW) . wakil NUPW bertemu dengan EAC  sebelum ini  beserta permintaan pekerja untuk penamatan dan pehentian sementara faedah termasuk bayaran  ex-gratia RM400 kemudahan  setiap tahun.
*      Tambahan itu,kami  juga membuat permintaan faedah rumah, 50% diskaun rumah kos rendah,kata Omar.
*      EAC bersetuju,tetapi  banyak kekecewaan yang berlaku kepada peladang. Jadi amat susah untuk mereka menerima tawaran MBf untuk menyambung menjadi majikan tanpa sebarang penjelasan apa yang mereka tawarkan.

Bantahan yang kuat
*      Untuk bantahan ketidakadilan tersebut,pekerja enggan untuk pergi ke kerja. Telah sebulan mereka berhimpun di bawah pokok getah.
*      Apa yang bermakna daripada isu ini, bangsa melayu,india,cina yang bekerja di ladang tersebut bersama-sama bekerjasama.
*      Tetapi 20 orang wakil NUPW tidak bersama-sama mereka. NUPW menasihati supaya mereka berhenti daripada bantahan tersebut dan bekerja semula.
*      Mereka juga mencuba menabur perselisihan antara pekerja supaya dapat  melemahkan  semangat bantahan mereka.
*      Peringkat kesusahan dan cabaran mereka ialah apabila mereka pergi membuat bantahan tanpa empat bulan gaji pertama.
*      Sesetengah keluarga mengadai barang kemas mereka.
*      Govinerdasamy Tanimali,pekerja dan peduduk selama 27 tahun berkata penduduk terpaksa menanggung masalah apabila bekalan air dan elektrik dipotong.
*      Menteri Besar Datuk Seri Sanusi Junid melebal sebagai tindakan yang tidak berperikemanusiaan.
Proses undang-undang dan penyelesaian.
*      Pada disember 1995,bermula proses undang –undang apabila  MBf mengusir 273 pekerja yang enggan berganjak dari tanah yang didiami.
*      Untuk pembelaan,penduduk memberi alasan EAC membenarkan mereka untuk  mendiami  ¼  tanah(kebanyakan menetap lebih 30 tahun) sebelum di jual kepada MBf.
*      Lebih daripada 200 pekerja dan keluarga mereka datang ke Mahkamah  Tinggi Alor Setar pada 14 April 1996 untuk mendengar keputusan.
*      Dan undang-undang yang diadili oleh Hakim Datuk Mohamed Ariff Othman menolak permohonan MBf.
*      Peraturanya penyewa yang sejak pada mulanya diberi hak mendiami  bangunan dan perkarangan dari majikan terdahulu lebih berhak iaitu daripada majikan EAC.
*      Mereka juga berhak mendapat tawaran terdahulu daripada EAC
*      Pada bulan Mei ,MBf membuat rayuan tetapi gagal.
*      Sementara itu,jawatankuasa tindakan Padang Meiha, mengumpulkn pekerja ( Omar Said,sebagai jurucakap) membuat surat dan mahu mendapatkan campurtangan daripada Datuk Seri Sanusi Junid Menteri Besar Kedah dan Kerajaan Negeri mengenai isu ini.
*      Dengan campurtgn Kerajaan Negeri Kedah, ia mencapai penyelesaian pada April 1997:MBf bersetuju untuk membina rumah kos rendah dengan dijual diskaun sebanyak 50%(RM12,500) kepada pekerja EAC dan penduduk yang terdahulu.

*      Gantirugi Ex-gratia turut diberi. Iaitu faedah di bawah Akta Pekerjaan 1955.


A.        TAJUK KURSUS YANG DI TAWARKAN

1. PENGENALAN KEPADA KTN
2. SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
3. KUASA MENANGKAP DAN MENAHAN MENGIKUT KTN DAN CPC
4. PROSEDUR TANGKAPAN DAN PENAHANAN
5. LAPORAN POLIS DAN FIR
6. PENGURUSAN BARANG KES
7. INTIPATI KESALAHAN MENGIKUT SEKSEN 425
8. INTIPATI KESAHAN MENGIKUT SEKSEN 426
9. PERAMPASAN DAN LUCUT HAK BARANG KES
10. KUASA MENYIASAT DAN KTN DAN CPC
11. KAEDAH MERAKAM PERCAKAPAN
12. MENGURUSKAN OKT DARI AWAL HINGGA AKHIR
13. PENYEDIAN KERTAS SIASATAN
14. PENYEDIAAN FAKTA KES DAN PERTUDUHAN
15.RUJUKAN KES KEPADA TPR
16. PENDAFTARAN KES DAN BORANG-BORANG MAHKAMAH
17. AKTA KETERANGAN 
18. TUGAS DAN PERANAN PEGAWAI PENDAKWA
19. TEKNIK BERHUJAH
20. PENGHUKUMAN.
21. OPERASI MEMUSNAH DAN PELAN KONTIGENSI.
22. PENCEROBOHAN TANAH MILIK DAN MENYELESAIANNYA
23. BONOS - PECEROBOHAN TANAH MILIK DAN PENYELESAIAN
                  PELAN A, PELAN B, PELAN C, PELAN D, PELAN E, PELAN F.
                  AFFIDAVIT DAN KES –KES DULUAN MAHKAMAH

A.    SASARAN PESERTA

1.      PENOLONG PEGAWAI TANAH
2.      PENOLONG PENTADBIR TANAH
3.      KETUA PENOLONG PENTADBIR TANAH
4.      PENTADBIR TANAH
5.      PEGAWAI PENYIASAT SPRM
6.      PEGAWAI PENYIASAT PDRM
7.      PELAJAR UNIVERSITI YANG BERKAITAN
8.      PERUNDING HARTA TANAH
9.      LAIN-LAIN PEGAWAI YANG DILANTIK DI BAWAH S. 12 KTN
10.  LAIN-LAIN YANG BERMINAT DAN PEMILIH TANAH YANG BERMASALAH.

B.    JANGKA MASA – HUJUNG MINGGU SABTU DAN AHAD/RUNDINGAN
C.   TEMPAT – TAIPING ATAU DITENTUKAN PEMOHON
D.   BAYARAN 1 HARI RM 1000.00.




No comments:

Post a Comment