DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA
LUMPUR
[BAHAGIAN RAYUAN DAN KUASA-KUASA KHAS]
PERMOHONAN UNTUK SEMAKAN KEHAKIMAN
NO. R2(R4)-25-146-2009
Dalam perkara Kampung Wira
Jaya di No. Lot 25580 Mukim
Setapak dan/atau di Jalan Genting
Kelang, Kuala Lumpur
Dan
Dalam perkara mengenai
Peraturan-Peraturan Perlu
(Pembersihan Setinggan-
Setinggan) 1969
Dan
Dalam perkara mengenai Aturan
53 Kaedah-Kaedah Mahkamah
Tinggi 1980
Antara
Haji Shariff Bin Bahaman & 45 Lagi
... Pemohon-Pemohon
Dan
Datuk Bandar Kuala Lumpur … Responden
Penghakiman
Mohd Zawawi Salleh, H:
Permohonan
[1] Ini adalah permohonan untuk
semakan kehakiman oleh
Pemohon-Pemohon untuk mendapatkan
perintah-perintah yang
berikut:
(a) suatu perintah certiorari untuk
membatalkan
keputusan Responden yang mengeluarkan
Notis
bertarikh 23.3.2009 menurut
Peraturan-Peraturan
Perlu (Pembersihan
Setinggan-Setinggan) 1969;
(b) suatu perintah untuk membatalkan
keputusan
Responden yang memerintahkan Pemohon-
Pemohon untuk mengosongkan dan merobohkan
rumah-rumah dan bangunan-bangunan
mereka di
Kampung Wira Jaya;
(c) suatu perintah certiorari untuk
membatalkan
keputusan Responden yang memaksa
Pemohon-
Pemohon untuk berpindah dari Kampung
Wira
Jaya;
(d) suatu interim penggantunggan penguatkuasaan
Program Pembersihan Setinggan Wilayah
Persekutuan di Kampung Wira Jaya atas
Lot No.
25580 Mukim Setapak dan/atau di Jalan
Genting
Kelang, Kuala Lumpur sementara
pelupusan akhir
perkara ini;
(e) semua arahan dan perintah yang
perlu dan
sampingan;
(f) kos permohonan ini dijadikan kos
dalam kausa.
Latar belakang Kes
[2] Bagi memahami kontroversi isu-isu
yang berbangkit
dalam permohonan ini, latar belakang
kes yang membawa
kepada permohonan semakan ini perlu
dinyatakan secara
ringkas seperti berikut:
(a) Pemohon-Pemohon adalah penduduk
setinggan di
Kampung Wira Jaya yang terlibat dengan
Program
Pembersihan Setinggan Wilayah
Persekutuan.
Tujuan Program ini ialah untuk
memastikan bahawa
segala masalah setinggan di Kuala
Lumpur dapat
diatasi dan setinggan-setinggan
dipindahkan ke
Projek Perumahan Rakyat (“PPR”) yang
dibina oleh
Kerajaan.
(b) Pondok-pondok setinggan adalah dibina oleh
Pemohon-Pemohon atas Lot No. 25580 No.
Hakmilik PN 29081 Mukim Setapak,
Daerah Kuala
Lumpur (“tanah tersebut”) dan
mempunyai syarat
nyata yang diendorskan seperti
berikut:
“Tanah ini hendaklah digunakan hanya
untuk perumahan awam sahaja
(Penempatan Setinggan)”.
(c) Pondok-pondok setinggan yang
didiami oleh
Pemohon-Pemohon adalah
struktur-struktur yang
dibina tanpa sebarang kelulusan pelan
oleh pihak
Responden. Oleh itu, struktur yang
didiami oleh
Pemohon-Pemohon tersebut adalah
strukturstruktur
yang tidak sah dan melanggari
peruntukan
undang-undang yang sedia ada.
(d) Bagi membolehkan projek pembinaan
perumahan
awam dimulakan, Pemohon-Pemohon perlu
dikeluarkan dari tanah tersebut.
Pemohon-
Pemohon telah ditawarkan untuk
berpindah ke PPR
Seri Cempaka dimana sewa yang perlu
dibayar
ialah RM124.00 sebulan. Selain
daripada rumah
pangsa kos rendah, bayaran saguhati
sejumlah
RM1,000.00 juga akan dibayar secara
ehsan
kepada setiap keluarga setinggan bagi
tujuan
pembayaran deposit dan lain-lain kos
yang terlibat.
(e) Rancangan perumahan yang
dicadangkan di atas
tanah tersebut ialah Projek Perumahan
Rakyat
dengan pembinaan 2 blok rumah pangsa
kos
rendah yang berikut:
(i) Blok A (220 unit) 15 tingkat; dan
(ii) Blok B (220 unit) 15 tingkat.
Jumlah unit : 440 unit
(f) Pemohon-Pemohon enggan menerima
tawaran
untuk berpindah ke Projek Perumahan
Rakyat Sri
Cempaka walaupun beberapa tarikh akhir
telah
diberikan untuk mereka berbuat
demikian.
(g) Pada 23 Mac 2009, Responden telah
mengeluarkan
kepada Pemohon-pemohon Notis di bawah
Peraturan-Peraturan Perlu (Pembersihan
Setinggan-Setinggan) 1969 untuk
mengosongkan
dan merobohkan semua pondok setinggan
dan
struktur-struktur tidak sah tersebut
dalam tempoh
14 hari dari tarikh penerimaan Notis
tersebut.
(h) Pemohon-Pemohon telah memfailkan
permohonan
semakan kehakiman ini dan memohon agar
perintah-perintah seperti yang
dinyatakan di
perenggan [1] diatas diberikan kepada
mereka.
Hujahan Pemohon-Pemohon
[3] Semasa pendengaran substantif
pemohon semakan ini,
peguamcara bijaksana Pemohon-Pemohon
hanya
mengemukakan satu hujah untuk
menunjukkan bahawa
Responden telah bertindak tanpa atau
berada di luar bidang
kuasa. Hujah beliau ialah bahawa
keputusan Responden untuk
mengeluarkan Notis bertarikh 23.3.2009
menurut Peraturan-
Peraturan Perlu (Pembersihan
Setinggan-Setinggan) 1969
adalah tidak teratur dan/atau tidak
sah kerana tanah yang
menjadi persoalan dalam kes ini
bukanlah Tanah Negeri tetapi
tanah yang diberi milik (alienated
land). Oleh itu, Responden
adalah pemilik berdaftar dan tuan
punya tanah tersebut.
Responden ialah Datuk Bandar yang
mempunyai entiti undangundang
tersendiri (lihat kes Muhammad
Saleh bin Hashim &
Ors v Percon Corp.
Sdn Bhd (2003) 6 MLJ 483) dan berbeza
dengan pihak berkuasa tempatan yang
boleh menggunapakai
(invoke) peraturan 10. Dengan
perkataan lain, adalah
dihujahkan bahawa Responden dalam
kapasiti sebagai Datuk
Bandar tidak boleh di satu pihak
sebagai pemilik tanah
persendirian (private land)
menggunapakai peraturan 10 dan
disatu pihak lain juga menggunapakai
peraturan 10 dalam
kapasiti sebagai pihak berkuasa
tempatan.
[4] Menurut peguamcara bijaksana
Pemohon-Pemohon,
Notis bertarikh 23 Mac 2009 tidak
menyatakan di bawah
peraturan mana, Peraturan-Peraturan
Perlu (Pembersihan
Setinggan-Setinggan) 1969,
dikeluarkan. Dalam hal
sedemikian, adalah perlu
peraturan-peraturan di bawah
Bahagian II dan Bahagian III diteliti.
[5] Bahagian II tidak terpakai kepada
tanah persendirian. Ia
memberi kuasa kepada pihak berkuasa
tempatan untuk
meroboh mana-mana pondok setinggan,
mengeluarkan manamana
orang dari Tanah Negeri, tanah rizab
dan tanah lombong.
Pihak berkuasa tempatan diberi
kebebasan untuk
melaksanakan fungsi-fungsinya dibawah
Bahagian II ini.
[6] Bahagian III pula adalah berkenaan
dengan tanah
persendirian. Peraturan 6
memperuntukkan bahawa
tuanpunya tanah persendirian hendaklah
merobohkan pondokpondok
setinggan apabila menerima notis di
bawah peraturan
ini daripada pihak berkuasa tempatan.
Adalah tidak
munasabah untuk dikatakan bahawa
Responden, sebagai
tuanpunya tanah persendirian,
dibolehkan untuk mengeluarkan
notis kepada dirinya sendiri.
Peraturan 7 pula memperuntukkan
bahawa dalam keadaan di mana tuanpunya
adalah tidak
berupaya untuk memenuhi
kehendak-kehendak di bawah
Peraturan 6, dia hendaklah meminta
pihak berkuasa tempatan
untuk melaksanakan kehendak-kehendak
notis tersebut. Oleh
itu, peraturan 7 tidak terpakai dalam
kes ini. Begitu juga dengan
peraturan-peraturan 8 dan 9.
[7] Peraturan yang tinggal yang boleh
digunapakai oleh
Responden ialah peraturan 10. Walau
bagaimanapun,
peraturan 10 secara jelas memberikan
kuasa hanya kepada
pihak berkuasa tempatan dan bukannya
kepada Responden
sebagai Datuk Bandar untuk mengambil
tindakan. Peraturan
10 ialah seperti berikut:
“10.(1) If in the opinion of a local
authority it is
expedient and necessary to do so
having regard to
the public interest then
notwithstanding regulations
6 and 7, the local authority, its
agents or servants
may, after giving 7 days notice in
writing to the
occupier:
(a) enter by day or by night any
private land for
the purpose of summarily demolishing
any
squatter hut;
9
(b) remove any person or movable
property in
any squatter hut; and
(c) summarily demolish any squatter
hut on the
land.”
[8] Peguamcara bijaksana
Pemohon-Pemohon seterusnya
membawa hujah bahawa adalah jelas
bahawa peraturanperaturan
6, 7, 8 dan 9 membezakan personaliti
atau entiti
undang-undang antara tuanpunya/pemilik
dan pihak berkuasa
tempatan. Jika perbezaan tersebut
tidak dibuat, dihujahkan, ia
akan menghilangkan atau mengenepikan
perbezaan personaliti
atau entiti undang-undang yang
terdapat dalam peraturanperaturan
6, 7, 8 dan 9 antara tuanpunya dan
pihak berkuasa
tempatan.
[9] Berdasarkan hujah di atas,
Peguamcara bijaksana
Pemohon-Pemohon menyatakan bahawa
tindakan Responden
mengeluarkan Notis bertarikh 3 Mac
2009 adalah melampaui
bidangkuasa (ultravires)
peruntukan-peruntukan Peraturan-
Peraturan Perlu (Pembersihan
Setinggan-Setinggan) 1969.
Keputusan Mahkamah
[10] Sepintas lalu, hujahan peguamcara
bijaksana Pemohon-
Pemohon agak menarik. Walau
bagaimanpun, jika diteliti
peruntukan-peruntukan yang terlibat,
hujahan tersebut tidak
mempunyai merit. Mahkamah ini tidak
dapat menghayati
hujahan bahawa terdapat perbezaan
personaliti atau entiti
undang-undang antara Responden dan
pihak berkuasa
tempatan sejauh mengenai pelaksanaan
fungsi-fungsi di bawah
peraturan 10. Pesuruhjaya Ibu Kota
1960, iaitu Datuk Bandar
Kuala Lumpur, ialah suatu pihak
berkuasa tempatan bagi
tujuan Peraturan-Peraturan Perlu
(Pembersihan Setinggan-
Setinggan) 1969. (Lihat Perintah di
bawah peraturan 2,
Peraturan-Peraturan Perlu (Pembersihan
Setinggan-Setinggan)
1969, P.U. (A) 396 Tahun 1969).
[11] Adalah tidak munasabah untuk
diterima hujahan
bahawa Responden sebagai pihak
berkuasa tempatan boleh
menggunapakai peraturan 10 untuk
mengambil tindakan bagi
merobohkan pondok-pondok setinggan
atau mengeluarkan
mana-mana orang atau hartalih dari
mana-mana pondok
setinggan atau memasuki mana-mana
pondok atas tanah
persendirian kepunyaan orang lain
tetapi tidak boleh berbuat
perkara yang sama di atas tanah
kepunyaannya sendiri.
Pentafsiran sedemikian meletakkan
suatu halangan yang tidak
terdapat secara nyata atau secara
implikasi yang munasabah
boleh dibuat dari peraturan 10 itu
sendiri. Dalam kes Tenaga
Nasional Berhad v
Calsonic Compressor (Malaysia) Sdn
Bhd [2009] 9 CLJ 699, saya telah
berpeluang mengatakan:
“[24] The court may consider various aspects
of
the statute in attempting to determine
legislative
intent. The court must first look at
the intent as
expressed in the language of the
statute. When
the language is plain and ambiguous, a
court is
bound to implement the express intent.
Ordinary
words are to be given their ordinary
meaning
without adding something that is not
readily found
in the statute or eliminating which is
readily found
therein. (See, inter alia, Majlis
Peguam Malaysia
& Ors v. Joseph
Au Kong Weng [1993] 2 CLJ
417; Cheatley v The
Queen [1972] 127 CLR 291,
AG (Canada) v Hallet
& Carey Ltd [1952] AC
427; Bank of New
Zealand v. Cermac Modular
Industries Ltd [1972]
NZLR 661 and Farrel v.
Alexander [1977] AC
59)
[12] Pada pandangan Mahkamah
peruntukkan peraturan 10
adalah jelas. Jika Responden
berpendapat: “it is expedient
and necessary to do so having regard
to the public interest then
notwithstanding regulations 6 and 7,”
Responden boleh
mengambil tindakan-tindakan yang
dinyatakan dalam
perenggan (e), (b) dan (c) peraturan
tersebut. Dalam kes Datuk
Bandar Majlis
Bandaraya Shah Alam & Anor v. Yusuf bin
Awang &Ors [2007]
7 MLJ 327,
(Mahkamah Rayuan), Mohd
Ghazali HMR (sebagaimana beliau ketika
itu) berkata di
halaman 340:
“[20] It is our view that under the
circumstances
of this instant appeal, all the second
appellant need
to do so is, once it is of the opinion
that it is
expedient and necessary after taking
into account
the public interest to demolish any
squatter hut as
defined under reg 3 of the said
Regulations situated
on the said property, to give seven
days notice to
the respondents and at the end of that
period, enter
on the said property for the purpose
of demolishing
the squatter hut…..”
[13] Apakah kepentingan awam (public
interest) yang perlu
diberi pertimbangan oleh Responden
dalam kes ini. Dari
affidavit yang difailkan adalah jelas
bahawa tanah tersebut
dikehendaki untuk tujuan pembinaan 440
unit apartmen kos
rendah untuk memindahkan
keluarga-keluarga setinggan
sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.
Pendudukan Pemohon-
Pemohon atas tanah tersebut akan
menafikan keluargakeluarga
setinggan dari mendapat tempat tinggal
atau
perumahan yang lebih selesa.
Pemohon-Pemohon sendiri
tidak akan dibiarkan tanpa tempat
tinggal kerana mereka akan
dipindahkan rumah ke Projek Perumahan
Rakyat Sri Cempaka.
Walau bagaimanpun, Pemohon-Pemohon
enggan berpindah
atas pelbagai alasan.
[14] Pertimbangan kepentingan awam adalah
suatu faktor
yang perlu diambilkira bagi memutuskan
samada perintah
certiorari wajar diberikan atau tidak.
Dalam kes Shamsuddin
bin Che Mat & Ors
v. Datuk Bandar Kuala Lumpur [2007] 4
MLJ 177, Mahkamah menyatakan
di halaman 192:
“Certiorari is an equitable remedy. I
must make a
note here to consider the noble act by
the
government, who had award a contract
on prime
land to build low costs houses for the
sole purpose
of relocating squatters. The
applicants conduct
had severely delayed the project to
build 948 low
costs houses. The applicants are also
not left in a
lurch. Proper housing arrangement had
been
made to relocate them. For these
reasons the
motion by the applicants is hereby
dismissed with
costs”
Kesimpulan
[15] Berdasarkan alasan-alasan di
atas, Mahkamah
memutuskan bahawa Responden berhak
untuk mengeluarkan
Notis bertarikh 23 Mac 2009 untuk
memusnahkan pondokpondok
setinggan atas tanah tersebut menurut
peraturan 10
Peraturan-Peraturan Perlu (Pembersihan
Setinggan-Setinggan)
1969. Oleh itu, permohonan semakan ini
tidak bermerit dan
ditolak. Tiada perintah mengenai kos.
Bertarikh: 21 Mei 2010
(DATO’ HAJI MOHD ZAWAWI BIN SALLEH)
HAKIM
MAHKAMAH TINGGI MALAYA
KUALA LUMPUR
Bagi pihak Pemohon-Pemohon: Ranjit
Singh
(James Khong dan
E. Wong bersamanya)
Tetuan James Khong
Kuala Lumpur
Bagi pihak Responden: B. Thangaraj
Tetuan Thangaraj & Assoc.
Kuala Lumpur
A. TAJUK KURSUS
YANG DI TAWARKAN
1. PENGENALAN KEPADA KTN
2. SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
3. KUASA MENANGKAP DAN MENAHAN MENGIKUT KTN DAN CPC
4. PROSEDUR TANGKAPAN DAN PENAHANAN
5. LAPORAN POLIS DAN FIR
6. PENGURUSAN BARANG KES
7. INTIPATI KESALAHAN MENGIKUT SEKSEN 425
8. INTIPATI KESAHAN MENGIKUT SEKSEN 426
9. PERAMPASAN DAN LUCUT HAK BARANG KES
10. KUASA MENYIASAT DAN KTN DAN CPC
11. KAEDAH MERAKAM PERCAKAPAN
12. MENGURUSKAN OKT DARI AWAL HINGGA AKHIR
13. PENYEDIAN KERTAS SIASATAN
14. PENYEDIAAN FAKTA KES DAN PERTUDUHAN
15.RUJUKAN KES KEPADA TPR
16. PENDAFTARAN KES DAN BORANG-BORANG MAHKAMAH
17. AKTA KETERANGAN
18. TUGAS DAN PERANAN PEGAWAI PENDAKWA
19. TEKNIK BERHUJAH
20. PENGHUKUMAN.
21. OPERASI MEMUSNAH DAN PELAN KONTIGENSI.
22. PENCEROBOHAN TANAH MILIK DAN MENYELESAIANNYA
23. BONOS - PECEROBOHAN TANAH MILIK DAN PENYELESAIAN
PELAN A, PELAN B, PELAN C, PELAN D, PELAN
E, PELAN F.
AFFIDAVIT DAN KES –KES DULUAN MAHKAMAH
A.
SASARAN PESERTA
1.
PENOLONG PEGAWAI TANAH
2.
PENOLONG PENTADBIR
TANAH
3.
KETUA PENOLONG
PENTADBIR TANAH
4.
PENTADBIR TANAH
5.
PEGAWAI PENYIASAT SPRM
6.
PEGAWAI PENYIASAT PDRM
7.
PELAJAR UNIVERSITI
YANG BERKAITAN
8.
PERUNDING HARTA TANAH
9.
LAIN-LAIN PEGAWAI YANG
DILANTIK DI BAWAH S. 12 KTN
10. LAIN-LAIN YANG BERMINAT DAN PEMILIH TANAH YANG BERMASALAH.
B. JANGKA MASA – HUJUNG MINGGU SABTU DAN
AHAD/RUNDINGAN
C. TEMPAT – TAIPING ATAU DITENTUKAN PEMOHON
D. BAYARAN 1 HARI RM 1000.00.
No comments:
Post a Comment