Kisah Keperibadian Abu Bakar As Siddiq
Nama Abu Bakar As-Siddiq radhiallahu'anhu tidaklah asing
lagi bagi umat Islam, baik dahulu maupun sekarang. Dialah manusia yang dianggap
paling agung dalam sejarah Islam sesudah Rasulullah Shalallahu 'Alaihi
Wasallam.
Kemuliaan akhlaknya, kemurahan hatinya dalam mengorbankan
harta benda dan kekayaannya, kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah umat,
ketenangannya dalam menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya ketika berkuasa
serta tutur bahasanya yang lembut lagi menarik adalah sukar dicari bandingannya
baik dahulu maupun sekarang. Dialah tokoh sahabat terbilang yang paling akrab
dan paling disayangi oleh Rasulullah.
Nama sebenar Abu Bakar As-Siddiq adalah Abdullah Bin
Qahafah. Sebelum Islam, beliau adalah seorang saudagar yang sangat kaya serta
datang dari keluarga bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat Quraisy.
Bahkan sebelum memeluk Islam, Abu Bakar telah terkenal sebagai seorang pembesar
Quraisy yang tinggi akhlaknya dan tidak pernah meminum arak sebagaimana yang
lazimnya dilakukan oleh pembesar-pembesar Quraisy yang lain.
Dari segi umur, Abu Bakar radhiallahu'anhu adalah dua tahun
lebih muda dari Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam dan telah menjalin
persahabatan yang akrab dengan baginda Rasul lama sebelum Rasulullah menjadi
Rasul. Beliaulah tokoh sahabat besar yang dianggap paling banyak sekali
berkorban untuk menegakkan agama Islam di samping Nabi Muhammad Shalallahu
'Alaihi Wasallam. Kerana besarnya pengorbanan beliau itulah Rasulullah
Shalallahu 'Alaihi Wasallam pernah mengatakan bahawa Islam telah tegak di atas
harta Siti Khadijah radhiallahu'anha dan pengorbanan Abu Bakar radhiallahu'anhu
Adapun gelaran As-Siddiq yang diberikan kepadanya itu adalah kerana sikapnya
yang selalu membenarkan apa pun perkataan maupun perbuatan Nabi Muhammad
Shalallahu 'Alaihi Wasallam. Dalam hal ini kita petik suatu kisah seperti yang
diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud radhiallahu'anhu yang dicenitakan sendiri
kepadanya oleh Abu Bakar, tentang bagaimana Abu Bakar memeluk agama Islam.
Kata Abu Bakar radhiallahu'anhu ketika menceritakan suatu
kisah mengenai dirinya kepada Ibnu Mas'ud, "Aku pernah mengunjungi seorang
tua di negeri Yaman. Dia rajin membaca kitab-kitab dan mengajar banyak murid.
Dia berkata kepadaku: "Aku kira tuan datang dari Tanah Haram. "Benar,
“jawabku. "Aku kira tuan berbangsa Quraisy?” "Benar,” ujarku lagi.
"Dan apa yang aku lihat, tuan dari keluarga Bani Taiyim?” "Benarlah
begitu,” tambahku selanjutnya. Orang tua itu terus menyambung, katanya,
"Ada satu lagi hal yang hendak aku tanyakan dari tuan, yaitu tentang diri
tuan sendiri. Apakah tak keberatan jika aku lihat perutmu? Maka pada ketika itu
aku pun berkata, "Aku keberatan hendak memperlihatkan selagi tuan tidak
nyatakan kepadaku perkara yang sebenarnya. Maka ujar orang tua itu, "Aku
sebenarnya melihat dalam ilmuku yang benar bahawa seorang Nabi Allah akan
diutus di Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu oleh dua orang sahabatnya, yang
seorang masih muda dan seorang lagi sudah separoh umur. Sahabatnya yang muda
itu berani berjuang dalam segenap hati dan menjadi pelindungnya dalam
kesusahan. Sementara yang separoh umur itu putih kulitnya dan berbadan kurus,
ada tahi lalat di perutnya dan ada suatu tanda di paha kirinya. Apalah salahnya
kalau tuan perlihatkan kepadaku. Maka sesudah dia berkata itu aku pun membuka
pakaianku lalu orang tua itu pun melihatlah tahi lalat hitam di atas bahagian pusatku
seraya berkata, "Demi Tuhan yang menguasai Kaabah, tuanlah orangnya itu!
Kemudian orang tua itu pun memberi sedikit nasihat kepadaku. Aku tinggal di
Yaman untuk beberapa waktu kenana mengurusi perniagaanku dan sebelum
meninggalkan negeri itu aku sekali lagi pergi menemui orang tua tersebut untuk
mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Kemudian dia lalu bertanya,
"Bolehkah tuan menyampaikan beberapa rangkap syairku? "Boleh sahaja,
“jawabku.
Setelah itu aku pun membawa pulang syair-syair itu ke Mekah.
Setibanya aku di Mekah, para pemuda bergegas datang menemuiku seraya berkata,
"Adakah engkau tahu yang sudah terjadi? Maka ujarku pula, "Apakah
yang terjadi itu? Jawab mereka, "Si yatim Abu Talib kini mengaku menjadi
Nabi! Kalaulah tidak mengingat engkau hai Abu Bakar, sudah lama kami selesaikan
dia. Engkaulah satu-satunya yang kami harapkan untuk menyelesaikannya. Kemudian
aku pun meminta mereka pulang dahulu sementara aku sendiri pergi menemui
Muhammad. Setelah menemuinya aku pun mengatakan, "Wahai Muhammad, kau
telah mencemarkan kedudukan keluargamu dan aku mendapat kabar bahwa kau
terang-terang telah menyeleweng dari kepercayaan nenek moyang kita. Maka ujar
baginda, "Bahwa aku adalah Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan untuk
sekalian ummat! Aku pun betanya kepada baginda, "Apa buktinya? Jawabnya,
"Orang tua yang engkau temui di Yaman tempo hari. Aku menambah lagi,
"Orang tua yang mana satukah yang kau maksudkan karena banyak orang tua
yang aku temui di Yaman itu? Baginda menyambung, "Orang tua yang mengirimkan
untaian syair kepadamu! Aku terkejut mendengarkannya lalu bertanya,
"Siapakah yang telah memberitahumu, wahai sahabatku? Maka ujar baginda,
"Malaikat yang pernah menemui Nabi-nabi sebelumku. Akhirnya aku berkata,
"Ulurkanlah tanganmu, bahwa dengan sesungguhnya aku bersaksi tiada Tuhan
yang kusembah melainkan Allah, dan dirimu (Muhammad) sebenarnya Pesuruh Allah.
Demikianlah kisah indah yang meriwayatkan bagaimana Islamnya Abu Bakar. Dan
memanglah menurut riwayat beliau merupakan lelaki yang pertama yang beriman
kepada Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam
Keislaman Saiyidina Abu Bakan As-Siddiq R.A. telah membawa
penganuh besar di kalangan kaum bangsawan Quraisy kerana dari pengaruh
keislamannya itulah maka beberapa orang pemuda bangsawan Quraisy seperti
Saiyidina Uthman Bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf, dan Saad Bin Waqqas menuruti
jejak langkahnya. Semenjak beliau memeluk Islam, Saiyidina Abu Bakan R.A. telah
menjadi pembela Islam yang paling utama serta seorang sahabat yang paling akrab
serta paling dicintai oleh Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam Sebagai
memperlihatkan kecintaan baginda terhadap Saiyidina Abu Bakar R.A., dapat kita
ketahui dan satu dialog yang terjadi antara baginda Rasul dengan Amru Bin Al
As. Amru seorang sahabat Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam pernah suatu
hari menanyakan Rasul, "Siapakah di antara manusia yang paling tuan
sayangi? Baginda menjawab, "Siti Aisyah, dan kalau laki-laki adalah
bapanya.
Selain daripada itu Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A.
adalah seonang sahabat yang terkenal kerana keteguhan imannya, cendas akal,
tinggi akhlak, lemah lembut dan penyantun. Rasulullah S.A.W. pernah menyanjungi
sahabatnya itu dengan sabdanya, "Jika ditimbang iman Abu Bakar As-Siddiq
dengan iman sekelian ummat maka berat lagi iman Abu Bakar. Demikian teguhnya
iman Saiyidina Abu Bakar R.A. demi apakala kita memperhatikan pengertian yang
terkandung pada sabda Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam mengenai dirinya
itu. Gelaran AlSiddiq yang dibenikan orang terhadap diri Saiyidina Abu Bakar
R.A. adalah lantaran memandang sikap serta pendiriannya yang teguh dalam
membenarkan serta membela diri Rasulullah S.A.W. Andainya sekelian ummat
manusia akan mendustakan Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wasallam Abu Bakar R.A.
akan pasti pula tampil dengan penuh keyakinan untuk membelanya.
Tidak beberapa lama setelah memeluk agama Islam, Saiyidina
Abu Bakar yang terkenal sebagai saudagar yang kaya itu telah meninggalkan
perdagangannya dan meninggalkan semua usaha peribadi lain-lainnya lalu menyerahkan
segenap kekayaan dan jiwa raganya untuk melakukan penjuangan menegakkan Islam
bersama Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wasallamsehingga oleh kerana
kegiatannya maka Agama Islam mendapat kemegahan dengan Islamnya beberapa pemuda
Quraisy yang lain seperti yang telah disebutkan itu. Beliau telah mengorbankan
seluruh hanta bendanya untuk menebus orang-orang yang ditawan, orang-orang yang
ditangkap atau disiksa. Selain danpada itu beliau juga telah membeli
hamba-hamba yang kemudian dimerdekakannya. Salah seorang hamba yang dibelinya
lalu kemudian dibebaskan yang paling terkenal dalam sejarah ialah Bilal Bin
Rabah.
Tatkala Nabi Muhammad selesai melakukan Isra' dan Mikraj
segolongan orang yang kurang mempercayai apa yang telah dikhabarkan Rasulullah
Shalallahu 'Alaihi Wasallamtelah pergi menemui Saiyidina Abu Bakan R.A. untuk
mendengarkan apa pendapatnya tentang dakwaan Muhammad S.A.W. itu. Tujuan
kedatangan mereka mendapatkan Abu Bakar R.A. tidak lain dengan prasangka
tentunya Abu Bakar R.A. kali ini akan mendustakan kisah yang tidak masuk akal
pada fikiran mereka itu. Setelah pertanyaan itu disampaikan kepada Abu Bakar
R.A. lalu beliau pun berkata, "Adakah Muhammad berkata begitu? Sahut
mereka, "Benar! Maka ujar Saiyidina Abu Bakar R.A. "Jika Muhammad
berkata begitu maka sungguh benarlah apa yang diceritakan itu. Lalu mereka pun
terus menyambung, "Engkau percaya hai Abu Bakar bahawa Muhammad sampai ke
tanah Syam lebih sebulan perjalanan pulang, di malam semalam tadi? Maka sahut
Abu Bakar sungguh-sungguh, "Benar! Aku percaya! Malah lebih dari itu aku
percaya kepadanya. Aku percaya akan berita dari langit yg diberitakannya baik
pada waktu siang mahupun di waktu malam! Demikian hebatnya sambutan sahabat
yang paling utama itu. Kerana tegas dan teguhnya iman beliau terhadap agama
yang dibawa oleh Muhammad dan terhadap apa yang dikhabarkan oleh baginda maka
beliau telah diberi oleh Rasulullah S.A.W. dengan gelaran As-Siddiq, entinya
yang benar.
Dan memanglah tidak menghairankan sekali sikap Abu Bakar
itu. Beliau telah kenal akan Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wasallam bukan sehari
dua, melainkan sudah boleh dikatakan seumur manusia. Beliau tahu bahawa
sahabatnya itu berkata benar, tak pernah bohong; orang amin. Mustahil baginda
akan khianat kepada pengikutnya yang pencaya kepadanya. Beliau mengimani
sahabatnya itu Pesuruh Allah Yang Maha Kuasa, menerima wahyu danipada Tuhannya.
Beliau sudah bertahun-tahun mengikutkan petunjuk yang diwahyukan oleh Allah
kepada sahabatnya itu maka telah teguhlah iman dalam hatinya.
Tatkala keadaan kekejaman orang-orang musynikin Quraisy
terhadap kaum Muslimin yang sedikit jumlahnya di Mekah semakin hebat dan
membahayakan, Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wasallam telah mengadakan
permusyuaratan di rumah Saiyidina Abu Bakar R.A. untuk mencari jalan keluar
daripada kesulitan yang sedang dihadapi oleh pihak kaum Muslimin. Ketika itulah
Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam menjelaskan kepada Saiyidina Abu Bakar
R.A. bahawa Allah S.W.T. telah memerintahkan baginda supaya melakukan hijrah ke
Madinah serta meminta Saiyidina Abu Bakar R.A. supaya menemaninya dalam
peristiwa hijrah tersebut. Dengan perasaan gembira tanpa sedikit kebimbanganpun
Saiyidina Abu Bakar R.A. menyambut permintaan Rasulullah Shalallahu 'Alaihi
Wasallam
Dari pintu belakang rumah Saiyidina Abu Bakar R.A.
Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam bersama-sama Saiyidina Abu Bakar menuju
ke Gunung Tsaur dan bersembunyi di gua yang diberi nama Gua Tsaur. Pada saat
suasana amat kritis, Saiyidina Abu Bakar R.A. diserang rasa kegelisahan dan
cemas kerana khuatir kalau-kalau musuh dapat mengetahui di mana Rasulullah
sedang bensembunyi, maka pada saat itu turun ayat suci Al Quran dari Surah
Taubah yang isinya memuji Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, sebagai orang kedua
sesudah Nabi Shalallahu 'Alaihi Wasallam dalam Gua Tsaur. Dalam pada itu
Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam pun mengerti akan situasi dan
kegelisahan sahabatnya itu yang oleh kerananya Rasul berkata, "Apakah yang
menggelisahkanmu, bukankah Allah menemani kita?
Kemudian Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam,
diriwayatkan berkata selanjutnya untuk menghilangkan kebimbangan Saiyidina Abu
Bakar, "Kiranya mereka masuk juga ke dalam gua ini kita masih dapat melepaskan
diri dari pintu belakang itu, ujar Rasul sambil menunjukkan ke belakang mereka.
Saiyidina Abu Bakar R.A. pun menoleh ke belakang. Betapa terkejutnya beliau
bila dilihatnya pintu belakang yang ditunjuk oleh Rasul itu, padahal pintu
tersebut tadinya tidak ada sama sekali. Sebenarnya kebimbangan Abu Bakar R.A.
tatkala di dalam gua itu bukanlah kerana takutkan nyawanya akan diragut oleh
pihak musuh tetapi yang lebih dibimbangkannya ialah keselamatan jiwa baginda
Rasul. Beliau pernah berkata, "Yang saya bimbangkan bukanlah mengenai diri
saya sendiri, kalau saya terbunuh, yang tewas hanyalah seorang manusia biasa.
Tapi andaikata tuan sendiri dapat dibunuhnya maka yang akan hancur ialah satu
cita-cita yang suci murni. Yang akan runtuh ialah keadilan dan yang akan tegak
pula ialah kezaliman.
Ucapan antara dua orang sahabat tatkala dalam gua itu ada
tersebut dalam Al Quran dalam Surah At-Taubah ayat 40: "Kalau kamu tidak
menolongnya (Muhammad) ketika dia diusir oleh orang-orang kafir (dan kampung
halamannya), dalam keadaan berdua orang sahaja di dalam suatu gua, Di kala itu
dia (Muhammad) berkata kepada sahabat karibnya (Abu Bakar): Jangan engkau
berdukacita; sesungguhnya Tuhan bersama kita. Tuhan menurunkan ketenanganNya
kepadanya, dan dikuatkannya dengan tentera yang tidak kamu lihat. Dan Tuhan
menjadikan perkataan orang yang kafir itu paling rendah dan perkataan Tuhan itu
yang amat tinggi. Dan Tuhan Maha Kuasa dan Bijaksana.
Demikian satu lagi keistimewaan Saiyidina Abu Bakar AL
Siddiq sebagai seorang sahabat yang sama-sama mengalami kesukaran dan kepahitan
bersama-sama Rasulullah dalam menyampaikan seruan Islam. Saiyidina Abu Bakar
R.A. tidak bercerai jauh dengan baginda Rasul sepanjang hidupnya dan menyertai
semua peperangan yang dihadapi oleh baginda. Beliau bukan sahaja berjuang
menegakkan Agama Islam dengan segenap jiwa raganya bahkan juga dengan harta
kekayaannya. Sungguh beliaulah yang paling banyak sekali berkorban harta untuk
menegakkan Agama Islam. Bahkan seluruh kekayaannya telah habis dipergunakannya
untuk kepentingan penjuangan menegakkan kalimah Allah. Di kalangan para sahabat
beliaulah tergolong orang yang paling murah hati dan dermawan sekali.
Dalam Perang Tabuk misalnya, Rasulullah Shalallahu 'Alaihi
Wasallam telah meminta kepada sekelian kaum Muslimin agar mengorbankan hartanya
pada jalan Allah. Tiba-tiba datanglah Saiyidina Abu Bakar R.A. membawa seluruh
harta bendanya lalu meletakkannya di antara dua tangan baginda Rasul. Melihat
banyaknya harta yang dibawa oleh Saiyidina Abu Bakar R.A., bagi tujuan jihad
itu maka Rasulullah S.A.W. menjadi terkejut lalu berkata kepadanya:
"Hal sahabatku yang budiman, kalau sudah semua harta
bendamu kau korbankan apa lagi yang akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan
isterimu?
Pertanyaan Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam itu
dijawab oleh Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq dengan tenang sambil tersenyum,
ujarnya. "Saya tinggalkan buat mereka Allah dan RasulNya.
Demikianlah kehebatan jiwa Saiyidina Abu Bakar AlSiddiq,
suatu contoh kemurahan hati yang memang tidak dijumpai bandingannya di dunia.
Memandangkan besarnya pengorbanan beliau terhadap Islam maka wajarlah kalau
Rasulullah bersabda bahawa tegaknya Agama Islam itu adalah lantaran hanta benda
Siti Khadijah dan juga Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Tepatlah juga tatkala
baginda bersabda bahawa kiranya iman seluruh ummat ditimbang bersama iman
Saiyidina Abu Bakar R.A. maka berat lagi iman Saiyidina Abu Bakar R.A. Beliau
memang manusia luar biasa kebesarannya yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T.
untuk menjadi teman akrab Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam
Pada suatu ketika di saat Rasulullah membaca khutbah yang
antara lain menyatakan bahawa kepada seseorang hamba Allah ditawarkan untuk
memilih dunia dan memilih ganjaran yang tersedia di sisi Allah, dan hamba Allah
tersebut tidak akan memilih dunia, melainkan memilih apa yang tersedia di sisi
Tuhan... Maka ketika meƱdengar khutbah Nabi demikian itu Saiyidina Abu Bakar
R.A. lalu menangis tersedu-sedu, kenana sedih dan terharu sebab beliau
mendengar dan mengerti bahawa yang dimaksud dalam isi khutbah tersebut ialah
bahawa umur kehidupan Rasul di dunia ini sudah hampir berakhir. Demikian
kelebihan Saiyidina Abu Bakar R.A. di- banding dengan para sahabat yang lain
kerana beliaulah yang mengetahui bahawa umur Rasul hampir dekat.
Keunggulan beliau dapat dilihat dengan jelas selepas
wafatnya Rasulullah S.A.W. di kala mana ummat Islam hampir-hampir menjadi panik
serta tidak percaya kepada kewafatannya. Bahkan sahabat besar Saiyidina Umar Al
Khattab sendiri telah diselubungi kekacauan fikiran dan tampil ke muka umum
sambil mencabar dan mengugut sesiapa sahaja yang berani mengatakan baginda
telah wafat. Ujar Umar r.a., "Rasulullah tidak wafat, dia hanya pergi
menghadap Allah sahaja seperti perginya Nabi Musa yang telah menghilangkan diri
dan kaumnya selama empat puluh hari, kemudian pulang semula kepada kaumnya
setelah diheboh-hebohkan wafatnya.
Ketika kegawatan itu berlaku Saiyidina Abu Bakar sedang
berada di suatu kampung Al-Sunnah. Tatkala berita kewafatan Rasulullah itu
sampai kepadanya, beliau dengan segera menuju ke Madinah. Di sana beliau dapati
ramai orang sedang benkumpul mendengarkan pidato Saiyidina Umar Al Khattab
tadi. Tanpa lengah-lengah lagi Saiyidina Abu Bakar terus ke rumah puterinya
Siti Aisyah dan di sanalah beliau dapati tubuh Rasulullah Shalallahu 'Alaihi
Wasallam terbujur di satu sudut rumah. Beliau lantas membuka wajah Rasulullah
dan mengucupkannya, sambil benkata, "Wahai, betapa cantiknya engkau ketika
hidup dan betapa cantiknya engkau ketika mati! Kemudian beliau pun keluar
mendapatkan orang ramai yang sedang dalam panik itu lalu berkata dengan nada
yang keras:
"Wahai kaum Muslimin! Barang siapa yang menyembah
Muhammad, maka Muhammad telah mati. Tetapi barang siapa yang menyembah Allah
maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati. Seraya menyambung membacakan
sepotong ayat dari Al Qur'an:
"Muhammad itu tidak lebih dari seorang rasul seperti
rasul-rasul yang terdahulu darinya. Jika ia mati atau terbunuh patutkah kamu
berundur ke belakang. Sesiapa yang surut ke belakang, dia tidak akan membahayai
Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada
orang-orang yang bersyukur.
Sejurus sahaja mendengar ayat itu, Saiyidina Umar Al Khattab
pun terus rebah hingga barulah beliau dan orang ramai Islam yang telah
mendengar pidatonya tadi mendapat kepastian bahawa Rasulullah sudah wafat. Kaum
Muslimin tentunya telah pernah dengar ayat ini sebelumnya, kerana ayat itu
telah turun semasa peperangan Uhud, ketika Rasulullah S.A.W. telah diberitakan
mati terkorban dan menyebabkan banyak pejuang-pejuang Islam berundur ke
Madinah. Tetapi mereka tidaklah memahami maksud ayat ini seperti yang difahami
oleh Saiyidina Abu Bakar R.A. Ini jelas membuktikan kecerdasan Saiyidina Abu
Bakar As-Siddiq dalam memahami Islam.
Ketika Rasulullah S.A.W. wafat, baginda memang tidak
meninggalkan pesan tentang siapa yang patut menggantikan baginda sebagai
Khalifah ummat Islam. Tetapi setelah lama berbincang kaum Muslimin dengan suara
ramai memilih Saiydina Abu Bakar As-Siddiq sebagai Khalifah setelah namanya itu
dicalunkan oleh Saiyidina Umar Ibnul Khattab R.A. Pemilihan ini tentulah tepat
sekali kerana pada pandangan kaum Muslimin memang beliaulah yang paling layak
sekali memegang kedudukan itu memandangkan kelebihan-kelebihannya dari para
sahabat yang lain. Apatah lagi beliaulah yang pernah ditunjuk oleh baginda
Rasul semasa hayatnya untuk menggantikan baginda sebagai imam sembahyang
tatkala baginda sedang uzur.
Setelah dipilih oleh sebahagian besar ummat ketika itu
Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq pun memberikan ucapannya yang terkenal yang
antara lainnya baginda berkata:
"Wahai sekelian ummat! Aku telah dipilih menjadi
pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab
itu jika pemerintahanku baik, maka sokonglah, tetapi jika tiada baik, maka
perbaikilah. Orang yang lemah di antara kamu adalah kuat pada sisiku hingga aku
harus menolongnya mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat di antara kamu
adalah lemah pada sisiku, hingga aku harus mengambil hak orang lain yang berada
di sisi nya, untuk dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah kepadaku
selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi jika aku mendurhakai
Allah, maka kamu sekelian tak harus lagi patuh kepadaku.
Aku dipilih untuk memimpin urusan ini padahal aku enggan
menerimanya. Demi Allah aku ingin benar kalau ada di antaramu orang yang cekap
untuk urusan ini. Ketahuilah jika kamu meminta kepadaku agar aku berbuat
sebagai yang telah dilakukan oleh Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam
sungguh aku tidak dapat memperkenankannya, Rasulullah adalah seorang hamba
Allah yang dapat kurnia wahyu dari Tuhan, kerana itu baginda terpelihara dari
kesalahan-kesalahan, sedang aku ini hanyalah manusia biasa yang tidak ada
kelebihannya dari seorangpun juga di antara kamu.
Ini adalah satu pembaharuan dalam pemerintahan yang belum
pernah dikenali oleh rakyat jelata kerajaan Rome dan Parsi yang memerintah
dunia barat dan timur ketika itu. Baginda telah mematuhi manifesto politiknya.
Baginda hidup seperti rakyat biasa dan sangat tidak suka didewa-dewakan. Adalah
diriwayatkan bahawa pada satu masa ada orang memanggilnya, "Ya Khalifah
Allah! Baginda dengan segera memintas cakap orang itu dengan katanya:
"Saya bukan Khalifah Allah, saya hanya Khalifah
RasulNya!
Adalah diriwayatkan bahawa pada keesokan harinya iaitu
sehari setelah baginda terpilih sebagai Khalifah, Saiyidina Abu Bakar R.A.
kelihatan membawa barang perniagaannya ke pasar. Beberapa orang yang melihat
itu lalu mendekati baginda, di antaranya Abu Ubaidah Bin Janrah. Sahabat besar
itu mendekati baginda seraya berkata, "Urusan Khalifah itu tidak boleh
dicampuri dengan berniaga! Lalu Abu Bakar R.A. bertanya, "Jadi dengan
apakah aku hidup, dan bagaimana aku membelanjai rumah tanggaku? Demikian
sedihnya nasib yang menimpa Saiyidina Abu Bakar R.A. sebab walaupun
kedudukannya sebagai Kepala Negara namun belum ada lagi ketetapan untuk bagi
seseorang kepala pemenintah Islam memperolehi gaji dari harta kerajaan.
Keadaan ini mendapat perhatian dari para sahabat lalu mereka
menentukan tunjangan secukupnya buat baginda dan buat keluarga baginda yang
diambil dari Baitul Mal. Kemudian itu baharulah Khalifah Abu Bakar meninggalkan
usaha perniagaannya kerana hendak memusatkan seluruh tenaganya untuk
mengembangkan agama Islam dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang
Khalifah. Semasa hertugas sebagai Khalifah ummat Islam baginda hanya menerima
peruntukan sebanyak enam ribu dirham sahaja setahun iaitu kira-kira lebih
kurang 1,200 dolar sahaja setahun. Peruntukan itu tidak dibelanjakannya untuk
keperluan dirinya malahan sebelum wafatnya baginda telah memerntahkan supaya
pendapatannya itu diserahkan kembali kepada Baitul Mal.
Kebijaksanaan Abu Bakar R.A. juga ternyata dalam polisinya
menyamakan pemberian elaun kepada orang-orang yang berhak agar mereka tidak
dipisahkan oleh jurang-jurang perbezaan yang jauh agar tidak lahir satu
golongan yang mendapat kedudukan yang lebih istimewa dan golongan-golongan yang
lain. Sedangkan baginda sendiri hanya mengambil sekadar keperluan-keperluan
asasi buat diri dan keluarganya.
Sebelum baginda wafat, kepada Saiyidina Umar Al Khattab
baginda telah mewasiatkan agar jangan menghiraukan jenazahnya nanti bila
baginda pulang ke rahmatullah, melainkan haruslah dia segera mengirim bala
tentera ke Iraq untuk membantu Al Muthanna yang sedang bertempur di Iraq itu.
Saiyidina Abu Bakar R.A. tidak lupa mengingatkan Saiyidina Umar R.A. apa yang
dikerjakannya di waktu Rasulullah wafat dan bagaimana cintanya kepada Rasul dan
perhatiannya kepada jenazah baginda yang suci itu tidak mengabaikannya dan
melaksanakan kewajipan biarpun yang demikian itu amat berat bagi jiwanya. Dengarlah
antara lain kata-katanya kepada Umar Ibnul Khattab R.A.:
"Dengarlah hai Umar! Apa yang akan kukatakan ini dan
laksanakanlah. Aku mengharap akan kembali ke hadrat Allah hari ini sebab itu
sebelum matahari terbit pada esok hari engkau hendaknya telah mengirim bala
hantuan kepada Al Muthanna. Janganlah hendaknya sesuatu bencana bagaimana pun
besarnya dapat melupakan kamu dan urusan agama dan wasiat Tuhan. Engkau telah
melihat apa yang telah ku lakukan tatkala Rasulullah wafat sedang wafatnya
Rasulullah itu adalah satu bencana yang belum pernah manusia ditimpa bencana
yang sebesar itu. Demi Allah, andaikata di waktu itu aku melalaikan perintah
Allah dan RasulNya, tentu kita telah jatuh dan mendapat siksaan Allah, dan
pasti pula kota Madinah ini telah jadi lautan api.
Dalam masa pemerintahannya yang singkat Saiyidina Abu Bakar
As-Siddiq yang memerintah hanya dalam masa dua tahun sahaja itu telah
meletakkan asas pembangunan sebuah pemenintahan Islam yang teguh dan kuat
setelah berjaya mengatasi berbagai macam masalah dalam negeri dengan segala
kebijaksanaan dan kewibawaannya. Baginda telah memenuhi segenap janji-janjinya
dan dalam masa dua tahun pemerintahannya itu telah terbentuk rantai sejarah
Islam yang merupakan lembaran-lembaran yang abadi.
Sungguh kehidupan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq adalah penuh
dengan nasihat, penuh dengan ajaran serta kenang-kenangan yang indah mulia.
Selama dua tahun pemerintahannya itu baginda telah berjaya menyusun tiang-tiang
pokok dan kekuatan Islam. Baginda telah membangunkan kekuatan-kekuatan yang
penting bagi memelihara kepercayaan kaum Muslimin dan bagi memelihara keagungan
Agama Islam. Bahkan baginda telah mengakhiri riwayat pemerintahan yang
dipimpinnya dengan menundukkan sebahagian daripada negeri Syam dan sebahagian daripada
negeri Iraq, lalu pulang ke rahmatullah dengan dada yang lapang, ketika umur
baginda menginjak 63 tahun. Baginda dikebumikan di samping makam Rasulullah
S.A.W. di Masjid Madinah. Semoga riwayat serta penjuangan baginda menjadi
contoh ibadat yang murni bagi sekelian kaum Muslimin
Share
No comments:
Post a Comment